Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TEKA-TEKI

Total questions: 184

Worksheet time: 1hrs 29mins

Name
Class
Date
1.

Bendera di atas merujuk pada negeri ____________.

a)

Sabah

b)

Perak

c)

Terengganu

d)

Negeri Sembilan

2.

Nyatakan ibu negeri bagi negeri Sarawak dengan betul.

a)

Bintulu

b)

Miri

c)

Kapit

d)

Kuching

3.

Gambar apakah yang terdapat di belakang mata wang RM20?

a)

Bunga Rafflesia

b)

Kelapa sawit

c)

Penyu

d)

Wau

4.

Siapakah individu yang terpapar dalam mata wang Malaysia?

a)

Tuanku Abdul Rahman

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tun Abdul Razak

d)

Tun Hussein Onn

5.

Terdapat tiga warna pada lampu isyarat. Lampu kuning bermaksud ________________.

a)

bersedia untuk lebih laju.

b)

bersedia untuk berhenti.

c)

bersedia untuk jalan.

d)

bersedia untuk laju.

6.

Lagu raya yang manakah tidak menyebut langsung perkataan 'raya' dalam liriknya.

a)

Kupohon Restu Ayah Bonda

b)

Pulanglah

c)

Nazam Lebaran

d)

Balik Kampung

7.

KFC dikenali sebagai _________________.

a)

Kansas Fried Chicken

b)

Kentucky Fried Chicken

c)

Korean Fried Chicken

d)

Kuala Lumpur Fried Chicken

8.

Sungai terpanjang di Malaysia ialah _______________________.

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Pahang

c)

Sungai Tua

d)

Sungai Siput

9.

Perlis ______________________.

a)

Negeri di Bawah Bayu

b)

Darul Makmur

c)

Bumi Kenyalang

d)

Indera Kayangan

10.

Tarian _________________ terkenal di negeri ______________.

a)

Kuda Tempang ... Melaka

b)

Kuda Kepang ... Johor

c)

Kuda Lari ... Sabah

d)

Kuda Lompat ... Kelantan

11.

Pasembur merupakan makanan yang terkenal di negeri __________________.

a)

Pulau Pinang

b)

Pahang

c)

Negeri Sembilan

d)

Selangor

12.

Ikan di atas dikenali sebagai ___________________.

a)

ikan tenggiri

b)

ikan kembung

c)

ikan keli

d)

ikan pari

13.

Apakah nama makanan di atas?

a)

Jering

b)

Petai

c)

Kerdas

d)

Ulam Raja

14.

Berikut merupakan jenama kereta keluaran PROTON kecuali __________________

a)

Wira

b)

Alza

c)

Perdana

d)

Iswara

15.

Nama ibu negara Malaysia ialah......

a)

Jakarta

b)

Kuala Lumpur

c)

Makkah

d)

Bangkok

16.

Ayah kepada ayah kita ialah.........

a)

Bapa saudara

b)

Datuk

c)

Nenek

d)

Anak

17.

Aku sangat digemari. Warna ku merah. Lepas memakanku, manusia mencari air. Siapa aku ?

a)
b)
c)
18.

Siapa aku ? Aku tinggal di dalam rumah. Kemana sahaja aku membawa rumahku...

a)

Keretapi

b)

Kura-kura

c)

Tikus

d)

Burung

19.

Lahir di Arab, mati di China

a)

Orang

b)

Polis

c)

Bayi

d)

Huruf A

20.

Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak berapa kali ?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

21.

Yang Di Pertuan Agong yang pertama berasal dari negeri mana ?

a)

Kedah

b)

Selangor

c)

Negeri Sembilan

d)

Terengganu

22.

Huruf Hijaiyyah yang ke 10 ialah .............

a)

Jim

b)

Sod

c)

Ro

d)

Hamzah

23.

Warna kelabu dalam Bahasa Inggeris ialah............

a)

Purple

b)

Grey

c)

Turquoise

d)

Green

24.

