NEW
Font size
WorksheetsBAB 1 - BAB 10 (TINGKATAN 4)
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Apakah kepentingan undang-undang dalam kerajaan Alam Melayu?
Mengakui pemerintahan raja
Menentukan organisasi sosial
Menjamin kesejahteraan kerajaan
Bagaimanakah kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah ditentukan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Persamaan budaya
Dalam Hukum Kanun Melaka,seseorang yang membunuh tanpa pengetahuan raja akan dikenakan hukuman..............
Menjalani kerahan tenaga
Penjara seumur hidup
Hukuman bunuh
Mengapakah rakyat tidak berani menderhaka kepada Sultan Melaka?
Dijadikan sebagai hamba
Dijatuhkan hukuman berat
Ditimpa kecelakaan
Apakah usaha Raja James II apabila sokongan terhadap baginda semakin berkurangan dalam Revolusi Keagungan?
Melarikan diri ke Perancis
Membatalkan hak asasi rakyat
Melucutkan jawatan pembesar
Apakah kesan pengenalan 'Semangat Bushido' di negara Jepun?
Menjadi negara perindustrian
Mencapai kemajuan pendidikan
Menghalang gerakan anti-Barat
Bagaimanakah sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat
nasionalisme di negara kita pada abad ke-20?
Kewujudan golongan bangsawan
Kemunculan ramai golongan intelek
Kepelbagaian kegiatan sosioekonomi
Persatuan kebajikan iaitu al-Jamiah al Khairiah ditubuhkan di Singapura.
Bagaimanakah persatuan tersebut ditubuhkan?
Permintaan kerajaan British
Tuntutan orang Melayu
Gesaan kaum Muda
Krisis Rantau Balkan
Pembunuhan Archduke Ferdinand,Putera Mahkota
Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.
Apakah kesan segera daripada peristiwa berikut?
Pembentukan negara baharu
Pemerintahan beraja berakhir
Perang Dunia Pertama tercetus
Bagaimanakah Jerman melanggar Perjanjian Versailles 1919?
Mengeksport senjata
Bekerjasama dengan komunis
Memperkuat angkatan tentera
Penentangan secara individu telah dilakukan oleh Sybil Kathigasu dan Gurchan Singh. Apakah perjuangan mereka?
Menjadi perisik tentera British
Melakukan kegiatan anti-Jepun
Menyebarkan propaganda British
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Bagaimanakah kuasa Barat menamatkan kemaraan Jepun tersebut?
Mengisytiharkan ZOPFAN
Membentuk pertubuhan serantau
Melakukan serangan bom atom
Mengapakah BMA gagal memulihkan sosioekonomi di Tanah Melayu?
Kekurangan sumber bahan mentah
Kesukaran membawa masuk jentera
Kemelesetan ekonomi peringkat dunia
Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?
Meningkatkan pelaburan ekonomi
Menghapuskan pengaruh Barat
Menghapuskan sistem beraja
Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British di Sarawak.
Mengapakah desakan tersebut dibuat?
Memupuk perpaduan kaum
Melindungi kebajikan rakyat
Menguasai kekayaan ekonomi
Mengapakah penduduk Sarawak menyokong penyerahan Sarawak?
Memulihkan kuasa pembesar
Memperoleh hak keistimewaan
Memajukan pembangunan negeri
Gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran merupakan .............
Penyatuan
Pengagihan
Persekutuan
Apakah perjuangan PUTERA dan AMCJA?
Pengenalan dasar imigran
Pemansuhan Malayan Union
Penubuhan Perlembagaan Rakyat
Siapakah yang mengetuai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gabenor Jeneral
Yang di-Pertuan Agong
Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap Tanah Melayu?
Komposisi kaum seimbang
Kuasa kerajaan negeri kurang
Berpeluang berkerajaan sendiri
Parti Komunis Malaya telah mensabotaj kemudahan awam dan menyerang perkerja awam.
Apakah kesan tindakan tersebut?
Menghakis sokongan terhadap penjajah
Menjejaskan kehidupan harian penduduk
Memaksa penjajah memerdekakan negara
Apakah matlamat perjuangan komunis di Tanah Melayu?
Mengusir semua penjajah
Menubuhkan sebuah negara republik
Menentang konsep Melayu Raya
Bagaimanakah Rancangan Briggs dilaksanakan di Tanah Melayu?
Membuka penempatan baharu
Memperkenalkan kad pengenalan
Menganjurkan Rundingan Baling
Apakah kesan darurat terhadap politik negara kita?
Mewujudkan kestabilan politik
Mengelakkan perbalahan kaum
Mempercepatkan kemerdekaan
Sebelum merdeka,sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Tenaga pengajar kurang
Peruntukan kewangan dikurangkan
Kurikulum pelajaran berbeza
Apakah kepentingan penubuhan CLC terhadap negara?
Menjadi asas kemerdekaan negara
Meningkatkan kestabilan sosioekonomi
Mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu
Apakah tujuan penggunaan logo tersebut?
Kemajuan negara diutamakan
Kepentingan perpaduan kaum
Kesediaan menempuh cabaran
Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?
Mendapat pengiktirafan kuasa besar
Mengekalkan pentadbiran tradisional
Mendapat peluang mentadbir kerajaan
Apakah tujuan mengadakan Pilihan Raya Umum 1955?
Menentukan Yang di-Pertuan Agong Pertama
Menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan
Mengapakah tanggungjawab mengundi adalah penting?
Mengekalkan tradisi bangsa
Memperkukuh sistem beraja
Membentuk sebuah kerajaan
Sesi pembukaan Majlis Perundangan Persekutuan dilakukan pada 31 Ogos 1955.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada sejarah negara?
Mengukuhkan hubungan diplomatik dengan British
Memantapkan kerjasama dengan negara luar
Membuktikan kesungguhan berkerajaan sendiri
Kempen pilihan raya MPP 1955 akan diadakan selepas penamaan calon iaitu selama ..........
40 hari
45 hari
50 hari
Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Merancang dasar
Membentuk kerajaan
Menyusun perlembagaan
Bagaimanakah Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu?
Ketua Kerajaan
Yang di-Pertuan Negeri
Raja Berperlembagaan
Apakah cara yang digunakan dalam menentukan pemilihan bunga kebangsaan?
Ditentukan oleh pihak British
Diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet
Dibuat melalui tinjauan pendapat rakyat
Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Mendapat hak untuk memerintah sendiri
Untuk mengukuhkan peranan pembesar Melayu
Untuk memantapkan sistem perundangan negeri
Apakah simbolik daripada bangunan Parlimen?
Kekukuhan seni bina
Kekuatan perpaduan
Pengamalan demokrasi
Bagaimanakah kedudukan raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan?
Pemutus hukuman
Pemerintah tertinggi
Pentafsir perlembagaan
Apakah manfaat negara menyertai pertubuhan Komanwel selepas merdeka?
Melantik Yang di-Pertuan Agong
Meningkatkan sosioekonomi
Memulihkan sumber kewangan
Apakah ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?
Tentera
Bahasa
Lambang
