wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPMC NEGERI SEMBILAN 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 14mins

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas campur tangan kuasa asing.

Apakah yang anda faham dengan maksud kedaulatan?

a)

Ikatan pemerintah dengan rakyat

b)

Kekuasaan tertinggi seseorang sultan

c)

Hubungan antara China dengan Melaka

d)

Sultan berkuasa mengikut perlembagaan

2.

Konsep waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah. Apakah kesan wujudnya hubungan tersebut

a)

Keunggulan kerajaan

b)

Keselamatan pemerintah

c)

Kesejahteraan terjamin

d)

Kewujudan undang-undang

3.

Maklumat berikut berkaitan maksud nasionalisme.

Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri

Siapakah tokoh yang menjelaskan idea tersebut?

a)

Profesor Willian R. Roff

b)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

4.

Tokoh-tokoh berikut menunjukkan kesungguhan dalam menentang penjajah pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Apakah DUA persamaan perjuangan mereka?

a)

Bersifat setempat

b)

Bekerjasama dengan British

c)

Menuntut kemerdekaan daripada British

d)

Mendaulatkan wilayah masing-masing

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Eropah.

Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophia

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Perang Dunia Kedua

b)

Pembentukan Pakatan

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Pencerobohan rantau Balkan

6.

Apakah nama DUA kapal perang British yang berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan?

a)

Repulse

b)

HMS Dido

c)

Royal Navy

d)

Prince of Walse

7.

Jadual berikut menunjukkan peningkatan harga barang di Tanah Melayu dari bulan Disember 1941 hingga bulan Ogos 1945.

Mengapakah berlakunya peningkatan tersebut?

a)

Pasaran gelap

b)

Wabak penyakit

c)

Serangan British

d)

Kepadatan penduduk

8.

Maklumat berikut berkaitan wakil British di Tanah Melayu dan Sarawak

Sir Harold MacMicheal 

Gerard T. MacBryan

Kedua-dua wakil ini menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu dan ketua tempatan. Apakah cara yang digunakan oleh mereka?

a)

Rundingan

b)

Diplomasi

c)

Serangan

d)

Paksaan

9.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946?

a)

Membantah Malayan Union

b)

Menolak Perlembagaan rakyat

c)

Merangka perjanjian persekutuan

d)

Membincangkan kemerdekaan persekutuan

10.

British melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik.

Apakah yang anda faham dengan prinsip piagam tersebut?

a)

Merangka kemerdekaan

b)

Menyeragamkan pentadbiran

c)

Menamatkan peluasan wilayah

d)

Mengelak berlakunya peperangan

11.

Rajah berikut merupakan pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British untuk membanteras kegiatan komunis.

Apakah X?

a)

Senoi Praaq

b)

Polis Hutan

c)

Auxiliary Police

d)

Special Constable

12.

Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Darurat.

Mengapakah British berbuat demikian?

a)

Menjaga keamanan

b)

Mengeratkan hubungan kaum

c)

Mengisytiharkan pengampunan

d)

Mengawal pergerakan penduduk

13.

Maklumat berikut berkaitan perubahan slogan United Malays National Organisation (UMNO)

Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Mentadbir kerajaan sendiri

b)

Membentuk perpaduan orang Melayu

c)

Menuntut hak istimewa orang Melayu

d)

Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu

14.

Maklumat berikut berkaitan isu yang diselesaikan melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.


Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan

Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum menyelesaikan isu tersebut?

a)

Mengkaji sistem pendidikan yang baharu

b)

Memindahkan orang Melayu ke kawasan bandar

c)

Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

d)

Mewujudkan kerjasama ekonomi antara orang Melayu dan orang Cina

15.

Rajah berikut menunjukkan antara proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah X?

a)

Kempen pilihan raya

b)

Semakan daftar pemilih

c)

Penentuan sempadan kawasan pilihan raya

d)

Rang undang-undang pilihan raya diluluskan

16.

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Apakah peranan kabinet tersebut?

a)

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

b)

Mengambil alih tugas Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Menggantikan semua pegawai British dengan pegawai tempatan

d)

Membincangkan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam

17.

Maklumat berikut berkaitan misi rundingan di London pada tahun 1956.

Empat orang wakil Raja-raja Melayu

Empat orang wakil Parti Perikatan


Apakah tujuan rundingan tersebut?

a)

Mengurus hal berkaitan pilihan raya

b)

Menggubal perlembagaan Tanah Melayu

c)

Berbincang tentang pembentukan kabinet baru

d)

Berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan DUA kaedah untuk mendapat kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penghijrahan

b)

Perkahwinan

c)

Permohonan

d)

Penguatkuasaan undang-undang

19.

Jawatankuasa Persediaan Fizikal diwujudkan sebagai persiapan meraikan kemerdekaan negara. Apakah peranan utama jawatankuasa tersebut?

a)

Menonjolkan identiti

b)

Menghias bandar dan jalan raya

c)

Melaksanakan protokol sambutan

d)

Mempromosikan majlis sambutan

20.

