wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 6 UNIT 3

Total questions: 50

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

MAGERAN adalah singkatan kepada__________

a)

Majlis Amanah Rakyat

b)

Majlis Gerakan Negara

c)

Majlis Gagasan Negara

d)

Majlis Perpaduan Negara

2.

Ideologi Malaysia, iaitu_________ telah diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

a)

Falsafah Negara

b)

Lagu Negaraku

c)

Rukun Negara

d)

bendera negara

3.

Pengisytiharan Rukun Negara telah diisytiharkan pada____

a)

31 Ogos 1970

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

31 Ogos 1975

4.

Pada 31 Ogos 1970, pengisytiharan Rukun Negara telah dilakukan oleh

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

d)

Tun Dr Mahathir Mohammad

5.

Pembentukan Rukun Negara merupkana kesan daripada Peristiwa_______

a)

Perang Dunia ke 2

b)

Penjajahan Jepun

c)

Penjajahan British

d)

13 Mei 1969

6.

Pentadbiran MAGERAN diketuai & dipimpin oleh

a)

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Abdullah Badawi

7.

MAGERAN bertanggungjawab untuk merapatkan_________ dan mengeratkan___________________ antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.

a)

ekonomi........ perpaduan

b)

hubungan.........perpaduan

c)

ekonomi...........hubungan

8.

Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara:


  1. Tindakan British melaksanakan dasar______ dan ________ di Persekutuan Tanah Melayu.
a)

pekerjaan......sosioekonomi

b)

pecah......perbalahan

c)

perpaduan........harmoni

d)

pecah..........perintah

9.

Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara:


Berlaku pengasingan _________ dan _________mengikut kaum.

a)

pekerjaan...........tempat tinggal

b)

ekonomi............pekerjaan

c)

tempat tinggal....ekonomi

d)

sosioekonomi.............pekerjaan

10.

Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara:


Wujud ketidakseimbangan _________________ masyarakat berasaskan kaum.

a)

pekerjaan

b)

tempat tinggal

c)

sosioekonomi

11.

Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara:


Mewujudkan perasaan _______ dalam kalangan masyarakat.

a)

gembira

b)

tidak puas hati

c)

sedih

d)

puas hati

12.

Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara:


Mengakibatkan perselisihan dan___________ kaum yang dikenali sebagai Peritiwa________

a)

perpaduan..........merdeka

b)

perpecahan.....perbalahan

c)

perpaduan.......13 Mei

d)

perbalahan.........13 Mei

13.

'Keluhuran perlembagaan' adalah prinsip Rukun Negara yang ke

a)

kedua

b)

keempat

c)

ketiga

d)

pertama

14.

'Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat seharusnya menghormati amalan keagamaan masyarakat lain.'


Penyataan di atas merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang

a)

kelima

b)

pertama

c)

keempat

d)

kedua

15.

'Pengamalan nilai murni dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, saling menyayangi, memahami antara satu sama lain, sentiasa membantu dan bekerjasama dalam masyarakat berbilang kaum.'


Penyataan di atas merujuk kepada prinsip Rukun Negara;

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Keluhuran Perlembagaan

c)

Kesetiaan kepada Raja & Negara

d)

Kesopanan & Kesusilaan

16.

'Setiap rakyat Malaysia perlu memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.'


Penyataan ini merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang:

a)

pertama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

17.

Bagaimanakah anda menerapkan nilai murni murni dalam kehidupan seharian anda?

a)

menguasai bidang sains & teknologi

b)

taat setia kepada raja & negara

c)

menjaga tatasusila seperti gerak laku, tutur kata & tatacara agar tidak menyinggung perasaan orang lain

d)

patuh kepada undang-undang negara

18.

Akta Bahasa Kebangsaan ditubuhkan pada 963 bagi

a)

memantapkan pelaksanaan bahasa Melayu dalam semua bidang

b)

memudahkan proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan

d)

mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum

19.

Wawasan 2020 digubal untuk

a)

permuafakatan politik

b)

membasmi kemiskinan

c)

menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk berjaya

d)

membentuk masyarakat yang progresif & berakhlak mulia.

20.
  • mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan
  • membentuk masyarakat yang tenteram


Penyataan di atas merujuk kepada prinsip:

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kesetiaan kepada Raja & Negara

d)

Kedaulatan Undag-Undang

21.

Siapakah yang telah memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi negara?

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

c)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

d)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

22.

Bilakah Rukun Negara diisytiharkan?

a)

31 Ogos 1977

b)

31 April 1957

c)

31 Ogos 1957

d)

31 Ogos 1970

23.

Antara tokoh-tokoh berikut, manakah antaranya merupakah ahli MAGERAN?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud

b)

Tun Muhammad Ghazali bin Shafie

c)

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein

d)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

e)

Tan Sri Wong Pow Nee

24.

Pilih sebab-sebab Rukun Negara diperkenalkan yang betul.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Pihak Jepun telah mengamalkan dasar atau pendekatan cantum dan perintah semasa menjalankan pentadbiran di Persekutuan Tanah Melayu

b)

Dasar atau pendekatan pecah dan perintah British menyebabkan berlaku percampuran tempat tinggal dan pekerjaan

c)

Kegiatan ekonomi yang berasaskan kaum telah menjadikan kedudukan sosioekonomi masyarakat tidak seimbang

d)

Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat

e)

Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969

25.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip Rukun Negara ini adalah prinsip yang __________.

a)

pertama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

26.

_______________________________________ merupakan nilai murni yang perlu ada dalam setiap anggota masyarakat. Nilai murni tersebut melambangkan keperibadian seseorang individu.

a)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Keluhuran Perlembagaan

c)

Kedaulatan Undang-undang

d)

Kesopanan dan Kesusilaan

27.

