WorksheetsKuiz Kuliah AP025 Sesi 2024/2025
Total questions: 55
Worksheet time: 28mins
Name
Class
Date
1.
Pernyataan yang PALING TEPAT menjelaskan takrif perniagaan antarabangsa ialah:
a)
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan sesebuah negara.
b)
Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsep produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran.
c)
Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan.
d)
Menjalankan operasi perniagaan dalam negara dengan matlamat memaksimumkan keuntungan.
2.
"Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan luar negara". Pernyataan tersebut sesuai menjelaskan peranan perniagaan antarabangsa:
a)
Pemindahan Teknologi.
b)
Pasaran Luas.
c)
Kerjasama antara negara.
d)
Guna Tenaga.
3.
Pasaran Luas merupakan salah satu peranan perniagaan antarabangsa. Pilih pernyataan yang TIDAK TEPAT menerangkan tentang peranan tersebut.
a)
Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi produk yang mengalami lebihan dalam negara.
b)
Menerima pemindahan teknologi dari luar negara.
c)
Kepelbagaian aktiviti pemasaran meningkatkan keuntungan dan jualan.
d)
Menawarkan pasaran-pasaran baharu kepada perniagaan tempatan.
4.
”Strategi ini digunakan oleh syarikat asing untuk memasuki pasaran berisiko serta mempunyai halangan dan sekatan yang ketat dengan memberi kebenaran kepada syarikat tempatan untuk mengeluarkan sesuatu barangan siap, komponen alat atau sebahagian daripada barang siap”.
Pernyataan di atas merujuk kepada:
a)
Kontrak Pengeluaran
b)
Francais
c)
Pelaburan Langsung
d)
Perlesenan
5.
Usahasama dalam perniagaan antarabangsa bermaksud ______.
a)
Aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.
b)
Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing bagi tempoh tertentu untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama produk atau perkhidmatannya di pasaran tempatan.
c)
Wujudnya kesepakatan beberapa negara untuk membawa masuk atau membawa keluar barangan secara langsung atau tidak langsung.
d)
Beberapa syarikat antarabangsa bekerjasama melalui gabungan sumber-sumber yang dimiliki bagi menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.
6.
Berikut merupakan antara cabaran sosiobudaya yang dihadapi oleh syarikat multinasional KECUALI:
a)
Kadar tukaran mata wang asing.
b)
Masalah komunikasi.
c)
Penjejasan identiti negara.
d)
Konflik antara budaya.
7.
Pilih pernyataan yang TEPAT berkaitan peranan MATRADE.
a)
Merangka dan melaksanakan strategi pengurusan
b)
Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia
c)
Memastikan keupayaan perundangan di Malaysia
d)
Menyediakan sistem maklumat kewangan
8.
Berikut adalah blok-blok perdagangan yang disertai secara aktif oleh Malaysia KECUALI:
i. ASEAN
ii. EU
iii. NAFTA
IV. AFTA
a)
i dan ii
b)
ii dan iii
c)
i dan iv
d)
ii, dan iv
9.
“Untuk menggalakkan pelaburan di Pahang (kawasan dikenali “Koridor Timur”), syarikat-syarikat akan menikmati 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun masing-masing semasa tempoh pengecualian 5 tahun mereka”.
Pernyataan di atas merujuk kepada:
a)
Cukai Ad-Valorem
b)
Pembiayaan eksport
c)
Taraf Perintis
d)
Subsidi
10.
Kerajaan menjalankan pelbagai usaha bagi melindungi pasaran domestik. Antaranya adalah dengan bayaran terus kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan bebanan kos yang ditanggung oleh pengeluar berkenaan.
a)
Kuota
b)
Tarif
c)
Embargo
d)
Subsidi
11.
Perancangan pembinaan Empangan Bakun di Sarawak akan mengakibatkan 9000 orang penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan. Namun, Empangan Bakun mampu menjana tenaga elektrik yang menghubungkan grid sedia ada kepada seluruh penduduk di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Justeru, pembinaannya tetap diteruskan. Apakah tindakan beretika yang sesuai bagi pernyataan tersebut:
a)
Keadilan
b)
Utilitarian
c)
Hak Moral
d)
Individualisme
12.
Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia memiliki hak-hak yang perlu dipertahankan dan tidak boleh dilucutkan semata-mata oleh keputusan individu. Pernyataan ini merujuk kepada
a)
Pendekatan Individualisme
b)
Pendekatan Keadilan
c)
Pendekatan Hak Moral
d)
Pendekatan Utilitarian
13.
