wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NEGERI TERENGGANU

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah faktor penentu kepada pelaksanaan dasar luar Malaysia?

a)

Bekas tanah jajahan British

b)

Keupayaan ketenteraan negara

c)

Ideologi politik sesebuah negara

d)

Kemajuan ekonomi sesebuah negara

2.

Berdasarkan penyataan berikut, yang manakah menunjukkan amalan dasar luar Malaysia?

(Pilih 2 jawapan tepat)

a)

Mengadakan hubungan dua hala

b)

Mengadakan hubungan dengan sesuatu pertubuhan sahaja

c)

Mengadakan hubungan pelbagai hala dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi

d)

Mengadakan hubungan bersifat bebas dan mengambil kira ideologi sesebuah negara

3.

Malaysia ialah sebuah negara yang berpegang teguh pada prinsip dasar luar berikut

a)

Menangani masalah negara lain secara bersama

b)

Menyelesaikan sebarang konflik secara rundingan

c)

Mengadakan hubungan dengan semua negara Islam

d)

Menjalinkan hubungan diplomatik untuk kepentingan domestik

4.

Yang manakah tindakan yang menyebabkan Malaysia mengutuk pencabulan terhadap kedaulatan sebuah negara

a)

Perang Saudara di Rwanda

b)

Sekatan ekonomi terhadap Libya

c)

Penahanan aktivis politik di Myanmar

d)

Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

5.

Dasar berkecuali yang diamalkan di Malaysia membolehkan untuk

a)

Menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara

b)

Menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara lain

c)

Menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau

d)

Mencampuri hal ehwal negara lain

6.

Yang manakah benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN?

a)

Membanteras aktivis komunis di Asia Tenggara dengan pakatan ketenteraan

b)

Menyediakan langkah penyelesaian pergolakan politik sesebuah negara

c)

Menggalakkan pelaburan asing di negara-negara anggota ASEAN

d)

Mewujudkan kerjasama aktif demi kepentingan bersama

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan objektif pelaksanaan konsep ZOPFAN?

(Pilih 2 jawapan tepat)

a)

Meningkatkan kerjasama ekonomi ASEAN

b)

Menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear

c)

Mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

d)

Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Tenggara secara rundingan

8.

#Membolehkan barangan anggota ASEAN menembusi pasaran negara anggota.

#Menghapuskan sekatan perdagangan dua hala

Faedah di atas dinikmati oleh Malaysia melalui penyertaan dalam

a)

Kerjasama ASEAN + 3

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN

c)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

d)

Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN

9.

#Tuntutan bertindih Pulau X

#Singapura telah berjaya dalam tuntutan ini

Pertikaian di atas telah diselesaikan oleh

a)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

b)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa

d)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

10.

Yang manakah cara Malaysia menangani masalah pelarian Rohingya?

a)

Menghantar pelarian ke negara ketiga

b)

Memperjuangkan hak asasi mereka di pentas antarabangsa

c)

Mengeluarkan kad identiti orang pelarian UNHCR dalam negara

d)

Menyediakan rumah penempatan sementara untuk pelarian Rohingya

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh negara-negara membangun dalam usaha memperdagangkan komoditi utama mereka?

(Pilih 2 jawapan tepat)

a)

Persaingan oleh negara maju

b)

Harga komoditi yang tidak stabil

c)

Sekatan perdagangan dengan negara-negara maju

d)

Pengeluaran barangan teknologi maklumat yang berlebihan

12.

Malaysia akan membawa isu keselamatan dan kestabilan politik serantau ke

a)

Deklarasi Kuala Lumpur

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Mesyuarat Asia dan Eropah

d)

Sidang Kemuncak Asia Timur

13.

#Menyertai program-program kesihatan dan kebajikan

#Menyertai misi kemanusiaan dan ketenteraan ke negara bergolak

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pertubuhan Negara Komanwel

c)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

14.

Yang manakah kerjasama Malaysia dengan pertubuhan Kerjasama Islam dalam ekonomi Islam?

(Pilih 2 jawapan tepat)

a)

Malaysia menawarkan biasiswa dan latihan

b)

Malaysia menerajui dalam industri halal global

c)

Malaysia menyokong penubuhan Bank Pembangunan Islam

d)

Malaysia berperanan dalam penubuhan Universiti Islam Malaysia

15.

#Sistem pemfailan tunggal untuk pendaftaran di mana-mana negara yang terpilih.

#Melindungi dan memberi faedah kepada pemilikan jenama tempatan

#Malaysia telah menyertainya pada tahun 2019

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Madrid

c)

Protokol Montreal

d)

Protokol Cartagena