" My ambition..... " membawa maksud

a)

Harapan saya.....

b)

Kasihani saya....

c)

Cita-cita saya....

d)

Keluarga saya....

25.

Apakah peranti dalam gambar tersebut?

a)

Monitor

b)

Tetikus

c)

Papan kekunci/keyboard

d)

USB

26.

Apakah fungsi komponen di atas?

a)

Untuk menggerakan cursor di layar monitor

b)

Untuk mencetak maklumat dari printer

c)

Untuk menyimpan data

d)

Untuk bermain game

27.

Apakah nama bagi komponen ini?

a)

Tetikus1

b)

LCD Monitor

c)

CPU

d)

Printer

28.

Nyatakan nama dan peranan Komponen di atas

a)

USB - Untuk mengecas Handphone

b)

Radio - Untuk mengeluarkan bunyi

c)

Hardisk - Untuk menyimpan File

d)

Speaker - Untuk mengeluar bunyi

29.

Apakah nama komponen tersebut?

a)

Keyboard

b)

USB

c)

Controller board

d)

Pendrive

30.

Kita boleh menyimpan file dokumen kita di dalam pendrive dan CD?

a)

Boleh

b)

Tidak Boleh

31.

Microsoft Word digunakan bagi tujuan menghasilkan?

a)

Animasi

b)

Mengedit lagu

c)

Mengedit Video

d)

Membuat surat

32.

Speaker digunakan untuk mencetak bahan dokumen?

a)

Betul

b)

Salah

33.

Microsoft Power Point boleh digunakan untuk membuat animasi. Betul atau salah

a)

Betul

b)

Salah

34.

Perisian apakah yang digunakan untuk buat pengiraan?

a)

Microsoft Office Excel

b)

Microsoft Office PowerPoint

c)

Microsoft Office Word

d)

Microsoft Office Access

35.

Perdana Menteri Malaysia yang ketiga

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Dr Mahathir

c)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

d)

Tun Hussein Onn

36.

Dimanakah ibu negeri Perak?

a)

Taiping

b)

Kuala Kangsar

c)

Ipoh

d)

Gopeng

37.

Siapakah berperanan sebagai Ketua Negara bagi Malaysia?

a)

Yang Di Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Panglima Angkatan Tentera

d)

Sultan

38.

Bunga Kebangsaan Malaysia

a)

Mawar

b)

Kemboja

c)

Melur

d)

Bunga Raya

39.

Bilakah tarikh penubuhan Malaysia?

a)

16 September 1963

b)

31 Ogos 1957

c)

14 Februari 1942

d)

31 Ogos 1963

40.

Jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2020 adalah...

a)

15 juta

b)

60 juta

c)

32 juta

d)

20 juta

41.

Peristiwa yang membawa kepada pelancaran Rukun Negara..

a)

Tragedi MH17

b)

Peristiwa 13 Mei

c)

Peristiwa Highland Towers

d)

Rusuhan Natrah

42.

Ops Daulat merujuk kepada operasi ketenteraan terhadap ancaman pengikut kesultanan Sulu di...

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Labuan

d)

Perlis

43.

Mendiang Kanang Anak Langkau merupakan seorang tentera yang sangat berjasa kepada negara. Beliau berbangsa

a)

Melayu

b)

Orang Asli

c)

Iban

d)

Kadazan

44.

Perdana Menteri bertanggungjawab dalam mentadbir negara. Belia merupakan ketua kerajaan.


Benar atau salah penyataan ini?

a)

Benar

b)

Salah

45.

Bendera Negeri manakah ini?

a)

Pulau pinang

b)

Kedah

c)

Perak

d)

Johor

46.

Negeri apakah ini?

a)

Sabah

b)

Johor

c)

Kelantan

d)

Terengganu

47.

Negeri.........

a)

Kedah

b)

Perak

c)

Kelantan

d)

Perlis

48.

Negeri ..........

a)

Boneo

b)

Sabah

c)

Sarawak

49.

