wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPMC 2021 PERLIS

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada Pembesar Berempat.

Apakah peranan laksamana?

a)

Ketua angkatan tentera

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Menguruskan kewangan

d)

Panglima angkatan laut

2.

Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat.

Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

a)

Amalan riba

b)

Penggunaan hamba abdi

c)

Mengutip cukai perdagangan

d)

Berniaga dengan pedagang bukan Islam

3.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18.

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Kerajaan berperlembagaan ditegakkan

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Ideologi komunis terhalang

4.

Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kebangkitan nasionalisme?

a)

Mengutamakan tindakan

b)

Mempertahankan kedaulatan negara

c)

Mengukuhkan kerjasama dengan penjajah

d)

Melibatkan pertumpahan darah

5.

Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?

a)

Kegagalan Perjanjian Versailles

b)

Kejatuhan Empayar Uthmaniyah

c)

Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary

d)

Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat

6.

Apakah kesan penggunaan mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”?

a)

Nilai mata wang tinggi

b)

Kadar inflasi meningkat

c)

Harga barang rendah

d)

Ekonomi meningkat

7.

Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan penentangan penyerahan Sarawak.

Apakah X?

a)

Warisan budaya terhakis

b)

Syarat kerakyatan liberal

c)

Bertentangan Perlembagaan 1941

d)

Desakan pelabur Eropah

8.

Apakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam penentangan terhadap Malayan Union?

a)

Hidup Melayu

b)

Kita Merdeka

c)

Melayu Boleh

d)

Semangat Melayu

9.

Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Apakah faktor yang menyebabkan perubahan pentadbiran tersebut?

a)

Mengamalkan prinsip demokrasi

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Penentangan orang Melayu

d)

Pemberian kemerdekaan

10.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu yang menentang Malayan Union.

Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan PTM 1948?

a)

Mengukuhkan ekonomi peribumi

b)

Membuka ruang ke arah berkerajaan sendiri

c)

Menerima kepentingan kaum bukan Melayu

d)

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

11.

Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman komunis?

a)

Mengawal kampung dan pekan

b)

Melindungi kawasan perlombongan

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Memusnahkan kubu komunis

12.

Apakah DUA implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu?

1948-1960 ===> Zaman Darurat

a)

Perkembangan ekonomi terjejas

b)

Hubungan antara kaum renggang

c)

Kemerdekaan semakin sukar dicapai

d)

Syarat kerakyatan telah diperketatkan

13.

Apakah kepentingan Sistem Ahli 1951 kepada pentadbiran Tanah Melayu?

a)

Merupakan proses ke arah perpaduan kaum

b)

Menggalakkan penduduk menentang dasar British

c)

Mengurangkan peranan kaum bukan Melayu

d)

Menjadi asas pengenalan sistem monarki

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sebelum merdeka.

• Sekolah Melayu

• Sekolah Cina

• Sekolah Tamil

• Sekolah Agama

Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?

a)

Mempelbagaikan sistem pendidikan dalam negara

b)

Menangani masalah kekurangan guru

c)

Meningkatkan peluang pekerjaan

d)

Menghalang perpaduan kaum

15.

Apakah kepentingan pilihan raya dalam proses pembentukan kerajaan?

a)

Mewujudkan tolak ansur

b)

Membentuk kerjasama

c)

Mencapai kemerdekaan

d)

Memilih wakil rakyat

16.

Pasangan manakah yang betul tentang syarat untuk menjadi pengundi dan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada Persekutuan Tanah Melayu?

• Dato’ Haji Wahab Abd Aziz

• Encik Abdul Aziz Abdul majid

• Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said

• Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmud

a)

Menggubal perlembagaan

b)

Mencadangkan tarikh kemerdekaan

c)

Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Mewakili Raja-raja Melayu dalam rundingan kemerdekaan

18.

Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian berikut?

8 Februari 1956 ==> Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu

a)

Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan

b)

Majlis pemasyhuran kemerdekaan negara

c)

Mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Pembentukan kabinet negara yang pertama

19.

Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanakah pemilihan tersebut ditentukan?

a)

Dicadangkan oleh kabinet

b)

Pemilihan oleh Raja-raja Melayu

c)

Pemilihan oleh Kementerian Pertanian

d)

Dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong

20.

Jata Negara telah diperkenalkan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1957.

Apakah kepentingan lambang tersebut kepada negara?

a)

Menunjukkan kekuatan

b)

Melambangkan jati diri rakyat

c)

Mengukuhkan semangat menentang penjajah

d)

Menunjukkan negara sudah mencapai kemerdekaan

21.

Berikut adalah perkataan bahasa Yunani berkaitan kedaulatan.

