Font size
WorksheetsKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Apakah peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang digunakan di Malaysia?
I. Ordinan Perkapalan Saudagar
II. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
III. Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
IV. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1984 (Akta 514)
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diwujudkan?
Memastikan pelaburan majikan terjamin.
Membasmi amalan rasuah di tempat kerja.
Mengurangkan tuntutan insurans akibat kemalangan.
Melindungi pekerja dan orang lain di sekitar tempat kerja.
Pekerja ialah orang yang diambil bekerja dan dibayar gaji mengikut kontrak.
Apakah peranan pekerja?
I. Bekerjasama dengan majikan untuk mematuhi akta
II. Mengutamakan keselamatan majikan dan peralatan yang digunakan.
III. Menggunakan peralatan perlindungan yang disediakan oleh majikan.
IV. Mematuhi arahan majikan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ancaman (hazard) yang dihadapi oleh pekerja?
Kesihatan
Persekitaran
Keselamatan
Kebahagiaan
Pilih contoh ancaman (hazard) yang boleh mendatangkan bahaya tanpa menyentuhnya.
Wap
Asid
Racun
Getaran
Apakah yang dimaksudkan dengan jenis ancaman kimia?
Keadaan fizikal yang mendatangkan risiko kecederaan kepada otot pekerja.
Ancaman pekerjaan yang memberi kesan psikologi seperti gangguan dan tekanan.
Ancaman yang boleh mendatangkan bahaya melalui pernafasan, pemakanan dan kulit.
Ancaman agen biologi seperti virus, bakteria dan toksik boleh mengakibatkan alahan dan terkena jangkitan penyakit.
Berdasarkan gambar di atas, apakah ancaman (hazard) yang dihadapi oleh pekerja tersebut?
Radiasi
Tergelincir
Kecederaan otot
Gangguan emosi
Encik Ali kehilangan dua jari beliau akibat termasuk ke dalam mesin
pengisar tebu semasa mengisar tebu.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah punca kemalangan yang terjadi?
Terjatuh dari tempat yang tinggi.
Kehilangan pendengaran akibat bising.
Tersentuh bahagian mesin yang bergerak.
Kehilangan penglihatan akibat habuk dan haba.
Pilih contoh aktiviti boleh mendatangkan ancaman (hazard) ergonomik kepada pekerja?
Berdiri terlalu lama semasa bekerja.
Penggunaan kerusi dan meja yang sesuai.
Cahaya persekitaran ruang kerja yang mencukupi.
Duduk mencangkung semasa hendak mengangkat barang.
Encik Raju mengalami kecederaan semasa mengendalikan mesin
kimpalan.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah tindakan segera yang perlu dilakukan?
Menghantar Encik Raju ke hospital.
Meninggalkan kawasan kemalangan.
Menghubungi pengawal keselamatan.
Melaporkan kejadian kepada penyelia.
Pilih padanan yang menunjukkan simbol kelengkapan perlindungan diri (PPE) dengan kegunaan yang betul.
A
B
C
D
Berdasarkan gambar di atas, apakah akibat jika papan tanda tersebut diabaikan?
Kebocoran gas beracun.
Kebakaran di tempat kerja.
Penyebaran wabak penyakit.
Kecederaan seperti terseliuh.
Bagaimanakah hujan asid terjadi?
Peningkatan pertambahan penduduk.
Peningkatan pelepasan gas klorin dan bromin ke ruang udara.
Peningkatan suhu bumi kerana kesan gas rumah hijau seperti karbon dioksida.
Kewujudan bahan pencemar dalam atmosfera akibat perindustrian dan pembakaran bahan api.
Mengapakah penerapan amalan 3R sangat penting dalam kalangan masyarakat?
Menambahkan jumlah sampah.
Mengurangkan kos menggaji pekerja pembersihan.
Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang penjimatan tenaga.
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal untuk dilupuskan di tapak pelupusan.
Pilih padanan yang BETUL mengenai tong kitar semula dan kegunaanya.
Coklat - Kertas
Biru - Kaca
Oren - Tin aluminium, tin keluli dan plastik
Biru - Tin aluminium, tin keluli dan plastik
Cadangkan langkah yang boleh dilakukan untuk mengawal penipisan lapisan ozon?
Mengurangkan kegiatan perindustrian.
Menggunakan baja kimia dalam pertanian.
Penggunaan racun serangga secara kerap.
Menggunakan teknik kawalan biologi dalam pertanian.
Pilih punca pencemaran air yang betul.
I. Tumpahan minyak.
II. Pembakaran terbuka.
III. Penanaman semula hutan.
IV. Pembuangan sampah ke dalam sungai.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah kesan buruk penipisan lapisan ozon kepada manusia?
Risiko kanser kulit.
Keguguran rambut.
Gangguan pendengaran.
Kemerosotan kesuburan.
Berdasarkan gambar di atas, apakah kesan buruk yang akan terjadi kepada alam sekitar?
Kualiti udara akan merosot.
Hidupan akuatik akan mula pupus.
Jumlah kenderaan akan dikurangkan.
Penduduk akan berpindah ke bandar yang lebih besar.
Mengapa aktiviti pembasmian hutan dilakukan dan tanah baharu diteroka?
I. Pertanian
II. Pembalakan
III. Penempatan penduduk
IV. Penanaman semula hutan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
