WorksheetsAKTA SPRM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Terdapat _______ kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009.
2
3
4
5
Berikut merupakan kesalahan rasuah yang utama berdasarkan Akta SPRM 2009 KECUALI
Meminta atau menerima rasuah
Mengemukakan tuntutan palsu
Salah guna kedudukan atau jawatan oleh pegawai awam
Menjalankan perniagaan menggunakan nama syarikat lain
Rasuah juga dikenali sebagai __________
Bonus
Duit Kopi
Tumbuk Rusuk
Bunga
Amin merupakan pengarah projek dan terlibat secara langsung dalam pemilihan tender telah memilih syarikat isterinya sebagai pemaju projek tersebut.
Berdasarkan Akta SPRM 2009, apakah jenis kesalahan rasuah bagi senario di atas?
Meminta dan menerima rasuah
Tuntutan palsu
Penipuan dalam tugasan
Salah guna kuasa oleh pegawai awam
Berikut ialah contoh bagi perbuatan rasuah KECUALI
Hazman memberi sejumlah wang kepada pegawai polis untuk mengelak daripada disaman.
Azim telah memberikan sejumlah wang kepada majikannya supaya dia dapat dinaikkan pangkat dengan segera.
Abu menerima hadiah daripada majikannya kerana prestasi kerjanya sangat baik.
Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.
Hukuman atau denda yang dikenakan bagi 4 kesalahan rasuah yang dinyatakan dalam Akta SPRM 2009 adalah penjara tidak lebih 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Betul
Salah
Hukuman atau denda yang dikenakan jika sabit kesalahan pengubahan wang haram adalah penjara tidak lebih dari 15 tahun dan denda 5 kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM15 juta, yang mana lebih tinggi.
Betul
Salah
Yang manakah merupakan logo bagi Transparency International?
Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 adalah berkaitan kesalahan _________
Meminta / Menerima suapan
Salah guna kuasa oleh pegawai awam
Tuntutan palsu
Menawar / Memberi suapan
Kesan akibat pelanggaran isu integriti berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993) adalah:
Tangguh pergerakan gaji
Didenda RM10,000
Turun pangkat
Penjara tidak melebihi 4 tahun
