Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan pengukuhan SKM 1

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Rajah ini menunjukkan peralatan pelindung diri (PPE) yang digunakan semasa bekerja. Apakah fungsi alat tersebut?

a)

Melindungi kaki

b)

Melindungi muka

c)

Melindungi badan

d)

Melindungi tangan

2.

Namakan alat yang digunakan untuk mengetuk bahagian-bahagian supaya tidak rosak.

a)

Pahat

b)

Tukul plastik

c)

Tukul bonggol bulat

d)

Tukul kuku kambing

3.

Nyatakan langkah kerja mengimpal mengikut susunan yang betul.

I.         Tandakan bahagian permukaan plat yang hendak dikimpal.

II.       Letakkan kepingan plat di atas meja kerja dan pasangkan kabel bumi.

III.     Bersihkan kumai pada kepingan plat dengan menggunakan berus dawai untuk melihat hasil kerja kimpal yang dibuat.

IV.     Mulakan kerja mengimpal pada satu arah pergerakan mengikut arah tanda yang telah dibuat pada benda kerja. Sudut yang disarankan adalah antara 70°-80° ke arah kimpalan.

a)

I, II, III, IV

b)

I, II, IV, III

c)

III, II, I, IV

d)

IV, III, II, I

4.

Pilih penyataan yang betul bagi langkah kerja mengeluarkan air di dalam radiator.

I.          Tanggalkan pam air

II.        Buka hos atas dan hos bawah

III.      Tanggalkan palam salir radiator

IV.   Tanggalkan takung minyak pelincir

a)

I dan II    

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

1.              Rajah ini menunjukkan keadaan tali sawat pada sistem penyejukan. Apakah kerosakan yang jelas pada tali sawat tersebut?

a)

Retak

b)

Berbulu

c)

Lelasan

d)

Kehausan

6.

Apakah fungsi tali sawat pada sistem penyejukan?

a)

Penghubung bagi memutarkan rotor pengagih

b)

Penghubung antara kamsyaf dengan kranksyaf

c)

Penghubung bagi memutarkan pam minyak pelincir

d)

Penghubung bagi memusingkan pam air, alternator dan aircondcompressor

7.

1.               Nyatakan kesan terhadap sistem penyejukan enjin sekiranya berlaku kerosakan pada laras suhu (thermostat).

a)

Tali sawat putus

b)

Enjin menjadi sejuk

c)

Enjin panas lampau

d)

Prestasi enjin bertambah

8.

Rajah ini menunjukkan langkah kerja melaksanakan ujian tekanan sistem penyejukan.

Susun penyataan langkah kerja melaksanakan ujian tekanan sistem penyejukan tersebut.

I.          Pam penguji tekanan radiator pada tekanan 15-20psi

II.        Tanggalkan tudung radiator  dan pasang penguji tekanan radiator pada radiator

III.      Tekan butang ‘release’ untuk melepaskan tekanan dalam penguji tekanan radiator

IV.      Lihat tolok bacaan. Sekiranya bacaan menurun, lihat kebocoran pada pam air, hos atas dan bawah serta perumah laras suhu (thermostat)

a)

I, II, III, IV

b)

II, I, IV, III

c)

II, III, IV, I

d)

III, IV, I, II

9.

Senaraikan jenis gelang piston.

I.          Gelang mampatan

II.        Gelang pemanasan

III.      Gelang renggangan

IV.      Gelang kawalan minyak

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

10.

Apakah jenis pemeriksaaan pada Rajah ini.

a)

Pemeriksaan kelegaan gelang piston (piston ring clearance)

b)

Pemeriksaan hujung lurah gelang piston (piston ring end gap)

c)

Pemeriksaan kelegaan lurah piston (piston groove clearance)

d)

Pemeriksaan kelegaan lurah gelang piston (piston ring groove clearance)

11.

Bagaimanakah kedudukan injap semasa lejang masukan berlaku?

a)

Injap masukan terbuka, injap ekzos tertutup

b)

Injap masukan tertutup, injap ekzos tertutup

c)

Injap ekzos terbuka, injap masukan tertutup

d)

Injap ekzos terbuka, injap masukan terbuka

12.

Pilih penyataan yang betul tentang kendalian lejang ekzos.