Negeri .........

a)

Sarawak

b)

Negeri 9

c)

Sabah

d)

Johor

50.

Negeri ........

a)

Perak

b)

Kedah

c)

Johor

51.

Negeri.......

a)

Negeri 9

b)

Sabah

c)

Brunei

d)

Sarawak

52.

Negeri.........

a)

Perak

b)

Perlis

c)

Pahang

d)

Kedah

53.

Negeri .......

a)

Perlis Indera kayangan

b)

Kedah darul aman

c)

Perak darul ridzuan

d)

Kelantan darul naim

54.

Negeri ........

a)

Malaysia

b)

Kuala lumpur

c)

Pahang

d)

Johor

55.

Negeri .....

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Kelantan

56.

Negeri......

a)

Kedah

b)

Johor

c)

Perak

d)

Melaka

57.

Negeri ......

a)

Serawak

b)

Brunei

c)

Sabah

d)

Perak

58.

Bendera negara ....

a)

Thailand

b)

Malaysia

c)

Brunei

d)

Singapura

59.

Bilakah negara Malaysia merdeka?

a)

30.8.1958

b)

31 August 1957

c)

31 August 2024

d)

31 Oktober 1957

60.
Rukunegara mempunyai 5 teras. Nyatakan teras yang ke 3.
a)
Keluhuran Perlembagaan
b)
Kedaulatan Undang-undang
c)
Kesopanan dan kesusilaan
d)
Kepercayaan kepada Tuhan
61.
Perdana menteri ini ialah
a)
Perdana Menteri Pertama
b)
Perdana Menteri Kedua
c)
Perdana Menteri Ketiga
d)
Perdana Menteri Keempat
62.
Sungai terpanjang di Malaysia ialah sungai?
a)
Sungai Pahang
b)
Sungai Melaka
c)
Sungai Rejang
d)
Sungai Skudai
63.
Di manakah terletaknya gunung Kinabalu?
a)
Sarawak
b)
Sabah
c)
Perak 
d)
Selangor
64.
Berapakah jalur pada bendera Malaysia?
a)
12
b)
13
c)
14
d)
15
65.
Siapakah bapa pemodenan Malaysia?
a)
Tun Abdul Razak
b)
Tunku Abdul Rahman
c)
Tun Abdullah Ahmad Badawi
d)
Tun Dr Mahathir
66.
Pemain badminton nombor satu Malaysia sekarang?
a)
Datuk Misbun Sidek
b)
Datuk Lee Chong Wei
c)
Rashid Sidek
d)
Prakash Padukan
67.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen.  Siapakah yang menjadi Ketua Negara?
a)
Perdana Menteri
b)
Sultan
c)
Timbalan Perdana Menteri
d)
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
68.
Jalur Gemilang mempunyai berapa  warna?
a)
3
b)
4
c)
5
d)
2
69.
Negeri Sabah dikenali sebagai negeri...
a)
Di bawah angin
b)
indah berseri
c)
Di bawah Bayu
d)
Dirgahayu Ibu pertiwi
70.
Apakah motto Negara Malaysia?
a)
Bersekutu bertambah jaya
b)
Bersekutu bertambah mutu
c)
Bersekutu bertambah ilmu
d)
Bersekutu bertambah jasa
71.
Apakah bunga rasmi Malaysia?
a)
Bunga mawar
b)
Bunga raya
c)
Bunga kertas
d)
Bunga kenanga
72.
Warna kuning yang ada pada Jalur Gemilang melambangkan ___________.
a)
Warna Diraja
b)
Kedaulatan Melayu
c)
Agama Islam
d)
Perpaduan kaum
73.

Aina makan 7 biji gula-gula setiap hari. Berapakah biji gula-gula yang dimakan oleh Aina dalam 2 minggu?

a)

14 biji

b)

9 biji

c)

35 biji

d)

98 biji

74.

Pilih haiwan manakah dalam kategori herbivor?

a)

Arnab

b)

Harimau

c)

Kambing

d)

Monyet

75.