Membina sebuah masyarakat progresif

Apakah huraian yang tepat mengenai peranan penghayatan Rukun Negara di atas?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Penguasaan dalam bidang sains dan teknologi sangat penting untuk membantu kemajuan negara

b)

Keutuhan negara dinikmati bersama-sama oleh rakyat melalui kesetiaan kepada raja dan negara

c)

Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama

d)

Masyarakat bukan sahaja menguasai sains dan teknologi tetapi juga menguasai nilai murni untuk kemakmuran negara

e)

Masyarakat akan dibantu apabila memerlukan bantuan

28.

Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara boleh membentuk jati diri dalam kalangan masyarakat di negara kita. Jati diri bermaksud ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap individu yang dapat membentuk identiti, perwatakan dan keperibadian yang unggul.

Antara yang berikut, pilih Pembentukan Jati Diri yang tepat.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Bangga akan tanah air

b)

Keberanian

c)

Penerimaan kehidupan beragama

d)

Bersopan santun

e)

Patriotisme

29.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan sejak kemerdekaan negara. Akta ini bertujuan memantapkan pelaksanaan bahasa Melayu dalam semua bidang.

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan ____________________________.

a)

Pengisian Kemerdekaan

b)

Jabatan Perpaduan Negara

c)

Akta Bahasa Kebangsaan

d)

Gagasan 1 Malaysia

30.

Pilih huraian yang betul mengenai Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan pada tahun 1991.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Diperkenalkan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat berbilang kaum ke arah kesejahteraan hidup

b)

Digubal untuk membentuk masyarakat yang progresif dan berakhlak mulia

c)

Sains dan teknologi menjadi asas kemajuan negara pada masa hadapan

d)

Permuafakatan politik memudahkan proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

e)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

31.

Apakah Langkah-langkah Memupuk Perpaduan yang diusahakan pada tahun 1970?

a)

Pengisian Kemerdekaan

b)

Akta Bahasa Kebangsaan

c)

Jabatan Perpaduan Negara

d)

Dasar Ekonomi Baru

32.

Apakah kepentingan menghayati Rukun Negara?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Menghormati perlembagaan negara

b)

Mematuhi undang-undang

c)

Menjadi warganegara yang bertatasusila

d)

Melahirkan semangat kesukanan

e)

Membentuk sahsiah yang lemah

33.

• Mengamalkan ajaran agama

• Mencapai nilai keperibadian yang tinggi

Dua amalan di atas adalah berkaitan dengan prinsip _____________________________.

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c)

Keluhuran Perlembagaan

d)

Kedaulatan Undang-undang

34.

Apakah amalan dalam kehidupan harian yang berkaitan dengan prinsip 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mengamalkan ajaran agama

b)

Mencapai nilai keperibadian yang tinggi

c)

Setia kepada raja dan negara

d)

Bangga menjadi warganegara

e)

Melahirkan kestabilan negara

35.

Pilih amalan yang betul berkaitan prinsip 'Kedaulatan Undang-undang'.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Boleh menyuarakan pendapat

b)

Mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan

c)

Membentuk masyarakat yang tenteram

d)

Sentiasa membantu dan bekerjasama

e)

Saling memahami antara satu sama lain

36.

Rukun Negara telah diperkenalkan oleh MAGERAN atau nama panjangnya...

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Gerakan Negeri

c)

Majlis Gerak Negara

37.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh ....

a)

Perdana Menteri

b)

Yang Di-Pertuan Agong

c)

Sultan Melaka

38.

Mageran diketuai oleh

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Hussein Onn

c)

Tun Abdul Razak

39.

Sebab-sebab Rukun Negara Diperkenalkan

a)

Pihak British mengamalkan dasar Pecah dan Perintah semasa menjalankan pentadbiran

b)

Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan berlaku pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan

c)

Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

d)

Perselisihan dan perbalahan kaum

40.

Tuliskan salah satu dari lima Rukun Negara Kita

(a)  

41.
Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi negara oleh
a)
UMNO
b)
MAGERAN
c)
GAPENA
d)
UNKO
42.
Apakah prinsip yang diamalkan menerusi amalan di bawah:-
Setiap kesalahan / jenayah yang dilakukan akan dikenakan hukuman yang setimpal
a)
Kepercayaan kepada Tuhan
b)
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c)
Keluhuran Perlembagaan
d)
Kedaulatan Undang-Undang
43.

Perselisihan dan perbalahan kaun telah berlaku pada __________ .

a)

31 Ogos 1957

b)

13 Mei 1969

c)

16 September 1963

d)

27 April 1996

44.

Prinsip Rukun Negara mengandungi _________ prinsip.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

45.

___________ adalah simbol penyatuan rakyat.

a)

Negara

b)

Bendera

c)

Raja

d)

Pemimpin

46.

Kedaulatan undang- undang menjadikan ...

a)

negara aman dan damai

b)

negara perperang dengan negara lain

c)

negara bergaduh antara kaum

d)

negara mundur dan musnah

47.

Rukun Negara dibentuk semasa pentadbiran

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Abdul Razak bin Hussein

c)

Tun Hussein bin Onn

d)

Tun Dr Mahathir bin Mohammad

48.

Negara dikejutkan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969 iaitu

a)

kejatuhan ekonomi yang teruk

b)

penjajahan oleh komunis

c)

perselisihan dan pergaduhan antara kaum

d)

bencana alam yang dahsyat

49.

Rukun Negara diperkenalkan kerana

a)

Mengawal keamanan negara dan memupuk perpaduan berbilang kaum

b)

Menjamin keselamatan daripada ancaman komunis

c)

Memajukan taraf hidup rakyat

50.

Pilih nilai murni yang perlu dicontohi.

a)

sayang - menyayang

b)

bantu- membantu

c)

kerjasama

d)

bergaduh