Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPMC SELANGOR SET 2 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Gambar berikut menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.

Mengapakah inskripsi tersebut penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?

a)

Menceritakan penyebaran agama

b)

Menunjukkan kemahiran seni bina

c)

Membuktikan kesetiaan kepada raja

d)

Melambangkan keagungan pemerintah

2.

Temenggung merupakan salah seorang Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Mengetuai angkatan tentera

d)

Menguruskan perbendaharaan

3.

Apakah dua faktor yang menyebabkan Revolusi Keagungan 1688 berlaku di England?

a)

Menentang kenaikan cukai

b)

Menamatkan pemerintahan beraja

c)

Menegakkan kedaulatan parlimen

d)

Memperjuangkan hak asasi rakyat

4.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.

- Cerita Awang Putat

- Rumah Besar Tiang Sebatang

- Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang

Apakah tema karya tersebut?

a)

Perpaduan antara kaum

b)

Perjuangan nasib bangsa

c)

Pengekalan hak penduduk

d)

Pembaharuan sistem pentadbiran

5.

Berikut merupakan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Pilih pasangan yang betul.

a)

b)

c)

d)

6.

Gambar berikut berkaitan novel karya Ahmad Murad Nasaruddin.

Apakah mesej yang disampaikan melalui novel tersebut?

a)

Kekejaman tentera Jepun

b)

Penindasan golongan wanita

c)

Perjuangan antipenjajah Barat

d)

Kemunduran masyarakat tempatan

7.

Bagaimanakah Raja-raja Melayu bertindak membantah penubuhan Malayan Union?

a)

Menghantar rombongan ke London

b)

Menulis bantahan di akhbar tempatan

c)

Menganjurkan perhimpunan besar-besaran

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

8.

Mengapakah penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

Hak istimewa peribumi terhapus

b)

Peluang dalam pentadbiran terhad

c)

Kuasa Dinasti Brooke bertambah kukuh

d)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

9.

Dialog berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1947.

Apakah tindakan mereka?

a)

Melakukan mogok

b)

Menganjurkan hartal

c)

Menghantar surat bantahan

d)

Meletak jawatan beramai-ramai

10.

Apakah dua sebab orang Melayu menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan

b)

Pelaksanaan sistem Raja Berperlembagaan

c)

Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

11.

Persidangan berikut dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India pada tahun 1948.

- Persidangan Kongres Belia Asia

- Persidangan Parti Komunis India

Apakah gesaan dalam persidangan tersebut?

a)

Bekerjasama dengan British

b)

Menentang kuasa imperialis

c)

Menubuhkan kerajaan baharu

d)

Berbaik-baik dengan Jepun

12.

Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

13.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951?

a)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

b)

Mengukuhkan lagi penguasaan politik British

c)

Menerapkan sistem pentadbiran Barat

d)

Merangka perlembagaan baharu

14.

Bagaimanakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu?

a)

Persekolahan mengikut aliran

b)

Memperkasa sekolah vernakular

c)

Kurikulum bercorak kebangsaan

d)

Sistem pendidikan secara percuma

15.

Pilihan raya tempatan yang pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak.

Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?

a)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

b)

Sebagai pra peralihan kuasa Brooke

c)

Memilih ketua rumah panjang

d)

Menentukan calon berwibawa

16.

Gambar berikut adalah barisan kabinet pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955.

Apakah dua peranan kabinet tersebut?

a)

Membincangkan isu keselamatan dalam negeri

b)

Mengurangkan kuasa pentadbiran British

c)

Membangunkan dasar luar negara

d)

Menggubal perlembagaan negara merdeka

17.

Tokoh-tokoh berikut merupakan anggota Suruhanjaya Reid.

- Lord Reid

- Sir William Ivor Jennings

- Sir William Mckell

Apakah sumbangan tokoh tersebut kepada negara kita?

a)

Menyeragamkan sistem pendidikan

b)

Menghapuskan pengaruh komunis

c)

Melantik pemerintah negara

d)

Merangka perlembagaan

18.

Jadual berikut adalah reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Mengapakah mereka memberi reaksi sedemikian?

a)

Mengancam kedudukan raja

b)

Menghapuskan ketamadunan bangsa

c)

Menggugat keistimewaan orang Melayu

d)

Menjejaskan kesetiaan orang bukan Melayu

19.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961?

a)

Memajukan sektor perindustrian

b)

Membangunkan kemudahan asas

c)

Memodenkan teknologi pertanian

d)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

20.

Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan.

Apakah dua persediaan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut?

a)

Pertandingan pintu gerbang

b)

Memperkenalkan lagu kebangsaan

c)

Pembinaan stadium

d)

Menggubal Rukun Negara

21.

Kedaulatan negara kita adalah berlandaskan kedaulatan tradisional.

Apakah bukti untuk menyokong pernyataan tersebut?

a)

Kerjasama semua rakyat

b)

Kekuasaan Raja-raja Melayu

c)

Kecemerlangan sosioekonomi

d)

Keupayaan menentang penjajahan

22.

Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain. Bagaimanakah jalinan hubungan tersebut terbentuk?

a)

Penggubalan dasar luar

b)

Pengamalan undang-undang

c)

Pembentukan kerajaan pusat

d)

Pemilihan pemimpin berwibawa

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan jentera pentadbiran Sarawak dan Sabah.

