Font size
WorksheetsQuizizz Kaedah Fiqh
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Apakah maksud kaedah fiqh?
Peraturan yang digunakan dalam perniagaan.
Prinsip yang digunakan untuk memahami hukum-hukum Islam.
Prinsip yang digunakan dalam pendidikan.
Undang-undang negara.
Kaedah fiqh "Al-Umur Bi Maqasidiha" bermaksud:
Perkara-perkara berdasarkan tujuan.
Perkara-perkara berdasarkan niat.
Perkara-perkara berdasarkan tindakan.
Perkara-perkara berdasarkan hasil.
Contoh aplikasi kaedah fiqh "Al-Yaqin La Yazulu Bi Al-Syak" adalah:
Menentukan hukum solat apabila terdapat keraguan tentang wuduk.
Menentukan hukum zakat apabila terdapat keraguan tentang jumlah harta.
Menentukan hukum puasa apabila terdapat keraguan tentang waktu berbuka.
Menentukan hukum haji apabila terdapat keraguan tentang niat.
Kaedah fiqh "Al-Darar Yuzal" bermaksud:
Kemudaratan mesti dihilangkan.
Kemudaratan mesti dikurangkan.
Kemudaratan mesti diterima.
Kemudaratan mesti diabaikan.
Contoh aplikasi kaedah fiqh "Al-Darar Yuzal" adalah:
Menghilangkan kemudaratan dalam hubungan sosial.
Menghilangkan kemudaratan dalam perniagaan.
Menghilangkan kemudaratan dalam pendidikan.
Menghilangkan kemudaratan dalam perubatan.
Kaedah fiqh "Al-Darar La Yuzal Bi Darar" bermaksud:
Kemudaratan mesti diterima dengan kemudaratan.
Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan.
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.
Kemudaratan mesti diabaikan dengan kemudaratan.
Apakah tujuan utama kaedah fiqh "Al-Darar Yuzal"?
Untuk menerima kemudaratan.
Untuk mengabaikan kemudaratan.
Untuk mengurangkan kemudaratan.
Untuk menghilangkan kemudaratan.
Kaedah fiqh "Al-Umur Bi Maqasidiha" menekankan kepada:
Hasil daripada setiap tindakan.
Tujuan di sebalik setiap tindakan.
Peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang.
Niat di sebalik setiap tindakan.
Contoh aplikasi kaedah fiqh "Al-Yaqin La Yazulu Bi Al-Syak" dalam kehidupan seharian adalah:
Menentukan hukum ketika ragu tentang solat.
Menentukan hukum ketika ragu tentang haji.
Menentukan hukum ketika ragu tentang zakat.
Menentukan hukum ketika ragu tentang puasa.
Kaedah manakah yang menyatakan bahawa "Asal seseorang bebas daripada tanggungjawab"?
Al-asl al-'adam
Al-asl bara'at al-dhimmah
Al-asl baqa' ma kana 'ala ma kana
Al-asl fi al-kalam al-haqiqah
Apakah maksud kaedah "Al-asl fi al-kalam al-haqiqah"?
Setiap ucapan dianggap sebagai apa yang tersirat dalam hati.
Setiap ucapan dianggap sebagai apa yang tersurat secara zahir.
Setiap ucapan dianggap benar selagi tidak terbukti sebaliknya.
Setiap ucapan dianggap tidak benar sehingga terbukti.
Apakah maksud kaedah "Al-asl fi kull hadith taqdiruhu bi aqrab zaman"?
Setiap perkara diambil kira berdasarkan waktu yang paling jauh.
Setiap perkara diambil kira berdasarkan waktu yang paling hampir.
Setiap perkara diambil kira tanpa mengambil kira masa.
Setiap perkara diambil kira berdasarkan bukti yang ada.
Dalam situasi seseorang menyimpan barang milik orang lain yang rosak akibat penggunaan yang tidak diizinkan, apakah hukum yang terpakai?
Penjaga barang mesti mengganti rugi tanpa soal.
Penjaga barang diterima penafiannya kerana asalnya bebas daripada tanggungjawab.
Pemilik barang mesti membuktikan kerosakan.
Kerosakan dianggap tanggungjawab pemilik barang.
Apakah kaedah asas yang menyatakan "Kekal sesuatu itu mengikut apa sebelumnya atau pada asalnya"?
