WorksheetsPEP TEST 2
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Apakah peranan utama Perlembagaan Persekutuan dalam masyarakat Malaysia?
Dokumen sejarah negara
Undang-undang tertinggi dan tapak integrasi
Peraturan pentadbiran sahaja
Simbol kemerdekaan sahaja
Apakah konsep utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?
Kebebasan mutlak
. Undang-undang persekutuan sahaja
Kontrak sosial dan hak warganegara
Penghapusan hak istimewa
Tiga tahap 'Tapak Integrasi' termasuk:
Pendidikan, politik, dan budaya
Makro, meso, dan mikro
Nasional, etnik, dan komuniti
Sejarah, ekonomi, dan sosial
Apakah tujuan utama konsep 'kontrak sosial' dalam Perlembagaan?
Menjamin hak istimewa kaum Melayu sahaja
Menghapuskan perbezaan budaya
Menyatukan kepentingan semua komuniti
Memberikan kuasa penuh kepada pemerintah
Apakah contoh inisiatif akar umbi dalam 'Tapak Integrasi'?
Sistem pendidikan kebangsaan
Rancangan Malaysia Lima Tahun
Penubuhan parti politik
Street Wedding dan suasana di kedai mamak
Apakah institusi utama yang diwujudkan oleh Perlembagaan?
Badan perundangan, eksekutif, dan kehakiman
Badan kebudayaan dan agama
Parti politik utama
Institusi kewangan
Salah satu cabaran kepada Perlembagaan Persekutuan adalah:
Keselamatan negara
Ketegangan etnik dan tafsiran undang-undang
Sistem pendidikan yang bersatu
Pemansuhan kuasa kerajaan negeri
'Malayan Union' diperkenalkan oleh British untuk:
Menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu
Memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu
Menghapuskan pentadbiran British
Mengurangkan kecekapan pentadbiran
Mengapakah pengekalan tanah rizab Melayu penting dalam Perlembagaan Persekutuan?
Untuk menjadikan semua tanah di Malaysia sebagai milik orang Melayu
Untuk menghapuskan hak milik tanah bagi kaum lain
Untuk meningkatkan nilai komersial tanah rizab Melayu
Untuk melindungi kepentingan ekonomi dan sosio-budaya orang Melayu
Apakah peranan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan untuk semua urusan rasmi negara
Bahasa Melayu adalah bahasa wajib untuk semua sekolah
Bahasa Melayu menggantikan penggunaan semua bahasa lain di Malaysia
Bahasa Melayu digunakan hanya untuk dokumen perundangan
Apakah peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan Malaysia?
Raja-Raja Melayu hanya bertindak sebagai simbol tradisional tanpa kuasa rasmi
Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam dan memainkan peranan dalam sistem Raja Berperlembagaan
Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa eksekutif penuh dalam pentadbiran negara
Raja-Raja Melayu tidak terlibat dalam pentadbiran negara
Apakah maksud 'Kontrak Sosial' dalam konteks Malaysia?
Perjanjian antara negara dengan negara jiran
Undang-undang yang melarang diskriminasi kaum
Kesepakatan antara kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing
Dokumen perjanjian rasmi antara rakyat dan kerajaan
Apakah salah satu kandungan utama Kontrak Sosial?
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Penghapusan hak istimewa kaum Melayu
Penutupan sekolah jenis kebangsaan
Pemansuhan sistem Raja Berperlembagaan
Apakah kedudukan Islam dalam Kontrak Sosial?
Islam adalah satu-satunya agama yang dibenarkan di Malaysia
Islam adalah agama rasmi Malaysia
Islam diletakkan setaraf dengan semua agama lain
Islam hanya diiktiraf dalam hal adat istiadat
Bagaimana Kontrak Sosial menyumbang kepada kestabilan Malaysia?
