WorksheetsBAB 3 SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah X?
Simpanan Peribadi
Inventori
Modal Permulaan
Sewa beli
Apakah contoh sumber pembiayaan dalaman perniagaan?
Simpanan peribadi dan Rizab
Simpanan peribadi dan sewa beli
Rizab dan pajakan
Modal permulaan dan overdraf
Antara berikut, manakah merupakan modal perniagaan sebuah agensi pengiklanan?
I wang tunai
II pereka grafik
III kenderaan pemilik
IV peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sumber pembiayaan manakah yang merupakan sumber dalaman bagi sebuah syarikat berhad yang ingin membuka kilang baharu?
Rizab
Overdraf
Jaminan kredit
Modal permulaan daripada bank
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan dalam memberi bantuan pembiayaan dan kewangan kepada usahawan. Apakah agensi kerajaan yang berkenaan?
{ Menawarkan modal tambahan, mewujudkan satu jaringan usahawan }
CGC
MARA
TEKUN
AgroBank
Jenis bank manakah yang bertindak sebagai penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam berhad?
Bank pusat
Bank koperasi
Bank saudagar
Bank perdagangan
Antara berikut, manakah yang merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan?
I Ar-Rahnu
II Jaminan kredit
III Bantuan modal
IV Geran penyelidikan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman?
I Nama perniagaan
II Lokasi kilang
III Nilai aset yang dicagar
IV Tempoh bayaran balik pinjaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman?
Penjamin diperlukan
Cagaran perlu disediakan
Kadar faedah yang tinggi perlu dibayar
Modal sukar ditambah dalam tempoh masa yang singkat
Pernyataan yang manakah merupakan kelebihan pembiayaan sewa beli kepada usahawan?
Jentera berkos tinggi mampu digunakan
Kadar faedah tidak dicaj ke atas ansuran
wang pendahuluan tidak diperlukan ketika membeli
hak milik jentera diperoleh sebaik sahaja deposit dibayar
Apakah kelebihan pinjaman melalui agensi kerajaan berbanding pinjaman bank?
Cagaran dalam apa jua bentuk
Jumlah pinjaman yang kecil
Kadar faedah yang rendah
Tiada syarat pinjaman
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sumber pembiayaan luaran. Apakah sumber pembiayaan tersebut?
{ Institusi kewangan menyediakan kemudahan pembelian akaun penghutang }
Pajakan
Overdraf
Sewa beli
Pemfaktoran
Rajah 3 menunjukkan jenis sumber pembiayaan. Apakah B?
Syer
Rizab
Pajakan
Overdraf
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sumber pembiayaan luaran. Apakah sumber pembiayaan tersebut?
{ Barang berharga dijadikan cagaran }
{ Skim kredit mikro untuk peniaga kecil-kecilan dan usahawan PKS }
Overdraf
Sewa beli
Pinjaman
Ar-Rahnu
Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada bank di atas?
I Salinan bil utiliti
II Lesen perniagaan
III Salinan kad pengenalan
IV Salinan lesen pihak berkuasa tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi kewangan?
Modal terhad
Jumlah pinjaman yang terhad
Memerlukan cagaran dalam bentuk harta
Sukar menambah modal dalam masa yang singkat
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan. Apakah sumber pembiayaan tersebut?
{ Overdraf, Pajakan, Sewa beli }
Sumber pembiayaan bank
Sumber pembiayaan luaran
Sumber pembiayaan dalaman
Sumber pembiayaan agensi kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan sejenis pembiayaan. Apakah jenis pembiayaan tersebut?
{ Kedai Perabot Airell telah menarik balik set sofa apabila penyewa gagal menjelaskan ansuran }
Sewa beli
Pinjaman
Gadaian
Pajakan
Encik Ali membeli sebuah van mini berharga RM40000 bagi tujuan logistik perniagaan dengan membayar ansurans secara bulanan kepada bank.
Apakah jenis pembiayaan daripada bank yang digunakan oleh Encik Ali?
Pajakan
Sewa beli
Pemfaktoran
Modal permulaan
Apakah kelebihan sumber pembiayaan overdraf kepada usahawan?
memerlukan cagaran
dikenakan kadar faedah yang rendah
faedah dikenakan atas jumlah overdraf digunakan
boleh membuat pengeluaran melebihi had ditetapkan
