wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 11

Worksheet time: 60secs

Name
Class
Date
1.
  1. 1. Pengemis itu makan dengan _______ kerana terlalu lapar.

a)

perlahan

b)

aman

c)

gelojoh

d)

comel

2.
  1. 2. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang _______ itu.

a)

dalam

b)

curam

c)

pendek

d)

rendah

3.
  1. 3. Warna ______ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.

a)

merah

b)

kuning

c)

putih

d)

biru

4.
  1. 4. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _______.

a)

busuk

b)

hapak

c)

hamis

d)

tengik

5.
  1. 5. Suasana rumah Mak Limah yang ________ itu menyebabkan kami berasa seram.

a)

pudar

b)

kusam

c)

muram

d)

suram

6.
  1. 6. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang ______ itu.

a)

luas

b)

besar

c)

landai

d)

lapang

7.
  1. 7. Semua orang di dalam surau itu mendengar ceramah agama dengan _______.

a)

tawaduk

b)

khusyuk

c)

ghairah

d)

leka

8.
  1. 8. "Wah, _______ sungguh Menara Berkembar Petronas ini!" kata Ahmad.

a)

panjang

b)

rendah

c)

rendang

d)

tinggi

9.
  1. 9. Telur itik itu berbentuk _________.

a)

bujur

b)

segi tiga

c)

bulat

d)

panjang

10.
  1. 10. Amelia belajar dengan ________ agar tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapanya.

a)

kuat

b)

lemah

c)

tekun

d)

malas

11.

Soalan BONUS!

Sayur-sayuran di kebun Encik Kamil itu hidup (a)   kerana dibaja dan dijaga dengan baik.