Al-asl al-'adam
Al-asl bara'at al-dhimmah
Al-asl baqa' ma kana 'ala ma kana
Al-asl fi al-kalam al-haqiqah
Apakah hukum bagi seseorang yang ragu-ragu berapa rakaat solat yang telah dilakukan?
Mengulangi solat dari awal
Mengira rakaat yang lebih rendah
Mengabaikan keraguan dan meneruskan solat berdasarkan keyakinan
Solat dianggap batal
Apakah kaedah yang bermaksud "Asalnya sesuatu itu tidak ada"?
Al-asl al-'adam
Al-asl bara'at al-dhimmah
Al-asl baqa' ma kana 'ala ma kana
Al-asl fi al-kalam al-haqiqah
Apakah contoh yang sesuai dengan kaedah "Al-asl al-'adam"?
Seseorang yang yakin masih berwuduk dan selepas itu ia syak berhadas
Seseorang yang menggunakan harta orang lain dan mendakwa ia diizinkan
Seseorang yang melihat kesan air mani pada kainnya
Seseorang yang bersumpah tidak akan membeli sesuatu
Contoh manakah yang sesuai dengan kaedah "Al-asl baqa' ma kana 'ala ma kana"?
Seseorang yang yakin masih berwuduk dan selepas itu ia syak berhadas
Seseorang yang menggunakan harta orang lain tanpa izin
Seseorang yang bersumpah tidak akan membeli sesuatu
Seseorang yang melihat kesan air mani pada kainnya
APAKAH SANDARAN KAEDAH FIQH
ALQURAN
ASSUNNAH
AL ATHAR
KATA-KATA SAHABAT
Faedah mempelajari kaedah Fiqh
Memudahkan kerajaan dan rakyat untuk menentukan hukum bagi sesuatu permasalahan
Mudah dihafal dan dihimpunkan pelbagai masalah di bawah satu kaedah.
Menonjolkan keunikan imu fiqh yang mencakupi pelbagai hukum yang berlaku.
Mengetahui bahawa Islam mementingkan kemaslahatan ke atas umatnya.
Dalil الأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الآخرة نؤته منها
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Contoh Kaedah الأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا
Mandi kadang kala untuk membersihkan badan dan adakala bertujuan ibadat.
Memberi harta kepada orang lain dengan pelbagai tujuan seperti sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
Duduk dalam masjid kadang kala untuk beristirehat dan kadang kala bertujuan iktikaf.
Peranan Berniat
UNTUK MEMBEZAKAN ZINA DENGAN MAKSIAT
UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA AMALAN TAQARRUB KEPADA ALLAH
UNTUK MEMBEZAKAN MARTABAT/ JENIS IBADAT
UNTUK MEMBEZAKAN IBADAT DENGAN ADAT
Bilakah masa berniat
Wuduk: Berniat ketika membasuh muka
Mandi wajib: Berniat masuk bilik air
Puasa Ramadan: Harus berniat pada malamnya lagi hingga sebelum terbit fajar
Solat: Berniat ketika mengucapkan "Bismillah"
Amalan yang memerlukan niat
Wuduk
Mandi sunat
menghilangkan najis
meninggalkan perbuatan zina
Amalan yang tidak memerlukan niat
nazar
wirid
akikah
baca alquran
Syarat niat
Islam
Mahram
Mumayyiz
Mutawwif
Apakah maksud النية فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص
Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iatu sumpah di hadapan hakim.
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak dapat mengumumkan lafaz yang khas.
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang melafazkannya.
Apakah maksud الفرض لا يتأدى بنية النفل
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak dapat mengumumkan lafaz yang khas.
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang melafazkannya.
Maksud مقاصد اللفظ على النية اللافظ
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak dapat mengumumkan lafaz yang khas.
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang melafazkannya.
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
Maksud العبرة فى العقود للمقاصد والمعانى
لا لالفاظ والمبانى
Setiap yang diambil kira dalam masalah akad ialah maksud lafaz dan maknanya, bukan lafaz dan bentuk perkataannya
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang melafazkannya.
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
A telah bersumpah dengan katanya: “Demi Allah, aku tidak akan menegur sesiapapun hari ini.” Walau bagaimanapun, dalam hatinya sumpah itu ditujukan kepada B. kemudian dia berjumpa C dan berbual bual dengannya.
HUKUM: A tidak melanggar sumpah.
