wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MRSM 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kerajaan yang meneruskan kesinambungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Johor Riau

b)

Majapahit

c)

Srivijaya

d)

Jambi

2.

Apakah kepentingan alat regalia kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Lambang kemakmuran

b)

Simbol kekayaan

c)

Simbol kedaulatan

d)

Lambang persahabatan

3.

Pasangan manakah yang betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Gambar berikut adalah tokoh nasionalis di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Bagaimanakah Za'ba menyebarkan idea nasionalisme?

a)

Menerbitkan akhbar

b)

Menulis karya kreatif

c)

Membentuk parti politik

d)

Membangunkan madrasah

5.

Mengapakah Jepun ingin menguasai Singapura ketika Perang Dunia Kedua?

a)

Membentuk Persekutuan Borneo

b)

Menyekat kemaraan tentera bersekutu

c)

Meningkatkan perdagangan di Selat Melaka

d)

Memudahkan penguasaan minyak di Sumatera

6.

Apakah kesan daripada usaha tersebut?

a)

Mengembalikan keamanan

b)

Mengeratkan hubungan antara kaum

c)

Mengiktiraf kewibawaan pemimpin Melayu

d)

Mengukuhkan kerjasama dalam pentadbiran

7.

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Desakan golongan radikal

b)

Ketegasan pemimpin Melayu

c)

Pelaksanaan sistem demokrasi

d)

Pembentukan Jawatankuasa Eksekutif

8.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada rakyat tempatan.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kegiatan persatuan ditindas

b)

Kerjasama yang baik antara kaum

c)

Masalah kewangan yang meruncing

d)

Pentadbiran negeri diserahkan kepada pemimpin tempatan

9.

Siapakah wakil X?

a)

Rakyat tempatan

b)

Pembesar negeri

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pemimpin parti radikal

10.

Maklumat berikut berkaitan syarat kewarganegaraan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Nama: Ah Boon

Tarikh lahir: 16 November 1948

Tempat lahir: Melaka Tengah, Melaka

Apakah status kewarganegaraan beliau?

a)

Rakyat British

b)

Rakyat Dagang

c)

Rakyat Raja Melayu

d)

Rakyat Malayan Union

11.

Undang-undang berikut diluluskan oleh British di Tanah Melayu.

** Trade Union Ordinance No. 9 of 1948

Mengapakah undang-undang tersebut dilaksanakan?

a)

Menghalang pengaruh parti radikal

b)

Mengekang pengaruh komunis

c)

Menyekat kebebasan bersuara

d)

Mengawal penerbitan risalah

12.

Gambar berikut menunjukkan perarakan penduduk tempatan sempena kempen 'Bulan Rakyat Melawan Penjahat' pada tahun 1949 di Tanah Melayu.

Apakah kesan kempen tersebut?

a)

Pengukuhan kerjasama pelbagai kaum

b)

Pertambahan bilangan imigran

c)

Peningkatan kesedaran berpolitik

d)

Pemerkasaan perkhidmatan awam

13.

Antara berikut yang manakah DUA perkara berkaitan dengan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?

a)

Penggunaan kurikulum yang seragam

b)

Pengenalan sekolah aneka jurusan

c)

Pendidikan sivik diperkenalkan

d)

Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama

14.

Pakatan antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) melahirkan manifesto Perlembagaan Rakyat.

Apakah perkara yang terkandung dalam manifesto tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya

b)

Pemerintahan bercorak republik

c)

Pembentukan Dewan Perundangan

d)

Penganjuran Persidangan Kebangsaan

15.

Mengapakah Parti Perikatan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut?

a)

Mendaftarkan calon lebih awal

b)

Meletakkan calon berpendidikan

c)

Memperjuangkan hak sama rata

d)

Mengadakan kerjasama politik

16.

Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 di Tanah Melayu?

a)

Membubarkan parlimen

b)

Menggubal undang-undang

c)

Melantik ahli Jemaah Menteri

d)

Membentuk Jawatankuasa Pilihanraya

17.

Gambar berikut merupakan ulama terkenal di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Apakah sumbangan Syeikh Abdullah Fahim?

a)

Memperjuangkan kebebasan bersuara

b)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

c)

Menyertai rombongan ke London

d)

Mengasaskan pasukan Tentera Selempang Merah

18.

Maklumat berikut berkaitan reaksi parti-parti politik terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Apakah X?

a)

Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

b)

Memperakui Islam sebagai agama rasmi

c)

Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar

d)

Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

19.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan untuk membangunkan negara selepas mencapai kemerdekaan.

25 Januari 1961 : Pelancaran Rancangan Buku Merah

Apakah matlamat rancangan tersebut?

a)

Menambah pengeluaran bahan makanan

b)

Mengoptimumkan penggunaan tanah

c)

Menyediakan peluang pekerjaan

d)

Memantau projek pembangunan

20.

Gambar berikut adalah Jata Negara yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1957.

Apakah maksud lima bilah keris dalam lambang tersebut?

a)

Negeri-negeri Selat

b)

Islam sebagai agama rasmi

c)

Warisan ketamadunan Melayu

d)

Negeri Melayu Tidak Bersekutu

21.

Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB telah diperkenalkan pada tahun 1970.

Apakah kepentingan deklarasi tersebut?

a)

Menekankan prinsip persamaan kedaulatan

b)

Mewujudkan pakatan ketenteraan

c)

Menghapuskan amalan kuasa veto

d)

Menamatkan persaingan senjata nuklear

22.

Apakah DUA peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menggunakan bahasa kebangsaan

c)

Mengamalkan prinsip Rukun Negara

d)

Merangka Dasar Pembangunan Nasional

23.

