Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1

Total questions: 55

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

   Pemilihan penggunaan input buruh atau input modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas ekonomi, iaitu

a)

Untuk siapa barang dikeluarkan

b)

Apa barang hendak dikeluarkan

c)

Berapa barang hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana barang hendak dikeluarkan

2.

  Yang manakah pernyataan yang tidak menerangkan sistem ekonomi campuran?

a)

Agihan pendapatan lebih setara

b)

Individu mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti ekonomi

c)

Ketidakstabilan ekonomi lebih terkawal

d)

Pengeluaran barang awam dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat

3.

Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan

a)

Kekurangan sumber ekonomi

b)

Kehendak manusia yang terhad

c)

Pengeluaran dilakukan oleh firma

d)

Semua barang melibatkan kos lepas

4.

Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari MN ke ST disebabkan

a)

penurunan cukai

b)

peningkatan harga input

c)

pertambahan stok modal

d)

peningkatan kadar pengangguran

5.

Masalah asas ekonomi berpunca daripada

a)

pengeluaran ekonomi yang tidak cekap

b)

kehendak manusia yang tidak terhad

c)

penggunaan sumber alam yang optimum

d)

pengagihan pendapatan yang tidak adi dalam ekonomi

6.

Ketidakcekapan penggunaan sumber berlaku pada titik

a)

S

b)

T

c)

Y

d)

Z

7.

Peralihan KKP1 ke KKP2 disebabkan oleh

a)

penurunan tingkat harga barang Y

b)

peningkatan daya pengeluaran barang Y

c)

peningkatan tingkat pendapatan barang Y

d)

peningkatan anugerah sumber dalam ekonomi

8.

Pergerakan titik pengeluaran dari R ke S menimbulkan kos lepas

a)

pakaian sebanyak OX2

b)

pakaian sebanyak X1X2

c)

makanan sebanyak OY1

d)

makanan sebanyak Y2Y1

9.

Pulangan sut berkurangan menunjukkan

a)

output berkurangan tetapi masih b ernilai positif

b)

output berkurangan seterusnya mencapai negatif

c)

output meningkat dengan kadar semakin berkurang

d)

output meningkat dengan kadar semakin bertambah

10.

Pergerakan dari titik A ke B disebabkan oleh

a)

jumlah subsidi semakin menurun

b)

bekalan tenaga buruh senang diperolehi

c)

daya pengeluaran buruh semakin meningkat

d)

pengurusan dan pentadbiran semakin rumit

11.

Pergerakan dari titik T ke titik U disebabkan oleh faktor berikut kecuali

a)

pengurusan firma semakin cekap

b)

pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti

c)

kedudukan firma dalam kawasan industri yang dilengkapi kemudahan infrustruktur

d)

penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh firma telah meningkatkan kualiti keluaran

12.

Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan ekonom bidangan luaran?

a)

Kedudukan firma dalam lokasi yang stategik

b)

Pengurusan firma yang semakin cekap dan efektif

c)

Firma menggunakan teknologi terkini dalam proses pengeluaran

d)

Firma menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti output

13.

Diberi fungsi jumlah kos, TC = 100 + 20Q dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos purata pada tingkat pengeluaran 10 unit?

a)

RM10

b)

RM12

c)

RM20

d)

RM30

14.

Jumlah keluaran mencapai maksima apabila

a)

keluaran sut bernilai sifar

b)

keluaran sut mencapai maksimum

c)

keluaran purata mencapai maksimum

d)

keluaran sut lebh besar daripada keluaran purata

15.

Yang manakah benar tentang konsep hasil dalam pasaran persaingan sempurna?

a)

Hasl sut lebih kecil daripada harga

b)

hasil sut dan hasil purata adalah malar

c)

hasil sut lebih besar daripada hasil purata

d)

Hasil purata lebih besar daripada hasil sut

16.

Pengelasan firma dalam sesuatu struktur pasaran berasaskan ciri yang berikut kecuali

a)

bilangan firma dalam pasaran

b)

kebebasan keluar masuk firma

c)

jangka masa pengeluaran firma

d)

jenis barang yang dikeluarkan oleh firma

17.

satu daripada kebaikan pasaran persaingan sempurna ialah ekonomi beroperasi

a)

pada tingkat guna tenaga penuh

b)

tanpa mengalami pengangguran

c)

tanpa mengalami keadaan inflasi

d)

pada tingkat kecekapan peruntukan

18.

Bagi melindungi kebajikan masyarakat, firma monopoli kerajaan akan diminta mengeluarkan output pada keadaan

a)

kos sut sama dengan harga

b)

kos purata sama dengan harga

c)

kos sut sama dengan kos purata

d)

kos purata berada di titik minumum

19.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang keluk hasil sut?

a)

Keluk hasil sut merupakan penentu keuntungan sesebuah firma

b)

Keluk hasil sut adalah tak anjal sempurna dalam pasaran bermonopoli

c)

Keluk hasil sut adalah sama dengan keluk permintaan firma pasaran persaingan sempurna

d)

Keluk hasil sut lebih landai berbanding keluk hasil purata dalam pasaran monopoli

20.

