Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PEMASARAN

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Definisi pemasaran adalah…

a)

Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

b)

Penghasilan barang dan perkhidmatan melalui proses transformasi yang menukar input kepada output dengan menambahkan nilai

c)

Satu rangkaian aktiviti perniagaan yang melibatkan pemindahan, pengagihan dan pengedaran barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna dengan tujuan mencapai objektif memperolehi keuntungan

d)

Aktiviti yang melibatkan perancangan, penyusunan dan pengawalan atas segala aspek kewangan supaya matlamat kewangan sesebuah perniagaan tercapai

2.

Berikan maksud Pasaran...

a)

menjual dan membeli produk/ perkhidmatan

b)

aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan

c)

Aktiviti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan melalui proses pertukaran nilai

d)

Peluang yang telah dikenalpasti untuk sesuatu perniagaan

3.

Pilih jawapan yang paling tepat berkaitan kepentingan pemasaran

a)

Membantu pernigaan meningkatkan jualan produk dan seterusnya memperoleh keuntungan yang lumayan

b)

Dapat mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan mengurangkan pengangguran

c)

Dapat melaksanakan perancangan sumber dan kewangan bagi mengurangkan pembaziran

d)

Membantu perniagaan dijalankan secara berterusan atas usaha-usaha ahli perniagaan

4.

Berikut adalah BUKAN salah satu konsep asas pemasaran

a)

Pasaran

b)

Nilai

c)

Keperluan

d)

Jualan

5.

Berdasarkan gambar tersebut, yang mana antara berikut merupakan strategi yang digunakan KFC untuk melariskan jualan?

a)

Strategi Promosi

b)

Strategi Harga

c)

Strategi Proses

d)

Strategi Produk

6.

Terdapat 4 elemen penting yang perlu diketahui dalam campuran pemasaran KECUALI

a)

Produk

b)

Harga

c)

Tempat

d)

Penjual

7.

Pemasaran melibatkan empat aktiviti iaitu 1) membangunkan produk, 2) menetapkan harga, 3)_____________, 4)______________. Apakah aktiviti 3 dan 4?

a)

Menjalankan promosi dan memberi perkhidmatan

b)

Menjalankan promosi dan mengedarkan produk

c)

Mengedarkan produk dan menjalankan aktiviti jualan

d)

Mengedarkan produk dan memberi perkhidmatan

8.

Maklumat bercetak yang dilekatkan pada bungkusan produk yang menerangkan tentang jenama produk, nama, alamat pengeluar, kandungan, tarikh luput dan cara penggunaan ialah

a)

Pelabelan

b)

Penjenamaan

c)

Pembungkusan

d)

Atribut produk

9.

Segmentasi pasaran bermaksud __________

a)

Proses membahagi pasaran yang besar dan pelbagai untuk membentuk beberapa pasaran kecil berasaskan ciri-ciri pengguna yang sama bagi memudahkan strategi pemasaran dilaksana berdasarkan tawaran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.

b)

Proses pengumpulan maklumat secara sistematik yang releven dengan sesuatu masalah pemasaran yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan

c)

Proses menilai setiap segmen pasaran dan memilih atau menyasarkan beberapa segmen pasaran yang menarik untuk dimasuki

d)

Proses menempatkan produk dalam satu kedudukan yang lebih baik berbanding dengan produk pesaing dalam minda pengguna

10.

Dalam asas segmentasi pasaran, "membahagikan pasaran mengikut lokasi seperti bandar, luar bandar, daerah, negeri dan negara". Penyataan berikut merujuk kepada...

a)

demografik

b)

psikografik

c)

geografik

d)

gelagat

11.

Membahagikan pasaran kepada beberapa kumpulan berdasarkan tindak balas mereka terhadap penggunaan sesuatu produk seperti kekerapan penggunaan, kuantiti produk dibeli, dan pembelian semula. Merujuk kepada..

a)

gelagat pengguna

b)

psikografi

c)

demografi

12.

Motivasi, persepsi, personaliti, pembelajaran dan sikap merupakan faktor __________ yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.

a)

Sikap

b)

Situasi

c)

Sosial

d)

Psikologi

13.

'Menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk dan perkhidmatan'

Maklumat diatas merujuk kepada proses...

a)

komunikasi

b)

interaksi

c)

dokumentasi

d)

implementasi

14.

Ekonomi, budaya, teknologi dan politik merupakan ______ ______ dalam model gelagat pengguna.

a)

Persekitaran pasaran

b)

Persekitaran pemasaran

c)

Persekitaran pengguna

d)

Persekitaran jual beli

15.

Aktiviti penyebaran maklumat berbentuk cerita, berita dan rencana tentang sesuatu produk melalui media massa dipanggil

a)

promosi jualan

b)

pengiklanan

c)

perhubungan awam

d)

publisiti

16.

Contoh media elektronik adalah......

a)

Akhbar

b)

Laman web

c)

Risalah

d)

Buku

17.

Digital marketing melibatkan medium berikut KECUALI

a)

Youtube

b)

papan tanda digital

c)

majalah

d)

e-magazine

18.

Strategi yang digunakan oleh AirAsia untuk menarik minat pelanggan berdasarkan gambar berikut adalah strategi

a)

Pengedaran / tempat

b)

Harga

c)

Promosi

d)

Produk

19.

Strategi yang digunakan oleh Produk Nurraysa merupakan

a)

Strategi Promosi

b)

Strategi Manusia

c)

Strategi Proses

d)

Strategi Pengedaran

20.

Aktiviti promosi terbahagi kepada lima kecuali.....

a)

Pengiklanan

b)

Jualan langsung

c)

Publisiti

d)

Jurujual