Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Anis _____ untuk membeli kasut yang mahal itu.

a)

bintang terang

b)

ada hati

c)

ada hati

d)

bulat hati

2.

Ahmad makan sepinggan nasi goreng untuk _____.

a)

buah tangan

b)

buta hati

c)

alas perut

d)

alas kaki

3.

Razlan menjadi _____ dalam pasukan bola keranjang di sekolahnya.

a)

ayam tambatan

b)

batu api

c)

baubau bacang

d)

Abu Jahal

4.

Sikap _____ Azin menyebabkan dia selalu dimarahi oleh ayahnya.

a)

berat mulut

b)

berat tulang

c)

cahaya mata

d)

cicak kubin

5.

Sejak mendapat _____, kehidupan Rasli semakin kaya.

a)

durian runtuh

b)

enak hati

c)

dapat bahagian

d)

ekor mata

6.

Syamir dikatakan _____ kerana cuba mendekati Arina walaupun perempuan itu tidak suka dia.

a)

ikan di hulu tuba di hilir

b)

ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi

c)

hilang di mata di hati jangan

d)

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

7.

Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

ada sampan hendak berenang

b)

adat juara kalah menang

c)

ada rupa ada harga

d)

ada gula ada semut

8.

Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara

menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

baik berjagung-jagung sementara padi belum masak

b)

belakang parang kalau diasah akan tajam jua

c)

cacing hendak menjadi naga

d)

didengar ada dipakai tidak

9.

Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

d)

belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga

10.

Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.

a)

berani kerana benar, takut kerana salah

b)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

c)

kecil tapak tangan nyiru ditadahkan

d)

kalau tiada rotan akar pun berguna

11.

Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

jerat tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat

d)

kalah jadi abu menang jadi arang

12.

Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

c)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

d)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

13.

Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak

menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu, sapi dapat nama

c)

rambut sama hitam, hati lain-lain

d)

ringan tulang berat perut

14.

Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.

a)

tegak sama tinggi, duduk sama rendah

b)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

c)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

d)

yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran

15.

Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan

tentang kehilangan jam tangan Devi.

a)

siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya

b)

terapung sama hanyut, terendam sama basah

c)

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

d)

sekali air bah sekali pantai berubah

16.

Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua

anaknya telah berjawatan tinggi.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

b)

diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

17.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

a)


pipit sama pipit, enggang sama enggang

b)

air dicencang tak akan putus

18.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:

api dalam sekam

a)


gunting dalam lipatan

b)

biar berputih tulang, jangan berputih mata

19.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

a)

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

b)

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

20.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:

bagai dakwat dengan kertas

a)


Bagai anjing dengan kucing

b)

bagai isi dengan kuku