ALASAN: Kerana lafaz “sesiapapun” adalah lafaz yang umum, dan A berniat mengkhususkannya kepada B. Perbuatan A bercakap dengan C tidak dianggap sebagai melanggar sumpah. Oleh itu A tidak wajib membayar kaffarah sumpah.
HUKUM: A melanggar sumpah.
ALASAN: Kerana lafaz “sesiapapun” bukan lafaz yang umum, dan A tidak berniat mengkhususkannya kepada B. Perbuatan A bercakap dengan C dianggap sebagai melanggar sumpah. Oleh itu A wajib membayar kaffarah sumpah.
Seorang solat jenazah berniat untuk jenazah lelaki tetapi ternyata jenazah adalah seorang perempuan.
HUKUM: Solat jenazah sah.
ALASAN: Kerana bentuk solat solat jenazah lelaki dan perempuan adalah tidak sama, maka tidak wajib dibezakan antara kedua-duanya dengan dita’yin/ditentukan niatnya.
HUKUM: Solat jenazah tidak sah.
ALASAN: Kerana bentuk solat solat jenazah lelaki dan perempuan adalah sama, maka wajib dibezakan antara kedua-duanya dengan dita’yin/ditentukan niatnya.
Semasa berlaku pertengkaran, D telah menghalau isterinya keluar dari rumah dengan niat menceraikannya.
HUKUM: Jatuh talak. ALASAN: Kerana niatnya diambil kira.
HUKUM: Tidak jatuh talak.
ALASAN: Kerana niatnya tidak diambil kira.
Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah (perempuan yang dicerai) dengan niat menceraikan isterinya.
HUKUM: Jatuh talak.
ALASAN: Kerana niatnya diambil kira.
HUKUM: Tidak jatuh talak.
ALASAN: Kerana niatnya tidak diambil kira.
A sedang mengerjakan solat, kemudian dia membaca surah lazim dengan suara yang nyaring dengan niat supaya diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang solat.
HUKUM: Batal solat A.
ALASAN: Kerana niatnya diambil kira.
HUKUM: Tidak batal solat A.
ALASAN: Kerana niatnya tidak diambil kira.
Z solat subuh secara berjemaah di masjid tetapi dalam solat berkenaan dia berniat solat sunat tahiyyatul masjid.
HUKUM: Solat Zuhur sah.
ALASAN: Kerana Solat Zuhur (amalan fardu) terlaksana dengan niat solat Sunat Tahiyyatul Masjid (amalan sunat).
HUKUM: Solat Zuhur tidak sah.
ALASAN: Kerana Solat Zuhur (amalan fardu) tidak terlaksana dengan niat solat Sunat Tahiyyatul Masjid (amalan sunat).
Seorang bersin di dalam solat, lalu dia berkata: “Alhamdulillah”. Kemudian dia menyambung membaca al-Fatihah.
HUKUM: Solat sah.
ALASAN: Kerana bacaan al-Fatihah dalam solat (amalan fardu) terlaksana dengan niat bacaan “Alhamdulillah” untuk bersin (amalan sunat).
HUKUM: Solat tidak sah.
ALASAN: Kerana bacaan al-Fatihah dalam solat (amalan fardu) tidak terlaksana dengan niat bacaan “Alhamdulillah” untuk bersin (amalan sunat).
X berkata kepada Y, “Aku hibahkan kereta ini kepada kamu dengan syarat kamu bayar kepada aku RM 5000.00.” Y bersetuju dan membuat bayaran kepada X.
HUKUM: Akad ini dikira sebagai jual beli bukan hibah.
ALASAN: Kerana adanya bayaran, maka akad jual beli itulah yang dimaksudkan oleh X dan Y, bukannya sebagai akad hibah sebagaimana yang dinyatakan dalam lafaz.
HUKUM: Akad ini dikira hibah.
ALASAN: Dinyatakan dalam lafaz.
B telah menderma buah pinggangnya kepada seorang pesakit dengan bayaran tertentu.
HUKUM: Akad ini dikira sebagai jual beli bukan derma.
ALASAN: Kerana adanya bayaran, maka akad jual beli itulah yang dimaksudkan oleh B, bukannya sebagai akad derma sebagaimana yang dinyatakan dalam lafaz.
HUKUM: Akad ini dikira sebagai derma.
ALASAN: Kerana derma itulah yang dimaksudkan oleh B, sebagaimana yang dinyatakan dalam lafaz.
