wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI BM SEM 1

Total questions: 74

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

1 Yang manakah padanan yang betul bagi golongan bahasa dengan contoh bahasa dalam subkeluarga Nusantara?

a)

A Golongan bahasa - Toraja, Contoh bahasa - Kaili, Banggai, Wotu

b)

B Golongan bahasa - Tomini, Contoh bahasa - Tinombo, Tomini, Taliaboo

c)

C Golongan bahasa - Filipina, Contoh bahasa - Iloko, Palau, Tombulu

d)

D Golongan bahasa - Bima-Sumba, Contoh bahasa -Kro’e, Manggarai, Kupang

2.

2 • Menggunakan aksara Pallava

• Menggunakan bahasa Melayu kuno

• Batu bersurat tertua mengandungi 10 baris ayat yang ditulis di atas batu berbentuk bujur.

Penyataan di atas merujuk batu bersurat di

a)

A Gandasuli, Jawa Tengah

b)

B Talang Tuwo, Palembang

c)

C Kedukan Bukit, Pelembang

d)

D Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi

3.

3 Yang manakah penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?

I Sering menggunakan bahasa dalam

II Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan

III Banyak menggunakan partikel dalam ayat

IV Penggunaan kata pangkal ayat semakin jarang digunakan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

4 Sistem aksara Jawi berasaskan pengaruh bahasa Melayu dengan menggunakan huruf saksi ﺍ (melambangkan bunyi vokal a dan e pepet) ,

ﻭ (melambangkan bunyi vokal o dan u) , dan ﻱ ( bunyi vokal i dan e taling) pada suku kata pertama).

Penyataan di atas adalah berkaitan kelemahan sistem aksara Jawi kecuali

a)

A mengakibatkan ketaksaan makna

b)

B perkataan berbeza ditulis dengan ejaan yang sama

c)

C tidak menggunakan huruf saksi pada suku kata kedua

d)

D masa menulis sesuatu kata atau ayat mengambil masa yang agak lama

5.

5 Ciri di bawah menentukan penghasilan bunyi-bunyi vokal kecuali

a)

A bahagian lidah yang terlibat dan turun naik lidah

b)

B keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan

c)

C keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.

d)

D keadaan udara keluar dari paru-paru yang menerima sekatan atau geseran Option 4

6.

6 Angkatan Sasterawan 50 telah mencadangkan perkara-perkara berikut untuk memartabatkan bahasa Melayu kecuali mencadangkan

a)

A bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah

b)

B penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka)

c)

C penyatuan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dikaji semula

d)

D bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu

7.

7 Yang manakah antara tujuan utama bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan?

I mencapai integrasi nasional

II mewujudkan identiti nasional

III menjadi bahasa perhubungan nasional

IV mencapai negara maju berteraskan satu bahasa

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

8.

8 Aktiviti yang melibatkan perancangan korpus bahasa termasuklah aktiviti berikut kecuali

a)

A Menggubal istilah dalam pelbagai bidang ilmu

b)

B Memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu

c)

C Merancang penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang

d)

D Menghasilkan variasi bahasa baku yang sempurna dan seragam

9.

9 Yang manakah bukan alat artikulasi?

a)

A bibir

b)

B lidah

c)

C gigi dan gusi

d)

D lelangit lembut

10.

10 Yang manakah kumpulan kata yang semua suku kata akhirnya mengandungi e pepet?

I kabel , bonet, agen

II gender, label, laser

III jeleket, berjejer, bona fide

IV vandalisme, sumber, sentimeter

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

11.

11 A bab, had, beg, koc, kolej B straw, skuasy, kenyal Kumpulan perkataan A dan B di atas ialah kumpulan perkataan pinjaman kerana

I konsonan b, d, g, c, dan j hanya berada pada akhir perkataan-perkataan pinjaman

II huruf konsonan ny, w, dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu

III konsonan geseran lelangit keras tak bersuara iaitu sy ialah variasi sh sebelum peminjaman berlaku

IV terdapat sepuluh huruf konsonan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan 1 hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan pinjaman

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

12.