Semasa berkunjung ke Sabah, ayah membelikan se_________ rantai mutiara untuk ibu.

a)

utas

b)

butir

c)

gemal

d)

keping

76.

Terdapat se_________ buluh di belakang rumah Mak Bedah yang meredupkan kawasan rumahnya.

a)

jambak

b)

tangkai

c)

rumpun

d)

longgok

77.

Kamilah membawa __________ roti semasa pergi berkhemah di Ulu Yam semalam.

a)

buah

b)

buku

c)

bungkus

d)

longgok

78.

Pak Cik Munir ada meninggalkan se________ tanah sawah untuk diusahakan oleh anak lelaki tunggalnya.

a)

urat

b)

deret

c)

bidang

d)

longgok

79.

Hang Kasturi dianugerahi se__________ pakaian oleh Sultan Mansur Syah kerana keberaniannya.

a)

urat

b)

cebis

c)

bidang

d)

persalinan

80.

Semasa waktu rehat, Nisa telah membeli se________ nasi lemak dan se________ air sirap.

a)

butir ...... gelas

b)

keping ...... gelas

c)

bungkus ...... gelas

d)

longgok ....... cawan

81.

Hardi terjatuh kerana kakinya tersangkut pada se________ dawai yang diletakkan di tepi pasu bunga itu.

a)

laras

b)

cebis

c)

bilah

d)

lingkar

82.

Hanya dengan dua ________ petai sahaja, Mak Tijah amat berselera untuk makan sepinggan nasi.

a)

ikat

b)

papan

c)

urat

d)

mata

83.

Ahli arkeologi telah menjumpai se__________ meriam lama dan beberapa __________ peluru di sekitar istana lama itu.

a)

laras ..... butir

b)

pucuk ..... biji

c)

tangkai ..... biji

d)

pucuk .... laras

84.

Roni masih sempat minum se________ air teh sebelum menaiki van sekolah.

a)

titik

b)

botol

c)

teguk

d)

mangkuk

85.

Masih terdapat se_________ lagi durian di tepi dangau itu yang masih belum dijual.

a)

biji

b)

ulas

c)

pangsa

d)

longgok

86.

Harga tiga __________ jagung yang dijual di pasar malam Taman Gemilang ialah RM5.

a)

biji

b)

butir

c)

buah

d)

tongkol

87.

Ibu menerima se________ bunga sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini.

a)

kaki

b)

tangkai

c)

jambak

d)

kuntuk

88.

Beberapa _________ nasi bertaburan di atas meja ketika adik saya makan sebentar tadi.

a)

butir

b)

rawan

c)

bentuk

d)

longgok

89.

Ada antara kita yang gagal menghabiskan bacaan walau se__________ majalah pun dalam sebulan.

a)

helai

b)

pucuk

c)

lingkar

d)

naskhah

90.

Nenek menyalakan se________ ubat nyamuk sebelum tidur.

a)

urat

b)

gelung

c)

lingkar

d)

batang

91.

Ketika disiasat, pihak polis berjaya menjumpai se________ pisau di bawah tempat duduk pemandu kereta itu.

a)

pucuk

b)

bilah

c)

batang

d)

tangkai

92.

Pada masa ini, harga se_________ sayur sawi sudah mencecah RM2.

a)

utas

b)

cekak

c)

batang

d)

tangkai

93.

Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.

a)

keping

b)

bidang

c)

rawan

d)

kajang

94.

Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.

a)

pohon

b)

dahan

c)

buah

d)

batang

95.

Ada soalan yang mempunyai lebih dari satu jawapan. Hati-hati ok?

a)

Baik

b)

Tak nak!

96.

Mana satu cecair?

a)
b)
c)
d)
97.

Lampu ini boleh menyala sebab ada...

a)

Air

b)

Minyak

c)

Elektrik

98.

Bersenam bagus untuk

a)

Kesihatan

b)

Makan

c)

Tidur

99.

Manusia perlukan

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Nitrogen

100.

