Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tani (PPT 322) Bab 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apa yang diterangkan oleh pernyataan : ' Satu proses untuk menentukan tugas, kaedah operasi, dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan satu pekerjaan '

a)

Deskripsi pekerjaan.

b)

Sumber manusia.

c)

Analisis pekerjaan.

d)

Matlamat organisasi.

2.

Apakah aktiviti yang terlibat dalam proses penyusunan semula organisasi?

a)

Merangka pemasaran.

b)

Membahagikan tugasan.

c)

Mengumpul maklumat pekerja.

d)

Menyiapkan pelan pentadbiran.

3.

Berikut adalah perbelanjaan pentadbiran KECUALI

a)

Perbelanjaan lain.

b)

Perbelanjaan harta.

c)

Perbelanjaan operasi.

d)

Perbelanjaan bulanan.

4.

Apakah kaedah yang digunakan untuk mengekalkan tenaga manusia dalam organisasi?

a)

Waktu kerja yang pendek.

b)

Menyediakan kemudahan sukan.

c)

Menawarkan kemudahan pinjaman.

d)

Memberi kebebasan untuk menentukan waktu kerja.

5.

Kenapa proses pemilihan pekerja penting bagi sesebuah organisasi?

a)

Untuk mendapatkan calon yang tepat untuk jawatan tersebut.

b)

Untuk mendapatkan kos pembayaran gaji yang terendah.

c)

Untuk mendapatkan pekerja yang bersedia untuk bekerja lebih masa.

d)

Untuk mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan.

6.

Bagaimana organisasi dapat mempamerkan pembahagian peringkat pengurusan?

a)

Rangka kerja struktur.

b)

Justifikasi kerja.

c)

Carta organisasi.

d)

Senarai jawatan.

7.

Apakah tujuan analisis pekerjaan?

a)

Untuk memilih kakitangan yang diperlukan.

b)

Untuk menggalakkan calon memohon jawatan yang diperlukan.

c)

Untuk menentukan tugas, kaedah operasi, dan kemahiran yang diperlukan.

d)

Untuk mengisi kakitangan yang sesuai bagi setiap jawatan yang diperlukan.

8.

Struktur organisasi adalah perlu supaya

a)

Kos dapat dikurangkan.

b)

Bilangan kakitangan dapat dikurangkan.

c)

Masalah dalam organisasi dapat diselesaikan.

d)

Kakitangan dapat melaksanakan tugas mengikut tanggungjawab yang ditetapkan.

9.

Untuk membina struktur organisasi, langkah-langkah berikut perlu diikuti

a)

Mengagihkan tugas atau kerja.

b)

Menetapkan matlamat organisasi.

c)

Memastikan pengagihan kerja adalah sama.

d)

Melantik seorang pemimpin untuk setiap organisasi.

10.

Langkah pertama dalam pengambilan jawatan dalam organisasi diperoleh melalui:

a)

Calon yang memohon untuk jawatan tersebut.

b)

Calon yang dipanggil untuk temuduga kerja.

c)

Mengiklankan kekosongan jawatan di media.

d)

Menawarkan jawatan kepada individu yang layak.

11.

Untuk mengekalkan sumber manusia dalam sesebuah organisasi, biasanya organisasi akan memberikan faedah tambahan kepada pekerjanya dalam bentuk

a)

Bonus

b)

Gaji tetap

c)

Elaun

d)

Sumbangan kepada EPF

12.

Deposit air, telefon adalah jenis perbelanjaan dalam pentadbiran yang dikategorikan sebagai

a)

Perbelanjaan lain.

b)

Perbelanjaan harga.

c)

Perbelanjaan bulanan.

d)

Perbelanjaan tahunan.

13.

Apakah definisi Perancangan Sumber Manusia?

a)

Semua usaha yang dilakukan untuk mendapatkan sumber modal.

b)

Semua usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat organisasi.

c)

Semua usaha yang dilakukan untuk memastikan organisasi mempunyai tenaga kerja yang sesuai.

d)

Semua usaha yang dilakukan untuk mencegah pekerja meninggalkan organisasi.

14.

Kenapa majikan memberikan ganjaran kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dalam organisasi mereka?

a)

Sebagai tanda keprihatinan majikan terhadap pekerja mereka.

b)

Supaya pekerja lebih bermotivasi dan sentiasa menyumbang.

c)

Untuk mempengaruhi pekerja mereka dan mencipta tanggapan yang baik.

d)

Untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi mengekalkan keuntungan.

15.

Apakah contoh ganjaran?

a)

Gaji pekerja.

b)

Bonus tahunan.

c)

Perbelanjaan perubatan.

d)

Kemudahan rekreasi.

16.

Apakah dokumen yang menyenaraikan tugas yang perlu dilakukan dan kaedah untuk melaksanakan tugas?

a)

Struktur kerja.

b)

Huraian jawatan

c)

Analisis kerja.

d)

Spesifikasi kerja.

17.

Kenapa bil hospital atau ubat untuk seorang pekerja ditanggung sepenuhnya oleh organisasi?

a)

Ia adalah satu ganjaran.

b)

Ia adalah satu anugerah khas.

c)

Ia adalah satu faedah berbentuk kewangan.

d)

Ia adalah satu faedah tambahan berbentuk bukan kewangan.

18.

Apakah yang boleh dipaparkan dalam carta organisasi?

a)

Aktiviti jabatan.

b)

Tugas kakitangan.

c)

Peringkat pengurusan.

d)

Tanggungjawab kakitangan.

19.

Apakah faktor-faktor penyusunan organisasi yang harus dilaksanakan jika perniagaan menghasilkan produk secara berterusan?

a)

Fungsi.

b)

Produk.

c)

Shift kerja.

d)

Pelanggan.

20.

Apakah perbelanjaan bulanan yang terlibat dalam bahagian pentadbiran?

a)

Deposit sewa.

b)

Caruman KWSP.

c)

Kos pengubahsuaian pejabat.

d)

Yuran pendaftaran perniagaan.