Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu tahap 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah penjodoh bilangan untuk kereta?

a)

Sebiji

b)

Sebuah

c)

Semangkuk

d)

Segugus

2.

______kah hari lahir kamu?

a)

Siapakah

b)

Bilakah

c)

Dimanakah

d)

Bagaimanakah

3.

Yang manakah kata nama khas?

a)

Hospital

b)

Kucing

c)

Guru

d)

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru

4.

Adib menyorok dan berlindung di _____ meja.

a)

tepi

b)

atas

c)

dalam

d)

bawah

5.

Adib dan Faiq berjalan kaki. ______ hendak pergi ke perpustakaan Labuan.

a)

Saya

b)

Mereka

c)

Dia

d)

Kami

6.

Syahirah ________ pakaian di jemuran kerana cuaca cerah.

a)

membasuh

b)

mengangkat

c)

menyidai

d)

melipat

7.

Pilih ayat tanya yang sesuai.

Kebun sayur itu terletak di belakang rumah Pak Jabit.

a)

Apakah yang ditanam oleh Pak Jabit?

b)

Siapakah yang menyiram tanaman di kebun?

c)

Bilakah Pak Jabit pergi ke kebun?

d)

Di manakah kebun sayur itu terletak?

8.

Puan Siti membeli se________ bunga kekwa.

a)

jambak

b)

bilah

c)

genggam

d)

batang

9.

Jasmin keracunan makanan setelah termakan nasi lemak yang ______.

a)

sedap

b)

basi

c)

tajam

d)

gelojoh

10.

Adib _______ adiknya bermain gasing di halaman rumah.

a)

atau

b)

dan

c)

sambil

d)

kerana

11.

Kamu hendak pergi ke perpustakaan _________ makmal komputer?

a)

atau

b)

dengan

c)

dan

d)

sambil

12.

Kejohanan sukan sekolah akan diadakan _________ bulan hadapan.

a)

daripada

b)

hingga

c)

dari

d)

pada

13.

Pengawas sekolah menaikkan ________________ ketika murid-murid menyanyikan lagu NegaraKu.

a)

Jalur Gemilang

b)

Jalur Terbilang

c)

Jalur Kebangsaan

d)

Jalur Wawasan

14.

Sila pilih susunan ayat yang betul.

a)

Saya akan menaiki kereta api pada pukul 8:00 pagi.

b)

Pada pukul 8:00 pagi kereta api akan naik saya.

c)

Saya dan kereta api akan naik pada pukul 8:00 pagi.

d)

Pukul 8:00 pagi kereta api dan saya naik.

15.

Perkataan manakah yang merupakan kata adjektif?

a)

Cantik

b)

Rambut

c)

Daripada

d)

Untuk

16.

Yang manakah bukan kata hubung?

a)

Untuk

b)

Dan

c)

Agar

d)

Ketika

17.

Yang manakah pantun dua kerat?

a)

Kera sumbang,

Panjang tangan.

b)

Suatu malam,

Aku duduk di halaman rumah.

c)

Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.

d)

Ketika muda malas sembahyang, Masa tua bisa terguncang.

18.

Puan Husna menegur anaknya kerana makan dengan _____________.

a)

gelojoh

b)

basi

c)

cermat

d)

tajam

19.

Aqif mendapat markah yang ________ dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

a)

paling tertinggi

b)

tinggi nian

c)

paling tinggi

d)

sungguh tinggi

20.

"Tolong sampaikan surat ini ________ ayah kamu," kata Encik Rafi kepada Faiq.

a)

daripada

b)

dari

c)

pada

d)

kepada