WorksheetsSEJARAH SPMC 2021 JOHOR
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Rakyat akan minum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya.
Apakah tujuan upacara tersebut?
Meluaskan pengaruh
Mengelakkan bencana
Menunjukkan kesetiaan
Melambangkan keagungan
Masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak berani membantah kerana takut ditimpa kecelakaan.
Apakah maksud kecelakaan?
Tulah
Waadat
Derhaka
Sumpah
Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang menjadi tonggak nasionalisme.
Manakah antara berikut merupakan DUA asas dalam sumpah tersebut?
Menggerakkan pemuda Indonesia
Membebaskan Indonesia daripada penjajah
Mengaku sebagai satu bangsa Indonesia
Mengutamakan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan
Tokoh berikut telah menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung.
Apakah sumbangan beliau?
Melahirkan lebih ramai guru wanita
Meningkatkan taraf pendidikan masyarakat
Mendorong wanita untuk belajar di madrasah
Menyebarkan kepentingan menuntut ilmu bagi wanita
Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang
Dunia Kedua di Eropah.
Pilih pasangan yang betul.
A
B
C
D
Mata wang Jepun telah digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita.
Apakah kesan selepas penggunaan mata wang tersebut?
Menyebabkan inflasi
Mengukuhkan ekonomi
Meningkatkan pendapatan
Merancakkan aktiviti jual beli
UMNO menganjurkan bantahan besar-besaran menentang Malayan Union. Bantahan penduduk tempatan ini berjaya membuka mata kerajaan British terhadap keburukan Malayan Union.
Apakah DUA nilai yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut?
Hormat
Tolak ansur
Perpaduan
Semangat juang
Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada penduduk tempatan?
Mempunyai masalah kewangan
Tidak mempunyai pewaris takhta
Mempunyai persatuan yang tidak aktif
Tidak memahami tujuan penyerahan tersebut
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?
Menentang penubuhan Malayan Union
Menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu
Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Mencadangkan Perlembagaan Rakyat alternatif
Surat bantahan terhadap Malayan Union daripada Sultan Perak telah disampaikan di Parlimen British oleh Gammans dan Rees Williams.
Apakah isi kandungan surat tersebut?
Duka cita atas kesilapan persetujuan
Dipaksa menandatangani perjanjian
Diperdaya oleh Mac Micheal
Digesa menerima usul pembentukan Persekutuan
Ilustrasi berikut merupakan tokoh komunis dari Indonesia yang datang menyebarkan
fahaman komunis di negara kita.
Mengapakah fahaman komunis ditolak oleh orang Melayu?
Menggunakan kaedah paksa
Menzalimi orang tempatan
Menggunakan kekerasan
Menjatuhkan maruah raja
Manakah yang berikut merupakan DUA usaha yang dilakukan pihak kerajaan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu?
Mengenakan perintah berkurung
Membaiki kemudahan awam
Membina benteng pertahanan
Memindahkan penduduk ke petempatan baharu
Apakah konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanudin al-Helmi?
Merdeka
Negara Islam
Melayu Raya
Hidup Melayu
Laporan Fenn-Wu telah diterbitkan selepas Laporan Barnes dibentangkan pada tahun 1951.
Apakah tujuan penambahbaikan tersebut dilakukan?
Menjadikan sistem sekolah satu aliran
Meredakan bantahan daripada masyarakat Cina
Memantapkan institusi pendidikan melalui sistem kebangsaan
Menjadikan sekolah Cina sebagai institusi berfaedah kepada penduduk
Pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi pilihan raya peringkat negeri dengan jumlah yang sangat besar.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
Strategi kempen pilihan raya yang meyakinkan
Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum
Calon merupakan individu yang berkelayakan
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina
Gambar menunjukkan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah mandat yang perlu digalas oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman?
Mentadbir negara dengan cekap
Melantik barisan kabinet yang disegani
Meningkatkan perkembangan ekonomi negara
Melakukan usaha untuk mencapai kemerdekaan
Apakah perkara yang dipersetujui antara rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British dalam Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956?
Membentuk Suruhanjaya Perlembagaan
Memindahkan kuasa kepada pemimpin tempatan
Memberikan kuasa autonomi kepada British
Meneruskan pemerintahan raja berkuasa mutlak
Terdapat ahli UMNO yang memberi reaksi tidak bersetuju dengan konsep jus soli dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Kuasa Raja-raja Melayu berkurang
Lambakan kedatangan pendatang luar
Bimbang kedudukan orang Melayu tergugat
Melambatkan proses mendapatkan kemerdekaan
Nelson Mandela ialah seorang tokoh pejuang kemanusiaan di Afrika Selatan.
Apakah sumbangan beliau?
Memberi kemerdekaan
Menamatkan penindasan kasta
Membasmi kemiskinan masyarakat
Membebaskan rakyat daripada dasar aparteid
Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang.
Apakah DUA kepentingan kedaulatan undang-undang?
Memastikan keamanan
Menjamin kesejahteraan
Meningkatkan imej
Mengekalkan kemerdekaan
Apakah peranan Parlimen dalam sistem perundangan negara?
Menggubal undang-undang
Membuat dasar negara
Melantik jawatan utama
Mentafsir perlembagaan
Gambar berikut menunjukkan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga bertemu dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir pada tahun 1977.
Apakah kesan perjumpaan tersebut?
Memberi bantuan ketenteraan
Mengukuhkan ekonomi negara
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Mengelakkan berlakunya peperangan
Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Undang-undang Negeri Melayu
X
Apakah X?
Undang-undang bertulis
Undang-undang Inggeris
Undang-undang lisan
Undang-undang adat
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil model Westminster dari Britain sebagai asas dalam pembentukan perlembagaan negara.
Apakah kandungan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
Mengekalkan kedaulatan negara
Menjamin hak istimewa orang Melayu
Menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar
Menyelesaikan masalah perundangan
Manakah antara berikut merupakan DUA ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan?
Kebebasan bersuara
Kedudukan raja diiktiraf
Rakyat diberi hak mengundi
Perdana Menteri sebagai ketua negara
Sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
Mengukuhkan kuasa pemerintah
Mengurangkan birokrasi pemerintah
Mewujudkan kerajaan yang adil dan prihatin
Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Residen
Gabenor
Yang di-Pertuan Agong
Pesuruhjaya Tinggi British
Selepas 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.
Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
Meningkatkan peluang pekerjaan di wilayah tersebut
Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah
Mewujudkan negeri dan wilayah yang maju dan berdaya saing
Memastikan perancangan kerajaan mendapat sokongan rakyat
Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu?
Mengukuhkan ekonomi
Meningkatkan perpaduan
Membendung ancaman komunis
Menstabilkan politik serantau
Berikut merupakan kandungan sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
Apakah dokumen tersebut?
Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Malaysia 1963
Pembebasan Sabah dan Sarawak
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak?
Melatih tenaga guru baharu
Membina kurikulum bersepadu
Menambah peruntukan pendidikan
Menjadikan sistem sekolah satu aliran
Bagaimanakah Operasi Hammer berjaya melemahkan gerakan komunis di Sarawak?
Memusnahkan senjata api
Menyekat pergerakan komunis
Membuka petempatan baharu
Menawarkan pengampunan
Maklumat berikut berkaitan dengan institusi penting yang ditubuhkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Apakah matlamat penubuhan institusi tersebut?
Memperkasakan perpaduan
Menonjolkan jati diri
Menjamin kemakmuran
Melicinkan pentadbiran
Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan secara dwitahunan pada peringkat kebangsaan dengan penyertaan daripada 13 buah negeri.
Apakah tujuan penganjuran sukan tersebut?
Melahirkan jaguh sukan negara
Mencatat rekod dunia dalam pertandingan
Menempa nama di peringkat antarabangsa
Mengeratkan integrasi antara negeri
Manakah antara berikut merupakan DUA strategi serampang dua mata bagi memastikan
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya dicapai sehingga tahun 1990?
Membasmi kemiskinan
Menyusun semula masyarakat
Menjamin hak orang Melayu
Menyediakan subsidi bersasar
Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983.
Bagaimanakah dasar tersebut boleh membantu mempercepat pembangunan ekonomi negara?
Pengurusan cekap
Pelaburan modal swasta
Peningkatan teknologi moden
Pengurangan beban kerajaan
Maklumat berikut berkaitan perubahan yang berlaku dalam dasar luar Malaysia.
Mengapakah Tun Abdul Razak menukar dasar luar negara tersebut?
Memajukan ekonomi negara
Memelihara nama baik kerajaan
Meningkatkan urusan perdagangan
Mengikut keperluan dan perubahan semasa
Negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama.
Apakah bentuk kerjasama ekonomi yang terjalin?
Membasmi kemiskinan negara anggota
Memberi kemudahan kredit dan bantuan dana
Mendapat khidmat nasihat pertanian
Memberi pelepasan cukai bagi urusan eksport
Rajah menunjukkan logo pertubuhan ASEAN.
Apakah DUA moto ASEAN?
Kemajuan
Kehebatan
Keamanan
Kemakmuran
Apakah implikasi kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita?
Mengancam keselamatan
Meningkatkan produktiviti
Memupuk perpaduan
Memajukan ekonomi
