NEW
Font size
WorksheetsBahagian B
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Apakah makna pendekatan "Falsafah"?
Ia berkaitan dengan pemikiran asas dan dasar
Ia menglibatkan suatu pemikiran yang mendalam
Ia adalah pemikiran yang luarbiasa
Ia adalah kaedah pemikiran secara saintifik
Diantara berikut yang manakah tujuan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi?
Bagi melahirkan insan yang potensi dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Bagi mewujudkan suatu falsafah baru di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi melahirkan semua rakyat celik digital dan IT.
Bagi melahirkan masyarakat yang berfikir dan berfalsafah.
Premis 1: Semua pelajar yang pernah ponteng sekolah adalah nakal. Premis 2: Ahmad seorang yang nakal. Kesimpulan: Oleh itu, Ahmad pernah ponteng. Kaedah apakah yang dinyatakan di atas?
Andaian.
Umum.
Induktif.
Deduktif.
Apa perbezaan antara logik formal dan logik informal?
Logik formal memfokuskan pada bahasa sehari-hari, manakala logik informal memfokuskan pada struktur simbolik.
Logik formal dan informal adalah sama dari segi pendekatan dan kaedah.
Logik formal menggunakan sistem simbolik dan peraturan ketat, manakala logik informal menilai argumen dalam konteks bahasa sehari-hari dan komunikasi.
Logik formal adalah untuk kajian sejarah, manakala logik informal adalah untuk kajian matematik.
Dalam filem 'Final Destination' manakah yang BUKAN unsur metafizik yang berkait?
Nasib
Takdir
Kematian
Kesihatan
Perbezaan falsafah Barat dengan falsafah Islam dalam aspek metafizik ialah ruang cakupan ilmunya. Antara berikut perkara yang manakah BUKAN merangkumi ruang cakupan ilmu metafizik menurut Islam?
Metafizik menurut Islam meletakkan wahyu sebagai sumber ilmu utamanya
Metafizik menurut Islam membahaskan isu-isu alam fizik secara menyeluruh termasuklah aspek ketuhanan, takdir, ruh, akal, iman dan lain- lain
Alam duniawi yang berbentuk material tidak menjadi tumpuan perbincangan metafizik menurut Islam.
Kedua-dua metafizik menurut Islam dan Barat meyakini kekuatan akal fikiran bagi memahami kejadian alam.
Segala benda yang tidak mempunyai fizikal dan yang tidak boleh dijelaskan secara material akan dianggap mengarut dan tidak wujud.”
Kenyataan ini adalah fahaman bagi golongan
Ekstremisme
Materialisme
Idealism
Saintisme
Meterialisme bermaksud teori-teori atau kepercayaan bahwa material sahaja yang wujud. Ia menafikan hal-hal kerohanian sehingga memberikan implikasi berikut:
I.Kehancuran sistem masyarakat, moral dan kepercayaan agama
II.Membawa manusia semakin jauh dari agama dan Tuhan
III.Hanya bergantung kepada kuasa benda semata-mata dalam semua perkara
IV.Menerima realiti yang bersifat idea
I dan II
II dan III
I dan IV
I,II dan III
Diantara berikut, yang manakah merupakan sumber ilmu? I.Wahyu II.Berasaskan pengalaman dengan pancaindera III.Logik IV.Kaedah Saintifik
I, II
II, III, IV
I, IV
I, II, III, IV
Apakah fahaman yang dipegang oleh teori empirisme?
Ilmu yang sahih diperloehi melalui buku
Ilmu yang tidak sahih diperolehi daripada khabar angin
Ilmu yang sahih diperolehi melalui penggunaan deria pancaindera.
Ilmu yang tidak sahih diperolehi daripada wahyu
Mementingkan kebebasan diri manusia tanpa memikirkan pendapat dan pandangan orang lain. Manakah fahaman yang bertepatan dengan pandangan di atas?
Kronisme
Pluralisme
Modenisme
Pasca-modenisme
Apakah kesan negatif ideologi pascamodenisme kepada manusia?
Merapatkan hubungan dalam institusi kekeluargaan.
Mengangkat martabat wanita ke tempat yang lebih baik.
Mementingkan nilai baik yang diterapkan dalam ajaran agama.
Mengejar kebebasan, kemewahan serta melakukan perbuatan tanpa Batasan.
Dalam falsafah teori, ia mempunyai cabang seperti ________. I.Metafizik. II. Epistemologi III. Psikologi IV. Estetik
I, II
II, III, IV
I, IV
I, II, III, IV
Apakah persoalan yang paling sesuai dipersoalkan di dalam cabang metafizik?
Apakah alam semesta ini wujud?
Bagaimanakah kita mengetahui wujudnya alam ini?
Apakah yang patut kita lakukan berkaitan alam ini?
Sejauh manakah ia boleh dipercayai?
Manakah yang berikut benar tentang konsep insan menurut tokoh falsafah Aristotle.
Pemikiran yang rasional.
Manusia sebagai pemegang amanah.
Teori yang dibentuk tidak semestinya diaplikasikan.
Pendidikan berkait rapat dengan politik dan perlu diperkasakan sebelum perlaksanaan.
Apakah kesimpulan bagi pernyataan berikut? Premis 1 : Semua segi empat ada 4 sisi. Premis 2 : Bentuk A ialah segi empat. Apakah kesimpulannya?
Bentuk A ada 4 sisi.
Segi empat ada 4 sisi.
Semua bentuk A ada 4 sisi.
Segi empat adalah bentuk A.
"Sesuatu ilmu itu memerlukan syarat-syarat ini bagi membuktikan ia adalah sah". Diantara berikut, yang manakah BUKAN menggambarkan pernyataan tersebut.
Benar.
Yakin.
Percaya.
Justifikasi.
Pemikiran manusia aras tinggi yang bertujuan mencari kebenaran atau hakikat merujuk kepada _____
wahyu.
firasat.
intuisi.
hikmah.
Falsafah teoritikal memerlukan satu usaha intelektual yang mendalam dengan tujuan untuk___________.
memberi gambaran berkaitan sesuatu ilmu
memberi penerangan berkaitan sesuatu ilmu
memberi satu penerangan tentang konsep hidup
menjawab keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara yang dasar
Hisyam tidak pernah melihat lembu melainkan berwarna putih. Maka, dia membuat kesimpulan bahawa semua lembu berwarna putih. Contoh ini merujuk kepada ___________.
Logik Induktif.
Logik Deduktif.
Kaedah Abduksi.
Kaedah Heuristik.
