wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL 2 SPM K1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Rajah berikut menunjukkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka.

Siapakah yang termasuk dalam golongan diperintah?

a)

Golongan merdeka

b)

Golongan hamba

c)

Pegawai istana

d)

Para ulama

2.

Maklumat berikut merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.

Pahang

Kelantan

Kampar

Bagaimanakah wilayah naungan tersebut diperoleh?

a)

Perkahwinan

b)

Keagamaan

c)

Peperangan

d)

Perdagangan

3.

Mengapakah idea nasionalisme tidak sama antara negara?

a)

Tafsiran sejarah berbeza

b)

Pengalaman sejarah berbeza

c)

Corak perjuangan pemimpin bertukar

d)

Tahap perjuangan berubah

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.

Nasionalisme di India

Nasionalisme di China

Nasionalisme di Mesir

Apakah iktibar yang boleh diambil dari nasionalisme di atas?

a)

Kemunculan ramai golongan intelek

b)

Sentiasa berwaspada terhadap anasir asing

c)

Pentingnya bekerjasama dengan penjajah Barat

d)

Melancarkan revolusi untuk menggulingkan penjajah

5.

Maklumat tersebut berkaitan dengan Jepun.

Semangat Asia

Asia untuk Orang Asia

Mengapakah Jepun menggunakan propaganda di atas?

a)

Mewujudkan ketakutan rakyat

b)

Mendapatkan simpati rakyat tempatan

c)

Memberikan keyakinan terhadap Jepun

d)

Menanam semangat anti penjajah Barat

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengguguran bom atom Amerika Syarikat.

Apakah kesan peristiwa di atas?

a)

Jepun kehilangan tanah jajahan

b)

Amerika Syarikat menjajah Jepun

c)

Amerika Syarikat muncul kuasa dunia

d)

Tentera Jepun mengalami kekalahan

7.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?

a)

Permintaan rakyat Sarawak

b)

Masalah pewarisan takhta

c)

Masalah kewangan

d)

Penjajahan British

8.

Berikut adalah dua orang pegawai British.

Sir Harold MacMichael

Gerald T. MacBryan

Apakah persamaan kedua-dua pegawai tersebut?

a)

Menggunakan desakan dan ugutan

b)

Membuat tinjauan penentangan penduduk

c)

Melantik Gabenor Malayan Union

d)

Mengetuai pentadbiran British di Tanah Melayu

9.

Cristiano Ronaldo dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Ayahnya seorang pedagang dari Portugal dan bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu lebih 15 tahun. Bagaimanakah beliau boleh mendapat kantaraf kerakyatan Tanah Melayu?

a)

Secara pendaftaran

b)

Secara naturalisasi

c)

Melalui persetujuan pemerintah

d)

Melalui kuatkuasa undang-undang

10.

Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal

Orang bukan Melayu menjadi warganegara

Maklumat di atas berkaitan dengan kewarganegaraan di Tanah Melayu.

Bilakah persetujuan tersebut dicapai?

a)

Perjanjian Malayan Union

b)

Perjanjian British Military Administration

c)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

11.

Siapakah penulis buku 'The Communist Manifesto'?

a)

Mao Tze Tong

b)

Tan Malaka

c)

Karl Marx

d)

Adolf Hitler

12.

Gambar berikut menunjukkan tindakan komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak demikian?

a)

Mengukuhkan ideologi

b)

Melumpuhkan ekonomi

c)

Menakutkan British

d)

Mengancam penduduk

13.

British memberikan mesej bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan apabila wujud kerjasama antara Melayu, Cina dan India. Apakah tindakan yang diambil oleh pemimpin setiap kaum?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

b)

Penubuhan Kongres Kebangsaan Antara Kaum

c)

Mengadakan Pilihan raya peringkat persekutuan

d)

Mengadakan Persidangan Antara Kaum

14.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British pada tahun 1951. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?

a)

Menetapkan tarikh pilihan raya

b)

Menentukan syarat kewarganegaraan

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

15.

Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?

a)

Meningkatkan ekonomi negara

b)

Menjalin kerjasama diplomatik

c)

Membincangkan soal kewangan

d)

Membincangkan isu keselamatan

16.

Mengapakah kabinet pertama 1955 ini penting kepada negara kita?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Kompromi antara kaum

c)

Kepercayaan British kepada pemimpin

d)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

17.

Siapakah wakil Raja-raja Melayu yang mengikut misi rundingan di London?

a)

Dato’ Onn bin Jaafar

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dato’ Tun Tan Cheng Lock

d)

Encik Abdul Aziz Abdul Majid

18.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman menggunakankan kapal laut dari Singapura ke Karachi?

a)

Menyusun strategi berunding dengan British

b)

Mengadakan perbincangan dengan wakil Raja-raja

c)

Mendapatkan persetujuan wakil Pakistan

d)

Mengadap pertemuan dengan Presiden India

19.

Gambar berikut menunjukkan Perdana Menteri Malaysia.

Apakah takrifan kemerdekaan mengikut negarawan di atas?

a)

Bebas daripada politik penindasan

b)

Gagasan menyokong pembangunan

c)

Berkhidmat dan berkorban demi negara

d)

Setiap negara bebas mengurus sendirinegara

20.

Apakah nilai yang boleh diambil daripada Jawatankuasa Sambutan dalam pemasyhuran

kemerdekaan negara ?

a)

Rajin

b)

Kreatif

c)

Kerjasama

d)

Jimat cermat

21.

