WorksheetsAktiviti Tutorial MCQ 3.1-2-3: Pengurusan Perniagaan 2 (AP025)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan dengan paduan/campuran pemasaran?
Gabungan pelbagai strategi perniagaan
Kombinasi produk, harga, promosi, dan pengedaran
Strategi penetapan harga sahaja
Kaedah pengiklanan dalam sesebuah organisasi
Apakah elemen dalam campuran pemasaran yang membantu menentukan strategi pemasaran organisasi?
Produk, Harga, Promosi, dan Pengedaran
Pekerja, Teknologi, Pelanggan, dan Keuntungan
Iklan, Kewangan, Lokasi, dan Perkhidmatan
Harga, Pekerja, Pelanggan, dan Strategi
Mengapakah 4P dalam campuran pemasaran saling berkaitan?
Kerana setiap elemen berdiri sendiri tanpa mempengaruhi elemen lain
Kerana setiap elemen membantu dalam pembuatan keputusan pemasaran yang berkesan
Kerana hanya satu elemen yang penting dalam strategi pemasaran
Kerana elemen-elemen ini tidak mempunyai kesan langsung ke atas pemasaran
Apakah definisi produk menurut Kotler (2018)?
A. Sesuatu yang dihasilkan oleh syarikat untuk keuntungan
B. Apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran untuk perhatian, pemerolehan atau penggunaan bagi memenuhi keperluan atau kehendak
C. Barang yang dijual di kedai sahaja
D. Perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna
Apakah elemen yang termasuk dalam produk.
A. Barangan, perkhidmatan, dan idea
B. Harga, promosi, dan pengedaran
C. Teknologi, pengguna dan ekonomi
D. Keuntungan, strategi dan kos
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pemasar dalam menawarkan produk.
A. Jenama dan reka bentuk produk sahaja
B. Teknologi keperluan dan kehendak pengguna serta persekitaran ekonomi
C. Harga dan promosi sahaja
D. Kos pengeluaran dan keuntungan sahaja
Apakah perbezaan utama antara produk fizikal dan produk perkhidmatan dari segi ketaraaan?
Produk fizikal boleh disentuh tetapi tidak boleh dilihat
Produk perkhidmatan boleh dilihat dan disentuh
Produk fizikal boleh dilihat dirasa disentuh dan dihidiu manakala produk perkhidmatan tidak boleh dilihat dirasa disentuh dan dihidiu
Produk perkhidmatan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan
Mengapakah produk perkhidmatan tidak boleh disimpan sebagai inventori?
Kerana produk perkhidmatan hanya boleh dijual pada waktu tertentu dan tidak boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan
Kerana produk perkhidmatan mempunyai bentuk yang sama seperti produk fizikal
Kerana produk perkhidmatan boleh dikilangkan dan disimpan dalam gudang
Kerana produk perkhidmatan boleh diasingkan daripada penyedia kepada penerima
Apakah contoh yang menunjukkan bahawa produk perkhidmatan tidak boleh dipisahkan antara penyedia dan penerima?
Kerusi dalam kapal terbang boleh ditempah lebih awal
Pelanggan boleh menyimpan makanan restoran untuk kegunaan kemudian
Tukang masak perlu menyediakan makanan ketika pelanggan membuat tempahan
Barangan elektronik boleh disimpan dalam stor sebelum dijual
Bagaimanakah kepelbagaian dalam produk perkhidmatan berbeza daripada produk fizikal
A. Produk fizikal tidak mempunyai variasi dalam pengeluaran manakala produk perkhidmatan bergantung kepada penyedia dan penerima
B. Produk fizikal lebih fleksibel berbanding produk perkhidmatan
C. Produk perkhidmatan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan tetapi produk fizikal tidak boleh
D. Produk fizikal lebih bergantung kepada interaksi antara penyedia dan penerima berbanding produk perkhidmatan