Dalam jangka panjang, firma yang memperoleh untung normal ialah firma dalam

I pasaran oligopoli

II pasaran monopoli

III pasaran persaingan sempurna

IV pasaran persaingan bermonopoli

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Yang manakah kebaikan firma pasaran persaingan sempurna?

a)

Tiada kos pengiklanan

b)

Kawalan harga oleh kerajaan

c)

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

d)

Menikmati ekonomi bidangan dalam jangka panjang

22.

Pada tingkat keseimbangan jangka panjang, firma pasaran persaingan bermonopoli mengeluarkan output pada

a)

kos sut minimum

b)

kos purata sedang menurun

c)

tingkat kecekapan pengeluaran

d)

tingkat kecekapam peruntukan sumber

23.

Yang manakah yang menunjukkan perbezaan antara firma pasaran persainga sempurna dengan firma pasaran persaingan tak sempurna?

a)

Firma pasaran persaingan sempurna bebas menentukan harga manakala firma pasaran persaingan tak sempurna menerima harga.

b)

Firma pasaran persaingan sempurna melakukan ivovasi manakala pasaran persaingan tak sempurna tiada kemampuan membiayai kos inovasi.

c)

Firma pasaran persaingan sempurna bebas keluar masuk pasaran manakala firma pasaran persaingan tak sempurna mempunyai halangan kemasukan dalam pasaran.

d)

Firma pasaran persainga sempurna mendapat untung norma dalamm jangka panjang manakala firma pasaran persaingahn tak sempurna mendapat untung kurang normal.

24.

Apabila firma pasaran persaingan sempurna menjadi firma pasaran monopoli, keadaan ini menyebabkan

a)

harga meningkat

b)

keluaran meningkat

c)

lebihan pengguna meningkat

d)

kecekapan pengeluaran sumber tercapai

25.

Yang berikut merupakan persaingan bukan harga kecuali

a)

pengiklanan

b)

diskaun harga

c)

pembungkusan

d)

perkhidmatan selepas jualan

26.

Pada tingkat keseimbangan, firma monopoli ini mengalami

a)

untung lebih normal sebanyak RM18.00

b)

untung lebih normal sebanyak RM36.00

c)

untung lebih normal sebanyak RM48.00

d)

untung lebih normal sebanyak RM84.00

27.

Jika harga keluaran ialah RM10.00 per unit, berapakah tingkat keluaran yang memaksimumkan keuntungan?

a)

20 unit

b)

30 unit

c)

40 unit

d)

50 unit

28.

Kesan dasar peletakan harga sama dengan kos purata (P=AC)  oleh kerajaan menyebabkan

a)

harga turun dari OP1 ke OP3 dan keluaran meningkat dari OQ1 ke OQ3

b)

harga turun dari OP1 ke OP2 dan keluaran meningkat dari OQ1 ke OQ2

c)

harga meningkat dari OP4 ke OP3

d)

harga meningkat dari OP4 ke OP2

29.

Jika keluaran keseimbangan ialah 30 unit, berapakah jumlah kos tetap firma ini?

a)

RM60.00

b)

RM80.00

c)

RM270.00

d)

RM330.00

30.

Pada tingkat keseimbangan, berapakah keluaran dan untung atau rugi firma?

a)

20 unit keluaran dan rugi sebanyak RM40

b)

30 unit keluaran dan rugi sebanyak RM390

c)

30 unit keluaran dan untung sebanyak RM450

d)

20 unit keluaran dan untung sebanyak RM400

31.

Sebuah pasaran boleh dibezakan melalui ciri yang berikut, kecuali

a)

bilangan firma di pasaran

b)

jenis barang yang dikeluarkan

c)

kuasa menentukan harga di pasaran

d)

tujuan firma mengeluarkan keluaran

32.

Firma mesti menutup operasi pada tingkat harga

a)

P0

b)

P1

c)

P2

d)

P3

33.

Mengapakah pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber pada titik keseimbangan?

a)

Harga melebihi kos sut

b)

Tingkat output pada kos menurun

c)

Input digunakan pada kuantiti minimum

d)

Output dikeluarkan pada kos purata minimum

34.

Berdasarkan maklumat di atas, firma ini mengalami

a)

untung normal

b)

untung lebih normal

c)

kerugian dan akan menutup operasi

d)

kerugian tetapi akan terus beroperasi

35.

Permintaan ke atas sesuatu faktor pengeluaran dikatakan kurang anjal apabila faktor itu

a)

mempunyai faktor pengganti

b)

berada dalam keadaan pengeluaran jangka pendek

c)

boleh mengeluarkan barangan keluaran yang anjal

d)

boleh digunakan untuk mengeluarkan pelbagai barang

36.

Kesatuan sekerja akan berjaya meningkatkan upah dan menambahkan pengambilan buruh dengan cara

a)

mewujudkan pendamaian

b)

mengehadkan penawaran buruh

c)

melaksanakan dasar upah minimum

d)

meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

37.