12 • belakang lidah diturunkan sepertiga

• lelangit lembut terangkat rapat rapat ke belakang tekak menutupi rongga hidung

• udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut

• bibir berkeadaan bundar

Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah

a)

A vokal tengah

b)

B vokal belakang sempit

c)

C vokal depan separuh luas

d)

D vokal belakang separuh sempit

13.

13 Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi konsonan letupan gigi-gusi bersuara?

a)

A aduh, dedah, asid

b)

B dapat, laba, buapak

c)

C rekod, rakit, bertam

d)

D telah, madah, kebah

14.

14 Persamaan penghasilan bunyi konsonan [ p ], [ t ] dan [ k ] ialah ketiga-tiganya dihasilkan

I tanpa menggetarkan pita suara

II dalam keadaan rongga hidung terbuka

III dengan cara sebutan iaitu secara letupan

IV dengan sekatan dibuat pada titik artikulasi yang sama

a)

A I dan Ii

b)

B I dan III

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

15.

15 • belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak

• udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut

• glotis pula direnggangkan dan pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas wujud pada kumpulan perkataan

a)

A [ᵡabar], [iᵡtiar], [fasaᵡ]

b)

B [ ˠaib], [maˠrib], [mubaliˠ]

c)

C [šampu], [mašhur], [skuaš]

d)

D [ƟalaƟa], [miƟal], [bahaƟ]

16.

16 Yang manakah padanan konsonan yang kedua-duanya ialah konsonan gigi-gusi bersuara?

I [ t ], [ r ] II [ d ], [ z ] III [ n ], [ l ] IV [ s ], [ j ]

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

17 Untuk menghasilkan bunyi diftong ini, vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir daripada terhampar menjadi bundar.

Yang manakah kumpulan perkataan yang dimaksudkan dalam penyataan di atas?

a)

A aurat, daulat, relau

b)

B aising, pandai, relai

c)

C baiah, kaitan, lautan

d)

D oidium, peroi, boikot

18.

18 Perkataan berikut mengandungi suku kata pinjaman yang strukturnya KVKK kecuali?

a)

A Blok

b)

B Bank

c)

C Konteks

d)

D Ambulans

19.

19 Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata terbuka?

a)

A kaum

b)

B saing

c)

C rangkap

d)

D dwibahasa

20.

20 • Memperkenalkan atau menambahkan keterangan

• Memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan

• Menulis masa atau jam

• Menulis kata bual berbentuk dialog dalam drama Yang manakah tanda baca yang menepati penyataan di atas?

a)

A tanda elipsis

b)

B tanda petik tunggal

c)

C tanda koma bertitik

d)

D tanda titik bertindih

21.

Bahasa Austris terdiri daripada:

i Austronesia

ii X

iii Tibet- China

a)

Polinesia

b)

Melanesia

c)

Nusantara

d)

Austroasia

22.

Istilah "filum" dalam asal usul bahasa merujuk kepada kelompok bahasa yang berusia

a)

5000 tahun ke atas

b)

2500 hingga 5000 tahun

c)

kurang daripada 1500 tahun

d)

kurang daripada 2500 tahun

23.

Keluarga bahasa Nusantara tergolong dalam rumpun bahasa

a)

Austris

b)

Austroasia

c)

Tibet-China

d)

Austronesia

24.

Yang benar tentang bahasa Melayu kuno,

i Menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit

ii Berkembang di Nusantara selepas abad ke-13

iii Menjadi bahasa kebangsaan kerajaan Sriwijaya

iv Menjadi bahasa perantaraan pada zaman kerajaan Majapahit

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii da iv

d)

iii dan iv

25.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mempunyai ciri bahasa melayu kuno?

i Bhumi, dengan

ii Diperwuat, uram

iii Marlapas, wuatku

iv Tuwa, niminumna

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

26.

Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa Melayu klasik, kecuali

a)

Mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit

b)

Menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu Melaka

c)

Batu bersurat Minye Tujuh ialah bukti pertama penggunaan bahasa melayu klasik

d)

Bahasa Melayu klasik mula digunakan pada abad ke-14

27.

Hatta, maka baginda pun lepas anakanda baginda kembali itu maka ia pun berangkat masuk ke dalam istana beradu.


Yang berikut merupakan ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas kecuali

a)

Penggunaan struktur ayat pasif

b)

Penggunaan ayat songsang

c)

Penggunaan kata pangkal ayat

d)

Penggunaan partikel dalam ayat

28.

Perancangan korpus merupakan usaha yang merangkumi aspek

i ejaan

ii tulisan

iii sebutan

iv tanda baca

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

29.

Pewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti luar negara memenuhi fungsi bahasa Melayu sebagai

a)

bahasa ilmu

b)

bahasa rasmi

c)

bahasa pengantar

d)

bahasa kebangsaan

30.

Pengaruh bahasa asing yang paling awal terserap ke dalam bahasa Melayu ialah pengaruh

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Sanskrit

c)

bahasa Belanda

d)

bahasa Inggeris

31.

Imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit ialah

a)

-wi, eka-

b)

dwi-, pro-

c)

sub-, anti-

d)

tata-, pra-

32.

Yang berikut merupakan kata pinjaman, kecuali

a)

sepatu

b)

loceng

c)

sungai

d)

elektrik

33.

Gamelan, kaget, prihatin, Lempeng


Kesemua perkataan di atas dipinjam daripada bahasa

a)

Cina

b)

Jawa

c)

Parsi

d)

Sanskrit

34.

Perkataan manakah yang mempunyai bilangan suku kata yang paling banyak?

a)

berketerampilan

b)

berlatarbelakangkan

c)

mentransformasikan

d)

mempropagandakan

35.

Organ yang paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa.

Menyempitkan laluan udara dengan mendekatkannya kepada bahagian-bahagian lelangit di rongga mulut.


Apakah organ pertuturan yang menepati pernyataan di atas?

a)

lidah

b)

glotis

c)

dua bibir

d)

lelangit keras

36.

Perkataan yang tidak mengandungi vokal depan separuh sempit ialah

a)

selekoh

b)

melewati

c)

bertempur

d)

bertenggek

37.

Pasangan kata yang mengandungi vokal belakang sempit ialah

a)

inang dan lipas

b)

bantu dan upah

c)

telor dan ekor

d)

lemah dan serat

38.

pisang

sambil

girang


perkataan di atas mengandungi

a)

vokal tengah dan vokal depan sempit

b)

vokal depan luas dan vokal depan sempit

c)

vokal depan luas dan vokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang luas dan vokal belakang separuh sempit

39.

Perkataan yang mengalami pengglotisan ialah


i kedalaman

ii keamanan

iii kefasihan

iv keindahan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

40.

Perkataan yang tidak mengalami proses pembibiran

a)

tuan

b)

buah

c)

paut

d)

liang

41.

Perkataan yang terdiri daripada vokal rangkap ialah

a)

biar

b)

serai

c)

taubat

d)

sebut

42.

Semua konsonan yang berikut dihasilkan dengan sekatan udara dilepaskan serta-merta kecuali

a)

[d]

b)

[c]

c)

[p]

d)

[?]

43.

Yang manakah ayat yang menggunakan perkataan yang mengandungi konsonan letupan lelangit lembut?

a)

Musang mengejar ayam.

b)

Tempat itu terpencil.

c)

Peserta utama sudah gagal.

d)

Masalah persatuan perlu diatasi.

44.

Yang manakah bunyi yang melibatkan bibir atas dan bibir bawah?


i Letusan

ii Letupan

iii Getaran

iv Sengauan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

45.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kajian fonetik?

a)

I Menentukan lambang bunyi bahasa

b)

II Menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa

c)

III Mengenal pasti fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa

d)

IV Mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia

46.

