NEW
Font size
WorksheetsEKONOMI SET 2 (PANITIA EKONOMI PPD HULU LANGAT)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga penawaran?
Mengukur peratus perubahan harga yang ditawar kesan daripada peratus perubahan kuantiti
Dalam jangka masa panjang penawaran adalah tidak anjal
Barang anjal mempunyai pekali lebih besar daripada satu
Contoh barang anjal ialah kelapa sawit
Antara yang berikut, manakah merujuk kepada fungsi bank pusat?
Menerima deposit daripada pelbagai lapisan masyarakat
Menerima dan membuat bayaran kepada pelanggan
Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan
Memberi pinjaman orang ramai
Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang.
Fungsi wang adalah sebagai alat ______
ukuran nilai
simpanan nilai
bayaran tertunda
perantara pertukaran
Pemilik akaun simpanan tetap
dibayar kadar faedah lebih tinggi
menerima penyata bank setiap bulan
diberi kemudahan menggunakan cek
boleh menggunakan kad juruwang elektronik
Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
Perusahaan tekstil dan perkhidmatan
Perlombongan dan perkhidmatan insurans
Pengangguran geseran berlaku disebabkan
firma mengecilkan skala pengeluaran
kekurangan mobiliti dari segi kekayaan
berlaku perubahan struktur ekonomi negara
sedang mencari pekerjaan yang dikehendakinya
Apakah kesan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh Bank Negara terhadap ekonomi?
Mengawal kenaikan harga barang
Mengurangkan kuasa beli pengguna
Menjejaskan aktiviti pengeluaran barang
Menurunkan kadar pengangguran dalam ekonomi
Pernyataan yang manaka menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi negara?
Perluasan pilihan pengguna
Menikmati harga barang yang lebih murah
Meningkatkan mobiliti buruh ke negara lain
Pemindahan dan penggunaan teknologi lebih pesat
Bagi mengawal kemasukan barang import secara berlebihan, kerajaan mengenakan
tarif
subsidi
sekatan bukan ekonomi
kawalan pertukaran asing
Apakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa terhadap negara?
Mengurangkan eksport
Meningkatkan peluang pekerjaan
Menambah penawaran barangan import
Mengurangkan permintaan barang tempatan