Dengan menghapuskan identiti kaum yang berbeza
Dengan mewujudkan persefahaman antara komuniti untuk menghormati hak masing-masing
Dengan memberikan kuasa penuh kepada kerajaan persekutuan
Dengan menubuhkan undang-undang untuk melarang migrasi ke Malaysia
Siapakah yang akan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong?
Pemimpin tertinggi dalam kerajaan
Seorang daripada sembilan Raja-Raja Melayu
Perdana Menteri yang dilantik
Ahli keluarga diraja dari mana-mana negeri
Bagaimana status kewarganegaraan diberikan kepada bukan Melayu dalam Kontrak Sosial?
Semua rakyat Malaysia mesti dilahirkan di Tanah Melayu
Hanya individu dari komuniti Melayu yang mendapat kewarganegaraan automatik
Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin dalam tempoh tertentu
Kewarganegaraan diberikan berdasarkan bangsa sahaja
Apakah kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Kontrak Sosial?
Raja-Raja Melayu boleh dipersoalkan jika melanggar undang-undang
Kedudukan Raja-Raja Melayu adalah termaktub dan tidak boleh dipersoalkan
Raja-Raja Melayu hanya berfungsi sebagai simbol sejarah
Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran negara
Bagaimana kita boleh memupuk kesedaran generasi muda mengenai kepentingan agama Islam, tanah rizab Melayu, Bahasa Melayu, dan Raja-Raja Melayu?
Dengan mengadakan kempen kesedaran dan program pendidikan sejarah serta kebudayaan
Dengan mengadakan sekatan terhadap penggunaan bahasa asing di media sosial
Dengan mewajibkan setiap rakyat mempelajari hanya sejarah Melayu
Dengan menghapuskan pengaruh luar yang tidak selari dengan budaya Melayu
Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjaga kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara?
Dengan memastikan hanya umat Islam menikmati kebebasan beragama
Dengan mempromosikan nilai-nilai Islam secara harmoni tanpa meminggirkan agama lain
Dengan menghapuskan pengaruh budaya asing dalam masyarakat
Dengan menjadikan undang-undang Syariah sebagai peraturan utama negara
Apakah maksud ICT?
Internet Communication Technology
Information and Communication Technology
Intelligent Computing Tools
Integrated Communication Technology
Apakah sumbangan ICT terhadap masyarakat moden?
Mempercepatkan urusan dan komunikasi manusia
Menghapuskan komunikasi antarabangsa
Mengurangkan kebergantungan kepada teknologi
Mengasingkan masyarakat berdasarkan teknologi
Apakah peranan Dr. Mohamed Awang-Lah dalam sejarah ICT di Malaysia?
Memperkenalkan JARING
Menubuhkan universiti teknologi
Memperkenalkan media sosial
Memulakan idea rangkaian komputer Malaysia
Bilakah JARING dilancarkan di Malaysia?
1983
1989
1991
1995
ICT pada era Revolusi Industri 4.0 mencakupi teknologi seperti:
Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI)
Pengangkutan dan pembinaan
Pendidikan sahaja
Perubatan tradisional
Apakah peranan utama ICT dalam kehidupan manusia?
Menggantikan semua peranan manusia
Menghapuskan beban kerja
Memudahkan komunikasi dan urusan seharian
Menghapuskan privasi
Bagaimana ICT boleh menjadi beban kepada manusia?
Meningkatkan kecekapan kerja
Menyebabkan technostress dan buli siber
Meningkatkan komunikasi global
Menggalakkan kerjasama sosial
Apakah cabaran utama dalam penggunaan ICT secara berterusan?
Kekurangan pengetahuan asas
Beban kerja 24/7 dan kesan psikologi
Kekurangan akses kepada teknologi
Peningkatan kos pendidikan
Apakah antara etika penting dalam penggunaan ICT?
Hormati masa orang lain
Gunakan sebarang bahasa tanpa kawalan
Tinggalkan komen negatif di media sosial
Rahsiakan maklumat peribadi anda sepenuhnya
Mengapakah etika penting dalam penggunaan ICT?