- Sarawak ==> Council Negri

- Sabah ==> Majlis Undangan

Apakah persamaan peranan jentera pentadbiran tersebut?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Membuat dasar ekonomi

c)

Menentukan hala tuju kerajaan

d)

Menggubal undang-undang

24.

Pada tahun 1963, satu pindaan telah dibuat oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Mengapakah pindaan dibuat?

a)

Pembentukan Malaysia

b)

Penubuhan Mahkamah Tinggi

c)

Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu

d)

Menggalakkan kemajuan Sarawak dan Sabah

25.

Undang-undang berikut digubal sebelum Perang Dunia Kedua.

- Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

- Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah persamaan kedua-dua undang-undang tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Kerajaan dipilih oleh rakyat

c)

Pemerintahan Raja Berpelembagaan

d)

Menteri Besar menguasai pentadbiran

26.

Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan Malaysia.

Siapakah menjadi punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?

a)

Rakyat

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Dewan Rakyat

d)

Yang di-Pertuan Agong

27.

Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan distrukturkan semula pada tahun 1927?

a)

Membentuk Kabinet Menteri

b)

Mengukuhkan kedudukan British

c)

Mewujudkan kerajaan Persekutuan

d)

Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu

28.

Organisasi pentadbiran berikut diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Apakah matlamat organisasi tersebut?

a)

Integrasi kaum

b)

Perpaduan kaum

c)

Keselamatan negara

d)

Kemakmuran ekonomi

29.

Apakah dua sebab Lord Brassey mencadangkan pembentukan Malaysia?

a)

Meningkatkan potensi ekonomi

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Memantapkan institusi kesultanan

d)

Meluaskan tanah jajahan

30.

Jadual berikut menunjukkan perkembangan parti politik di Sabah.

Mengapakah berlaku perkembangan situasi politik tersebut?

a)

Penentangan penjajahan SBUB

b)

Pemberontakan Indonesia ke atas Sabah

c)

Penyerahan Sabah kepada kerajaan British

d)

Pengumuman cadangan penubuhan Malaysia

31.

Stephen Kalong Ningkan kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak pada bulan September 1966.

Apakah reaksi ahli Council Negri terhadap tindakan beliau?

a)

Memberikan sokongan yang baik

b)

Mengadakan demonstrasi damai

c)

Melaksanakan undi tidak percaya

d)

Mengugut untuk meletak jawatan

32.

Isu berikut dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan.

TERLALU BERGANTUNG PADA EKSPORT GETAH DAN BIJIH TIMAH

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

a)

Menarik kemasukan pelabur luar

b)

Melibatkan kerjasama sektor swasta

c)

Memperbanyak pengeluaran bijih timah

d)

Mempelbagaikan keluaran komoditi negara

33.

Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British.

- Pemisahan petempatan melalui kegiatan ekonomi

- Mewujudkan sistem pendidikan vernakular dalam pendidikan

Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca merdeka?

a)

Kerenggangan hubungan

b)

Kecekapan pentadbiran

c)

Keberhutangan tinggi

d)

Kepesatan ekonomi

34.

Bagaimanakah dua cara bahasa Melayu diperkasakan melalui sistem pendidikan?

a)

Menggalakkan pelibatan swasta

b)

Menubuhkan Kolej Sultan Abdul Halim

c)

Pembukaan sekolah menengah kebangsaan

d)

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

35.

Maklumat berikut berkaitan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000.

Pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan penanaman padi dan nelayan

Mengapakah kerajaan mengambil pendekatan tersebut?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Membasmi kemiskinan rakyat

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan produktiviti negara

36.

Berikut merupakan tujuan kerajaan mewujudkan Zon Perindustrian Bebas.

- Menarik pengusaha melabur

- Merangsang ekonomi kawasan sekitar

Bagaimanakah tujuan tersebut dapat dicapai?

a)

Menyediakan teknologi moden

b)

Membangunkan industri berat

c)

Mengeluarkan kereta nasional

d)

Memberikan pelepasan cukai

37.

Senarai berikut berkaitan kuasa luar yang menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

- Siam - Turki - Pasai - Ryukyu

Bagaimanakah hubungan luar tersebut terjalin?

a)

Perkahwinan siasah

b)

Hubungan diplomatik

c)

Pertembungan budaya

d)

Kegiatan perdagangan

38.

Rancangan Colombo merupakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan sejak tahun 1951.

Apakah kepentingan rancangan tersebut terhadap negara anggota Komanwel?

a)

Mendapat khidmat nasihat

b)

Memulihkan wabak penyakit

c)

Menyediakan kemudahan kredit

d)

Mengukuhkan kerjasama dagangan

39.

Malaysia bertindak secara berhemah untuk menyelesaikan masalah kempen antiminyak sawit. Mengapakah pendekatan tersebut diambil?

a)

Mengatasi pencerobohan luar

b)

Mendapatkan sokongan dunia

c)

Mengelakkan sebarang konflik

d)

Menjaga kepentingan ekonomi

40.

Mengapakah Non-Governmental Organization (NGO) Global Peace Mission (GPM) digerakkan ke Syria?

a)

Memberi bantuan kemanusiaan

b)

Menubuhkan pusat pengajian

c)

Menjaga kebajikan pelarian

d)

Membina kemudahan asas