WorksheetsSAINS SUKAN T5 BIDANG 7 : KECEDERAAN SUKAN & LANGKAH PENCEGAHAN
Total questions: 15
Worksheet time: 57mins
Apakah empat (4) faktor yang menyebabkan kecederaan sukan.
Nyatakan empat (4) langkah pencegahan untuk kecederaan sukan.
Berikan empat (4) peralatan pelindung yang digunakan dalam sukan.
Apakah perbezaan di antara kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras?
Apakah enam (6) jenis patah tertutup yang berlaku dalam sukan.
Nyatakan perbezaan di antara kecederaan akut dan kecederaan kronik.
Huraikan langkah-langkah atau prosedur untuk menguruskan kecederaan sukan; TOTAPS.
Huraikan langkah-langkah atau prosedur untuk menguruskan kecederaan sukan; RICER.
Huraikan langkah-langkah atau prosedur untuk menguruskan kecederaan sukan; DRABC.
Nyatakan lima (5) kepentingan proses Rehabilitasi Sukan.
Terdapat tiga (3) peringkat Rehabilitasi Sukan. Apakah 3 peringkat tersebut?
Peringkat Awal, Peringkat Pertengahan, Peringkat Lanjutan
Peringkat Awal, Peringkat Pertengahan, Peringkat Akhir
Fasa Awal, Fasa Pertengahan, Peringkat Akhir
Peringkat Awal, Peringkat Pertengahan, Peringkat Lanjut
Apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Kecederaan Sukan?
Rawatan di hospital seperti kain anduh, simen dan pembedahan.
Rawatan kecederaan sukan yang digunakan misalnya aplikasi haba, elektrik dan mekanikal.
Rawatan terhadap tubuh berisiko
Urutan dan termoterapi
Apakah punca stres haba?
Kecederaan haba yang disebabkan oleh kehilangan sejumlah besar elektrolit dan air melalui senaman.
Sinar matahari menyebabkan kulit kemerah-merahan dan terasa panas semasa disentuh di samping risiko lain seperti kulit kering, bintik-bintik gelap, bintik-bintik kasar dan kanser kulit (melanoma).
Ketika dalam keadaan rehat, badan akan kehilangan 75% daripada haba secara konduksi, perolakan atau radiasi melalui peredaran darah di bawah permukaan kulit.
Apabila tubuh terdedah kepada bahang matahari (suhu persekitaran tinggi berbanding suhu badan) dan kelembapan udara yang tinggi semasa menyertai aktiviti sukan.
Nyatakan tiga (3) jenis kecederaan yang disebabkan oleh stress haba dalam konteks Ketidakaturan Major (Major Irregularity).
Strain, Sprain dan Dislokasi
Radang Kulit, Ruam Haba dan Strok
Kekejangan Haba (Heat Cramp), Keletihan Haba (Heat Exhaustion) dan Strok Haba
Patah Remuk, Patah Melintang dan Patah Serong
Apakah tiga (3) teknik yang digunakan dalam pengurusan kecederaan sukan?