I.          Kranksyaf berpusing dua pusingan, iaitu 720º

II.        Injap ekzos mula terbuka dan injap masuk tertutup rapat

III.      Piston bergerak dari TTB ke TTA dan menolak sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos

IV.      Piston sampai ke TTA, kedudukan injap semasa lejang mampatan menyebabkan  injap ekzos tertutup dan injap masuk mula terbuka

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Cadangkan penyataan langkah kerja mengikut susunan bagi memasang crankshaft pada enjin.

I.          Memasang crankshaft

II.        Letakkan crankshaft cap/ carrier mengikut nombor yang ditanda

III.      Letakkan galas utama dan thrust washer pada slot mengikut tanda dan nombor yang betul

IV.      Ketatkan bolt crankshaft cap/ carrier mengikut spesifikasi daya kilas menggunakan torque wrench

a)

I, III, IV, II

b)

III, I, II, IV

c)

III, II, IV, I

d)

IV, III, I, II

14.

Namakan kegunaan alat pada Rajah ini.

a)

Mengukur paras petrol

b)

Mengukur paras diesel

c)

Menguji kerosakan palam pemanas

d)

Menguji kerosakan pemampat (injector)

15.

Namakan jenis pam yang berfungsi untuk menyedut bahan api dari tangki bahan
api diesel.

a)

Pam pindah

b)

Pam minyak

c)

Pam pemancit

d)

Pam bahan api

16.

Apakah nama komponen motor penghidup yang akan menyentuh roda tenaga semasa mengengkol enjin?

a)

Sun gear

b)

Idle gear

c)

Pinion gear

d)

Planetary gear

17.

Semasa menguji kendalian pam pembekal bahan api diesel, apakah keadaan yang perlu diperiksa secara visual pada paip tekanan tinggi?

a)

Periksa kedudukan paip tekanan tinggi

b)

Periksa kekotoran pada paip tekanan tinggi

c)

Periksa sambungan kabel pada paip tekanan tinggi

d)

Pastikan tiada aliran diesel meleleh keluar pada paip tekanan tinggi

18.

Nyatakan fungsi muffler dalam sistem ekzos.

a)

Menguatkan bunyi yang dikeluarkan oleh gas ekzos

b)

Mengurangkan bunyi yang dikeluarkan oleh gas ekzos

c)

Menyalurkan gas ekzos dari ruang pembakaran ke paip ekzos

d)

Mengukur tahap pelepasan gas yang dihasilkan oleh sesebuah kenderaan

19.

Nyatakan langkah kerja yang paling utama sebelum menanggalkan fius dan geganti.

a)

Hidupkan enjin kenderaan

b)

Tanggalkan terminal positif bateri

c)

Tanggalkan terminal negatif bateri

d)

Angkat kenderaan menggunakan floor jack

20.

Rajah ini di atas menunjukkan penapis sistem bahan api diesel yang mempunyai penapis utama dan penapis sekunder. Apakah fungsi penapis sekunder?

a)

Menapis zarah yang lebih besar dan juga air

b)

Menyalurkan diesel dari pam pembekal ke pemancit

c)

Menapis debu/ kotoran daripada udara yang masuk ke dalam silinder

d)

Memerangkap zarah yang lebih kecil yang gagal dituras atau ditapis oleh
penapis utama

21.

Pilih faktor yang menyebabkan hon tidak berbunyi langsung.

I.          Geganti hon rosak

II.        Fius pengawal arus ke hon terputus

III.       Sentuhan punat tekan hon yang tidak terlepas

IV.      Wayar penyambung antara hon tercabut dan terputus

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

22.

Pilih langkah keselamatan yang betul semasa menggunakan multimeter.

I.        Apabila membaca jarum meter, biasakan melihat pada jarum secara tegak

II.      Sebelum menggunakan multimeter, pastikan jarum kekal pada kedudukan “0”

III.     Apabila menukar kedudukan suis pemilih julat, pastikan salah satu probe uji
disambung ke litar

IV.    Suis pemilih julat dikekalkan pada kadar lain selain kadar Ohm apabila penguji tidak digunakan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

23.

Apakah fungsi penyekat (separators) pada bateri di dalam Rajah ini?

a)

Menstabilkan suhu elektrolit

b)

Menggelakkan elektrolit bercampur

c)

Membebaskan gas hydrogen semasa bateri sedang dicas

d)

Memisahkan plat positif dan plat negatif supaya tidak bersentuh yang mana akan mengakibatkan litar pintas

24.

Pilih kerosakan yang diambil kira semasa memeriksa catalytic converter, exhaust muffler, pancarongga ekzos dan resonator paip ekzos.

