Font size
WorksheetsPerang Badar & Perang Uhud T5
Total questions: 81
Worksheet time: 43mins
Bilakah berlakunya Perang Badar?
Bulan Syawal
17 Ramadhan
27 Rejab
Perang Badar berlaku pada tahun _____ hijrah
2
3
5
Peperangan adalah peperangan ____ dalam Islam
Pertama
Kedua
Dimanakah tempat berlaku Perang Badar?
Bukit Uhud
Madinah
Kawasan lembah yang terletak di antara mekah dan madinah
Mekah
Berapakah bilangan tentera Islam dalam perang badar?
313 orang
1000 orang
3000 orang
Berapakah bilangan tentera musyrikin dalam perang badar?
1000 orang
3000 orang
10 000 orang
Siapakah yang menjadi ketua bagi tentera Islam dalam perang badar?
Abu Bakar As-Siddiq
Nabi Muhammad SAW
Abu Jahal
Siapakah yang menjadi ketua bagi tentera musyrikin dalam perang badar?
Abu Bakar As-Siddiq
Nabi Muhammad SAW
Abu Jahal
Tentera Islam yang terlibat dalam Perang Badar adalah terdiri daripada kaum Ansar dan Muhajirin. Berapakah bilangan Kaum Ansar dan Kaum Muhajirin yang terlibat dalam perang tersebut?
61 orang Ansar & 170 orang Muhajirin
82 orang Ansar & 231 orang Muhajirin
82 orang Muhajirin & 231 orang Ansar
Tentera Islam dari kaum Ansar yang terlibat dalam Perang Badar adalah terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. Berapakah bilangan Kaum Aus dan Kaum Khazraj yang terlibat dalam perang tersebut?
61 orang Aus & 170 orang Khazraj
62 orang Khazraj & 170 orang Aus
82 orang Aus & 231 orang Khazraj
Apakah punca berlakunya perang badar?
Kaum musyrikin menindas orang Islam
Rasulullah saw menghalang dan merampas dagangan kaum Musyrikin yang kembali dari Syam
Kaum musyrikin berdendam dengan Umat Islam
Apakah 3 tujuan Rasulullah saw merampas harta dagangan kaum musyrikin yang pulang dari Syam?
Bagi mengembangkan dakwah Islam
Untuk menggantikan harta orang Islam yang dirampas dulu
Bagi melemahkan ekonomi musuh
Untuk menjadi kaya raya
Rasulullah saw telah menghalang rombongan dagang Quraisy yang pulang dari Syam. Siapakah yang menjadi ketua bagi rombongan dagang tersebut?
Abu Lahab bin Abdul Mutalib
Abu Jahal bin Hisham
Abu Sufian bin Harb
Apakah strategi yang dicadangkan Hubab bin Munzir untuk digunakan dalam Perang Badar?
Berkhemah berdekatan dengan mata air yang hampir dengan kawasan musuh.
Menimbus semua mata air yang berdekatan
Membina kolam dan memenuhkannya dengan air
Membina pondok untuk Rasulullah saw berlindung
Menyekat sumber air musuh
Apakah strategi yang dicadangkan oleh Saad bin Muaz dalam mesyuarat Perang Badar?
Bina sebuah pondok sebagai markas tentera
Menggantikan harta orang Islam yang dirampas
Menyekat sumber air musuh
Mengembangkan dakwah Islam
Apakah pertolongan Allah kepada tentera Islam dalam Perang Badar?
Menurunkan hujan pada malam hari
Ribut pasir
1000 tentera malaikat
Siapakah yang memenangi peperangan Badar?
Tentera Islam
Tentera Musyrikin
Berapakah bilangan tentera Islam yang Syahid dalam Perang Badar?
14 orang
50 orang
70 orang
Tentera Islam yang syahid dalam perang badar adalah 14 orang. Daripada jumlah tersebut berapa orang yang syahid dari Kaum Ansar dan Kaum Muhajirin?
6 orang Ansar & 8 orang Muhajirin
6 orang Muhajirin & 8 orang Ansar
14 orang muhajirin
Berapakah bilangan tentera musyrikin yang terbunuh dalam perang badar?