Untuk memastikan komunikasi siber lebih harmoni
Untuk mengurangkan penggunaan teknologi
Untuk menghentikan evolusi teknologi
Untuk menghapuskan teknologi tradisional
Apakah peraturan asas etika dalam dunia siber?
Mengikuti piawai kelakuan seperti dalam kehidupan sebenar
Mengelakkan komunikasi dengan orang lain
Menyebarkan maklumat palsu
Mengabaikan masa orang lain
Apakah contoh kelakuan yang tidak beretika dalam ICT?
Menghormati privasi orang lain
Berkongsi berita palsu
Menggunakan bahasa sopan
Membantu pengguna baharu memahami teknologi
Bagaimana ICT boleh dijadikan alat kesepaduan nasional?
Dengan menyebarkan kebencian melalui media sosial
Dengan mengelakkan perhubungan antarabangsa
Dengan menyekat akses kepada internet
Dengan mempromosikan komunikasi dan toleransi budaya
Mengapakah penting untuk menghormati etnik lain dalam dunia siber?
Untuk mengekalkan identiti budaya sendiri
Untuk memastikan dominasi teknologi satu etnik
Untuk memupuk perpaduan dan saling memahami
Untuk melindungi privasi negara
Apakah maksud berita palsu (fake news)?
Berita yang diubah suai atau tidak benar
Berita yang disahkan benar oleh pihak berkuasa
Berita yang menggalakkan kebaikan
Berita rasmi kerajaan
Apakah kesan berita palsu kepada masyarakat?
Mempercepatkan proses integrasi
Menyebabkan kekeliruan dan ketegangan sosial
Menggalakkan perpaduan nasional
Meningkatkan etika komunikasi
Apakah maksud deep fake?
Teknologi penyuntingan imej dan video untuk tujuan positif
Imej atau video yang dimanipulasi menggunakan AI
Imej lama yang diperbaiki
Teknologi tradisional komunikasi
Bagaimana kita boleh mengatasi kebencian dalam talian (hate speech)?
Dengan menyebarkan maklumat negatif
Dengan membalas setiap komen negatif
Dengan melaporkan kandungan berbahaya kepada pihak berkuasa
Dengan menyertai perbincangan toksik
Apakah cabaran utama dalam mengurus privasi dalam dunia siber?
Kurangnya undang-undang siber
Kesedaran pengguna yang rendah
Kos teknologi yang tinggi
Kemudahan akses kepada teknologi
Apakah maksud 'Takrifan Autoriti'?
Norma sosial yang tidak formal
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat
Tingkah laku harian individu
Tingkah laku yang dikaitkan dengan undang-undang dan protokol
Apakah contoh 'Takrifan Harian'?
Peraturan memandu di lampu isyarat
Larangan merokok di tempat awam
Membantu jiran yang memerlukan tanpa peraturan formal
Pematuhan kepada undang-undang perlembagaan
Bagaimana 'Takrifan Autoriti' mempengaruhi kehidupan masyarakat?
Menggalakkan kebebasan tanpa had
Memberikan panduan formal untuk tingkah laku
Menyokong pelanggaran undang-undang kecil
Menghapuskan adat resam masyarakat
Apakah maksud 'Realiti Sosial'?
Perkara yang diinstitusi dan diakui bersama dalam masyarakat
Pandangan peribadi individu terhadap kehidupan
Konsep norma yang tidak diterima umum
Amalan sosial yang tidak melibatkan individu lain
Contoh manakah yang termasuk dalam kategori 'Takrifan Autoriti'?
Mengadakan jamuan bersama keluarga
Mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik
Menyampaikan ceramah tanpa kebenaran
Membantu mangsa banjir secara sukarela
Apakah tanggungjawab sosial dalam konteks etika dan peradaban?
Tindakan individu untuk kepentingan peribadi
Pematuhan terhadap peraturan kerja sahaja
Amalan budaya tertentu dalam komuniti
Usaha kolektif untuk keadilan dan kebaikan dalam masyarakat
Apakah sumber utama nilai dalam tanggungjawab sosial?
