wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Kata Ganda

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

(BAHAGIAN A)

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

__________ merupakan serengga yang terbang paling laju, yakni sehingga 90 kilometer sejam.

a)

Rerama

b)

Lelabah

c)

Pepatung

d)

Jejentik

2.

Basikal yang ditunggang oleh Aiman terbabas ke dalam parit hingga __________ pada roda hadapannya bengkok.

a)

jejari

b)

tetupai

c)

kekisi

d)

lelangit

3.

Syazwan __________ dompet berjenama terkenal yang diperbuat daripada kulit itu.

a)

meninjau-ninjau

b)

membelek-belek

c)

mengintai-ngintai

d)

menyelak-nyelak

4.

"Janganlah __________ ketika memilih dan menjawab soalan karangan." pesan Cikgu Majidah.

a)

teragak-agak

b)

terfikir-fikir

c)

tertahan-tahan

d)

tergesa-gesa

5.

Kanak-kanak itu ketawa apabila melihat ekor Si Tompok __________ ketika disentuh oleh kakak.

a)

menguis-nguis

b)

menguit-nguit

c)

mengais-ngais

d)

mencakar-cakar

6.

Ketika mengantuk, kepalanya __________ ketika menonton perlawanan bola sepak antara Johor dengan Kedah

a)

terbuai-buai

b)

terayun-ayun

c)

terhuyung-hayang

d)

tersengguk-sengguk

7.

Keadaan di hospital itu _________ kerana kekurangan kakitangan untuk menguruskan pesakit-pesakit COVID-19.

a)

hiruk-pikuk

b)

kelam-kabut

c)

bolak-balik

d)

riuh-rendah

8.

(BAHAGIAN B)

B. Ayat-ayat di bawah inin mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

Mereka (A)berbual-bual sambil (B)melihat-lihat keadaan di dalam rumah kosong yang dipenuhi sarang (C) lelabah itu. (D)Tiada kesalahan.

a)

(A)berbual-bual

b)

(B)melihat-lihat

c)

(C) lelabah

d)

(D)Tiada kesalahan

9.

Daniel (A)membelek-belek kasutnya yang koyak semasa dia (B)berkejar-kejar dengan adiknya di tepi (C)bebalai tadi. (D)Tiada kesalahan.

a)

(A)membelek-belek

b)

(B)berkejar-kejar

c)

(C)bebalai

d)

(D)Tiada kesalahan

10.

Penduduk Kampung Sungai Pinang (A)homat-menghormati dan (B)bantu-membantu dalam melakukan sesuatu perkara walaupun mereka terdiri daripada (C)berbagai bangsa. (D)Tiada kesalahan.

a)

(A)homat-menghormati

b)

(B)bantu-membantu

c)

(C)berbagai

d)

(D)Tiada kesalahan.

11.

(A)Pekerja-pekerja majlis perbandaran kelihatan menyapu dan mengumpulkan (B)dedaun-dedaun kering (C)berserak-serak di taman rekrasi itu. (D)Tiada kesalahan.

a)

(A)Pekerja-pekerja

b)

(B)dedaun-dedaun

c)

(C)berserak-serak

d)

(D)Tiada kesalahan.

12.

Orang (A)berduyun-duyun ke tepi sungai sambil (B)bertanya-tanya akana hal yang berlaku apabila melihat sekumpulan (C)anggota-anggota penyelamat di situ. (D)Tiada kesalahan.

a)

(A)berduyun-duyun

b)

(B)bertanya-tanya

c)

(C)anggota-anggota

d)

(D)Tiada kesalahan.

13.

(BAHAGIAN C)

C. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan pilih jawapan yang betul.

Belakang Akmal merah kerana digigit lelabi.

a)

lelabah

b)

pepijat

c)

rerama

d)

pepatung

14.

Pihak polis sudah memantau segala gerak-geri anggota sindikit perjudian itu selama sebulan.

a)

semua gerak

b)

pergerakan-pergerakan

c)

gerak-geri

d)

semua gerak-geri

15.

Peminta sedakah yang amat kusut-masai rambutnya itu menadah tangan kepada orang ramai yang lalu-lalang di kaki lima pasar raya tersebut.

a)

teramat kusut

b)

kusut-masai

c)

amat kusut-masai

d)

kusut masai