14 orang
32 orang
70 orang
Berapakah bilangan tentera musyrikin yang ditawan dan mengalami kerugian besar dalam perang badar?
14 orang
32 orang
70 orang
Apakah kesan kepada Islam setelah peperangan Badar?
Ramai penduduk madinah memeluk Islam
Kekuatan, kuasa dan moral orang Islam semakin tinggi
Kekuatan, kuasa dan moral kaum musyrikin semakin tinggi
Bagaimanakan penyelesaian orang Islam terhadap tawanan perang yang kaya?
Perlu membayar tebusan bermula 1000-4000 dirham mengikut kemampuan
Mengajar 10 orang kanak-kanak Islam madinah membaca dan menulis sehingga pandai.
Dibebaskan dengan syarat mereka tidak akan memerangi orang Islam lagi.
Bagaimanakan penyelesaian orang Islam terhadap tawanan perang yang tidak mampu membayar tebusan tetapi pandai membaca dan menulis?
Perlu membayar tebusan bermula 1000-4000 dirham mengikut kemampuan
Mengajar 10 orang kanak-kanak Islam madinah membaca dan menulis sehingga pandai.
Dibebaskan dengan syarat mereka tidak akan memerangi orang Islam lagi.
Bagaimanakan penyelesaian orang Islam terhadap tawanan perang yang miskin dan tidak pandai membaca?
Perlu membayar tebusan bermula 1000-4000 dirham mengikut kemampuan
Mengajar 10 orang kanak-kanak Islam madinah membaca dan menulis sehingga pandai.
Dibebaskan dengan syarat mereka tidak akan memerangi orang Islam lagi.
Apakah pengajaran yang boleh diambil dari Perang Badar?
Mesyuarat amat penting dalam mencari jalan penyelesaian bagi sesuautu isu
Doa dan tawakkal merupakan senjata orang mukmin
Perancangan yang rapi amat penting dalam menegakkan kebenaran
Tidak perlu adakan sebarang mesyuarat untuk sesuatu isu, cukup hanya dengan mendengar kata hati.
Bilakah berlakunya perang uhud?
17 Ramadan
Bulan Syawal
27 Rejab
Perang Uhud berlaku pada tahun ke ___ hijrah
2
3
5
Perang ____ terjadi kerana krang Musyrikin mekah ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka dalam perang badar kerana merasa diaibkan.
Badar
Uhud
Khandak
Bilangan tentera Islam yang bertolak dari Madinah ketika perang uhud?
300 orang
700 orang
1000 orang
Berapakah bilangan yang termakan hasutan Abdullah bin Ubai untuk pulang ke Madinah ketika Perang Uhud?
300 orang
700 orang
1000 orang
Berapakah bilangan tentera Islam yang berjaya sampai ke medan Uhud?
300 orang
700 orang
1000 orang
Berapakah bilangan tentera musyrikin dalam perang uhud?
1000 orang
3000 orang
10 000 orang
Bagaimanakah keadaan hujan yang Allah turunkan di kawasan khemah tentera Islam dalam Perang Badar?
Renyai-renyai
Sangat lebat
Bagaimanakah keadaan hujan yang Allah turunkan di kawasan khemah tentera musyrikin dalam Perang Badar?
Renyai-renyai
Sangat lebat
Dalam perang badar, Allah turunkan hujan renyai-renyai di kawasan Tentera Islam. Di bawah adalah kelebihan yang tentera Islam dapat dari hujan tersebut kecuali..
Dapat membersihkan tubuh badan
Dapat memadatkan tanah
Sukar untuk berjalan
Siapakah ketua tentera musyrikin dalam perang uhud?
Abu jahal bin hisham
Abu sufian bin harb
Abu lahab bin Abdul mutalib
Pada perang Uhud, terdapat tentera wanita daripada 3000 orang tentera musyrikin. Berapakah bilangan tentera wanita mereka?
100 orang
200 orang
300 orang
Siapakah yang mnejadi ketua tentera wanita musyrikin dalam perang uhud?