Manusia menghembuskan

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Nitrogen

101.

Batuk dan selesema tanda dijangkiti

a)

Hidrogen

b)

Zarah

c)

Virus atau Bakteria

102.

Manakah yang dimakan oleh monyet (omnivor)?

a)
b)
c)
103.

Di manakah tempat yang tiada daratan?

a)

Kutub Utara

b)

Kutub Selatan

104.

Kenapa kita ada air liur?

a)

Supaya kita dapat belajar

b)

Supaya dapat rasa makanan

c)

Supaya kita lebih kuat

105.

Apa yang berlaku pada makanan bila kita makan?

a)

Dibuang sahaja

b)

Disimpan

c)

Dicerna

106.

Jika kita cirit-birit apa kita buat untuk cepat baik?

a)
b)
c)
107.

Jika kita penat, makanan apa bagi tenaga?

a)
b)
c)
108.

Jika kita sembelit, makanan apa patut kita makan?

a)
b)
c)
109.

Apabila kaki kita luka, apa yang berlaku?

a)

Tiada darah keluar

b)

Tangan juga luka

c)

Darah membeku

110.

Apabila kita jatuh, apa yang berlaku?

a)

Tangan kita akan menahan badan kita

b)

Tangan kita tak menahan badan kita

111.

Sakit kepala tanda kita sakit

a)

Tak sakit

b)

Sakit jantung

c)

Demam

112.

Menjadi doktor adalah cita-cita Yana. Berikut adalah sifat seorang doktor kecuali

a)

Berani

b)

Pemarah

c)

Mesra dengan pesakit

d)

Suka menolong

113.

Hakim menguasai banyak bahasa asing. Apakah kerjaya yang sesuai dengan beliau?

a)

Juruhebah

b)

Jurubahasa

c)

Tukang Kayu

d)

Barista

114.

Amir mempunyai banyak koleksi kereta mewah. Beliau juga mempunyai cawangan jualan automobil seluruh Malaysia. Apakah pekerjaan Amir?

a)

Pegawai Bank

b)

Akauntan

c)

Ahli Peniagaan

d)

Guru

115.

Kerjaya ini melibatkan media sosial, ia juga sangat popular dikalangan pelajar...

a)

Youtuber

b)

Jurujual

c)

Chef

d)

Atlet Badminton

116.

Nabila Razali akan ke Anugerah Meletop pada bulan hadapan. Beliau perlu bertemu dengan siapa bagi memastikan pakaian yang dikenakan kelihatan anggun bergaya

a)

Jurumekap

b)

Wartawan

c)

Jurukamera

d)

Pereka Fesyen

117.

Prof. Dr. Ismail seorang tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia. Apakah kerjaya beliau?

a)

Pensyarah

b)

Ustaz

c)

Pustakawan

d)

Tukang Kayu

118.

Ali seorang yang mempunyai kemahiran mengubah suara daripada suara dewasa kepada suara kartun. Kerjaya Ali digelar sebagai

a)

Pelakon suara animasi

b)

Penyanyi

c)

Penerbit

d)

Penyunting

119.

Kerjaya ini sering dilihat di kaca televisyen. Tugas kerjaya ini adalah menyampaikan berita isu semasa dalam dan luar negara

a)

Pengarah

b)

Pembaca Berita

c)

Pegawai Kastam

d)

Jurupulih cara kerja

120.

En Suhaimi bekerja di tapak kajian sejarah. Tugas beliau adalah mengkaji fosil dan barangan prasejarah yang ditemui di tapak kajian. Apakah profesion beliau?

a)

Ahli Sains

b)

Polis

c)

Ahli Arkeologi

d)

Kerani

121.

Kerjaya ini ditugaskan untuk merancang pembangunan bandar pada sesuatu penempatan. Apakah pekerjaan yang dimaksudkan

a)

Perancang Bandar

b)

Pelukis

c)

Pegawai Sosial

d)

Doktor Psikiatri

122.

