WorksheetsKUIZ TRIVIA RAMADAN
Total questions: 40
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
Apa itu bulan Ramadan?
a)
Bulan ke-12 dalam kalendar Hijriyah
b)
Bulan pertama dalam kalendar Hijriyah
c)
Bulan ke-9 dalam kalendar Hijriyah
d)
Bulan ke-6 dalam kalendar Hijriyah
2.
Apakah keistimewaan bulan Ramadan?
a)
Bulan di mana Nabi Muhammad dilahirkan
b)
Bulan diturunkannya Al-Qur'an
c)
Bulan pertama dalam tahun Hijriyah
d)
Bulan perayaan utama umat Islam
3.
Mengapakah kita mesti berpuasa pada bulan Ramadan?
a)
Untuk membayar hutang kepada Allah
b)
Sebagai adat turun-temurun dalam masyarakat Islam
c)
Kerana diwajibkan dalam Al-Qur'an
d)
Untuk membalas dosa-dosa orang lain
4.
Siapa yang wajib berpuasa?
a)
Semua manusia tanpa mengira agama
b)
Semua lelaki Muslim sahaja
c)
Semua Muslim yang sudah baligh, berakal dan mampu
d)
Semua Muslim kecuali yang bekerja berat
5.
Apakah tujuan utama puasa Ramadan?
a)
Menguatkan badan dan otot
b)
Menghindari makanan yang berlemak
c)
Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
d)
Supaya merasa lapar seperti orang miskin
6.
Bilakah waktu mula berpuasa?
a)
Bila nampak bintang di langit
b)
Bila masuk waktu Isyak
c)
Bila azan subuh berkumandang
d)
Bila jam menunjukkan pukul 5 pagi
7.
Sewaktu bila kita perlu menjatuhkan niat puasa?
a)
Sebelum tengah malam
b)
Sebelum waktu Subuh
c)
Selepas solat Subuh
d)
Tidak perlu berniat, cukup sekadar tidak makan dan minum
8.
Apakah sunnah berbuka puasa?
a)
Minum air sebanyak mungkin sebelum solat Maghrib
b)
Menyegerakan berbuka dengan makanan manis seperti kurma
c)
Makan makanan berat dahulu sebelum solat
d)
Melambatkan berbuka untuk meningkatkan pahala
9.
Apa itu qiyam Ramadan?
a)
Solat sunat Dhuha khas untuk bulan Ramadan
b)
Solat sunat malam seperti tarawih dan witir
c)
Solat sunat yang dilakukan sebelum berbuka
d)
Bacaan doa khas selepas berbuka
10.
Berapakah jumlah rakaat solat tarawih yang paling sedikit?
a)
2 rakaat
b)
4 rakaat
c)
8 rakaat
d)
20 rakaat
11.
Bolehkah membaca doa qunut dalam witir?
a)
Wajib membaca qunut dalam witir setiap malam
b)
Harus dibaca hanya dalam 10 malam terakhir Ramadan
c)
Tidak boleh membaca qunut dalam witir
d)
Hanya boleh dibaca selepas solat Tarawih
12.
Apa hukum puasa bagi wanita haid?
a)
Wajib berpuasa tetapi perlu mandi lebih kerap
b)
Boleh berpuasa jika tidak mengalami kesakitan
c)
Haram berpuasa dan wajib menggantikannya
d)
Tidak wajib puasa dan tidak perlu qadha’
13.
Jika haid berhenti sebelum Subuh tetapi belum mandi wajib, adakah sah puasanya?
a)
Tidak sah kerana masih berhadas besar
b)
Sah
c)
Sah hanya jika mandi sebelum solat Subuh
d)
Sah hanya jika sempat membaca niat sebelum tidur
14.
Apa hukum puasa bagi wanita hamil?
a)
Haram berpuasa kerana boleh memudaratkan anak
b)
Perlu membayar fidyah tanpa perlu mengganti puasa
c)
Wajib puasa tanpa pengecualian
d)
Harus berbuka jika bimbang akan kesihatan bayi atau dirinya
15.
Apakah rukhsah puasa?
a)
Pengecualian daripada berpuasa bagi orang tertentu
b)
Pahala tambahan bagi yang berpuasa
c)
Kelebihan pahala bagi yang berpuasa penuh sebulan
d)
Keringanan dalam berbuka lebih awal
16.
Apa itu qadha’ puasa?
a)
Menggantikan puasa yang ditinggalkan
b)
Puasa tambahan selepas Ramadan
c)
Puasa sunat yang boleh dilakukan bila-bila masa
d)
Puasa yang dilakukan dalam bulan Rejab dan Syaaban
17.
Apakah hukum membayar fidyah?
a)
Wajib bagi semua yang tidak berpuasa
b)
Wajib bagi mereka yang tidak mampu qadha’
c)
Sunat dilakukan sebagai tambahan pahala
d)
Hanya wajib bagi lelaki yang uzur
18.