Khadijah binti khuwailid
Hindun binti Utbah
Aisyah binti Abu Bakar
Siapakah hindun binti utbah?
Hamba Khadijah binti Khuwailid
Isteri Abu Sufian bin Harb
Isteri Rasulullah saw
Apakah tujuan tentera musyrikin membawa tentera wanita dalam rombongan mereka?
Untuk berperang di medan perang
Untuk menaikkan semangat para tentera musyrikin
Untuk menjadikan tebusan tentera Islam
Sebelum berlaku perang uhud, ada seorang utusan yang mengutuskan surat kepada Rasulullah untuk memberitahu bahasa musyrikin mekah akan menyerang madinah. Siapakah utusan tersebut?
Abbas bin Abdul Mutalib
Uthman bin Affan
Nu'aim bin Mas'ud
Dimanakah tempat berlakunya perang uhud?
Di lembah antara mekah dan madinah
Bukit uhud
Madinah
Hudaibiyyah
Dalam perang uhud, Rasulullah saw telah membahagikan tentera kepada berapa bahagian?
2
3
4
Siapakah yang menjadi ketua tentera bagi kaum muhajirin dalam perang uhud?
Mus'ab bin umair
Usaid bin Hudair
Hubab bin Munzir
Siapakah yang menjadi ketua tentera bagi kaum Aus dalam perang uhud?
Mus'ab bin umair
Usaid bin Hudair
Hubab bin Munzir
Siapakah yang menjadi ketua tentera bagi kaum Khazraj dalam perang uhud?
Mus'ab bin umair
Usaid bin Hudair
Hubab bin Munzir
Siapakah nama ketua orang munafiq?
Abdullah bin Ubai
Abdullah bin Abu Bakar
Abdullah bin Abdul Mutalib
Apakah tujuan utama Abdullah bin Ubai menghasut tentera islam untuk berpatah balik ke madinah dalam perang uhud?
Memberi motivasi
Supaya merasa gelisah
Sebagai hiburan
Berapakah bilangan tentera pemanah Islam dalam perang uhud?
40 orang
50 orang
100 orang
Siapakah ketua pasukan pemanah islam dalam perang uhud?
Abdullah bin ubai
Abdullah bin Jabbar
Uthman bin Affan
Dimanakah pasukan pemanah islam ditempatkan?
Kaki bukit uhud
Atas bukit uhud
Tengah bukit uhud
Tersebut adalah arahan Rasulullah saw kepada pasukan pemanah ketika perang uhud, kecuali..
Melindungi tentera islam dari belakang
Jangan turun membantu tentera islam
Jangan turun mengumpulkan Ronimah (harta perang)
Turun membantu tentera Islam di bawah
Apakah maksud Ronimah (غنيمة)?
Pampasan
Harta perang
Cukai
Siapakah ketua pasukan sayap kanan dalam pereng uhud?
Abdullah bin Jabbar
Munzir bin Amru
Zubair bin Awwam
Siapakah ketua pasukan sayap kiri dalam pereng uhud?
Abdullah bin Jabbar
Munzir bin Amru
Zubair bin Awwam
Apakah tugas pasukan sayap kanan islam dalam perang uhud?
Memanah dari atas bukit
Mengutip Ronimah
Melawan pasukan kuda khalid al walid secara bersemuka
Siapakah yang menerima pedang yang dihunus nabi ketika perang uhud
Ali bin abi talib
Abu dujanah
Zubair bin awwam
Sewaktu perang uhud, Rasulullah saw menghunus sebilah pedang dan berkata "siapakah yang berani mengambil pedang ini dengan haknya." Apakah yang dimaksudkan dengan "haknya"?
Menghayunkan pedang ke tubuh musuh hingga bengkok
Menghayunkan pedang dengan seadaanya
Apakah warna kain ikatan kepala di kepala Abu Dujanah ketika perang uhud?
Biru
Hijau
Merah
Apakah maksud ikatan kepala berwarna merah yang dipakai abu dujanah ketika perang uhud?
Akan berperang sampai mati
Seorang yang kuat dan tangkas
Melambangkan ketua pasukan
Berapa orangkah pasukan pemanah yang turun mengutip harta ronimah?
10 orang
40 orang
50 orang
Adakah abdullah bin jabbar menasihati pasukan pemanah untuk tidak turun dari bukit ketika perang uhud?
Ya
Tidak
Berapa orangkah pasukan pemanah yang taat perintah Rasulullah saw, tidak turun bukit mengumpul ronimah?
10 orang
40 orang
50 orang
Apakah punca kekalahan tentera islam ketika perang uhud?
Kedegilan pasukan pemanah
Kekuatan tentera berkuda khalid al walid
Rasulullah saw melarikan diri
Sewaktu menghadapi serangan khalid al-walid dalam perang uhud, Rasulullah saw mempunyai 2 pilihan untuk dipilih. Apakah pilihan tersebut? Tandakan 2 jawapan.
Selamatkan diri dan membiarkan tentera islam yang lain
Membahayakan diri untuk menyelamatkan tentera islam yang dikepung
Menyamar menjadi pasukan musuh untuk selamatkan diri
Sewaktu menghadapi serangan khalid al-walid dalam perang uhud, Rasulullah saw mempunyai 2 pilihan untuk dipilih. Apakah yang dipilih Rasulullah saw?
Selamatkan diri dan membiarkan tentera islam yang lain
Membahayakan diri untuk menyelamatkan tentera islam yang dikepung
Siapakah yang melemparkan batu ke arah Rasulullah saw sehingga jatuh terluka ketika perang uhud?
Utbah bin Abi Waqas
Khalid Al-Walid
Abdullah bin Jabbar
Apakah akibat dari tersebarnya khabar angin bahawa Rasulullah saw telah terbunuh ketika perang uhud terhadap tentera islam?
Melemahkan semangat tentera islam
Menaikkan semangat tentera islam
Membuat tentera musyrikin merasa sedih
Sewaktu perang uhud, Rasulullah saw telah berundur dengan sahabat menuju kejalan gunung. Berapakah bilangan sahabat yang mengikuti Rasulullah saw?
20 orang
30 orang
50 orang
Berapakah bilangan tentera islam yang syahid ketika perang uhud?
14 orang
32 orang
70 orang
Apakah nama bapa saudara Rasulullah saw yang syahid dalam perang uhud?
Abu Jahal bin Abdul Mutalib
Abu Talib bin Abdul Mutalib
Hamzah bin Abdul Mutalib
Siapakah yang membunuh Saidina Hamzah ketika perang uhud?
Abdullah bin Jabbar
Khalid bin Al-Walid
Wahsyi bin Harb
Siapakah Wahsyi bin Harb?
Hamba Saidatina Khadijah binti Khuwailid
Hamba Jubair bin Mut'am
Hamba Abu Bakar As-Siddiq
Siapakah yang telah menebuk perut dan mengunyah hati Saidina Hamzah ketika perang uhud?
Khadijah binti khuwailid
Asma' binti Abu Bakar
Hindun binti Utbah
Bagaimana perasaab Rasulullah saw ketika melihat jasad Saidina Hamzah yang tidak sempurna?
Gembira
Sedih dan marah
Takut
Bagaimanakah para syuhada' perang uhud dikebumikan?
Kebumikan dengan kain kafan
Dikebumikan dengan pakaian perang mereka
Tidak dikebumikan
Berapakah bilangan tentera musyrikin yang terbunuh?
14 orang
32 orang
70 orang
Siapakah yang telah dibunuh Rasulullah saw ketika perang uhud?
Wahsyi bin Harb
Khalid bin Al-Walid
Ubai bin Khalaf
Berapa kalikah Rasulullah saw pernah membunuh dalam hidupnya?
5 kali
1 kali
2 kali
Tandakan 2 pengajaran dari perang uhud?
Sifat tamak adalah sifat yang rugi
Orang yang bertaqwa tidak akan dibantu oleh Allah swt
Wajib mematuhi arahan ketua selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.
Sesuatu perjuangan hendaklah niat kerana diri sendiri
