wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2 - MASJID DESTINASIKU

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

masjid dari segi bahasa diambil dari perkataan arab ( سَجَدَ ) yang membawa maksud...

a)

tempat rukuk

b)

tempat sujud

c)

tempat solat

d)

tempat tinggal

2.

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

“Apabila salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka shalatlah dua rakaat sebelum duduk.”


Dalil diatas merupakan galakan untuk...

a)

menunaikan hutang

b)

menunaikan solat sunat qabliah

c)

menunaikan solat sunat tahiyatul masjid

d)

menunaikan haji

3.

manakah antara berikut merupakan doa yang dianjurkan ketika hendak masuk ke masjid ?

a)

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك

b)

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي،

c)

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

d)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً

4.

manakah antara berikut adab ketika berada di dalam masjid

a)

memperkatakan sesuatu yang berfaedah

b)

niat iktikaf

c)

membaca doa اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

d)

semua di atas

5.
Apakah maksud masjid dari segi istilah?
a)
Tempat untuk beribadat kepada Allah SWT
b)
Tempat untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat
c)
Tempat untuk beriktikaf
d)
Tempat untuk bertemu dan bermesyuarat
6.
Berikut adalah adab-adab ketika memasuki masjid, kecuali
a)
Melangkah masuk dengan kaki kanan
b)
Memberi salam kepada orang yang di dalam masjid
c)
Berdoa untuk datang lagi ke masjid
d)
Membaca doa memasuki masjid
7.
Ketika berada di dalam masjid, umat Islam disunatkan untuk....
i- niat beriktikaf kerana Allah swt
ii- berehat
iii- diam menghormati jemaah lain yang sedang solat
iv- menunaikan solat atau membaca al-Quran
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
8.

Masjid boleh dijadikan sebagai tempat berikut, kecuali

a)

Ceramah Agama

b)

Mesyuarat JKKK

c)

Pesta Rakyat

d)

Sambutan Maulidur Rasul

9.

Berikut adalah hikmah menjaga adab di masjid, kecuali

a)

Mendapat keberkatan dan rahmat Allah swt

b)

Mendapat keuntungan dalam urusan dunia

c)

Dihormati dan dikasihi masyarakat

d)

Diberi ganjaran pahala

10.

Berikut adalah adab-adab ketika keluar masjid, kecuali..

a)

Melangkah keluar dengan kaki kanan

b)

Berdoa untuk kembali semula ke masjid

c)

Membaca doa keluar masjid

d)

Keluar dengan tenang

e)

Memberi salam kepada orang yang berada di dalam masjid

11.

Sila pilih perkara-perkara yang dilarang ketika di dalam masjid

a)

Berbual-bual kosong

b)

Duduk diam sahaja

c)

Lalu di hadapan orang yang sedang solat

d)

Niat iktikaf

12.
Apakah hikmah beradab di masjid?
a)
Dikasihi dan dimuliakan Allah s.w.t
b)
Mengeraskan hati
c)
Dibenci masyarakat
d)
Hidup sendirian
13.

Membaca doa masuk ke masjid adalah

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat muakkad

14.

اللّهُمَّ افتَح لِى أَبوَابَ رَحمَتِكَ

Berikut merupakan

a)

Doa masuk masjid

b)

Doa keluar masjid

15.

Antara cara mengimarahkan masjid adalah

a)

Mewujudkan bilik musafir

b)

Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

c)

Menjadikan masjid sebagai tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir dan beriktikaf

d)

Menunaikan solat lima waktu secara berjemaah

e)

Semua di atas adalah TEPAT

16.

Mengapakan kita tidak digalakkan membawa sesuatu yang berbau ke masjid

a)

mencemar alam sekitar

b)

mengganggu kenteraman

c)

mengganggu keselesaan

d)

mencemarkan udara

17.

Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid

Berniat iktikaf

Duduk dengan tertib


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

adab pergi ke masjid

b)

adab masuk ke masjid

c)

adab di dalam masjid

d)

adab keluar masjid

18.

Apakah yang akan terjadi sekiranya umat Islam mengabaikan adab di masjid

a)

Umat Islam akan menjadi terkenal

b)

Akan lebih disukai oleh masyarakat

c)

Umat Islam akan lebih mudah beribadat

d)

Tidak dihormati oleh orang bukan Islam

19.

Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid kerana masjid merupakan

a)

tempat menunaikan ibadat sahaja

b)

syiar dan hak bersama masyarakat Islam

c)

tiada tempat lain untuk melaksanakan aktiviti

20.

Pilih 3 buah masjid utama yang dimuliakan umat islam ?

a)

Masjid Nabawi

b)

Masjid Istiqlal

c)

Masjidil Aqsa

d)

Masjidil Haram