Kerjaya ini memerlukan kemahiran memasak dan kreatif dalam mencipta resepi baharu.

a)

Pakar Bedah

b)

Arkitek

c)

Guru Bahasa

d)

Chef

123.

Ciri -ciri yang perlu ada pada seorang juruterbang ialah

a)

Tidak Sabar

b)

Cekap dan tajam penglihatan

c)

Pemarah

d)

Sakit Mental

124.

Untuk menjadi seorang doktor, anda perlu mempunyai kelayakan

a)

UPSR

b)

SPM

c)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan

d)

Sijil Memasak

125.

Karim sangat mengemari sukan bola sepak. Malah beliau juga aktif dalam sukan bola sepak sejak di sekolah rendah lagi. Beri cadangan kerjaya yang sesuai dengan minat beliau

a)

Pemain Badminton

b)

Pemain Bola Jaring

c)

Pemain Bola Sepak

d)

Pemain Ping- Pong

126.

Pada masa lapang, Heal gemar menulis lagu. Lagu - lagu yang ditulis akan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal. Apakah kerjaya Heal?

a)

Penulis Lirik

b)

Penterjemah

c)

Wartawan

d)

Komposer Lagu

127.

Kalau tuan pergi ke kedai,

Belikan saya buah keranji;

Kalau tuan bijak pandai,

Apa binatang keris di kaki?

(a)  

128.

Ada sebiji roda pedati,

Bentuknya bulat daripada besi;

Selalu diikat sekuat hati,

Dilempar hidup dipegang mati?

(a)  

129.

Buah budi bedara mengkal,

Masak sebiji di tepi pantai;

Hilang budi bicara akal,

Buah apa tidak bertangkai?

(a)  

130.

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sisi taman kayangan;

Cubalah teka wahai saudara,

Semakin diisi semakin ringan.

(a)  

131.

Bunga orkid indah warnanya,

Penyeri taman perindah hutan;

Ramai orang datang bertanya,

Tapak siapa hidup di lautan?

(a)  

132.

Kelip-kelip kusangka api,

Kalau api mana asapnya?

Hilang ghaib disangkakan mati,

Kalau mati mana kuburnya?

(a)  

133.

Budak-budak bermain batu,

Batu dikira satu persatu;

Badannya lurus bermata satu,

Ekornya tajam apakah itu?

(a)  

134.

Jika tuan membeli tikar,

Tikar anyaman dari mengkuang;

Kalau tuan bijak pintar,

Ular apa membelit pinggang?

(a)  

135.

Masak tumis sambal petai,

Makan kenyang lalu sendawa;

Anda ziarah sahabat handai,

Buah apakah akan dibawa?

(a)  

136.

Pokoknya bulat dan juga rendang,

Masam dan hijau ketika muda;

Bentuk buahnya seperti bintang,

Sudah masak, kuninglah ia.

(a)  

137.

Belayar perahu dari Bentan,

Menyusur tepi Selat Melaka;

Lebar kepala dari badan,

Apakah ikan cubalah teka?

(a)  

138.

Mak Minah menanak minyak,

Kemenyan dibakar dengan setanggi;

Dua paha beranak banyak,

Untuk mendaki tempat yang tinggi.

(a)  

139.

Orang bekerja diberikan upah,

Hidangan disaji dalam talam;

Gajah putih di tengah rumah,

Layar terkembang di waktu malam.

(a)  

140.

Gigi berduri tatah bersigai,

Pembelah kayu ia berguna;

Apakah benda tuan yang pandai,

Duduk makannya dua cara.

(a)  

141.

Jika ke kedai pergi berbelanja,

Belikan saya sudu dan sendu;

Jika pandai katakan segera,

Semakin berisi semakin menunduk.

(a)  

142.

Pisau lipat dimainnya kera,

Tangannya luka lalu terjun;

Makannya kuat tidak terkira,

Kenyangnya tidak tahi bertimbun.

(a)  

143.