Apakah kadar zakat fitrah?
a)
2.5% daripada jumlah pendapatan
b)
Sejumlah wang yang ditetapkan pemerintah
c)
1 sa’ makanan ruji
d)
Setengah daripada zakat harta
19.
Bagaimana cara mengira fidyah?
a)
Berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan
b)
Berdasarkan berat badan seseorang
c)
Sama jumlahnya untuk semua orang
d)
Ditentukan oleh pihak masjid setiap tahun
20.
Apakah yang membatalkan puasa?
a)
Menelan air liur dengan sengaja
b)
Tidur sepanjang hari
c)
Makan atau minum dengan sengaja
d)
Melihat makanan dengan keinginan
21.
Bolehkah seseorang menggunakan inhaler semasa berpuasa?
a)
Tidak boleh kerana memasukkan sesuatu ke dalam badan
b)
Boleh, kerana tidak mengandungi makanan atau minuman
c)
Hanya boleh jika digunakan selepas waktu Asar
d)
Tidak boleh sama sekali, walaupun terdesak
22.
Bolehkah puasa enam Syawal sebelum qadha’ puasa?
a)
Tidak boleh sama sekali
b)
Boleh
c)
Boleh jika yakin dapat mengganti puasa sebelum Ramadan seterusnya
d)
Hanya boleh jika dilakukan secara berjemaah
23.
Apakah hukum bersetubuh ketika berpuasa?
a)
Membatalkan puasa dan wajib kaffarah
b)
Dibenarkan jika suami isteri sama-sama berpuasa
c)
Tidak membatalkan puasa tetapi perlu mandi wajib
d)
Hanya membatalkan puasa jika dilakukan sebelum waktu berbuka
24.
Apakah hukum berpuasa bagi orang tua yang uzur?
a)
Wajib berpuasa tanpa pengecualian
b)
Tidak perlu menggantikan puasa langsung
c)
Hanya perlu qadha’ selepas Ramadan
d)
Dibenarkan berbuka dan wajib membayar fidyah
25.
Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka yang tidak sempat menggantikan puasanya yang lepas kerana telah memasuki bulan Ramadan pada tahun ini?
a)
Mengganti puasanya
b)
Menunggu Ramadan yang seterusnya
c)
Membayar fidyah
d)
Membayar zakat
26.
Apakah hukum berpuasa pada hari Syak?
a)
Haram
b)
Makruh
c)
Sunat
d)
Wajib
27.
Adakah bayi yang lahir selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan wajib keatasnya zakat fitrah?
a)
Wajib
b)
Makruh
c)
Sunat
d)
Tidak wajib
28.
Antara perkara sunat ketika berpuasa ialah?
a)
Melambatkan berbuka
b)
Melambatkan sahur
c)
Berkumur-kumur
d)
Mempercepat sahur
29.
Apakah hukum bersiwak di siang hari ketika berpuasa?
a)
Sunat
b)
Harus
c)
Makruh
d)
Haram
30.
Apakah hukum berbekam ketika sedang berpuasa?
a)
Sunat
b)
Harus
c)
Makruh
d)
Haram
31.
Apakah hukum berkumur-kumur secara berlebihan ketika berpuasa?
a)
Sunat
b)
Harus
c)
Makruh
d)
Haram
32.
Apakah hukum menyegerakan berbuka puasa selepas azan Maghrib?
a)
Sunat
b)
Harus
c)
Makruh
d)
Haram
33.
Perang apakah yang berlaku dalam bulan Ramadan dan dimenangi oleh umat Islam?
a)
Perang Badar
b)
Perang Tabuk
c)
Perang Uhud
d)
Perang Khandak
34.
Bilakah al-Quran diturunkan?
a)
27 Ramadan
b)
15 Sya’ban
c)
27 Rejab
d)
17 Ramadan
35.
Apakah nama malam yang lebih baik daripada 1000 bulan?
a)
Lailatul Saidah
b)
Lailatul Qadar
c)
Lailatul Istiqlal
d)
Lailatul Eid
36.
Puasa Ramadan termasuk dalam rukun Islam yang ke berapa?
a)
Ketiga
b)
Keempat
c)
Kedua
d)
Kelima
37.
Ahmad membayar zakat selepas terbenam matahari pada 1 Syawal. Apakah hukum bagi waktu zakat tersebut?
a)
Makruh
b)
Sunat
c)
Haram
d)
Harus
38.
Bilakah waktu terbaik menunaikan zakat fitrah?
a)
Selepas solat hari raya
b)
Sebelum solat hari raya
c)
Selepas 1 Syawal
d)
Sebelum 1 Syawal
39.
Apakah hukum mengeluarkan zakat selepas solat hari raya?
a)
Makruh
b)
Sunat
c)
Harus
d)
Haram
40.
Pada tahun berapakah kewajipan berpuasa difardukan kepada umat Islam?
a)
Tahun ke-3 Hijrah
b)
Tahun pertama Hijrah
c)
Tahun pertama Masihi
d)
Tahun ke-2 Hijrah
100 %