I.         Reput akibat berkarat

II.       Kemek pada batang paip

III.      Sejuk keterlaluan pada batang paip

IV.     Bocor atau berlubang pada batang paip

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

25.

Apakah fungsi utama sistem klac?

I.       Memudahkan pemandu membuat penukaran gear

II.      Mengarahkan kenderaan membelok ke kiri dan ke kanan

III.    Menyambung dan memutuskan kuasa pacuan daripada enjin ke sistem penghantar

IV.   Membolehkan penyambungan kuasa pacuan dilakukan dengan perlahan
dan licin

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV 

d)

I, II dan IV

26.

Bagaimanakah cara untuk memeriksa galas pelepas (release bearing)?

a)

Gunakan alat khas untuk menguji kelegaan galas pelepas

b)

Lihat secara visual sama ada terdapat kehausan atau tidak

c)

Golekkan di atas lantai sama ada terdapat minyak atau tidak 

d)

Pusing galas ke kiri dan ke kanan sama ada berbunyi bising atau longgar

27.

Rajah ini menunjukkan susun atur kabel klac. Susun cara memeriksa kelegaan pedal klac.

I.         Hidupkan enjin

II.       Tekan pedal klac

III.      Masukkan gear dan pastikan gear mudah digerakkan apabila pedal klac
ditekan rapat 

IV.     Laras kelegaan pedal dengan memusingkan adjusting nut ke atas atau ke bawah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebagai contoh (5 -15 mm)

a)

I, II, III dan IV

b)

I, III, IV dan II

c)

II, III, IV dan I

d)

IV, I, II dan III

28.

Berdasarkan Rajah ini, apakah fungsi komponen A?

a)

Menghantar kuasa enjin ke tayar hadapan

b)

Membolehkan panjang aci putar berubah-ubah

c)

Mengawal kenderaan semasa dalam perjalanan

d)

Memindahkan kuasa pergerakan daripada kotak gear ke unit pacuan akhir

29.

Bagaimanakah cara mengesan kerosakan komponen A semasa kenderaan dipandu?

a)

Komponen A mengeluarkan bunyi knocking

b)

Tarik komponen A dengan merasa keberatannya

c)

Uji kelancaran pergerakan sendi pada semua arah

d)

Lihat secara visual kehausan, kerosakan atau retak

30.

Apakah fungsi unit penghantaran?

a)

Menyerap atau menyerap hentakan

b)

Mengarahkan kenderaannya sama ada kekiri atau kekanan

c)

Memberi udara bertekanan dengan banyak pada ruang bakar

d)

Menukarkan kelajuan kenderaaan daya kilas enjin dan aci putar kepada daya kilas gear

31.

Apakah fungsi unit kerbeda?

a)

Memutus dan menggandingkan kuasa enjin

b)

Memudahkan kenderaan mengambil selekoh

c)

Memudahkan pemandu membuat penukaran gear

d)

Memindahkan kuasa pergerakan daripada kotak gear ke unit pacuan akhir

32.

Nyatakan binaan unit karbeda.

I.            Sun gear

II.          Planet gear

III.         Reverse gear

IV.        Differential cage

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

33.

Rancangkan langkah kerja menukar syaf pandu (drive syaft) roda hadapan dengan susunan yang betul.

I.             Keluarkan minyak kotak gear

II.           Cungkil keluar syaf pandu dari kotak gear

III.          Tanggalkan klip dan hos brek daripada penyerap hentak

IV.         Tarik hab ke arah luar, pastikan gelugur syaf keluar dari hab

V.           Tanggalkan nat syaf pandu, rod runut dan sendi buku (knuckle arm)

a)

I, II, III, IV, V

b)

I, III, V, IV, II.

c)

II, III, IV, V, I

d)

II, V, IV, III, I

34.

Pilih komponen yang bertindak sebagai flywheel di dalam kotak gear automatik.

a)

Stator dan turbine

b)

Flexplate dan torque converter

c)

Lockup clutch converter dan flexplate

d)

Pump impeller dan lockup clutch converter

35.

Rajah ini menunjukkan salah satu langkah kerja merombak sistem   penghantaran kenderaan.

Pilih langkah kerja yang sesuai dengan Rajah yang diberikan

a)

Mengeluarkan stator daripada transmisi automati

b)

Mengeluarkan impeller daripada transmisi automatik

c)

Mengeluarkan flexplate daripada transmisi automatik

d)

Mengeluarkan torque converter daripada transmisi automatik.

