Font size
WorksheetsPENGAJIAN AM SEMESTER 1
Total questions: 20
Worksheet time: 8mins
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?
Rakyat yang bermoral dan beretika
Jurang ekonomi rakyat yang dapat dirapatkan
Mempunyai Rukun Negara yang dipatuhi rakyat
Kepimpinan negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa
Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?
Penerbitan majalah keagamaan
Pembukaan pusat pemulihan akhlak
Permohonan permit melombong pasir
Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam
Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
Melaksanakan sistem demokrasi tulen
Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
Yang manakah keadaan yang menyebabkan seseorang tidak layak mengundi di kawasannya?
Mendapat taraf pemastautin tetap di negara lain
Tidak menganggotai mana-mana parti politik
Belum mendaftar sebagai pemilih di kawasannya
Pernah menjalani hukuman penjara selama sepuluh bulan dan denda RM1000.00
Perkara 122B, Perlembagaan Persekutuan menyentuh pelantikan hakim-hakim untuk Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi. Pilih pernyataan yang tepat.
Semua hakim dan majistret dilantik oleh YDPA
Perdana Menteri tidak perlu meminta fikiran sesiapa sewaktu hendak menasihatkan YDPA dalam pelantikan hakim mahkamah di Malaysia
Semua hakim dan majistret di Malaysia dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di Malaysia dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR
Siapakah Ketua Pentadbir dalam sistem kehakiman Malaysia?
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar
Ketua Pendaftar
Peguam Negara
Situasi yang manakah membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan denda?
Pengusaha restoran yang menyalahgunakan logo 'Halal JAKIM'
Pengusaha kedai makan yang tidak menjaga kebersihan premisnya
Penduduk yang membuat penyambungan paip tanpa kelulusan pihak berkuasa
Penduduk yang gagal membayar cukai pendapatan
Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah
meluluskan dasar kerajaan
membahaskan masalah rakyat
membincangkan isu utama negara
menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam situasi rasmi jika
melibatkan pakar-pakar asing
mudah difahami oleh pendengar
penutur Bahasa Melayu berkurangan
YDPA memperkenankan
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
rombakan kabinet
kematian Setiausaha Dewan Negara
peletakan jawatan Perdana Menteri bersama ahli-ahli jemaah menteri
hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri
Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri
Jawatankuasa Tindakan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Antara yang berikut, yang manakah tidak benar berkenaan tugas perbendaharaan
Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
Menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa
Mendapatkan sumber kewangan negara
Menyelaras, memantau dan menilai dasar dan projek pembangunan
Badan manakah yang berkuasa untuk membuat pindaan perlembagaan bagi negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis?
Mahkamah Rayuan
Badan Perundangan
Badan eksekutif
Badan Kehakiman
Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan
Sultan
Ketua Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Yang manakah langkah untuk memperkasakan integriti penjawat awam?
Menambahkan jumlah pegawai di kaunter
Melaksanakan kursus dan latihan yang komprehensif
Meningkatkan kemudahan komunikasi penjawat awam
Melantik pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran tinggi
Nyatakan kombinasi esei: Pilihan jawapan 5+0/ 3+2/ 1+4
Fenomena miskin bandar merupakan satu masalah baru yang berlaku di negara ini. Justeru, fenomena ini memerlukan perhatian daripada pihak berwajib untuk menanganinya. Huraikan
(a)
Nyatakan kombinasi esei: Pilihan jawapan 5+0/ 3+2/ 1+4
Tadbir urus baik membawa pelbagai kepentingan kepada pembangunan negara.
(a)
Nyatakan kombinasi esei: Pilihan jawapan 5+0/ 3+2/ 1+4
Meskipun banyak usaha telah dibuat untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini, namun terdapat pelbagai cabaran perlu dihadapi. Jelaskan.
(a)
Nyatakan kombinasi esei: Pilihan jawapan 5+0/ 3+2/ 1+4
Untuk menangani cabaran globalisasi dan persaingan yang sengit dalam pasaran, setiap pengurus perlu memiliki kecekapan. Bincangkan
(a)
Nyatakan kombinasi esei: Pilihan jawapan 5+0/ 3+2/ 1+4
Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan antara faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. Ulaskan
(a)
