wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F1-F3BM Ujian Bulanan April 2025

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Abang saya mempunyai _____ untuk menjadi seorang peguam.

a)

azam

b)

berazam

c)

mengazamkan

2.

Kegigihan dan _____ masa merupakan kunci untuk berjaya.

a)

pengorbanan

b)

korban

c)

berkorban

3.

Sebagai generasi muda, kita hendaklah bercita-cita _____ supaya dapat membantu pembangunan negara.

a)

tinggi

b)

besar

c)

bulat

4.

_____ zaman telah menjadikan alat digital sebagai keperluan kehidupan masyarakat dunia.

a)

Perubahan

b)

Pengubahsuaian

c)

Pertukaran

5.

Amalan menabung memainkan peranan yang penting dalam usaha _____ masa depan.

a)

menjamin

b)

dijamin

c)

jaminan

6.

Murid-murid berhak untuk membuat _____ pilihan yang sesuai dengan minat mereka.

a)

apa-apa sahaja

b)

siapa-siapa sahaja

c)

bila-bila sahaja

7.

Murid-murid hendaklah didedahkan dengan pelbagai jenis _____ bertaraf antarabangsa.

a)

pertandingan

b)

permainan

c)

perkongsian

8.

Generasi yang _____ akan membantu memacukan negara kita.

a)

berketerampilan

b)

menerampilkan

c)

keterampilan

9.

Siti disenangi oleh guru-guru kerana dia sentiasa _____ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

a)

aktif

b)

active

c)

aktive

10.

Ayah agak _____ kerana abang berjaya mendapat tempat di universiti yang terkenal itu.

a)

bersyukur

b)

kesyukuran

c)

bersyukuran

11.

Atlet-atlet negara berusaha untuk _____ nama di pentas dunia.

Antara yang berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk mengisi tempat kosong di atas?

a)

merosakkan

b)

mengukir

c)

mengharumkan

12.

Pendidikan vokasional _____ kepada agenda transformasi negara.

a)

menyumbang

b)

disumbangkan

c)

sumbangan

13.

Kemasukan pekerja asing adalah untuk memenuhi keperluan _____ mahir dan separuh mahir di negara kita.

a)

tenaga kerja

b)

pekerjaan tenaga

c)

kerja tenaga

14.

Latihan _____ dan vokasional telah disediakan oleh Kolej Vokasional.

a)

teknikal

b)

technical

c)

teknical

15.

Modal insan yang _____ dapat meluaskan kebolehpasaran tenaga kerja.

a)

berdaya saing

b)

berdaya tinggi

c)

berdaya luas

16.

Alam pendidikan tidak mempunyai lingkungan yang khusus dan kita bebas untuk memilih apa-apa yang ingin _____.

a)

dipelajari

b)

mempelajari

c)

pelajari

17.

Guru-guru sanggup _____ masa dan tenaga untuk mendidik anak bangsa.

a)

mengorbankan

b)

berkoran

c)

terkorban

18.

_____ dan kepayahan hidup tidak akan melemahkan semangat seseorang individu untuk berjaya.

a)

Kesusahan

b)

Kesenangan

c)

Keletihan

19.

Pihak kerajaan harus meningkatkan _____ orang asli di negara kerana mereka mempunyai hak untuk mendapat ilmu.

a)

tahap pendidikan

b)

tingkat pendidikan

c)

tahap didik

20.

_____ universiti semakin susah untuk mendapat pekerjaan akibat persaingan yang hebat.

a)

Lepasan

b)

Pelepasan

c)

Selepas

21.

Nenek saya menerima _____ lasik di Hospital Forest.

a)

rawatan

b)

merawat

c)

dirawat

22.

Remaja harus menjaga pemakanan mereka kerana mereka masih dalam proses _____.

a)

tumbesaran

b)

pembesaran

c)

besaran

23.

Datuk saya terpaksa makan ubat setiap hari kerana dia merupakan _____ hipertensi.

a)

penghidap

b)

menghidapi

c)

dihidapi

24.