36.

Rajah ini menunjukkan langkah mengeluarkan valve body sistem penghantaran kenderaan

Susun langkah kerja yang betul untuk mengeluarkan valve body.

I.           Buka valve body

II.          Keluarkan manual valve daripada valve body

III.        Tanggalkan bahagian atas dan bahagian bawah valve body

IV.       Tanggalkan converter solenoid valve dan ATF fluid sensor connector

a)

I, II, III, IV

b)

I, IV, II, III.

c)

II, III, IV, I

d)

II, IV, III, I

37.

Di antara berikut, apakah warna yang akan terhasil jika cecair ATF berada dalam suhu yang tinggi pada masa yang lama.

a)

Jingga

b)

Merah

c)

Varnish

d)

Seakan kehitaman

38.

Pilih langkah kerja pertama yang perlu dilakukan sebelum menanggalkan gandar automatik daripada kenderaan.

a)

Tanggalkan drive shaft

b)

Tanggalkan propeller shaft

c)

Longgarkan drain plug oil pan dan buang minyak ATF

d)

Tanggalkan automatic transmission lingkage dan A/T control cable

39.

Berdasarkan Rajah ini, pilih padanan nama komponen yang betul.

a)

P- Sun gear

b)

Q- Ring gears

c)

R- Planet carrier

d)

S- Thrust bearing

40.

Apakah tujuan menanggalkan bolt pengikat kotak gear seperti yang

ditunjukkan pada Rajah ini?

a)

Mengeluarkan aci engkol

b)

Mengeluarkan torque converter

c)

Mengeluarkan minyak kotak gear

d)

Mengeluarkan input shaft dan output shaft

41.

Rajah ini menunjukkan kerja yang dilakukan sebelum mengeluarkan unit karbeda gandar belakang. Nyatakan langkah kerja yang dilakukan.

a)

Menanggalkan brek servo menggunakan brake drum remover

b)

Menanggalkan angkup brek menggunakan brake drum remover

c)

Menanggalkan brek gelendung menggunakan brake drum remover

d)

Menanggalkan pam induk brek menggunakan brake drum remover

42.

Pilihan jawapan yang manakah yang betul berkenaan dengan nama komponen unit karbeda seperti Rajah ini

a)

No. 1 – side gear

b)

No. 3 – ring gear

c)

No. 4 – pinion gear

d)

No. 7 – drive pinion

43.

Susun langkah kerja yang betul yang perlu dilakukan sebelum memeriksa keadaan unit kerbeda gandar belakang.

I.            Longgarkan nat roda belakang

II.          Letak tayar di bawah kenderaan

III.         Jek kereta (pastikan lokasi yang betul)

IV.        Letakkan kereta di tempat yang rata

V.          Letakkan sangga keselamatan di bawah kereta

VI.        Buka nat roda belakang dan menanggalkan tayar

a)

I, II, III, IV, V, VI

b)

IV, I, III, V, VI, II

c)

IV, II, III, V, VI,I

d)

IV, III, II, VI, V,I

44.

Apakah punca kerosakan  ball joint pada sistem stereng kenderaan ?

a)

Kehilangan grease.

b)

Penggunaan gear yang salah

c)

Spring gegelung absorber telah lembut

d)

Kenderaan sering melalui jalan berbukit

45.

Berdasarkan Rajah ini, pilih langkah kerja seterusnya setelah mengeluarkan hub cap pada galas roda hadapan (front wheel bearing).

a)

Tanggalkan hub

b)

Tanggal bearing luar

c)

Tanggalkan cotter pin

d)

Longgarkan dan keluarkan nut lock

46.

Susun langkah kerja yang betul bagi menanggalkan penyerap hentak (absorber)
daripada kenderaan.

I.             Tanggalkan tayar daripada kenderaan

II.           Jek kenderaan dan letakkan safety stand

III.          Tanggalkan nat pengikat penyerap hentak pada bahagian atas

IV.         Tanggalkan bolt dan nat yang mengikat bahagian bawah penyerap  hentak pada   sendi buku (knuckle arm)

a)

I, II, III, IV

b)

II, I, III, IV

c)

II, III, I, IV

d)

II, IV, I, III

47.

Apakah peralatan yang diperlukan untuk membuka tie rod end pada knuckle?

a)

Multimeter

b)

Top wrench

c)

Ball joint puller

d)

Triple leg puller

48.

