NEW
Font size
WorksheetsJPNS GEOGRAFI SPM 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Antara yang berikut, yang manakah merupakan hasil daripada proses pergerakan plat pencapahan?
I Permatang tengah lautan
II Jurang lautan
III Pulau
IV Lurah gelinciran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi di Malaysia?
I Berlaku banjir kilat
II Kejadian jerebu
III Peningkatan suhu setempat
IV Habitat fauna terjejas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun, negara Jepun, Kanada, Korea dan Britain mengalami keadaan cuaca yang hampir sama.
Apakah keadaan yang menggambarkan persamaan tersebut?
Permukaan bumi ditimbus salji tebai
Memasang alat pemanas di dalam rumah
Penduduk memakai baju tebal di luar rumah
Pokok-pokok berbunga walaupun tanpa daun
Kombinasi manakah yang benar tentang jenis dan kadar pergerakan jisim?
A
B
C
D
Apakah kepentingan kedua-dua sumber berikut?
• Hutan Tanah Pamah
• Laut dan lautan
Pertanian
Menyederhanakan suhu
Menjana hidroelektrik
Akuakultur
Antara yang berikut, yang manakah proses luluhawa fizikal?
Penghidratan
Pengoksidaan
Pengkarbonan
Pelepasan tekanan
Apakah langkah yang sesuai untuk mengurangkan hakisan di kawasan pembinaan lebuh raya di lereng bukit?
Melebarkan lebuh raya
Membina terowong di cerun tinggi
Menanam rumput di kawasan cerun
Mengehadkan kemasukan kenderaan
Bagaimanakah proses pengangkutan sungai bagi mengangkut kelodak?
Lagaan
Seretan
Ampaian
Golekan
Jadual berikut menunjukkan suhu tahunan bagi Stesen X.
Berapakah julat suhu tahunan bagi Stesen X?
10oC
15oC
21oC
25oC
Maklumat berikut adalah kesan fenomena cuaca dan iklim.
• Pencairan ais di kutub meningkat
• Aras laut meningkat
Mengapakah berlakunya kesan fenomena cuaca dan iklim tersebut?
Kemarau
Hujan asid
Pulau haba
Keşan rumah hijau
Bagaimanakah aktiviti penambakan memberi kesan terhadap kawasan pinggir laut?
Perubahan aras laut
Habitat akuatik terganggu
Kekuatan ombak berkurangan
Pertambahan hutan paya bakau
Kombinasi manakah yang benar tentang komponen ekosistem dan fungsinya?
A
B
C
D
Apakah kesan aktiviti dalamfot berikut terhadap komponen biotik?
Peningkatan suhu
Kemusnahan fauna
Peningkatan kejadian hakisan
Pertambahan gas karbon dioksida
Apakah kesan penerokaan hutan terhadap alam sekitar di Kalimantan, Indonesia?
Kejadian kemarau
Kejadian hujan asid
Keasidan tanih meningkat
Suhu persekitaran meningkat
Foto berikut menunjukkan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Mengapakah tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut perlu dikekalkan?
Merupakan kawasan tadahan air
Mengawal pasang surut
Mengekalkan kemasinan air laut
Mengawal keseimbangan ekosistem
Bagaimanakah kerajaan Malaysia berusaha menjalankan langkah pemeliharaan untuk mengekalkan sumber hutan?
Mewujudkan ladang hutan
Menjalankan rawatan silvikultur
Melakukan penghutanan semula
Mewartakan taman negara
Kombinasi manakah yang benar tentang ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika?
A
B
C
D
Apakah bukti yang boleh dikaitkan dengan kemusnahan komponen abiotik?
Perubahan warna air sungai
Kepupusan flora dan fauna
Kemusnahan kepelbagaian biologi
Pemindahan tenaga dalam ekosistem terjejas
Apakah ciri kependudukan di negara yang mengalami situasi penduduk jarang?
Taraf hidup tinggi
Tahap teknologi rendah
Kadar kelahiran tinggi
Peluang pekerjaan kurang
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara penduduk jarang?
Jumlah penduduk dan tahap teknologi dapat meneroka sumber semula jadi
Jumlah sumber semula jadi dalam sesebuah negara melebihi jumlah penduduk
Jumlah penduduk dalam sesebuah negara menyamai jumlah sumber semula jadi
Jumlah sumber tidak dapat menampung jumlah penduduk kerana teknologi rendah
Berikut adalah ciri kependudukan di negara M.