Adik saya terjatuh dan telah mencederakan _____ mata.

a)

kornea

b)

cornea

c)

kornia

25.

Wanita yang hamil itu dikejarkan ke hospital dengan segera kerana dia _____.

a)

terjatuh

b)

menjatuh

c)

dijatuh

26.

Wanita-wanita yang masih _____ tidak dibenarkan untuk menderma darah.

a)

menyusu

b)

menyusukan

c)

penyusu

27.

_____ akan berlaku setelah seseorang wanita hamil.

a)

Perubahan hormon

b)

Pengubahan hormone

c)

Perubahan hormone

28.

Murid-murid menggunakan _____ untuk melihat pemandangan yang jauh.

a)

teropong

b)

terapung

c)

terupong

29.

Alat _____ nyamuk aedes harus digunakan sebagai langkah pencegahan penyakit demam denggi.

a)

pengesan

b)

penegas

c)

dikesan

30.

Kita harus memakai _____ untuk mengelakkan jangkitan virus.

a)

pelitup muka

b)

penutup muka

c)

pelitup mulut

31.

Pelbagai inovasi telah dibuat untuk membantu _____ negara.

a)

kemajuan

b)

memajukan

c)

dimajukan

32.

Inovasi ialah sesuatu yang baharu _____ atau dicipta seperti alat, kaedah, sistem dan mesin.

a)

diperkenalkan

b)

terkenal

c)

pengenalan

33.

Murid-murid berpeluang untuk menikmati pemandangan di dasar laut dengan kapal _____.

a)

selam

b)

penyelam

c)

diselam

34.

Puan Aisyah menghubungi TTPM untuk menuntut ganti rugi bagi pembelian biskut yang telah _____.

a)

lemau

b)

basi

c)

lembik

35.

Banyak pelanggan mengunjungi pasar raya yang sedang membuat _____ harga barang-barang keperluan.

a)

potongan

b)

pemotongan

c)

pemotong

36.

Nenek saya akan ______ pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

a)

menjalani

b)

menjalankan

c)

perjalanan

37.

Datuk diminta untuk membawa filem X-ray kepada doktor untuk dibuat _____.

a)

analisis

b)

analysis

c)

anilisis

38.

Kereta Formula Satu yang berbentuk aerodinamik itu kelihatan bergaya _____ litar.

a)

di atas

b)

atas

c)

di

39.

Murid-murid terpaksa menggunakan aplikasi Zoom untuk _____ kelas dalam talian kerana Cikgu Helen tidak hadir ke sekolah.

a)

menghadiri

b)

menghadir

c)

hadir

40.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah _____ oleh 50 orang ahli baharu.

a)

dianggotai

b)

anggota

c)

menganggotai

41.

Penggunaan robot dapat _____ kerja manusia dalam kehidupan.

a)

meringankan

b)

memberatkan

c)

menambahkan

42.

Ali menjerit _____ apabila mendapati bahawa dia mendapat markah penuh dalam ujian.

a)

kegembiraan

b)

bergembira

c)

gembira

43.

Doktor Fauziah menempuh banyak _____ dalam usaha menjayakan pembedahan.

a)

cabaran

b)

tumpahan

c)

saingan

44.

Dalam usaha mencapai kejayaan, kita tidak patut berputus asa di _____.

a)

tengah jalan

b)

setengah jalan

c)

jalan tengah

45.

Tugas pembinaan animasi itu telah _____ semalam.

a)

saya siapkan

b)

disiapkan oleh saya

c)

saya menyiapkan

46.

Para petani masih bekerja di tanah walaupun cahaya matahari agak _____.

a)

terik

b)

sinar

c)

kuat

47.

Para peserta menjawab soalan kuiz dengan _____ untuk mengelakkan kesalahan.

a)

cermat

b)

hemat

c)

jimat

48.

Persaingan dalam bidang sains dan teknologi semakin hari _____ sengit.

a)

semakin

b)

makin

c)

semakin-makin

49.

