wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Perniagaan Form4 (Bab 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan utama sesebuah perniagaan dijalankan?

a)

Membina imej perniagaan.

b)

Membantu usahawan memperolehi keuntungan.

c)

Menjaga kebajikan ahli

d)

Menyahut cabaran kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan.

2.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan ciri Perniagaan Aminah dan Rakan- rakan?

a)

Mempunyai bilangan ahli seramai 50 orng

b)

Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer

c)

Susah untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan

d)

Surat ikatan perkongsian merupakan perjanjian perkongsian yang sah

3.

Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut:.

i. Tidak dikenakan beban cukai.

ii. Aktiviti tidak berunsurkan politik.

iii. Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota.

iv. Setiap anggota mempunyai hak untuk membuat keputusan

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian Liabiliti Terhad

c)

Francais

d)

Koperasi

4.

Pernyataan yang manakah menerangkan sektor ketiga?

a)

Menyediakan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

Memproses bahan mentah menhadi barang penggunaan

c)

Menggunakan sumber semula jadi dalam proses pengeluaran

d)

Memproseskan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap

5.

Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian?

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Beban cukai rendah

c)

Bebas dalam mengurus perniagaan

d)

Keputusan dibuat dengan cepat

6.

Tandakan pernyataan yang betul berkaitan tentang perniagaan bersaiz kecil yang terlibat dalam aktiviti pengilangan?

a)

RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta

b)

RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta

c)

5 hingga kurang daripada 30 orang

d)

5 hingga kurang daripada 75 orang

7.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

I. Kos overhed yang rendah

II. Kos pengeluaran yang rendah

III. Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

IV. Mudah untuk memperoleh pekerja yang mahir

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

8.

Pernyataan berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam mengawal harga barang.

"Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak"

 

Apakah kaedah perniagaan ini?

a)

A.Secara percuma

b)

B. Pada harga kos

c)

C.Pada harga di bawah kos

d)

D. Secara sumbangan masyarakat

9.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

a)

Saiz pasaran adalah kecil

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar

d)

Kos yang ditanggung adalah rendah

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

>Kebebasan menjual saham

>Perlu mewartakan peyata kewangan kepada orang ramai

Ciri-ciri di atas merujuk kepada

a)

A. Perkongsian

b)

B. Syarikat Awam Berhad

c)

C. Koperasi

d)

D. Syarikat Sendirian Berhad