WorksheetsKeindahan dalam Karya Sastera
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud 'keindahan' menurut Muhammad Haji Salleh dalam konteks puitika Melayu?
Unsur kecantikan dalam perhiasan dan warna
Keupayaan karya untuk menyentuh hati dan memberi pengajaran
Karya yang dipenuhi unsur logik dan realiti
Penggunaan teknik penulisan moden dalam hikayat
Karya yang episodik dan dramatik biasanya....
Bermula dengan klimaks dan berakhir dengan pengajaran
Disusun secara tidak teratur dan rawak
Mengandungi babak-babak mendebarkan yang berurutan dan terancang
Fokus kepada plot yang menarik
Perasaan takjub dan hairan kepada dunia magis dalam karya Melayu tradisional menampilkan...
Kritikan sosial secara halus
Unsur realiti yang penuh simbolik
Citra keajaiban dan kuasa luar biasa yang memukau
Penyerapan unsur sejarah yang ditafsir secara unik
Aspek keaslian dalam karya sastera Melayu merujuk kepada...
Karya yang telah disunting oleh penulis moden
Penceritaan yang bersumber dari pengarang asal tanpa tambahan
Hikayat yang diadaptasi dalam bentuk tulisan
Penceritaan yang telah melalui pelbagai generasi dan ditokok tambah oleh penutur lisan
Dunia pengalaman yang dirundung kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan dalam karya Melayu dianggap indah kerana...
Ia memperlihatkan kehebatan teknologi masa lalu
Ia mengandungi unsur humor dan hiburan
Ia menyentuh emosi dan menimbulkan rasa kasih serta teladan
Ia menyarankan keindahan lahir hanya melalui kisah sedih
Menurut Braginsky, apakah maksud keindahan dari sudut ontologi?
Keindahan yang berasal daripada emosi manusia
Keindahan yang lahir daripada gabungan seni dan cerita
Keindahan yang berpunca dari kekuasaan Allah (al-jamal al-husna)
Keindahan yang digambarkan melalui kehidupan sebenar
Sifat immanen dalam karya sastera merujuk kepada...
Naratif yang bersifat khayalan dan fiksyen
Unsur luar biasa, menghairankan dan gharib yang menyentuh emosi
Penceritaan yang melalaikan dan angan-angan
Bahasa yang penuh makna tersirat
Dalam karya Braginsky, keindahan sering hadir dalam bentuk kepelbagaian. Antara berikut, yang manakah CONTOH konsep ini?
Monolog watak utama yang memukau hati
Cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi
Gambaran taman dengan pasir emas, bunga beraneka warna dan harum
Penggunaan bahasa yang menyayat jiwa
Apakah yang dimaksudkan dengan keindahan yang menyentuh semua deria menurut Braginsky?
Hanya menonjolkan aspek visual dalam penceritaan
Gabungan elemen audio, visual, bau, rasa dan sentuhan yang sempurna
Menekankan fungsi pancaindera secara serentak
Menguasai deria hingga memukau dan mengasyikkan
Menurut Braginsky, apakah kesan psikologi apabila seseorang terlalu larut dalam keindahan?
Menjadi lebih tenang dan rasional
Kehilangan deria rasa dan penglihatan
Mengalami ‘merca’, ‘lupa’, dan mungkin membawa mudarat
Mengalami kehilangan keseimbangan pancaindera dan terasing seketika daripada realiti
Antara berikut, yang manakah menunjukkan penggabungan antara emosi dan estetika dalam penghayatan keindahan sastera?
Cerita disampaikan dalam bentuk kronologi yang teratur
Watak memiliki latar belakang yang unik dan magis
Pembaca mengalami rasa kagum, sayu, dan takjub yang menyentuh jiwa hingga lupa diri
Bahasa digunakan mendayu-dayu dan penuh simbolik
Jika sesebuah karya sastera terlalu menekankan unsur keindahan hingga mengaburkan rasional akal, apakah natijahnya menurut Braginsky?
Pembaca menjadi lebih kagum dan terpesona
Wujud ketidakseimbangan jiwa yang boleh membawa kebinasaan
Pembaca menghargai keindahan secara lebih mendalam
Cerita yang sarat dengan keseimbangan
"Syahadan beberapa melihat kekayaan Tuhan seru sekalian alam yang indah-indah. Bermula beberapa melalui gua yang berdengung-dengung dan bukit yang tinggi-tinggi, padang yang luas-luas, terlalu hebat rupanya dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu."
Kepelbagaian
Immanen
Ontologi
Keseimbangan
"Sebermula raja itu ada beranak seorang perempuan, terlalu amat elok parasnya; tiada taranya di dalam tanah keinderaan itu. Warna tubuhnya seperti emas sudah tersepuh gilang-gemilang, kilau-kilauan, tiada dapat ditentang nyata daripada elok parasnya anak raja itu. Maka dinamai ayahanda bondanya Tuan Puteri Kusuma Dewi. Maka disuruhnya perbuatan mahligai di tengah Padang Belanta Khairani, Adapun padang ini terlalu permai; tempat segala dewa-dewa bercang biram dan tempat segala mambang bersinar cahaya ... Adapun yang meminang tuan puteri itu, anak raja kurang esa empat puluh. Seorang pun tiada diterima oleh Maharaja Puspa Indera itu."
Immanen
Kepelbagaian
Seimbang, struktur dan harmonis
Perasaan takjub dan hairan kepada dunia magis
"Sebermula pada ketika itu Raja Indera Bumaya tidur. Maka baginda pun bermimpi dibawa oleh seorang perempuan tua naik keinderaan lalu dibawanya ke mahligai tempat gambar Tuan Puteri Kusuma Dewi, anak Maharaja Puspa Indera Keinderaan, baginda melihat gambar itu maka ia pun pengsan, tiada khabarkan dirinya. Maka ia pun setelah pagi hari, maka dilihat oleh segala inang pengasuh, Raja Indera Bumaya tiada khabarkan dirinya, maka ia pun pergi menghadap Raja Puspa Indera Koci dengan tagisanya, dipersembahkan segala perihal-ehwal Raja Indera Bumaya tidur lalu pengsan itu."
Menyentuh semua deria
Psikologi Persepsi Keindahan
Unsur dramatik
Immanen