Jumlah keluaran yang boleh diperolehi daripada setiap unit buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran sesuatu barang merupakan

a)

Keluaran hasil sut

b)

keluaran fizikal sut

c)

keluaran hasil purata

d)

keluaran fizikal purata

38.

Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah merupakan

a)

sewa ekonomi

b)

sewa kuasi

c)

untung ekonomi

d)

untung perakaunan

39.

Keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1 kerana

a)

harga ikan meningkat

b)

harga ayam jatuh

c)

harga daging lembu turun

d)

pengaruh musim tengkujuh

40.

Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi satu barang masing-masing ialah

P = 50 - 2Q

P = 10 + 3Q

Jika persamaan permintaan berubah menjadi P = 40 - 3Q, harga keseimbangan akan

a)

menurun sebanyak RM3.00

b)

menurun sebanyak RM9.00

c)

meningkat sebanyak RM6.00

d)

meningkat sebanyak RM34.00

41.

Kenaikan harga kelapa sawit menyebabkan

a)

peningkatan penawaran kelapa sawit

b)

peningkatan kuantiti ditawar kelapa sawit

c)

penngkatan upah buruh ladang kelapa sawit

d)

peningkatan teknologi pengeluaran kelapa sawit

42.

Berapakah jumlah lebihan pengeluar pada tingkat harga keseimbangan?

a)

RM62.50

b)

RM87.50

c)

RM137.50

d)

RM187.50

43.

Sekiranya barang X dan barang Y ialah barang penggenap,

a)

kenaikan harga barang X meningkatkan permintaan barang Y

b)

kenaikan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y

c)

penurunan harga barang X mengurangkan permintaan barang Y

d)

penurunan harga barang X tidak mengubah permintaan barang Y

44.

Sekiranya permintaan teh menurun apabila pendapatan pengguna menurun, maka teh ialah barang

a)

normal

b)

mewah

c)

bawahan

d)

pengganti

45.

Jika nilai keanjalan permintaan pendapatan sesuatu barang ialah -0.33, maka barang tersebut ialah

a)

barang mesti

b)

barang normal

c)

barang mewah

d)

barang bawahan

46.

Penurunan harga suatu barang daripada RM12.00 kepada RM10.00 telah menyebabkan penawaran berkurangan sebanyak 25%, maka penawaran itu ialah penawaran

a)

anjal

b)

tak anjal

c)

anjal satu

d)

anjal sempurna

47.

Kuantiti permintaan asal bagi beras hancur ialah 300 kg. Keanjalan permintaan pendapatan iaah -3. Jika pendapatan meningkat sebanyak 6%, hitung kuantiti permintaan baru bagi beras

a)

215 unit

b)

246 unit

c)

312 unit

d)

334 unit

48.

Apabila berlakunya kenaikan penawaran lebih besar daripada kejatuhan permintaan pada masa yang sama maka

a)

harga dan kuantiti keseimbangan turun

b)

harga dan kuantiti keseimbangan naik

c)

harga keseimbangan naik dan kuantiti keseimbangan turun

d)

harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan naik

49.

Pertambahan permintaan dan penawaran pada kadar yang sama akan menyebabkan

a)

harga dan kuantiti meningkat

b)

harga meningkat dan kuantiti tetap

c)

harga tetap dan kuantiti meningkat

d)

harga meningkat dan kuantiti menurun

50.

Apabila harga teh naik daripada RM5 kepada RM6, kuantiti penawaran teh akan meningkat sebanyak 10%, manakala permintaan terhadap kopi pula jatuh 20%. Keanjalan silang kopi dan teh ialah

a)

-0.6

b)

-0.8

c)

-1.0

d)

-1.2

51.

Yang manakah tidak akan mengalihkan keluk permintaan terhadap kereta Produa Axia?

a)

Subsidi petrol dikurangkan

b)

Pertambahan pendapatan penduduk

c)

Kenaikan harga kereta Proton Myvi

d)

Penurunan harga kereta Produa Axia

52.

Jika MUx=24, Px=RM4; MUy=30, Py=RM5, pengguna akan

a)

kekal pada keseimbangan

b)

beli lebih barang X, kurang Y

c)

beli lebih barang Y, kurang X

d)

tidak membeli mana-mana barangan

53.

Jika MUx/Px = 8 dan MUy/Py = 5, apakah tindakan rasional oleh pengguna?

a)

Beli lebih barang X

b)

Beli lebih barang Y

c)

Kurangkan penggunaan X

d)

Tingkatkan harga barang Y

54.

Seorang pengguna memperoleh jumlah utiliti sebanyak 40 util selepas memakan dua biji epal dan 55 util selepas memakan tiga biji epal. Berapakah utiliti sut bagi epal yang ketiga?

a)

10 util

b)

15 util

c)

20 util

d)

25 util

55.

Apakah syarat keseimbangan pengguna bagi penggunaan dua unit barang?

a)

Px = Py

b)

TUx = TUy

c)

MUx = MUy

d)

MUx/Px = MUy/Py