Kajian yang manakah termasuk dalam bidang fonetik?

a)

I Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa

b)

II Sistem ejaan dan tulisan sesuatu bahasa

c)

III Sistem bunyi sesuatu bahasa yang tertentu

d)

IV Lambang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan

47.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang fonem?

a)

A unit bahasa terkecil yang mempunyai makna

b)

B unit bahasa yang kecil yang mempunyai makna

c)

C unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna

d)

D unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna

48.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi gabungan dua huruf yangdiwakili oleh satu lambang fonetik?

a)

A hanyut, ragut

b)

B senyap, perang

c)

C akhir, tergugat

d)

D ternyata, berganti

49.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya menggunakan e-pepet pada suku kata kedua?

a)

A negeri, cerewet

b)

B gelegar, kemelut

c)

C geledah, merepek

d)

D sengketa, gementar

50.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan sengauan lelangit lembut?

a)

I mengail

b)

II menggosok

c)

III menyembur

d)

IV membantah

51.

Yang manakah perkataan yang bermula dengan bunyi letupan lelangit lembut dan berakhir dengan bunyi geseran?

a)

I Bilas

b)

II Kerah

c)

III Teguh

d)

IV Ganas

52.

Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi vokal rangkap?

a)

I Pada hujung minggu lalu, kami berkelah di pantai Port Dickson.

b)

II Persoalan itu terungkai setelah Ali mengaku akan kesalahannya.

c)

III Puisi tentang kehidupan masyarakat desa itu ialah hasil karyanya.

d)

IV Kaedah simulasi dalam pengajaran perlu untuk mengelakkan pelajar bosan.

53.

Jenis vokal bahasa Melayu ditentukan oleh

a)

I getaran pita suara

b)

II bukaan rongga mulut

c)

III bahagian lidah yang terlibat

d)

IV sekatan terhadap laluan udara

54.

Yang manakah frasa yang mengandungi diftong?

a)

A Raut wajah ibu

b)

B Daun pokok bunga

c)

C Amat diminati ramai

d)

D Menyertai peraduan itu

55.

Dua bibir dirapatkan

udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung

pita suara bergetar


yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi konsonan yang terhasil dengan cara di atas?

a)

A Bulat, lebam

b)

B Pesan, harap

c)

C Wang, lemah

d)

D Masak, semak

56.

Yang manakah kumpulan bunyi yang terhasil apabila bibir bawah menjadi artikulator?

a)

A [ p ], [ t ], [ v ]

b)

B [ b ], [ f ], [ m ]

c)

C [ m ], [ p ], [ s ]

d)

D [ w ], [ n ], [ v ]

57.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang penghasilan [ c ]?

a)

I Pita suara bergetar

b)

II Udara mengalami sekatan

c)

III Lelangit lembut dinaikkan

d)

IV Sekatan udara dilepaskan serta merta

58.

Yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan yang dihasilkan dengan getaran pita suara?

a)

A jarak

b)

B sukat

c)

C pecah

d)

D kicap

59.

Yang manakah perkataan yang menggunakan vokal hadapan sempit pada suku kata pertama dan vokal belakang pada suku kata kedua?

a)

A perit

b)

B pintu

c)

C perang

d)

D pinggang

60.

Yang manakah kata yang mempunyai konsonan pinjaman [ X ] ?

a)

A zaman

b)

B syukur

c)

C khusus

d)

D darurat

61.

I Nyaris

II Syafaat


Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat dalam perkataan I dan II ?

a)

A I Nasalisasi II Labialisasi

b)

B I Labialisasi II Palatalisasi

c)

C I Palatalisasi II Nasalisasi

d)

D I Nasalisasi II Glotalisasi

62.

