NEW
Font size
WorksheetsKimia Tingkatan
Total questions: 36
Worksheet time: 1hrs 12mins
Antara bahan berikut, yang manakah terdiri daripada atom?
Air
Argon
Stim
Naftalena
Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk merawat pesakit kanser?
Karbon-14
Kobalt-60
Natrium-24
Fosforus-32
Antara yang berikut yang mengandungi 6.02×1023 atom?
1 mol klorin
1 mol hidrogen
1 mol oksigen
1 mol neon
Ciri manakah yang sama bagi semua unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?
Membentuk ion-ion berwarna
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Wujud sebagai gas pada suhu bilik
Larut dalam air untuk membentuk larutan berasid
Antara yang berikut sebatian manakah yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi?
Air, H2O
Sulpur dioksida, SO2
Karbon dioksida, CO2
Plumbum(II) bromida, PbBr2
Antara bahan berikut, yang manakah BUKAN elektrolit?
Larutan natrium klorida
Asid sulfurik cair
Larutan glukosa
Leburan plumbum(II) bromide
Antara yang berikut, asid manakah yang mengion separa dalam air?
Asid hidroklorik
Asid sulfurik
Asid etanoik
Asid nitrik
Antara yang berikut, yang manakah ialah maksud bagi suatu garam?
Digunakan terutamanya sebagai pengawet makanan.
Mengion dalam air untuk membentuk ion-ion hidrogen.
Terbentuk apabila suatu logam oksida bertindak balas dengan alkali
Terbentuk apabila ion hidrogen dalam suatu asid digantikan oleh ion logam atau ion ammonium.
Gas X adalah gas buangan yang dibebaskan semasa pembuatan asid sulfurik.
Antara berikut yang manakah merupakan gas X?
Karbon dioksida
Sulfur dioksida
Nitrogen dioksida
Karbon monoksida
Persamaan kimia manakah yang diseimbangkan dengan betul?
Na + O2 → Na2O
Na + Cl2 → NaCl
Zn + HCl → ZnCl2 + H2
Zn + H2SO4 → ZnSO4 + H2
Apakah maksud ikatan kovalen?
Ikatan yang terbentuk oleh daya Van der Waals antara atom-atom bukan logam
Ikatan yang terbentuk apabila elektron dari atom logam berpindah ke atom bukan logam
Ikatan terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Ikatan yang terbentuk apabila atom-atom logam menyumbangkan elektron sesama atom untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Antara yang berikut, yang manakah bukan sifat kimia bagi asid?
Bertindak balas dengan kalsium karbonat menghasilkan garam, air dan karbon dioksida.
Bertindak balas dengan bes menghasilkan garam dan air.
Bertindak balas dengan magnesium menghasilkan garam dan air.
Bertindak balas dengan alkali menghasilkan garam dan air
Formula kimia bagi tetraklorometana adalah CCl4.
Berapakah jisim molekul relatifnya?
[Jisim atom relatif : C = 12, Cl = 35.5]
19
47.5
83.5
154
Natrium bertindak balas dengan klorin untuk membentuk natrium klorida.
Apakah yang berlaku pada atom-atom unsur semasa pembentukan ikatan ini?
berkongsi elektron
berpindah elektron
menderma elektron
menerima elektron
Teori Kinetik Jirim menyatakan:
Zarah-zarah halus adalah diskret
Zarah-zarah halus bergerak secara rawak
Antara yang berikut, yang manakah diterangkan oleh teori tersebut?
I Peleburan plumbum(II) bromida
II Gas bromin bercampur dengan udara
III Pembakaran magnesium dalam udara
IV Akueus kuprum(II) sulfat bergerak melalui satu gel
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara garam berikut, yang manakah boleh disediakan melalui kaedah titratan?
KNO3
AgNO3
Mg(NO3)2
Zn(NO3)2
Diberi formula ion sulfat ialah SO42- dan ion nitrat ialah ialah NO3-.
Jika formula garam nitrat bagi M ialah M(NO3)3, apakah formula kimia bagi sulfat bagi M?
MSO4
M2SO4
M2(SO4)3
M3(SO4)2
Unsur X berada dalam kumpulan yang sama dengan kalium dalam Jadual Berkala Unsur.
X bukan simbol sebenar unsur itu.
Antara pernyataan berikut, yang manakah sifat kimia bagi unsur X?
I Bertindak balas dengan air untuk menghasilkan larutan beralkali
II Bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan pepejal hitam
III Bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan pepejal putih
IV Bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan berasid
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Pasangan logam manakah yang menghasilkan voltan tertinggi dalam sebuah sel voltan?
Zink - Argentum
Magnesium - Stanum
Aluminium - Zink
Magnesium - Ferum
Maklumat di bawah menunjukkan sifat-sifat suatu bahan.
Keras
Penebat elektrik dan haba yang baik
Lengai terhadap bahan kimia
Rapuh
Bahan yang manakah mempunyai sifat-sifat seperti di atas?
