wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSAN BERMORAL TG 1

Total questions: 8

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud insan bermoral ?

a)

Individu yang mempunyai perasaan dan fikiran yang baik serta bermoral.

b)

Individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam sesetengah tindakannya.

c)

Individu yang mengamalkan perlakuan baik dalam tindakannya.

d)

Individu yang berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam setiap tindakannya.

2.

Nyatakan tiga ciri insan bermoral

a)

Pemikiran, perasaan dan pengetahuan

b)

Perasaan, tindakan, pertuturan

c)

Pemikiran, perasaan dan perlakuan

d)

Pertuturan dan tindakan

3.

Nyatakan ciri perasaan seorang insan bermoral

a)

Prihatin terhadap keadaan rakan yang ditimpa bencana

b)

Berfikiran rasional

c)

Bersikap adil

d)

Mampu membezakan betul atau salah

4.

Nyatakan contoh tingkah laku moral yang harus diamalkan oleh setiap individu.

a)

Melihat orang tua melintas jalan

b)

Mengetuk pintu rumah berkali-kali

c)

Bersahabat tanpa prasangka dengan rakan berlainan agama dan bangsa

d)

Rajin ke sekolah untuk bertemu rakan

5.

Ahmad mendapati bahawa rakannya Ali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ahmad merasa simpati dengan keadaan Ali. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Ahmad untuk membantu rakannya.

a)

Ahmad boleh memberikan semua duit sakunya kepada Ali untuk membantu membiayai masalahnya

b)

Ahmad boleh berbincang dengan rakan-rakannya untuk bersama-sama membantu Ali yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

c)

Ahmad membiarkan Ali ditimpa masalah kerana dia juga tidak dapat membantu Ali.

d)

Menyebarkan gambar kemalangan Ali di media sosial untuk memberitahu rakan-rakan yang lain.

6.

Aminah berjalan pulang dari sekolah apabila dia melihat seorang wanita tua yang sedang membawa beg barang yang berat. Wanita itu kelihatan letih dan kesusahan untuk berjalan. Pada masa yang sama, Aminah teringat bahawa dia perlu segera pulang kerana ibunya telah berpesan supaya tidak singgah di mana-mana.

Apakah yang patut dilakukan oleh Aminah?

a)

Mengabaikan wanita tua itu dan terus pulang kerana ibunya telah berpesan supaya tidak singgah di mana-mana.

b)

Memanggil orang lain untuk membantu wanita tua itu agar dia dapat meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah.

c)

Berjalan lebih laju supaya dia tidak perlu berhadapan dengan dilema tersebut.

d)

Membantu wanita tua itu membawa barangnya walaupun akan pulang sedikit lewat.

7.

Ryan seorang pengawas pusat sumber sekolah. Dia mendapati rakan baiknya mengoyakkan buku rujukan di pusat sumber. Ryan menjadi serba salah. Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh Ryan ?

a)

Berpura-pura tidak nampak kerana tidak mahu hubungan persahabatan terjejas.

b)

Mengoyakkan lebih banyak halaman supaya kesalahan rakan tidak kelihatan ketara.

c)

Memarahi rakannya dan meminta untuk menggantikan buku baru.

d)

Memberitahu guru atau pustakawan supaya tindakan lanjut dapat diambil.

8.

Mengapakah penting untuk menjadi insan yang bermoral dalam kehidupan seharian?

a)

Supaya dapat menghindari sebarang bentuk tanggungjawab dalam kehidupan.

b)

Supaya dihormati oleh orang lain dan mendapat kepercayaan dalam masyarakat

c)

Supaya dapat melakukan apa sahaja tanpa perlu mengambil kira perasaan orang lain.

d)

Agar mudah memanipulasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri.