WorksheetsKUIZ: KESEDARAN ETIKA TEMPAT KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
“Carta ini menunjukkan hubungan antara individu dalam sesebuah organisasi
seperti tempat kerja, sekolah, kelas dan persatuan. Ia juga menunjukkan
hubungan antara bahagian serta fungsinya”
Apakah carta yang dimaksudkan dalam penyataan di atas?
Autoriti
Hierarki
Carta Organisasi
Rantaian Perintah
Hierarki adalah susunan kedudukan atau jawatan dalam sebuah organisasi.
Pilih jawatan yang berada dalam kedudukan yang betul.
Penyelia
Pengurus Operasi
Pekerja
Pengurus Besar
Siapakah yang memiliki kuasa memberi arahan dalam sesebuah organisasi?
Pekerja
Penyelia
Pegawai atasan
Pengawal keselamatan
"Z ialah kuasa yang dimiliki oleh individu dalam organisasi untuk membuat keputusan dan memberi arahan"
Apakah yang dimaksudkan dengan Z dalam penyataan di atas?
A. Autoriti
B. Autokratik
C. Carta Organisasi
D. Rantaian Perintah
Siapakah yang perlu melaksanakan arahan yang disampaikan oleh pihak atasan?
Penyelia
Pekerja bawahan
Pengurus Operasi
Timbalan Pengarah
Pilih penyataan yang menggambarkan konsep rantaian perintah?
Individu dalam sesebuah organisasi bekerja mengikut prosedur.
Semua individu dalam organisasi boleh membuat keputusan dan memberi arahan.
Arahan diberi oleh pihak atasan dan pekerja bawahan bertanggungjawab sebagai pelaksana.
Peraturan dikenakan ke atas pekerja untuk mencegah tingkah laku yang menjejaskan organisasi.
Apakah kepentingan Garis Panduan Kerja?
Membantu pekerja bekerja mengikut prosedur.
Meningkatkan kesatuan rangkaian dalam organisasi.
Memaparkan susunan kedudukan jawatan dan peranan.
Menunjukkan aliran kuasa dan perintah dalam organisasi.
Kontrak ialah perjanjian antara majikan dan pekerja.
Pilih maklumat yang terkandung di dalam kontrak perjanjian.
I. Gaji
II. Elaun
III. Tempoh bekerja
IV. Alamat kediaman
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Mengapakah pekerja perlu menjalani latihan dan membina kecekapan bekerja dalam organisasi?
Membantu perkembangan kerjaya.
Membolehkan kenaikan gaji diberikan.
Menyokong permohonan kenaikan pangkat.
Meningkatkan peluang menjadi pihak atasan.
Mengapa disiplin pekerja diwujudkan?
Menambah beban pekerja.
Melindungi pekerja bermasalah.
Meningkatkan produktiviti pekerja dan organisasi.
Memastikan pekerja bawahan bekerja dengan baik.
Cadangkan tindakan terhadap pekerja yang tidak memperbaiki prestasi selepas amaran bertulis dikeluarkan?
Dibuang kerja.
Diberikan amaran lisan.
Pemotongan gaji dan elaun.
Dinaikan pangkat sebagai motivasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin pekerja?
Panduan untuk individu dalam organisasi bekerja mengikut prosedur.
Panduan rasmi untuk autoriti, komunikasi dan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi.
Kuasa yang dimiliki oleh individu dalam organisasi untuk membuat keputusan dan memberi arahan.
Peraturan dan syarat yang dikenakan ke atas pekerja oleh pihak pengurusan bagi mencegah tingkahlaku yang tidak diingini.
Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pekerja yang berhenti tanpa memberi notis?
Dibayar sebulan gaji tanpa elaun.
Diserahkan kepada Jabatan Buruh.
Diarahkan mencari pekerja ganti dengan segera.
Dikenakan denda dengan membayar satu bulan gaji.
Mengapa tingkah laku berdisiplin perlu diamalkan di tempat kerja?
Meningkatkan mutu dan produktiviti.
Memudahkan urusan kenaikan pangkat.
Mewujudkan suasana tegang di tempat kerja.
Mengelakkan interaksi sosial yang bersifat peribadi.
Pilih peranan majikan dalam membantu pekerja yang mempunyai isu disiplin untuk memperbaiki prestasi.
I. Memberi ruang untuk perubahan.
II. Menggalakkan pekerja bertukar kerja.
III. Memberitahu prestasi yang perlu diperbaiki.
IV. Mencadangkan penambahbaikan yang sesuai.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah isu disiplin yang sering terjadi di tempat kerja?
I. Hadir lewat ke tempat kerja.
II. Cuti tanpa kebenaran majikan.
III. Mengemukakan Sijil Sakit palsu.
IV. Bekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Susunkan prosedur memohon cuti sakit di tempat kerja.
I. Maklumkan majikan pada kadar segera.
II. Serahkan Sijil Sakit kepada majikan untuk direkodkan.
III. Minta pengesahan doktor berkenaan keadaan kesihatan.
IV. Dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
I, II, III, IV
I, III, IV, II
I, IV, III, II
II, III, IV, I
Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan disiplin pada pekerja?
Kerani
Penyelia
Pengurus
Kaunselor
Mengapakah kuasa autoriti perlu dikendalikan dengan adil dan telus?
Memastikan tiada unsur penganiayaan.
Membantu urusan pentadbiran yang lebih efektif.
Membendung amalan rasuah di kalangan pekerja.
Mengelakkan tindakan dikenakan oleh Jabatan Buruh.
Apakah kepentingan garis panduan yang menjelaskan tentang struktur
pelaporan?
Pertindanan tugas berlaku dengan lebih kerap.
Permohonan cuti dapat dikemukakan dengan betul.
Pekerja tahu saluran untuk membuat aduan atau laporan.
Urusan kenaikan pangkat dapat dilaksanakan dengan telus.