Aloi
Seramik
Gelas
Polimer
Apabila kertas litmus kering dicampurkan kepada gas ammonia kering, tiada perubahan berlaku, tetapi kertas litmus berubah kepada biru apabila sedikit air ditambahkan.
Yang manakah antara penyataan-penyataan berikut memberikan penerangan yang sesuai bagi perubahan warna kertas litmus tersebut?
Ammonia bertindak balas dengan air
Kertas litmus kering menyebabkan ammonia kering tidak aktif
Air mengandungi daripada ion-ion hidrogen dan hidroksida
Ammonia mengion menghasilkan ion-ion hidroksida dalam kehadiran air.
Nombor nukleon unsur X ialah 19. Unsur X mempunyai 10 neutron. Unsur manakah yang mempunyai sifat kimia yang sama dengan unsur X?
Nombor proton : O = 8, Na = 11, Cl = 17, Ar = 18
Argon
Natrium
Klorin
Oksigen
Fatimah mempunyai sebentuk cincin besi. Dia ingin menjadikan cincin itu lebih cantik dan tahan lama.
Apakah yang boleh dilakukan oleh Fatimah untuk mengatasi masalah tersebut?
Memberus cincin dengan bahan pengilat
Mencelup cincin dalam asid
Menyadur cincin dengan argentum
Membasuh cincin dengan detergen
Antara reagen yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menguji kehadiran ion sulfat dalam larutan aluminium sulfat?
Larutan ammonia
Larutan argentum nitrat
Larutan barium klorida
Larutan ferum(II) sulfat
Berapakah isi padu bagi 5 mol dm-3 asid sulfurik yang diperlukan untuk menghasilkan 500 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3?
10 cm3
50 cm3
100 cm3
200 cm3
Suatu larutan X menghasilkan suatu mendakan putih yang tidak larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan. Apabila larutan barium nitrat ditambahkan ke dalam larutan X, mendakan putih terbentuk. Apakah X?
Kuprum(II) klorida
Magnesium sulfat
Aluminium nitrat
Ferum(II) klorida
Rajah 11 menunjukkan satu bahan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan mengapa bahan di atas mencemarkan alam sekitar?
I Tidak terbiodegradasi dengan mudah
II Menyebabkan pembentukan alga
III Membebaskan gas beracun jika dibakar
IV Menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan banjir kilat
I dan III sahaja
II dan III sahaja
I , II dan IV sahaja
I , III dan IV sahaja
Jadual 10 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen yang dijalankan ke atas larutan W.
Berdasarkan pemerhatian, apakah W?
Aluminium sulfat
Kalsium klorida
Magnesium nitrat
Zink sulfat
Jadual 1 menunjukkan takat lebur dan takat didih bahan P, Q, R dan S.
Bahan manakah bahan adalah pepejal pada 100 Celcius?
P
Q
R
S
Jadual 2 menunjukkan sifat oksida bagi unsur-unsur R, S dan T. Unsur-unsur ini terletak dalam Kala yang sama dalam Jadual Berkala Unsur.
Susun ketiga-tiga unsur itu merentasi kala dari kiri ke kanan.
T, S, R
T, R, S
S, R, T
R, S, T
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada sel elektrolisis dan sel kimia?
Sel Elektrolisis = Tenaga kimia Tenaga elektrik
Sel Kimia = Tenaga elektrik Tenaga keupayaan
Sel Elektrolisis = Tenaga kimia Tenaga elektrik
Sel Kimia = Tenaga elektrik Tenaga kimia
Sel Elektrolisis = Tenaga kimia Tenaga kinetik
Sel Kimia = Tenaga elektrik Tenaga kimia
Sel Elektrolisis = Tenaga elektrik Tenaga kimia
Sel Kimia = Tenaga kimia Tenaga elektrik
Rajah 2 menunjukkan empat peringkat dalam pertukaran sulfur kepada asid sulfurik.
Pada peringkat manakah mangkin digunakan?
Peringkat I
Peringkat II
Peringkat III
Peringkat IV
Rajah 3 menunjukkan susunan elektron bagi ion J.
J bukan simbol sebenar unsur itu.
Antara yang berikut, yang manakah kedudukan unsur J dalam Jadual Berkala Unsur?
Kumpulan =2
Kala = 3
Kumpulan =2
Kala = 2
Kumpulan =16
Kala = 3
Kumpulan =16
Kala = 2
Rajah 4 menunjukkan susunan atom dalam suatu bahan.
Bahan manakah mungkin mempunyai susunan atom seperti yang ditunjukkan?
Logam
Aloi
Kaca
Bahan Komposit
Seorang pemilik restoran mahu menggunakan lampu elektrik berwarna-warni untuk menarik pelanggan. Antara bahan A, B, C atau D dalam Jadual Berkala Unsur adalah sesuai untuk digunakan dalam lampu?
A
B
C
D
Pasangan unsur yang manakah bergabung membentuk sebatian yang boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan?
S & T
R & S
P & R
Q & T