Vokal tengah + Sengau lelangit lembut + Letupan lelangit lembut bersuara + vokal hadapan luas + sengau gusi


Yang manakah perkataan yang susunan fonemnya seperti di atas?

a)

A Enggan

b)

B Endang

c)

C Empang

d)

D Enggang

63.

Perkataan yang manakah yang mempunyai vokal hadapan separuh sempit pada suku kata pertama dan vokal belakang separuh sempit pada suku kata kedua?

a)

A peram

b)

B tempuh

c)

C pinggan

d)

D bengkok

64.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mempunyai dua konsonan yang diwakili oleh satu lambang?

a)

A berakhir - serangan

b)

B masyhur - universiti

c)

C malang - pelayaran

d)

D senyum - kemuslihatan

65.

Pasangan perkataan manakah yang kedua-duanya mengandungi dua huruf yang mewakili satu bunyi?

a)

A mesyuarat, memagari

b)

B pernyataan , berakhlak

c)

C pergunungan, menaikkan

d)

D berfikiran, pembangunan

66.

Kumpulan perkataan yang manakah yang kesemuanya mengandungi diftong?

a)

A konvoi, landai, jauh

b)

B koboi, mutiara, taucu

c)

C misai, stadium, tauliah

d)

D maujud, ngongoi, zaitun

67.

I Letusan lelangit keras tak bersuara

II Letupan lelangit lembut bersuara


Contoh perkataan yang manakah mengandungi bunyi I dan bunyi II ?

a)

A I bacaan II gajah

b)

B I nyanyi II nganga

c)

C I klac II kelas

d)

D I jernih II bunga

68.

Konsonan sengauan


Dua bibir Gusi X Lelangit lembut


Perkataa yang manakah yang mengandungi konsonan sengauan yang bertanda X ?

a)

A pelenyapan

b)

B penternakan

c)

C pemansuhan

d)

D penerbangan

69.

Pasangan kata pinjaman yang manakah yang kedua-duanya dieja dengan betul?

a)

A Infra-Orbit, milimeter

b)

B Makromolikul, logistik

c)

C Kolonialisme, autografi

d)

D Policakera, sub-standard

70.

Yang manakah ayat yang mengandungi kesalahan tanda baca?

a)

I Wah! Besarnya rumah awak!

b)

II Sajak "Dirgahayu Bahasaku" ditulis oleh Ahmad Sarju.

c)

III Jurulatih bertanya, " Pertandingan akan bermula sebentar lagi?"

d)

IV Surat "tawaran" daripada Universiti Sains Malaysia itu bertarikh 8 Mac, 2013.

71.

Yang manakah ayat yang tidak memerlukan tanda koma ( , ) ?

a)

I Dia tidak membeli kasut itu kerana harganya mahal.

b)

II Lantaran ibunya tidak bersetuju dia menolak lamaran lelaki itu.

c)

III Disebabkan hari hampir hujan pada ketika itu dia ke rumah saya.

d)

IV Kereta itu rosak teruk di bahagian enjin walaupun baru sahaja dibeli.

72.

Bunyi yang terdapat pada awal suku kata ketiga dan suku kata keempat pada perkataan perubatan ialah konsonan

a)

A letupan dua bibir bersuara, letupan gusi tak bersuara

b)

B letupan dua bibir tak bersuara, letupan gusi bersuara

c)

C vokal belakang sempit, letupan dua bibir bersuara

d)

D getaran gusi, letupan gusi tak bersuara

73.

Pernyataan yang manakah yang tidak menunjukkan ciri-ciri bunyi konsonan?

a)

A merupakan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara

b)

B aliran udara menerima halangan, sekatan atau sempadan

c)

C udara boeh dikeluarkan melalui rongga mulut atau hidung

d)

D lelangit lembut dan anak tekak tidak diturunkan atau dinaikkan

74.

Yang manakah perkataan yang betul ejaannya?

a)

I kereta api

b)

II tanda tangan

c)

III semula jadi

d)

IV olah raga