Kumpulah Husnan berjaya _____ sebuah robot yang dapat memasak.

a)

mencipta

b)

dicipta

c)

ciptaan

50.

Kereta ayah masih tidak dapat dibaiki kerana mekanik tidak dapat mencari alat _____.

a)

penggantian

b)

gantian

c)

ganti

51.

_____ pembangunan telah membantu negara kita menuju ke arah negara maju.

a)

Kepessatan

b)

Kecanggihan

c)

Kebesaran

52.

Rumah Pak Abu putus _____ kerana dia terhutang bil.

a)

elektrik

b)

lektrik

c)

eletrik

53.

_____ teknologi hijau dapat mengurangkan penggunaan kuasa tenaga.

a)

Pelaksanaan

b)

Pelaksana

c)

Melaksanakan

54.

Kesan pencemaran alam sekitar dapat _____ jika kita mengaplikasikan teknologi hijau.

a)

dikurangan

b)

berkurangan

c)

sekurang-kurangnya

55.

Semua pihak haruslah _____ tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

a)

menggalas

b)

mengalas

c)

memukul

56.

Pihak kerajaan bercadang untuk melancarkan ____ sains.

a)

ekspo ciptaan

b)

expo ciptaan

c)

ekspo cipta

57.

Cikgu Aini akan berbincang topik yang _____ dengan teknologi hijau pada hari ini.

a)

berkaitan

b)

dikaitkan

c)

kaitan

58.

Pihak kerajaan telah mengambil banyak inisiatif untuk _____ kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Yang manakah bukan jawapan bagi soalan ini?

a)

menghilangkan

b)

memupuk

c)

meningkatkan

59.

Sejak kecil, kita telah _____ tentang cara-cara mempraktikkan amalan hijau dalam kehidupan harian.

a)

dididik

b)

pendidikan

c)

mendidik

60.

Masyarakat setempat harus _____ bahu untuk membudayakan amalan hijau.

a)

berganding

b)

menggandingkan

c)

bergading

61.

Semua pihak memainkan tanggungjawab untuk memastikan persekitaran kita bebas _____ pencemaran.

a)

daripada

b)

dari

c)

sejak

62.

Ayah berasa sungguh letih hari ini kerana beliau sudah bermesyuarat _____.

a)

seharian

b)

sehari

c)

harian

63.

Cikgu Lee memastikan setiausaha telah menampalkan notis pada _____.

a)

papan pernyataan

b)

papan kenyataan

c)

papan penyata

64.

Cuaca di Malaysia adalah panas _____.

a)

sepanjang tahun

b)

sepanjangan tahun

c)

sepanjang hari

65.

Dengan mempraktikkan amalan hijau, kita dapat meminimumkan _____ negatif daripada aktiviti manusia.

a)

kesan

b)

punca

c)

sebab

66.

Rakyat digalakkan untuk _____ di kawasan rumah.

a)

bercucuk tanam

b)

bercucuk tanaman

c)

mencucuk tanam

67.

Pelbagai organisma hidup sama ada di dataran ataupun _____.

a)

di samudera

b)

di samu dera

c)

disamu dera

68.

Dengan menanam pokok bunga, _____ rumah kita akan menjadi cantik dan menarik.

a)

persekitaran

b)

sekitar

c)

perkitaran

69.

_____ dari kilang dan kenderaan akan menyebabkan pencemaran udara.

a)

Asap-asap

b)

Asap-asapan

c)

Asapan-asapan

70.

Pengambilan bahan kimia yang terlalu banyak akan menyebabkan perubahan _____.

a)

genetik

b)

genetic

c)

ginetik

71.

Pihak kerajaan telah _____ penggunaan polisterina dalam pembungkusan makanan dan minuman.

a)

mengharamkan

b)

menghalalkan

c)

membenarkan

72.

Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga _____.

a)

keseimbangan ekosistem

b)

penyimbangan ekosistem

c)

keseimbangan ecosystem

73.

Ahli sains meramalkan _____ keseluruhan air di lautan Artik akan cair pada tahun 2099.

a)

bahawa

b)

tentang

c)

agar

74.