Apakah langkah yang dilakukan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang di negara kita?

a)

Mewujudkan badan kehakiman

b)

Membuat pindaan perlembagaan

c)

Melaksanakan undang-undang moden

d)

Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman

22.

Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.

Mengapakah negara berdaulat perlu mempunyai sempadan yang jelas?

a)

Mengenal pasti penduduk

b)

Menjaminkan keadilan sosial

c)

Membina kubu pertahanan

d)

Memudahkan pemerintahan

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan?

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Sistem Persekutuan

d)

Pemerintahan beraja

24.

Pilih pasangan yang tepat berkaitan penggubalan undang-undang di negeri-negeri Melayu

sebelum merdeka.

a)

A. NNMB - Council Negeri

b)

B. NNMTB - Majlis Negeri

c)

C. Sabah - Majlis Tertinggi

d)

D. Sarawak - Majlis Perundangan

25.

Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri – negeri Melayu

Bersekutu.

DURBAR

Apakah fungsi majlis tersebut?

a)

Membincangkan hal agama dan adat

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran

c)

Menggubal undang-undang persekutuan

d)

Melantik ahli Jemaah Menteri persekutuan

26.

Maklumat berikut berkaitan pelaksanaan pengasingan kuasa dalam pentabiran.

Badan Perundangan

Badan Eksekutif

Badan Kehakiman

Siapakah yang menjadi puncak kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?

a)

Rakyat

b)

Ahli parlimen

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

27.

Rajah berikut berkaitan sejarah pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia bermula

pada tahun 1896 hingga tahun 1963.

Apakah X?

a)

Majlis Persekutuan

b)

Negara Persekutuan

c)

Perlembagaan Persekutuan

d)

Majlis Mesyuarat Persekutuan

28.

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting demi

kesejahteraan rakyat.

Apakah peranan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan pembangunan sosioekonomi?

a)

Menumpukan pembangunan bandar

b)

Menyediakan tanah untuk pembangunan

c)

Memberikan bantuan kewangan dan kepakaran

d)

Menyediakan perumahan kos rendah

29.

Apakah kandungan laporan Suruhanjaya Cobbold?

a)

Islam agama Persekutuan Malaysia

b)

Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas

c)

Rakyat Singapura bersetuju bergabung

d)

Kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah

30.

Indonesia telah membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?

a)

Membuat tinjauan semula

b)

Menjalankan misi lawatan

c)

Mengadakan siri rundingan

d)

Menjelaskan tujuan pembentukan

31.

Maklumat berikut berkaitan peristiwa rusuhan kaum pada 21 Julai 1964.

 Ketegangan antara kaum

 Menuntut hak sama rata

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Ancaman Komunis

b)

Pemisahan Singapura

c)

Konfrontasi Indonesia

d)

Pengeboman Tugu Negara

32.

Maklumat berikut berkaitan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16

Mei 1969.

 Parlimen ditangguhkan

 Menguatkuasakan perintah berkurung

 Memagar kawasan Kampung Baru

Mengapakah darurat dilaksanakan?

a)

Rusuhan kaum

b)

Keganasan komunis

c)

Konfrontasi Indonesia

d)

Referendum

Singapura

33.

Bagaimanakah DBP berperanan dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu?

a)

Menjadi pusat rujukan

b)

Menganjurkan seminar

c)

Menjalankan penyelidikan

d)

Menyeragamkan pendidikan

34.

Gambar berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Mengapakah penganjuran MASUM diadakan secara bergilir-gilir?

a)

Mengeratkan hubungan atlet

b)

Melahirkan semangat berpasukan

c)

Menggalakkan integrasi antara negeri

d)

Meningkatkan mutu sukan universiti

35.

Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menyusun semula masyarakat

Membasmi kemiskinan

Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh DEB?

a)

Perpaduan kaum

b)

Pemodenan negara

c)

Pengagihan kekayaan

d)

Peningkatan pelaburan

36.

Maklumat berikut berkaitan tokoh Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera di negara kita.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari

Tan Sri Azman Hashim

Mengapakah tokoh-tokoh tersebut penting kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin?

a)

Melatih tenaga mahir

b)

Membina pusat kemahiran

c)

Memberi bantuan kewangan

d)

Menyediakan peluang pekerjaan

37.

Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?

a)

Menyediakan kemudahan kredit

b)

Membuka pelaburan ke negara luar

c)

Memudahkan eksport barang ke semua negara

d)

Mengenakan kadar cukai yang rendah

38.

Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965?

a)

Menangani isu keselamatan

b)

Menjalankan latihan ketenteraan

c)

Memerangi penyalahgunaan dadah

d)

Mengadakan hubungan diplomatik

39.

Peta berikut berkaitan kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga, iaitu pembangunan

wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara anggota ASEAN.

Apakah manfaat yang Malaysia peroleh melalui kerjasama tersebut?

a)

Menurunkan kadar inflasi dalam negara

b)

Mengurangkan monopoli pasaran oleh negara maju

c)

Meningkatkan nilai mata wang negara anggota

d)

Menangani kemelesetan ekonomi negara

40.

Rajah berikut menunjukkan persaingan kuasa besar yang memiliki senjata nuklear.

Mengapakah Malaysia dan negara Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam kancah tersebut?

a)

Kestabilan politik

b)

Kemajuan teknologi

c)

Kedudukan strategik

d)

Kebergantungan ekonomi