Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Geografi Tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor persekitaran fizikal yang dikaitkan dengan elemen berikut?

  • - Hujan

  • - Tekanan udara

a)

Tanih

b)

Iklim

c)

Saliran

d)

Bentuk muka bumi

2.

Apakah jenis hutan yang dikaitkan dengan spesies pokok perupuk dan mengkuang?

a)

Hutan Gunung

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

3.

Apakah jenis tanih tang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami iklim Steppe?

a)

Tanih latosol

b)

Tanih aridisols

c)

Tanih chernozem

d)

Tanih terra rossa

4.

Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor primer?

a)

Menoreh getah

b)

Membina rumah

c)

Memasang kereta

d)

Memandu bas persiaran

5.

Mengapakah kerjasama ekonomi penting kepada Malaysia?

a)

Menggalakkan import barangan

b)

Mengawal pencemaran alam sekitar

c)

Meningkatkan kedatangan pelancong

d)

Menggalakkan pemindahan teknologi

6.

Maklumat berikut menunjukkan lokasi kegiatan ekonomi di Malaysia

  • - Senawang

  • - Batu Berendam

Apakah jenis kegiatan ekonomi yang dikaitkan dengan lokasi berikut?

a)

Pertanian

b)

Pelancongan

c)

Perindustrian

d)

Perlombongan

7.

Apakah negara yang terlibat dalam penjanaan tenaga biomas di dunia?

a)

India

b)

Jepun

c)

Belanda

d)

Arab Saudi

8.

Apakah langkah terbaik untuk menangani krisis sumber semula jadi di dunia?

I. Menjana sumber tenga alternatif

II. Meningkatkan cari gali telaga minyak baharu

III. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara pengeluar lain

IV. Meningkatkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tentang sumber semula jadi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Mengapakah masyarakat perlu menggunakan sesuatu sumber mengikut keperluan?

a)

Menjimatkan wang

b)

Meningkatkan pendapatan

c)

Mengurangkan sisa pepejal

d)

Menghasilkan produk baharu

10.

Apakah program kitar semula yang dijalankan di negara Jerman?

a)

Pencegahan Sisa

b)

Program Waste 21

c)

Ordinan Pembungkusan

d)

Program Affaldsbekendtgoerelsen 1999

11.

Pengurusan sumber hutan penting

I. bagi mengurangkan pembukaan kawasan ekopelancongan

II. sebagai keperluan masyarakat setempat

III. untuk memastikan keseimbangan ekosistem

IV. supaya pengeluaran bekalan bahan mentah dihentikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan yang berkaitan dengan lokasi dalam maklumat di bawah?

  • - Tasik Bera

  • - Pulau Kukup

a)

Geopark

b)

Hutan simpan

c)

Tapak Ramsar

d)

Pembangunan lestari

13.

Mengapakah pengurusan sumber hutan penting kepada negara Malaysia?

I. Keseimbangan ekosistem

II. Sumber pendapatan paling utama

III. Meningkatkan taraf hidup penduduk

IV. Membekalkan sumber bahan mentah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Pernyataan di bawah berkaitan amalan 3R.

Puan Liow menggunakan tuala kecil untuk mengelap meja makan, kemudian membasuh tuala kecil tersebut.

Apakah elemen 3R yang dikaitkan dengan pernyataan tersebut?

a)

Reduce (Kurangkan)

b)

Reuse (Guna Semula)

c)

Rethink (Fikir dahulu)

d)

Recycle (Kitar semula)

15.

Antara berikut, yang manakah langkah pemeliharaan sumber hutan di Malaysia?

a)

Penghutanan semula

b)

Penubuhan ladang hutan

c)

Mewartakan hutan simpan

d)

Menanam semula hutan paya bakau

16.

Negeri manakah yang pertama melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Malaysia?

a)

Selangor

b)

Terengganu

c)

Pulau Pinang

d)

Sarawak

17.

Apakah kesan negatif daripada pembalakan yang tidak terkawal?

a)

Pengurangan biodiversiti

b)

Peningkatan pendapatan negara

c)

Peningkatan kawasan ekopelancongan

d)

Pengurangan pencemaran

18.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan hutan?

a)

Mengurangkan aktiviti pelancongan

b)

Melaksanakan kempen pendidikan

c)

Menggalakkan penggunaan kertas

d)

Menambah kawasan perindustrian

19.

Apakah kesan positif daripada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui?

a)

Mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar

b)

Menambah kos pengeluaran

c)

Meningkatkan penggunaan bahan bakar fosil

d)

Mengurangkan pencemaran udara

20.

Apakah kesan negatif daripada pencemaran air terhadap ekosistem akuatik?

a)

Peningkatan biodiversiti

b)

Peningkatan kualiti air

c)

Pengurangan populasi ikan

d)

Pengurangan suhu air