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah memberi tumpuan pada sektor luar bandar. Apakah tujuan penubuhan rancangan tersebut?

a)

Memajukan tahap pendidikan

b)

Merangsang pertumbuhan ekonomi

c)

Mengeratkan hubungan antarabangsa

d)

Meningkatkan mutu perkhidmatan

21.

Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain. Apakah DUA cara Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar?

a)

Mengadakan perjanjian

b)

Meningkatkan imej negara

c)

Memupuk perpaduan kaum

d)

Menjalinkan hubungan diplomatik

22.

Antara berikut, yang manakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Memodenkan aset ketenteraan

b)

Mengadakan perjanjian petahanan

c)

Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar

d)

Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga

23.

Maklumat berikut berkaitan asas pembentukan perlembagaan negara kita.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

Undang-undang Adat

b)

Undang-undang Islam

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Undang-undang Negeri Melayu

24.

Asas pembentukan Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya umum pada tahun 1955. Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan?

a)

Memilih wakil pemimpin

b)

Memupuk perpaduan kaum

c)

Memenuhi keperluan semasa

d)

Melicinkan pentadbiran negara

25.

Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu.

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menstabilkan politik

b)

Memajukan ekonomi

c)

Mempertahankan adat istiadat

d)

Mengekalkan kedaulatan negeri

26.

Persidangan Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.

Apakah peranan Durbar?

a)

Menjaga hal ehwal luar negara

b)

Membincangkan urusan pentadbiran

c)

Menggubal undang-undang persekutuan

d)

Melantik ahli Jemaah Menteri persekutuan

27.

Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.

* FELDA

* FELCRA


Apakah persamaan kedua-dua agensi tersebut?

a)

Memajukan wilayah

b)

Memodenkan bandar

c)

Membangunkan tanah

d)

Menggalakkan pelaburan

29.

Maklumat berikut berkaitan tokoh yang mengemukakan idea pembentukan Malaysia pada akhir abad ke-19.

# Merupakan Pesuruhjaya Tinggi British 

# Mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Lord Brassey

b)

Sir Geofroy Tory

c)

Sir Gerald Templer

d)

Sir Malcolm Macdonald

30.

Indonesia telah mengisytiharkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963. Mengapakah Indonesia bertindak sedemikian?

a)

Kehilangan jajahan

b)

Kedaulatan terancam

c)

Penindasan penduduk

d)

Pengeksploitasian ekonomi

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah perang saraf yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi ancaman Komunis.

Apakah X?

a)

Perundingan bersama pemimpin

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Petempatan kawasan baru

d)

Pembangunan infrastruktur

32.

Maklumat berikut berkaitan langkah yang diambil oleh pihak keselamatan negara.

Strategi Counterinsurgency ( COIN) 

Perjanjian Kerjasama Sempadan

Apakah tujuan langkah tersebut dijalankan?

a)

Menjaga perairan

b)

Menyatukan kaum

c)

Menstabilkan politik

d)

Membanteras komunis

33.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada tahun 1960. Mengapakah slogan tersebut dilancarkan?

a)

Memupuk perpaduan kaum

b)

Mempromosi bahasa Melayu

c)

Membentuk masyarakat berilmu

d)

Mengukuhkan Akta Bahasa Kebangsaan

34.

Maklumat berikut berkaitan ideologi negara dalam usaha membentuk perpadua rakyat.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

Rukun Negara

b)

Akta Bahasa Kebangsaan

c)

Dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

35.

Mengapakah rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

Melahirkan ramai tenaga kerja mahir

b)

Mengeluarkan bekalan makanan yang cukup

c)

Merancang perkembangan industri berteknologi tinggi

d)

Menggalakkan pengeluaran barangan buatan tempatan

36.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan Zon Perindustrian Bebas?

a)

Menjadi pusat penyelidikan

b)

Memperoleh cukai perdagangan

c)

Menarik kemasukan pelabur luar

d)

Membangunkan bandar perindustrian

37.

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.

Apakah DUA sumbangan tersebut?

a)

Menyertai misi pengaman

b)

Menghantar pasukan pemerhati

c)

membebaskan negara yang dijajah

d)

Menyarankan penggunaan dinar emas

38.

Maklumat tersebut berkaitan dasar yang diamalkan oleh Malaysia.

Mengamalkan dasar neutral dan berkecuali  Menjalinkan hubungan lebih terbuka


Apakah pertubuhan tersebut?

a)

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

b)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

c)

Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)

d)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

39.

Maklumat berikut berkaitan isu pertindihan sempadan yang melibatkan negara Malaysia.

Bagaimanakah negara kita menyelesaikan isu tersebut?

a)

Merujuk di Mahkamah Antarabangsa

b)

Melibatkan Polis Antarabangsa (INTERPOL)

c)

Memperkenalkan Akta Zon Ekonomi Eksklusif

d)

Mengadakan forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

40.

Maklumat berikut berkaitan isu Antartika sebagai warisan sejagat.

Apakah pandangan Malaysia dalam mesyuarat tersebut?

a)

Mencadangkan hasil Antartika dikongsi bersama

b)

Menjadikan Antartika sebagai kawasan pelancongan

c)

Mengekalkan hasil Antartika milik Amerika Syarikat

d)

Memastikan Antartika sebagai khazanah kuasa veto dunia