WorksheetsUKD SR SET 2
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Anda sedang menggunakan pelayar web untuk mencari maklumat tentang haiwan terancam. Anda ingin memastikan anda boleh melawat semula laman web ini pada masa akan datang. Butang manakah yang perlu anda klik untuk menanda halaman ini sebagai kegemaran anda?
Anda terlupa untuk menanda halaman sesawang (webpage) yang anda lawati semalam. Sekarang, anda ingin mencari dan membuka semula laman tersebut. Antara ikon berikut, yang manakah patut anda klik?
Anda sedang melayari sebuah laman sesawang (website) untuk mencari maklumat. Selepas klik satu pautan, anda dapati maklumat di halaman tersebut tidak berkaitan. Anda ingin kembali ke halaman sebelumnya. Butang manakah yang perlu anda klik?
Anda sedang berada di makmal komputer sekolah. Salah seorang rakan anda membawa makanan dan minuman ke dalam makmal. Adakah betul atau salah tindakan tersebut?
BETUL – boleh makan sambil buat kerja.
SALAH – makanan dan minuman boleh merosakkan peralatan komputer.
BETUL – sebab dia lapar.
SALAH – makanan dan minuman harus dikongsi bersama di dalam makmal komputer.
Anda sedang bertugas di makmal komputer. Ketua kelas meminta anda memasang satu perisian baru pada komputer tersebut. Guru tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Apakah tindakan anda?
Terus memasang perisian kerana ketua kelas sudah beri kebenaran.
Menunggu guru datang untuk meminta kebenaran terlebih dahulu.
Memasang perisian tetapi hanya di komputer sendiri.
Memasang perisian tersebut pada komputer guru.
Apabila komputer tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang, adalah penting untuk ________ komputer tersebut bagi menjimatkan tenaga dan melindungi perkakasan.
membuka
menutup
membiarkan
melaporkan
Di dalam bilik/makmal komputer, terdapat ramai murid yang ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Walaupun semua murid mempunyai masa yang sama untuk menggunakan komputer, ada kalanya hanya beberapa unit komputer yang tersedia.
Soalan:
Apakah sikap yang perlu ditunjukkan oleh murid ketika menunggu giliran untuk menggunakan komputer?
Menghalau murid lain yang sedang menggunakan komputer
Bersabar dan menunggu giliran dengan tenang
Menggunakan komputer tanpa mengikut giliran
Mengadu kepada guru
Jika seorang murid ingin membuat poster digital untuk acara sekolah menggunakan gambar dan teks, aplikasi manakah yang paling sesuai untuk digunakan?
Pilih perkataan dengan fon garis bawah (underline).
Pilih perkataan dengan fon tebal (bold).
Apakah fungsi utama yang dilakukan oleh arahan "Potong" (Cut) dalam aplikasi penyuntingan dokumen?
Memindahkan teks atau objek ke lokasi baru tanpa meninggalkan salinan asal
Menyalin teks atau objek ke lokasi baru tanpa menghapuskan asalnya
Menghapuskan teks atau objek dari dokumen
Menukar format teks atau objek
Jika anda ingin menyalin teks dari satu bahagian dokumen dan meletakkannya di bahagian lain tanpa mengubah teks asal, apakah arahan yang sesuai digunakan?
Potong (Cut)
Salin (Copy)
Tampal (Paste)
Padam (Delete)
Di dalam gambar di bawah terdapat 3 sampan iaitu Sampan A, Sampan B dan Sampan C. Di dalam setiap sampan terdapat beban-beban yang berbeza. Berdasarkan pemerhatian anda, sampan manakah yang mempunyai beban paling berat?
A
B
C
Berdasarkan gambar di bawah, jika kucing daripada Sampan B dipindahkan ke Sampan C, adakah Sampan C akan menjadi lebih berat berbanding Sampan A?
BETUL – Kerana kucing akan menambah berat kepada Sampan C, menjadikannya lebih berat daripada Sampan A yang hanya mempunyai kuda dan batu.
SALAH – Kerana Sampan A masih mempunyai kuda dan lobak yang lebih berat daripada kucing sahaja, dan batu di semua sampan adalah sama.
BETUL – Kerana kucing lebih berat daripada kuda dan lobak yang ada dalam Sampan A, jadi Sampan C akan lebih berat selepas dipindahkan.
Berapakah jawapan bagi soalan ini?
5
9
15
17
Anda baru menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada individu yang anda tidak kenali. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?
Menghubunginya melalui panggilan telefon dan berkenalan.
Menghubunginya melalui panggilan video ketika bersendirian.
Menyekat individu tersebut dalam aplikasi Whatsapp.
Menyimpan nombornya dan menghubunginya kemudian hari.
Antara berikut, kata laluan yang manakah paling sesuai dan selamat untuk digunakan?
1 dan 2
3 dan 7
5 dan 6
2 dan 5
Anda telah menerima mesej seperti ini melalui aplikasi Whatsapp. Apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan?
Klik pada pautan yang diberikan dan isikan maklumat yang diperlukan.
Kongsi mesej tersebut dengan rakan-rakan yang rapat.
Melaporkan pengguna tersebut kepada Whatsapp sebagai penipu dan mengabaikan mesej tersebut.
Menyuruh rakan baik mengisi maklumat tersebut terlebih dahulu.
Kamu baru sahaja menerima mesej dari "rakan lama" di media sosial yang menawarkan hadiah percuma. Apa yang patut kamu lakukan? Pilih 2 jawapan yang betul.
Klik pada pautan dan masukkan maklumat peribadi.
Biarkan sahaja, tak perlu peduli.
Periksa terlebih dahulu dengan ibu bapa atau guru.
Hantar mesej kepada semua rakan untuk berkongsi hadiah.
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan diri semasa menggunakan internet?
Menggunakan kata laluan yang kuat dan unik
Berkongsi kata laluan dengan rakan-rakan untuk memudahkan akses
Menggunakan perisian keselamatan yang terkini
Meninggalkan komputer tanpa sebarang perlindungan apabila tidak digunakan
