NEW
Font size
WorksheetsRBT: Kuiz Maksud Reka Bentuk dan Kepentingannya Tahun 4
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Apakah maksud reka bentuk?
A. Seni melukis dengan cantik
B. Proses mereka bentuk sesuatu yang memenuhi keperluan
C. Proses kerja menggunting dan menampal
D.Aktiviti bermain dengan warna
Apakah faedah belajar kemahiran reka bentuk di sekolah
A. Supaya menjadi popular
B. Supaya tidak perlu belajar subjek lain
C. Membantu membentuk pemikiran kreatif dan menyelesaikan masalah
A. Supaya boleh bermain lebih banyak
Apakah dua kepentingan reka bentuk dalam kehidupan harian?
A. Menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna
B. Menjadikan sesuatu lebih mahal dan lambat siap
C. Untuk menghasilkan barangan hiasan semata-mata
D. Menyusahkan pengguna dan membazir masa
Apakah ciri reka bentuk produk yang baik dan berguna kepada pengguna
A. Sukar digunakan dan mudah rosak
B. Mahal dan tidak praktikal
C. Mesra pengguna dan tahan lama
D. Tidak mempunyai fungsi sebenar
Mengapakah keselesaan penumpang perlu diambil kira dalam reka bentuk kereta api?
A. Untuk menyesuaikan dengan bentuk landasan
B. Supaya pemandu lebih selesa bekerja
C. Untuk menarik lebih ramai pengguna dan memberi pengalaman perjalanan yang baik
D. Supaya berat kereta api bertambah
Apakah kepentingan utama reka bentuk aerodinamik pada kereta api?
A. Menambahkan bilangan gerabak
B. Mengurangkan geseran angin dan meningkatkan kelajuan
C. Memperbanyakkan penumpang berdiri
D. Menaikkan harga tiket
Kereta api yang cantik dan moden boleh…
A. Membuat bunyi lebih kuat
B. Membuat semua orang lapar
C. Berjalan di atas air
D. Menarik ramai orang untuk menaikinya
Ali sedang mereka bentuk sebuah rak kasut untuk biliknya. Dia mahu rak itu kuat dan tahan lama.
Mengapakah penting untuk Ali membuat reka bentuk terlebih dahulu sebelum membuat rak itu?
A. Supaya rak itu boleh bergerak sendiri
B. Supaya rak itu cantik dan sesuai digunakan
C. Supaya dia boleh menulis nama rak itu
D. Supaya rak itu boleh digunakan sebagai mainan