Agama, budaya, dan falsafah kehidupan
Pendidikan formal sahaja
Teknologi moden
Undang-undang sahaja
Bagaimanakah nilai etika membantu mendokong tanggungjawab sosial?
Dengan memberikan kebebasan penuh kepada masyarakat
Dengan memupuk kesedaran terhadap keadilan dan kebaikan
Dengan menghapuskan peraturan formal
Dengan menyekat budaya asing
Apakah contoh tanggungjawab sosial dalaman?
Menyumbang kepada pembangunan masyarakat global
Mengurus kehidupan keluarga secara bertanggungjawab
Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara lain
Membantu jiran daripada komuniti berlainan etnik
Apakah yang dimaksudkan dengan 'transformasi sosial'?
Perubahan individu tanpa melibatkan komuniti
Menukar sistem undang-undang negara
Pemisahan budaya dalam masyarakat
Usaha kolektif untuk memperbaiki keadaan masyarakat
Apakah maksud kesedaran nasional?
Tanggungjawab individu terhadap negara dan masyarakat
Keperluan untuk menghapuskan perbezaan etnik
Kepentingan budaya individu dalam masyarakat
Fokus kepada isu luar negara sahaja
Contoh tanggungjawab sosial nasional termasuk:
Melibatkan diri dalam politik luar negara
Membangunkan perniagaan antarabangsa
Menyumbang kepada mangsa banjir di Manik Urai
Menyokong kegiatan ekonomi global
Bagaimana etika menyokong keharmonian masyarakat?
Dengan menekankan kepentingan individu
Dengan memastikan kesaksamaan dan penghormatan
Dengan mengutamakan undang-undang formal sahaja
Dengan menyekat kebebasan berpendapat
Apakah nilai utama dalam tanggungjawab sosial?
Kejujuran, amanah, dan kawalan diri
Penguasaan teknologi terkini
Ketekunan dalam perniagaan
Kebebasan tanpa tanggungjawab
Bagaimanakah seseorang dapat memupuk kesedaran sosial?
Dengan mengabaikan isu ketidakadilan
Dengan menyertai kumpulan sosial tanpa kesedaran
Dengan menyokong keadilan dan kebaikan dalam masyarakat
Dengan fokus kepada isu individu sahaja
Apakah peranan kesukarelaan dalam tanggungjawab sosial?
Untuk meningkatkan kepentingan individu
Untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
Untuk menonjolkan kelebihan budaya sendiri
Untuk mengurangkan interaksi komuniti
Bagaimana kesukarelaan membantu perpaduan nasional?
Dengan mempromosikan kebencian terhadap etnik lain
Dengan memusatkan kuasa kepada satu kaum
Dengan memupuk saling memahami antara komuniti
Dengan mengehadkan kerjasama antarabangsa
Apakah contoh aktiviti kesukarelaan?
Memberikan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira etnik
Menganjurkan acara untuk komuniti sendiri sahaja
Mengurangkan interaksi dengan komuniti lain
Menjaga kepentingan individu dalam masyarakat
Apakah sikap utama yang diperlukan dalam kesukarelaan?
Sikap mementingkan diri sendiri
Rasa tanggungjawab dan empati
Fokus kepada keuntungan material
Penolakan kerjasama dengan pihak lain
Mengapakah kesukarelaan penting dalam masyarakat moden?
Untuk meningkatkan persaingan antara individu
Untuk menonjolkan budaya tertentu
Untuk memupuk keharmonian dan saling menghormati
Untuk mengurangkan tanggungjawab sosial
Apakah kesan utama tanggungjawab sosial terhadap masyarakat?
Meningkatkan keadilan dan kesejahteraan sosial
Mengurangkan interaksi antara komuniti
Menghapuskan budaya etnik minoriti
Memusatkan kuasa kepada pihak tertentu