• Supernuus

• Superanus

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Keadilan mutlak

b)

Semangat kekitaan

c)

Negara yang merdeka

d)

Pemerintahan beraja

22.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

a)

Monarki

b)

Republik

c)

Raja mutlak

d)

Raja Berperlembagaan

23.

Undang-undang tertinggi sesebuah negara dikenali sebagai

a)

Ordinan

b)

Perlembagaan

c)

Enakmen

d)

Akta

24.

Apakah undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat?

a)

Charter Of Justice

b)

Sabah Applications of Laws

c)

The Common Law Of England

d)

The Sarawak Applications of Laws

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan Durbar.

Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Mengapakah Durbar dibentuk?

a)

Merancang pembangunan ekonomi negara

b)

Membincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Tempatan

c)

Membincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan

d)

Merancang pembangunan sosial negara

26.

Gambar berikut menunjukkan permukaan Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah fungsi alat tersebut?

a)

Lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu

b)

Lambang kehebatan sistem pemerintahan beraja

c)

Lambang warisan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Lambang perpaduan rakyat berbilang kaum

27.

Mengapakah berlaku pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Persekutuan

b)

Menambah kuasa Kerajaan Negeri di peringkat pusat

c)

Menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri

d)

Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

• Membangunkan perumahan awam

• Menyediakan perkhidmatan kecemasan

Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut?

a)

Kerajaan Pusat

b)

Kerajaan Tempatan

c)

Kerajaan Daerah

d)

Kerajaan Negeri

29.

Bagi pihak pegawai British, idea gagasan Malaysia ialah penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi.

Apakah matlamat utama penyatuan wilayah tersebut?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Melakukan imperialisme

c)

Melaksanakan pembaharuan

d)

Memudahkan pentadbiran

30.

Mengapakah tokoh berikut (Sir Gerald Templer) meminta idea gagasan Malaysia disegerakan?

a)

Keselamatan

b)

Perpaduan

c)

Integrasi

d)

Ekonomi

31.

Apakah DUA faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia?

a)

Tuntutan faedah percukaian

b)

Hak sama rata untuk semua kaum

c)

Pembukaan pasaran bersama

d)

Kepentingan sebagai pelabuhan bebas

32.

Gambar menunjukkan rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964.

Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?

a)

Menuntut persamaan hak

b)

Perebutan kuasa pentadbiran

c)

Ketidakseimbangan ekonomi

d)

Masalah perkauman

33.

Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat melalui dua proses yang berbeza.

Apakah persamaan antara perpaduan kaum dan integrasi nasional?

a)

Fahaman poltik

b)

Dasar Pembangunan

c)

Perlembagaan Persekutuan

d)

Sistem pendidikan

34.

• Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Sukan Malaysia (SUKMA)

Mengapakah kerajaan melaksanakan langkah-langkah di atas secara konsisten?

a)

Memajukan negara

b)

Meningkatkan integriti

c)

Memantapkan sosioekonomi

d)

Memperkasakan perpaduan

35.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

1970 - 1990

Apakah tujuan DEB dilaksanakan?

a)

Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi

b)

Membangunkan perindustrian negara

c)

Memupuk identiti kebangsaan

d)

Memajukan ekonomi negara

36.

Rancangan Buku Hijau merupakan salah satu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 20 Disember 1974.

Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Meningkatkan pendapatan

b)

Merapatkan jurang kemiskinan

c)

Menggalakkan perniagaan

d)

Mempelbagaikan aktiviti ekonomi

37.

Kerajaan-kerajaan berikut telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan

kerajaan China.

• P’an-p’an

• Langkasuka

• Chih-t’u

Bagaimanakah hubungan tersebut dijalinkan?

a)

Pemberian ufti

b)

Menghantar utusan

c)

Ikatan perkahwinan

d)

Bantuan ketenteraan

38.

Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa iaitu negara Blok Barat dengan negara Blok Timur.

Apakah kesan Perang Dingin kepada Malaysia?

a)

Dasar probarat diperkukuh

b)

Kemelesetan ekonomi

c)

Dasar Pandang ke Timur

d)

Perubahan dasar luar

39.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan isu global iaitu penyalahgunaan dadah?

a)

Menguatkuasakan Akta Anti-Penyeludupan

b)

Bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL)

c)

Bergabung dengan World Health Organisation (WHO)

d)

Memperkukuh pertahanan negara

40.

Anugerah berikut mula diperkenalkan pada tahun 1991.

Anugerah ini menjadi bukti komitmen Malaysia dalam

a)

Mengawal keselamatan perairan

b)

Melestarikan alam sekitar

c)

Memajukan bidang perternakan

d)

Menghapuskan penyakit berjangkit