Rajah ini menunjukkan komponen sistem stereng sebuah kenderaan.

Pilih padanan yang betul bagi nama komponen tersebut pada Rajah ini.

a)

Tayar

b)

Lower arm

c)

Tie rod end

d)

Steering column

49.

Pilih jenis tali sawat stereng kuasa berdasarkan penyataan dan rajah di atas.

a)

Tali sawat jenis V tunggal 

b)

Tali sawat jenis poli (poly- belt)

c)

Tali sawat pemasa (timing belt)

d)

Tali sawat jenis V bergerigis (cogged V-belt)

50.

Apakah fungsi utama sistem stereng kenderaan?

a)

Memudahkan pertukaran gear dilakukan

b)

Mengarahkan kenderaan kekiri atau kekanan

c)

Memberhentikan pergerakan sesebuah kenderaan

d)

Menyukarkan pemandu menstabilkan pergerakan sesebuah kenderaan

51.

Berdasarkan Rajah ini, susun langkah kerja merombak pam stereng kuasa yang betul.

I.             Keluarkan ‘O’ ring

II.           Tanggalkan snap ring

III.          Apitkan power steering pump pada bench vice

IV.         Tanggalkan pump cover daripada pump housing

a)

I, II, III, IV

b)

III, IV, I, II

c)

IV, II, III, I

d)

IV, III, I, II

52.

Pilih penyataan yang bukan menunjukkan langkah kerja pemeriksaan pada
roda kenderaan.

a)

Periksa keadaan rim berdasarkan spesifikasi pengeluar

b)

Periksa saiz dan jenis tayar berdasarkan spesifikasi pengeluar

c)

Periksa jenama tayar yang digunakan dan nama pengeluarnya

d)

Periksa jenis rim dan jenis nat / bol rim berdasarkan spesifikasi pengeluar

53.

Berdasarkan punca di dalam penyataan ini, berikan jenis kehausan tayar yang akan berlaku.

a)

Kehausan bertompok

b)

Kehausan pada bahu

c)

Kehausan tengah tayar

d)

Kehausan pada sebelah

54.

Susun langkah kerja mengimbang roda ( tyre balancing) kenderaan yang betul.

a)

I, II,III , IV

b)

I, II, IV , III

c)

II, III, IV , I

d)

III, IV, I , II

55.

Pilih penyataan bagi kaedah melaras gerak bebas pedal brek mengikut susunan yang betul.

a)

I, II, III, IV, V

b)

I, II, IV,V, III

c)

I, III, II, V, IV

d)

I, III, IV, V, II

56.

Pilih penyataan bagi kerja yang terlibat dalam kerja merombak komponen sistem brek ceper.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

57.

Pilih penyataan yang bukan menerangkan tentang kerja-kerja pengantian komponen sistem brek ceper.

a)

b)

c)

d)

58.

Pilih penyataan yang bukan menerangkan fungsi komponen utama dalam sistem pendingin udara kenderaaan.

a)

b)

c)

d)

59.

Berdasarkan Rajah ini, pilih dan susun cara pengoperasian sistem pendingin udara mengikut susunan yang betul.

I.             Bahan pendingin berkeadaan wap panas dan bertekanan tinggi meninggalkan pemampat. Wap ini mengalir dalam saluran nyahcas menuju ke pemeluwap

II.           Dalam pemeluwap bahan pendingin akan menyingkirkan haba keluar darinya. Wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair hangat / suam bertekanan tinggi

III.          Dalam injap pengembangan, tekanan diturunkan dan  kadar kemasukan bahan pendingin dalam bentuk cecair dikawal secukupnya untuk keperluan dalam penyejat

IV.         Cecair yang meninggalkan injap akan mula mendidih pada tekanan yang rendah Haba akan diserap kedalam bahan pendingin di dalam penyejat. Proses pendidihan ini berlaku dalam tekanan rendah, menyebabkan cecair bertukar menjadi wap

a)

I, II, III, IV

b)

I, III, IV, II

c)

I, IV, II, III

d)

II, III, IV,I

60.

Pilih kaedah yang betul tentang cara mengesan kebocoran pada sistem pendingin udara kenderaan.

 

I.             Kesan kebocoran menggunakan air sabun

II.           Kesan kebocoran menggunakan bahan api petrol

III.          Kesan kebocoran menggunakan sumpitan api halida

IV.         Kesan dengan menggunakan meter pelbagai (multimeter)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV