Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN BAB 1 KEUSAHAWANAN SET 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah mendefinisikan "Keusahawanan"

a)

Proses jual beli barang atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan serta memberikan faedah dan kepuasan.

b)

Proses pengagihan sumber sumber ekonomi agar menjana keuntungan.

c)

Proses merancang dan menetapkan ciri produk, promosi, pengedaran dan harga produk.

d)

Proses menggabungkan sumber sumber ekonomi untuk membuat inovasi, mengesan peluang perniagaan, menjana idea demi menjayakan perniagaan.

2.

Antara berikut bukan menerangkan tentang USAHAWAN

a)

Menjalankan perniagaan disamping membuat inovasi produk.

b)

Melaksanakan tugas mengikut arahan pihak pengurusan.

c)

Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

d)

Kreatif, inovatif, berani mengambil risiko serta bersemangat untuk mengembangkan perniagaan.

3.

En.Rahman seorang yang bercita cita tinggi dan gigih mencapai matlamat. Menerusi usaha gigihnya, berjaya mencapai matlamatnya iaitu mengembangkan perniagaan ke US dan Jepun dalam tempoh 5 tahun. Ciri personaliti yang dimiliki oleh En.Rahman adalah

a)

Lokus kawalan luaran

b)

Kecenderungan mengambil risiko

c)

Keperluan kepada pencapaian

d)

Keperluan kepada kekayaan

4.

Berikut adalah pendekatan - pendekatan Teori Keusahawanan kecuali

a)

Ekonomi

b)

Psikologi

c)

Sosiologi

d)

Demografi

5.

Michale bercita-cita untuk meluaskan perniagaan keluarga ke peringkat antarabangsa. Galakan daripada ibubapanya agar dia meneruskan perniagaan keluarga menyebabkan Michale mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Faktor yang mendorong Michale menceburi bidang keusahawanan adalah:

a)

Pengalihan Negatif

b)

Tempoh Peralihan

c)

Tarikan Positif

d)

Tolakan Positif

6.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor tempoh peralihan ?

a)

Bebas dari penjara

b)

Diberhentikan kerja

c)

Menunggu keputusan peperiksaan

d)

Bersara dari tentera

7.

Gabungan 2 atau lebih firma bekerjasama bertujuan mengembangkan firma dan mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin. Kenyataan tersebut merujuk kepada

a)

Pakatan strategik

b)

Nasionalisasi

c)

Globalisasi

d)

Lokalisasi

8.

Usahawan boleh mendapatkan sumber modal secara formal melalui

a)

Simpanan sendiri

b)

Simpanan ibubapa

c)

Kredit perdagangan

d)

Pelabur

9.

Antara berikut yang manakah Agensi Kerajaan yang menawarkan bantuan modal kepada usahawan:

a)

Kementerian Kewangan

b)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

c)

Kementerian Pendidikan

d)

Kementerian Ekonomi

10.

Yang manakah antara berikut, BUKAN sumber pembaharuan dalam menjana idea baharu?

a)

Produk sedia ada

b)

Syarikat sedia ada

c)

Pengguna

d)

Pembekal

11.

"Merupakan hak cipta yang dilindungi oleh undang-undang sesebuah negara .Pemberian hak cipta dapat melindungi keluaran usahawan daripada ditiru atau dicetak rompak."

Kenyataan di atas merujuk kepada

a)

Paten

b)

Logo

c)

Rekacipta

d)

Hak milik

12.

Pemborong dan peruncit merupakan orang tengah yang membantu pengeluar mengedar produk kepada pelanggan. Sumber-sumber pembaharuan yang berkait dengan kenyataan itu adalah ______

a)

Penyelidikan dan pembangunan

b)

Saluran Pengedaran

c)

Produk sedia ada,

d)

Pelanggan

13.

Antara berikut yang manakah BUKAN kaedah menjana dan mengembangkan idea.

a)

Penyelidikan dan pembangunan

b)

Sumbangsaran

c)

Kumpulan Fokus

d)

Pemerhatian

14.

Neastlie merancang untuk mengeluarkan produk baharu. Bagi mendapatkan idea bagi melaksanakan perkara tersebut , Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Neastlie telah menyediakan set soalan yang dirangka secara sistematik untuk diedarkar kepada pengguna. Ini bertujuan mendapatkan maklumbalas daripada pengguna. Kaedah yang digunakan oleh Neastlie bagi menjana idea adalah

a)

Pemerhatian

b)

Sumbangsaran

c)

Soal selidik

d)

Kumpulan Ssaran

15.

Satu kumpulan dibentuk bagi tujuan mengembangkan idea , di mana kumpulan tersebut dibimbing oleh seorang fasilitator. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada mereka yang datang daripada pelbagai kepakaran, kemahiran, pengalaman dan pendidikan.

Kaedah menjana idea di atas adalah:

a)

Pemerhatian

b)

Sumbangsaran

c)

Soal selidik

d)

Kumpulan Sasaran