• Kadar kelahiran rendah
• Peperangan dan wabak penyakit
Apakah jenis piramid penduduk tersebut?
Stabil
Peralihan
Progresif
Terganggu
Apakah kesan pertambahan penduduk terhadap alam sekitar?
I Iklim berubah
II Kualiti air merosot
III Sumber hutan berkurang
IV Kesuburan tanih meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan iv
Apakah tujuan migrasi pada tahun 1970-an dan 1980-an ke kawasan petempatan FELDA?
Menjamin keselamatan penduduk
Mengembangkan sektor perkilangan
Membasmi kemiskinan
Memantapkan pendidikan
Foto berikut menunjukkan sebuah petempatan di bandar.
Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kesan perkembangan petempatan tersebut?
Pembinaan rumah pangsa
Guna tanah secara maksimum
Tingkatkan kemudahan kesihatan
Menambah peluang pekerjaan
Berikut adalah bandar di Malaysia.
• Port Dickson, Negeri Sembilan
• Lumut, Perak
Apakah fungsi bandar tersebut?
Bandar diraja
Bandar pendidikan
Bandar pertahanan
Bandar pelancongan
Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi masalah setinggan di bandar raya Kuala Lumpur?
Membina bandar baharu
Meningkatkan taraf pendidikan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membina lebih banyak rumah kos rendah
Kawasan manakah yang mengalami proses pembandaran yang lebih pesat?
Pusat pendidikan
Kawasan pertanian
Pelabuhan perikanan
Kawasan perindustrian
Foto berikut menunjukkan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Apakah kepentingan sumber dalam foto tersebut terhadap ekosistem?
Menyederhanakan suhu
Mengekalkan iklim
Menjamin bekalan berterusan
Menyumbang pendapatan negara
Peta berikut menunjukkan lokasi sumber semula jadi di Semenanjung Malaysia.
Mengapakah kawasan berlorek dalam peta tersebut tidak dimajukan sebagai lokasi agropelancongan?
Kawasan pembalakan
Kawasan petempatan penduduk
Kawasan perlombongan mineral
Kawasan taman negara
Apakah produk industri pembuatan yang berkaitan dengan sumber petroleum?
Piuter
Plastik
Seramik
Sadur Logam
Apakah kepentingan sumber petroleum di Malaysia?
I Bahan pateri
II Bahan penyadur tin
III Bahan penurap jalan raya
IV Bahan mentah industri plastik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber petroleum?
Mengitar semula
Mencari sumber alternatif
Mempelbagaikan penggunaan
Mengurangkan pengeluaran kenderaan
Mengapakah tenaga solar berpotensi dimajukan di Malaysia?
Menerima pancaran matahari sepanjang tahun
Banyak litupan tumbuhan semulajadi
Hujan tahunan melebihi 2 000 mm
Julat suhu tahunan kecil
Mengapakah kegiatan agropelancongan dapat dijalankan di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dan di Kundasang, Sabah?
Suhu sederhana
Kawasan tadahan hujan
Bekalan tenaga buruh yang ramai
Kekurangan kawasan tanah pamah
Apakah faktor pembinaan landasan kereta api pada peringkat awal di Malaysia?
Pertanian
Perkilangan
Pembalakan
Perlombongan
Apakah kepentingan Malaysia menyertai pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)?
Mengurangkan persaingan
Meluaskan eksport barangan
Meningkatkan kemasukan buruh asing
Meningkatkan mutu barangan Malaysia
Mengapakah Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan penting untuk mengangkut kayu balak?
Sungai yang panjang
Keselamatan lebih terjamin
Pengangkutan darat terhad
Penduduk padat di tepi sungai
Maklumat berikut menunjukkan kesan kegiatan pertanian di Malaysia?
• Pencemaran air
• Keasidan tanih tinggi
Bagaimanakah langkah untuk mengatasi kesan kegiatan pertanian tersebut?
Peneresan cerun bukit
Penanaman tutup bumi
Penggunaan baja organik
Penggunaan jentera pembajak
Kombinasi manakah yang benar tentang aktiviti manusia dan kesannya terhadap alam sekitar?
A
B
C
D
Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan perikanan di Malaysia?
Pasang surut air laut
Pertemuan arus lautan
Pinggir pantai yang panjang
Penangkapan berorientasikan eksport