Murid-murid diminta untuk menghasilkan suatu produk baharu dengan menggunakan bahan _____.

a)

terbuang

b)

pembuangan

c)

buangan

75.

Pada _____ masa dahulu, dunia ini tidak mengalami sebarang pencemaran.

a)

suatu

b)

satu

c)

sesuatu

76.

Aktiviti menanam semula pokok dapat _____ alam sekitar yang semakin tercemar.

a)

memulihara

b)

memuliharakan

c)

pemuliharaan

77.

Kita harus _____ tong kitar semula sebagai langkah menjaga alam sekitar.

a)

menggunakan

b)

mengambil

c)

membuang

78.

Saya _____ bahawa semua pihak harus menjaga alam sekitar.

a)

berpendapat

b)

sependapat

c)

berpendapatan

79.

_____ ekonomi negara merupakan isu yang harus diberi perhatian.

a)

Perkembangan

b)

Pengembangan

c)

Berkembang

80.

Abang saya akan _____ pelajarannya di Universiti Sains Malaysia.

a)

melanjutkan

b)

melanjut

c)

pelanjutan

81.

Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang dapat _____ ekonomi negara.

a)

menjana

b)

penjanaan

c)

jana

82.

Abang Laiman berminat untuk _____ bidang penternakan dan perikanan.

a)

menceburi

b)

mencebur

c)

menceburkan

83.

Pihak kerajaan harus menggerakkan sektor pertanian dengan _____.

a)

sistematik

b)

systematik

c)

sistematic

84.

Hasil sektor pertanian merupakan bahan mentah untuk sektor _____.

a)

perkilangan

b)

pengilangan

c)

kilang

85.

Masyarakat yang _____ tidak akan maju.

a)

berfikiran kolot

b)

berfikir kolot

c)

berfikiran moden

86.

Jentera telah digunakan oleh para petani untuk memudahkan ______.

a)

kerja pertanian

b)

kerja petani

c)

sektor pertanian

87.

Datuk saya mengusahakan tanah terbiar di kawasan kampung dengan aktiviti _____ ayam.

a)

penternakan

b)

ternakan

c)

membela

88.

Petani-petani menggunakan trak gerabak untuk _____ hasil pertanian.

a)

mengangkut

b)

mengangkat

c)

menghantar

89.

Kerja pertanian menjadi lebih senang dengan penggunaan trak _____.

a)

serba guna

b)

banyak guna

c)

pelbagai guna

90.

Kita tidak boleh ______ sesuka hati semasa membuat keputusan.

a)

berbuat

b)

membuat

c)

buatan

91.

Penternak ayam _____ sarang utnuk ibu ayam bertelur dan mengeram.

a)

menyediakan

b)

persediaan

c)

menyedia

92.

Pokok durian di ____ datuk berbuah lebat pada tahun ini.

a)

dusun

b)

tanah

c)

kebun

93.

Kita tidak boleh memberitahu ______ maklumat peribadi kepada orang lain.

a)

sebarang

b)

sebarangan

c)

sebarang-barang

94.

Penternak mutiara akan mendapat hasil yang lumayan jika mendapat mutiara yang _____.

a)

berkualiti

b)

pengkualitian

c)

kualiti

95.

Ayah menyambut hadiah daripada adik sambil _____ pipinya.

a)

mengusap

b)

mengelap

c)

mengemop

96.

Mutiara itu disenangi oleh ramai orang kerana _____ yang halus.

a)

permukaan

b)

semuka

c)

muka

97.

Sektor pertanian banyak menyumbang _____ pendaptan negara.

a)

kepada

b)

untuk

c)

ke

98.

_____ tenaga kerja harus diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

a)

Kekurangan

b)

Pengurangan

c)

Kurangan

99.

Teknologi moden dapat _____ hasil pengeluaran sesuatu produl.

a)

menggandakan

b)

penggandaan

c)

berganda

100.

______ dipercayai dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan.

a)

Bioteknologi

b)

Bio teknologi

c)

Biotechnology