Maklumat berikut merupakan undang-undang negeri Melayu yang digubal sebelum kedatangan British.

* Hukum Kanun Pahang

* Undang-Undang 99 Perak

Apakah DUA perkara yang dapat dikaitkan dengan undang-undang tersebut?

a)

Kerabat diraja menentukan undang-undang

b)

Pembesar berkuasa menjatuhkan hukuman

c)

Raja menentukan sistem pemerintahan

d)

Rakyat memberikan taat setia

24.

Senarai berikut berkaitan majlis yang dibentuk sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

* Majlis Negeri

* Majlis Persekutuan

* Majlis Undangan Negeri

Apakah peranan majlis tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Membentuk dasar pentadbiran

c)

Menjadi penasihat kepada sultan

d)

Mengurus perbendaharaan negeri

25.

Apakah kesan peristiwa berikut terhadap sistem pentadbiran di negara kita?

* 1897: Penubuhan Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMTB)

a)

Sultan kehilangan kuasa

b)

Majlis Raja-Raja ditubuhkan

c)

Gabenor mengetuai pentadbiran

d)

Kuasa persekutuan dan negeri diagihkan

26.

Apakah situasi yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di negara kita?

a)

Perebutan kuasa antara pemimpin

b)

Peningkatan kos sara hidup

c)

Pertikaian sempadan negeri

d)

Perbalahan antara kaum

27.

Maklumat berikut berkaitan Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah yang dilaksanakan selepas tahun 2005.

* Rancangan Pembangunan Iskandar (SJER)

* Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

* Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Apakah matlamat rancangan tersebut?

a)

Mengawal keselamatan sempadan

b)

Menggalakkan kemasukan buruh asing

c)

Mengadakan kerjasama dengan luar

d)

Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri

28.

Maklumat berikut berkaitan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan

** Mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan maka, undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri.

Apakah kepentingan perkara tersebut?

a)

Mengukuhkan sistem Persekutuan

b)

Mengagihkan kuasa secara saksama

c)

Mengawal perkhidmatan awam negeri

d)

Menentukan kuasa Kerajaan Tempatan

29.

Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Menubuhkan kesatuan wilayah Borneo

b)

Melambatkan proses kemerdekaan

c)

Membendung ancaman komunis

d)

Mengawal kestabilan politik Asia Tenggara

30.

Maklumat berikut berkaitan konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

* 20 Januari 1963 : Ganyang Malaysia

Bagaimanakah DUA tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani perkara tersebut?

a)

Menggunakan saluran diplomatik

b)

Menghentikan perdagangan dua hala

c)

Menyekat kemasukan rakyat asing

d)

Mendapatkan sokongan negara luar

31.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan menangani ancaman komunis

* Rancangan Briggs di Tanah Melayu

* Operasi Hammer di Sarawak

Apakah persamaan usaha tersebut?

a)

Melancarkan perang gerila

b)

Menawarkan pengampunan

c)

Membina petempatan baru

d)

Membentuk pasukan sukarelawan

32.

Gambar berikut menunjukkan bangunan yang terbakar semasa Peristiwa 13 Mei 1969.

Apakah faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Pelaksanaan cukai yang tinggi

b)

Kemasukan pendatang asing

c)

Keputusan pilihan raya umum

d)

Provokasi dari negara luar

33.

Logo berikut berkaitan institusi yang telah ditubuhkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1992.

Apakah peranan institusi tersebut?

a)

Pusat pembangunan teknologi

b)

Pusat penyelidikan ilmu

c)

Pusat kokurikulum

d)

Pusat kegiatan guru

34.

Prinsip kelima Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan.

Mengapakah warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip tersebut?

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

Melahirkan masyarakat bertoleransi

c)

Mewujudkan masyarakat berdaya saing

d)

Mengekalkan persamaan hak

35.

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada bulan Januari 1970.

Apakah matlamat pembentukan majlis tersebut?

a)

Meningkatkan taraf pendidikan

b)

Memperkukuh dasar luar negara

c)

Mewujudkan masyarakat demokratik

d)

Memupuk integrasi nasional

36.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bertujuan menyatupadukan rakyat melalui pengagihan kekayaan yang adil.

Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?

a)

Melaksanakan skim gaji minimum

b)

Mengimbangi pembangunan antara negeri

c)

Memperkenalkan ekonomi kawalan

d)

Mewajibkan pemilikan saham

37.

Apakah DUA bentuk bantuan yang diterima oleh Malaysia selepas menandatangani perjanjian berikut?

a)

Perubatan

b)

Kewangan

c)

Teknikal

d)

Latihan bersama

38.

Maklumat berikut berkaitan usaha Pertubuhan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)

* 1970: Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

a)

Mendesak pengharaman senjata nuklear

b)

Memerangi pemerdagangan manusia

c)

Menangani isu perebutan wilayah

d)

Mengatasi masalah perlanunan

39.

Buku berikut membincangkan krisis kewangan negara pada tahun 1997-1998.

Malaysia memulihkan masalah tersebut dengan cara

a)

membuat pinjaman luar

b)

menggunakan mata wang dinar

c)

menambat kadar pertukaran mata wang

d)

menambah bilangan instirusi kewangan

40.

Gambar berikut menunjukkan kedatangan pelarian Rohingya ke negara kita.

Bagaimanakah isu pelarian Rohingya ditangani?

a)

Menambah kem pelarian

b)

Meningkatkan kerjasama serantau

c)

Membuat bantahan di Mahkamah Antarabangsa

d)

Memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar