NEW
Font size
WorksheetsUJIAN PRESTASI PERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 43mins
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
A. Menawarkan barang dan perkhidmatan
B Mewujudkan peluang pekerjaan
C. Membantu masyarakat setempat
D. Meningkatkan pendapatan negara
Rajah di atas menunjukkan suatu pemilikan perniagaan.
Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang harus dipamerkan di premis perniagaan tersebut ialah
Borang 9
Borang 13A
Borang D
Borang A
Pernyataan manakah merupakan ciri kehendak manusia?
Sama buat semua individu
Mudah dipenuhi
Mempunyai batasan
Hidup lebih selesa
Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.
"Perniagaan Dinamik Jaya menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah harga kos. Hal ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan"
Ciri-ciri tersebut menerangkan
Organisasi bermotifkan untung
Organisasi bukan bermotifkan untung
Milikan tunggal
Perkongsian
Manakah antara berikut yang merupakan kelebihan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal?
berkongsi kepakaran
mudah ditubuhkan
liabiliti terhad
cukai pendapatan individu
Statistik terkini mencatatkan penambahan bilangan perniagaan milikan tunggal di Malaysia. Hal ini demikian kerana milikan tunggal merupakan perniagaan yang _____________________.
barangkali mendapat untung yang tinggi
liabiliti terhad
mudah ditubuhkan
tiada risiko perniagaan
Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat Awam Berhad?
Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini mestilah disenaraikan di bursa saham
Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti pemegang syer menjadi muflis
Syer hanya boleh dipindah milik atas persetujuan lembaga pengarah
Bilangan minimum ahlinya hanya dua orang
Maklumat berikut merujuk kepada suatu bentuk perniagaan:
- Dikawal berterusan oleh syarikat asal
- Menggunakan jenama yang sama
- Membayar fi yang dipersetujui untuk mendapatkan kebenaran berniaga
Bentuk perniagaan apakah yang dimaksudkan menerusi pernyataan di atas?
Milikan tunggal
Francais
Usaha sama
Perkongsian
Maklumat berikut berkaitan dengan sektor perniagaan
- Pembalakan
- Perikanan
- Pertanian
Aktiviti perniagaan di atas merujuk aktiviti dalam sektor
ketiga
keempat
kedua
utama
Apakah faktor yang memangkin penubuhan koperasi?
menjaga kepentingan dan kebajikan bersama
memaksimumkan keuntungan
menawarkan barang percuma
menjalankan tanggungjawab sosial
Rajah di atas menunjukkan sebuah syarikat.
Perkembangan sektor perniagaan di atas berlaku pada tahun
1990-an
1980-an
1970-an
1960-an
Antara yang berikut, yang manakah maksud perniagaan?
I-jual beli barang atau perkhidmatan
II-menawarkan barang atau perkhidmatan
III-memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
IV-melibatkan penjual dan pembeli
II, III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
I dan IV
Syarikat Indera merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembantu rumah. Jualan tahunan perniagaan ialah RM37.9 juta. Bilangan pekerja ialah 100 orang.
Berpandukan maklumat di atas, Syarikat Indera ialah sebuah syarikat yang bersaiz
mikro
sederhana
kecil
besar
Apakah kekurangan perniagaan francais kepada francaisor?
Risiko kegagalan perniagaan tinggi
Kos sokongan operasi meningkat
Memerlukan pengalaman dalam perniagaan
Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan
-Skala perniagaan tempatan
-Skala perniagaan negeri
-Skala perniagaan kebangsaan
Skala perniagaan di atas tergolong dalam skala perniagaan
domestik
sedunia
zon
antarabangsa
Pernyataan manakah yang benar berdasarkan rajah di atas?
Mudah dipenuhi
Hidup lebih selesa
Mempunyai batasan
Sama buat semua individu
Pilih jawapan yang betul.
Barang= kereta, Perkhidmatan= pelancongan
Barang= pengangkutan, Perkhidmatan= pelancongan
Barang= kereta, Perkhidmatan= rumah
Barang= pelaburan, Perkhidmatan= pelancongan
Antara yang berikut, manakah faktor penentuan saiz perniagaan?
I Jumlah bebanan kerja
II Jumlah jualan tahunan
III Bilangan pekerja tetap
IV Jumlah kos pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah sektor yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas merdeka?
Sektor pertanian
Sektor pembinaan
Sektor perindustrian
Sektor perkhidmatan
Maklumat di bawah menunjukkan kekurangan suatu pemilikan perniagaan
- Penubuhan yang rumit
- Beban cukai yang tinggi
- Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam
Syarikat manakah yang terdapat kekurangan di atas ?
Sime Darby Berhad
Kedai Gunting Rambut Hong
Salun Susy Sendirian Berhad
Koperasi Pelaburan Johor Berhad
Pernyataan yang manakah benar tentang sektor ketiga?
Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan
Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang
Memproses bahan mentah untuk menjadikan barang siap
Mendapatkan sumber semulajadi dari perut bumi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan
l. trend melintang
ll .trend meningkat
lll. trend mendatar
lV. trend mencapah
A. l dan ll
B. l dan lV
C. ll dan lll
D. lll dan lV
Trend meningkat menunjukkan....
Aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun
Banyak operasi perniagaan dilakukan
Aktiviti dan operasi perniagaan semakin berkembang
Operasi berjalan dengan tinggi sekali
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
A Menyediakan infrastruktur
B Menyediakan bantuan pelaburan
C Memajukan sistem pendidikan usahawan
D Menaja pembangunan perniagaan setempat
Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.
Apakah peranan agensi tersebut.
mengutip cukai
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
menguatkuasakan undang-undang
Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada
perniagaan
II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?
MARA
FELDA
MARDI
SIRIM
Apakah peranan agensi tersebut?
Menyediakan bantuan modal kepada usahawan berskala besar
Membantu mempromosi produk usahawan ke luar negara
Mempelbagai pilihan barang untuk pengguna
Meningkatkan jumlah perbelanjaan kerajaan
Maklumat di bawah menunjukkan dua buah agensi kerajaan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
TEKUN Nasional
Apakah persamaan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi kerajaan di atas?
Agensi pembiayaan perniagaan
Agensi pembangunan perniagaan
Agensi penggubalan undang-undang
Agensi penyelidikan dan pembangunan perniagaan
Apakah yang dimaksudkan dengan isu serantau?
Masalah yang berkaitan fungsi dan bidang kuasa kerajaan
Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara
Masalah perniagaan di kawasan setempat
Masalah yang melibatkan Malaysia dengan negara jiran
Undang-undang yang dititikberatkan dalam perniagaan
Ø Perniagaan perlu mengeluarkan produk yang sesuai dengan tujuan penggunaan seperti makanan yang tidak mengandungi pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan
Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan..
Undang-undang Pengiklanan
Undang-undang Persekitaran
Undang-undang Perlindungan pengguna
Undang-undang kesihatan dan keselamatan
Jenis pelepasan cukai berbentuk Pengecualian Cukai diberikan kepada…
Syarikat yang menyertai promosi anjuran kerajaan
Perniagaan berasaskan pengeluaran bahan mentah tempatan
Syarikat berstatus MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi
Syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluran makanan dan pembinaan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
-Nelayan
-Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.
i. Pekerja kurang bermotivasi
ii. Keadaan ekonomi semakin lembab
Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.
trend perniagaan malar
trend perniagaan meningkat
trend perniagaan mendatar
trend perniagaan menurun
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk nmengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah deflasi.
Menurunkan kadar cukai pendapatan
Mengurangkan kadar faedah bank
Apakah kesan tindakan tersebut?
Kos pinjaman perniagaan meningkat
Harga barang dan perkhidmatan menurun
Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran
Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat
Bagaimanakah pihak Bank Negara Malaysia mengatasi masalah inflasi?
Mengurangkan kadar faedah simpanan tetap
Meningkatkan kadar faedah pinjaman kewangan
Menambat nilai mata wang negara
Menggalakkan pengeluaran produk secara besar-besaran
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM)
- Meningkatkan kadar faedah untuk mengurangkan tekanan permintaan
- Mengurangkan kadar faedah agar pengguna meningkatkan perbelanjaan
Mengapakah Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak sedemikian?
Mengatasi masalah deflasi
Megurangkan keadaan inflasi
Menstabilkan keadaan ekonomi
Mengawal sistem kewangan negara
