wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Lebah dan Kelulut

Total questions: 10

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai keunikan Lebah Neron (Apis cerana)?

a)

Lebah Neron menghasilkan madu yang lebih banyak..

b)

Lebah Neron lebih agresif dan sukar untuk diternak.

c)

Lebah Neron lebih mudah dipelihara kerana kurang garang.

d)

Lebah Neron tidak boleh diternak dan hanya hidup di hutan.

2.

Apakah kesan langsung kepada populasi lebah pekerja jika ratu lebah dalam satu koloni tidak dapat menghasilkan feromon dengan baik?

a)

Lebah pekerja akan menghasilkan lebih banyak madu untuk menggantikan kekurangan feromon.

b)

Koloni lebah akan menjadi lebih besar kerana lebah pekerja bertelur untuk menggantikan ratu lebah.

c)

Koloni lebah akan menjadi tidak teratur dan akhirnya berpecah atau runtuh.

d)

Lebah jantan akan mengambil alih peranan ratu lebah dalam bertelur.

3.

Apakah kepentingan Scout Bees dalam struktur organisasi koloni lebah?

a)

Menghasilkan royal jelly untuk memberi makan ratu lebah.

b)

Melaksanakan proses pendebungaan dalam tumbuhan berbunga.

c)

Mengumpulkan nektar dan debunga dari bunga ke sarang lebah.

d)

Mengesan dan mencari sumber makanan sebelum memberikan isyarat kepada lebah pengumpul.

4.

Mengapakah lebah jantan dianggap tidak produktif dalam kehidupan koloni lebah madu?

a)

Mereka hanya mengawan dengan ratu lebah dan mati selepas itu.

b)

Mereka menghasilkan madu tetapi dalam jumlah yang sedikit.

c)

Mereka bertanggungjawab menjaga telur tetapi tidak boleh menghasilkan feromon.

d)

Mereka aktif membina sarang tetapi tidak boleh menghasilkan lilin lebah.

5.

Dalam aktiviti penternakan lebah, mengapa haif lebah perlu ditempatkan berhampiran kawasan dengan sumber makanan yang mencukupi?

a)

Untuk memastikan lebah tidak perlu berpindah jauh mencari makanan dan meningkatkan produktiviti koloni.

b)

Untuk memudahkan lebah berinteraksi dengan haiwan lain dalam ekosistem.

c)

Untuk mengelakkan lebah daripada bersaing dengan spesies lebah lain.

d)

Untuk memastikan lebah dapat bertahan lebih lama dalam keadaan cuaca ekstrem.

6.

Apakah sebab utama madu perlu dituai hanya selepas sel madu telah tertutup sepenuhnya oleh lebah pekerja?

a)

Untuk memastikan madu mencapai tahap kelembapan yang sesuai dan mengelakkan penapaian awal.

b)

Untuk membolehkan lebah menghasilkan lebih banyak royal jelly sebelum penuaian.

c)

Untuk mengekalkan aktiviti pendebungaan lebah bagi tempoh yang lebih lama.

d)

Untuk memastikan ratu lebah mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang hayatnya.

7.

Apakah peranan utama propolis dalam sarang lebah madu?

a)

Sebagai sumber makanan tambahan bagi lebah jantan.

b)

Melindungi koloni lebah daripada ancaman bakteria dan penyakit.

c)

Menggalakkan lebah pekerja bertelur untuk menggantikan ratu lebah.

d)

Memudahkan lebah membina struktur sarang yang lebih kukuh.

8.

Kelulut (Trigona spp.) berbeza daripada lebah madu dalam aspek berikut, kecuali:

a)

Tidak mempunyai sengat dan lebih kecil daripada lebah madu.

b)

Mampu menghasilkan madu dengan kadar kelembapan lebih tinggi daripada lebah madu biasa.

c)

Tidak berperanan sebagai agen pendebungaan dalam ekosistem pertanian.

d)

Menghasilkan propolis dan roti lebah yang kaya dengan nutrisi.

9.

Mengapa pemindahan koloni lebah kelulut ke dalam kotak perlu dilakukan dengan berhati-hati?

a)

Supaya lebah kelulut dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu sebelum menghasilkan madu.

b)

Untuk mengelakkan kehilangan feromon yang penting dalam mengenal pasti sarang mereka.

c)

Supaya lebah kelulut dapat menyesuaikan diri dengan ratu lebah madu dalam satu koloni.

d)

Agar lebah kelulut tidak bercampur dengan lebah madu lain dan menyebabkan gangguan dalam koloni.

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan cabaran utama dalam penternakan lebah kelulut di Malaysia?

a)

Serangan serangga pemangsa seperti kumbang debunga dan Black Soldier Fly.

b)

Ketidakmampuan kelulut untuk menghasilkan madu dalam jumlah yang mencukupi.

c)

Ketidakupayaan kelulut untuk bertahan dalam cuaca panas yang melampau.

d)

Kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan kerana kelulut hanya bergantung kepada tumbuhan liar.