Minah ketawa terjerit-jerit,

Melihat koyak pada seluar;

Orang putih duduk sederet,

Pagar di dalam tebing di luar.

(a)  

144.

Tuan puteri belajar menari,

Tari diajar oleh Pak Harun;

Kalau tuan bijak bestari,

Apa yang naik tak pernah turun?

(a)  

145.

Ambil galah jolok nangka,

Nangka jatuh ke dalam tangki;

Cuba jawab cuba teka,

Binatang apa tidak berkaki.

a)

Cicak

b)

Ketam

c)

Ular

d)

Ulat Gonggok

146.

Bayi comel anak lelaki,

Anak lelaki Tuan Sarjan;

Tiada kepala tiada kaki,

Sangat berguna waktu hujan.

a)

Pepatung

b)

Anak Patung

c)

Payung

d)

Baju Hujan

147.

Ibu ayam masuk ke reban,

Anak ayam hendak keluar;

Cubalah teka apa jawapan,

Buah apa biji di luar.

a)

Manggis

b)

Lemon

c)

Oren

d)

Gajus

148.

Pergi ke hutan mencari keldai,

Pergi bersama anak Pak Harun;

Jika tuan bijak pandai,

Apa yang naik tidak turun-turun?

a)

Komputer

b)

Jagung

c)

Umur

d)

Kereta

149.

Hatinya merindu cucu tersayang,

Hingga tak selera makan nasi;

Terbang tinggi bukan layang-layang,

Badan keras daripada besi.

a)

Helikopter

b)

Roket

c)

Ketuhar

d)

Kapal Terbang

150.

Tengah malam terasa sunyi,

Hati merindu kepada kawan;

Boleh bersuara boleh menyanyi,

Bukannya manusia bukannya haiwan.

a)

Televisyen

b)

Radio

c)

Cerek

d)

Komputer

151.

Anak Cina menjual lada,

Juga menjual daun kari;

Bukan kuda sebarang kuda,

Kuda ini pandai menari.

a)

Kuda Belang

b)

Kuda Kayu

c)

Kuda Menari

d)

Kuda Kepang

152.

Berjalan kaki ke rumah Mutu,

Mengajak Mutu menaiki komuter;

Bukan diguna membuka pintu,

Salah satu komponen komputer.

a)

Papan Kekunci

b)

Tetikus

c)

Pembesar Suara

d)

Kamera

153.

Sahabat karib bernama Rosli,

Orangnya baik bersikap jujur;

Sukan ini lasak sekali,

Berebut bola berbentuk bujur.

a)

Bola Tenis

b)

Bola Sepak

c)

Ragbi

d)

Bola Pingpong

154.

Pergi ke kedai membeli beras,

Perut lapar belum bersarapan;

Berbentuk bulat dan keras,

Banyak data boleh disimpan.

a)

Filem

b)

Cakera Padat

c)

CD

d)

File

155.

Pergi berkelah membawa bekal,

Makan bersama di tepi pantai;

Hilang budi bicara akal,

Buah apa tidak bertangkai?

a)

Rambutan

b)

Durian

c)

Buah Melaka

d)

Buah Mata Kucing

156.

Tiap pagi pergi ke sawah,

Mencari rezeki untuk keluarga;

Terkenal sebagai raja buah,

Durinya tajam tidak terkira.

a)

nanas

b)

durian

c)

pulasan

d)

betik

157.
Pergi ke pasar membeli rambutan,
Rambutan dibeli lalu dijinjing;
Bersisik kulit bukannya ikan,
Menyalak pula bukannya anjing.
a)
buah salak
b)
durian
c)
rambutan
d)
langsat
158.
Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga;
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.
a)
rambutan
b)
durian
c)
manggis
d)
pisang
159.
Masuk ke kebun menoreh getah,
Lepas menoreh pergi ke pekan;
Walau berkolam tiada lintah,
Walau berair tiada ikan.
a)
nanas
b)
kelapa
c)
betik
d)
gajus
160.

