wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ INTEGRITI PUSAT LATIHAN KENEGARAAN LIPIS 2024

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Anda ternampak RM10 jatuh dari poket rakan. Apa yang anda buat?

a)

"Terima kasih, rezeki saya hari ini."

b)

Pulangkan dengan bangga sambil cakap, "Aku hero hari ini! "

c)

Tunggu esok untuk tengok jika dia perasan.

d)

Simpan dulu, buat-buat lupa.

2.

Bos minta anda buat laporan yang tidak betul. Apa jawapan anda?

a)

"Boleh, tapi kena naik gaji dulu!"

b)

"Maaf bos, saya ada prinsip

c)

"Kalau orang tak tahu, tak salah kan?"

d)

"Okey bos, nanti bos cakap saya tak 'Team Player' pula.

3.

Anda lewat 30 minit ke mesyuarat tapi bos tak perasan. Apa jawapan anda?

a)

"Tak apa, saya senyap-senyap duduk di belakang,"

b)

Masuk dan cakap, "Saya dah hadir awal tadi tapi pergi toilet!."

c)

Beritahu bos: " Maaf saya lewat sebab jalan raya ada parade gajah."

d)

Berani mengaku: "Maaf, saya salah, Lain kali lebih awal."

4.

Kawan baik anda curi coklat di kedai. Apa anda cakap?

a)

"Aku tak nampak apa-apa, terukan misi."

b)

"Woi! integriti kena jaga, pulangkan sekarang!"

c)

"Asalkan kau belanja aku juga."

d)

"Kita kongsi je, kedai tu kaya."

5.

Anda kantoi makan kerepek dalam mesyuarat sambil kamera Zoom terbuka. Apa yang anda cakap?

a)

"Ini ujian mikrofon, nak pastikan bunyi jelas,"

b)

"Kerepek ini bos punya, saya tolong rasa."

c)

"Saya fokus lebih baik kalau kunyah."

d)

"Maaf, saya akan mute lepas ni. Integriti kena jaga!

6.

Anda lewat ke tempat kerja tetapi rakan mencatatkan waktu hadir untuk anda. Apa tindakan berintegriti?

a)

Terima sahaja bantuan rakan.

b)

Laporkan kehadiran sebenar anda.

c)

Berdiam diri dan teruskan kerja.

d)

Balas budi dengan menipu untuk rakan lain.

7.

Anda jumpa dompet berisi wang di tempat awam tanpa ID pemilik. Apa langkah berintegriti?

a)

Simpan wang itu kerana tiada pemilik jelas.

b)

Serahkan dompet kepada pihak berkuasa.

c)

Ambil separuh, pulangkan separuh.

d)

Alhamdulillah, rezeki dari tuhan.

8.

Bos memberi anda tugasan yang mustahil untuk disiapkan dalam masa singkat. Apa yang anda buat?

a)

"Okey bos, saya akan buat keajaiban!"

b)

"Boleh, tapi saya perlukan tiga cawan kopi!"

c)

"Saya akan cuba, tetapi saya beritahu bos bahawa ini hampir mustahil."

d)

"Bos, saya akan cuba, tapi saya tak jamin hasilnya!

9.

Anda tersilap jawab soalan kuiz integriti ini. Apa anda buat?

a)

“Salah sengaja, nak uji sistem!”

b)

“Saya tak baca soalan tadi, salahkan komputer.”

c)

“Saya jawab ikut naluri, tak salah kan?”

d)

“Saya akan belajar dari kesilapan, sebab saya berintegriti!”

10.

Anda diberikan tugasan untuk menjawab soalan dalam kuiz integriti, tetapi soalan-soalan tersebut terlalu mudah. Apa yang anda buat?

a)

“Saya jawab cepat-cepat supaya dapat markah penuh!”

b)

“Saya jawab dengan betul, tapi beri alasan panjang supaya nampak bijak.”

c)

“Saya jawab salah sengaja, supaya soalan itu lebih mencabar!”

d)

“Saya jawab dengan betul, sebab integriti lebih penting daripada kemenangan”