Sungguh enak sayur rebung,

Untuk hidangan anak manja,

Gunanya untuk saling berhubung,

Boleh dibawa ke mana sahaja,

a)

Telefon bimbit

b)

Radio

c)

Lampu suluh

161.

Kakak sulung menjahit seluar,

Seluar kepunyaan adik Zaki,

Panjang melilit bukannya ular,

Banyak dipakai orang lelaki

a)

Tali leher

b)

Pedang

c)

Tali pinggang

162.

Gadis desa duduk berangan,

Hati rindu terasa sunyi,

Cubalah teka apa gerangan,

Apabila dipetik ia berbunyi

a)

Gendang

b)

Gitar

c)

Seruling

163.

Ambil kain untuk disidai

Disidai oleh anak Pak Jaki

Kalau tuan bijak pandai

Binatang apa tanduk di kaki

a)

Kuda belang

b)

Biri-biri

c)

Ayam

164.

Selendang cantik berwarna merah

Diguna sebagai kain tudung

Sangat suka nenghisap darah

Haiwan apa tanduk di hidung

a)

Burung kenyalang

b)

Penguin

c)

Nyamuk

165.

Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?

a)

donut

b)

kuih lapis

c)

dunkin donut

166.
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
a)
kaki
b)
bayang-bayang
c)
masa
167.

Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?

a)

bas sekolah

b)

bas persiaran

c)

bas pelancong

168.
Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
a)
bunga seri pagi
b)
bunga matahari
c)
bunga api
169.
Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?
a)
lif
b)
tangga
c)
hingus
170.

Binatang ini kaya kerana mempunyai kereta?

a)

Beruang

b)

Lembu

c)

Burung unta

171.
Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?
a)
Pintu
b)
Tingkap
c)
Longkang
172.
Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?
a)
Memancing
b)
Manggoreng Ikan
c)
Menangkap Buaya
d)
Menangkap Ular
173.
Pokok atas buah, buah atas pokok...
a)
Buah Nenas
b)
Buah Melaka
c)
Buah Rambutan
d)
Buah Durian
174.

Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?

a)

Umur

b)

Tahun

c)

Tarikh Lahir

d)

Ketinggian

175.
Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
a)
Helmet
b)
Kutu
c)
Bantal
d)
Kopiah
176.

Ibu Andi memiliki 3 orang anak, yang pertama bernama Adi, kedua Rudi. Siapakah yang ketiga?

a)

Andi

b)

Sudi

c)

Radi

d)

Indi

177.

Jika diperlukan 10 minit untuk merebus sebiji telur, berapa waktu yang diperlukan untuk merebus 10 biji telur?

a)

10 minit

b)

20 minit

c)

30 minit

d)

100 minit

178.

Ali mempunyai lima orang anak lelaki . Setiap lima orang anak lelakinya mempunyai seorang adik perempuan. Ali mempunyai berapa orang anak?

a)

Lima

b)

Enam

c)

Lapan

d)

Sepuluh

179.

Orang beli saya untuk makan, tetapi mereka tidak pernah makan saya.

a)

Pinggan dan sudu

b)

Telur dadar

c)

Ayam kicap

d)

Nasi goreng

180.

Banyak-banyak air mata, air mata apa yang rasanya manis ?

a)

air mata air

b)

air mata kucing

c)

air mata

d)

air mata madu

181.
Dia bulat, berwarna, gemuk tapi kalau kentut jadi kurus. Siapa saya?
a)
Jam
b)
bola
c)
belon
d)
Jambu
182.

Bunga apa yang disiram akan mati.

a)

Bunga raya

b)

Bunga ros

c)

Bunga melur

d)

Bunga api

183.

Apakah binatang yang seluruh tubuh badannya di kepala?

a)

Singa

b)

Kucing

c)

Kutu

d)

Ayam

184.

Aku buka baju , aku sapu badan dengan bedak , aku terjun ke dlm tasik ..siapakah aku?

a)

bayi

b)

pisang goreng

c)

umpan pancing

d)

biawak