Pernyataan yang PALING TEPAT menjelaskan Pemecah Rahsia dalam mengurus etika perniagaan ialah:
a)
Menyediakan saluran kepada anggota organisasi yang ingin mendedahkan sebarang amalan tidak beretika yang wujud dalam organisasi.
b)
Mengawal tingkahlaku dan tindakan manusia supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang beretika melalui kuatkuasa peraturan.
c)
Menyediakan saluran kepada rakyat untuk melaporkan tindakan yang tidak beretika yang telah dilakukan oleh individu atau pihak tertentu.
d)
Menyediakan saluran pendidikan secara formal atau tidak formal kepada seseorang individu atau kumpulan supaya beretika.
14.
Berikut adalah tanggungjawab sosial peniaga terhadap pihak berkepentingan KECUALI:
a)
Komuniti
b)
Ahli Politik
c)
Pekerja
d)
Kerajaan
15.
Syarikat Toyota Malaysia memanggil semula kenderaan keluarannya untuk menggantikan pam bahan api sebagai langkah pencegahan sejajar dengan panggilan semula pam bahan api Toyota di peringkat global. Pernyataan di atas menjelaskan contoh tanggungjawab sosial korporat (CSR):
a)
Pemudahcara
b)
Reaktif
c)
Proaktif
d)
Defensif
16.
"Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan".
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud?
a)
Perniagaan antarabangsa
b)
Pengurusan pengeluaran
c)
Pemindahan teknologi
d)
Pemasaran antarabangsa
17.
Berikut merupakan peranan perniagaan antarabangsa KECUALI:
a)
Tukaran asing
b)
Pasaran luas
c)
Pemenuhan utiliti
d)
Pemindahan teknologi
18.
Syarikat Tekno Agro dari Malaysia bekerjasama dengan Syarikat Agro Ace di Vietnam untuk mengedarkan produk baja organiknya. Ini membolehkan Syarikat Tekno Agro mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara tersebut dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat Agro Ace. Apakah kaedah perniagaan antarabangsa yang digunakan oleh Syarikat Tekno Agro?
a)
Pelesenan
b)
Kontrak Pengeluaran
c)
Pelaburan Langsung
d)
Usahasama
19.
"Usaha sesebuah negara untuk mengubah serta meningkatkan taraf ekonomi negaranya supaya setanding dengan negara maju yang lain di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa".
Pernyataan di atas merujuk kepada konsep perniagaan antarabangsa?
a)
Nasionalisasi
b)
Lokalisasi
c)
Globalisasi
d)
Pasaran Menimbul
20.
Berikut merupakan tujuan sesebuah organisasi menjadi Syarikat Multinasional KECUALI :
a)
Meluaskan operasi
b)
Meningkatkan jualan dan keuntungan
c)
Menambah rakan niaga
d)
Meningkatkan kualiti produk
21.
Berikut adalah contoh cabaran syarikat multinasional dari aspek perundangan KECUALI:
a)
Pemindahan keluar masuk mata wang asing dan tempatan.
b)
Berlaku konflik antara budaya syarikat multinasional dengan pekerja tempatan
c)
Peraturan kadar pertukaran mata wang asing ke dalam ringgit Malaysia
d)
Akta berkaitan produk dan tanda perdagangan
22.
Manakah antara yang berikut BUKAN peranan MATRADE;
a)
Merangka dan melaksanakan perniagaan antarabangsa Malaysia
b)
Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
c)
Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia
d)
Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
23.
Berikut adalah merupakan Kempen Kerajaan KECUALI :
a)
Pengecualian cukai
b)
Subsidi
c)
Tarif
d)
Hub halal
24.
● “Diberikan kepada pengeluar barangan yang boleh menambahkan nilai eksport atau mengurangkan nilai import.”
● “Bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah bahan tempatan.”
Pernyataan di atas merujuk kepada kempen kerajaan iaitu;
a)
Tarif
b)
Pembiayaan eksport
c)
Pengecualian cukai
d)
Taraf perintis
25.
“Barang import akan dikenakan cukai sebanyak RM0.50 bagi setiap kilogram…”.
Pernyataan di atas merujuk kepada tarif import iaitu;
a)
Duti Khusus
b)
Duti Ad-Valorem
c)
Duti Setem
d)
Duti Kompaun
26.
“Pembinaan sebuah pusat membeli-belah menyebabkan pendapatan peruncit-peruncit kecil di kawasan tersebut terjejas tetapi dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk tempatan”.
Pernyataan di atas merujuk kepada contoh pendekatan beretika;
a)
Hak moral
b)
Individualisme
c)
Keadilan
d)
Utilitarian
27.
Keadaan di mana individu mempunyai hak untuk memberikan pendapat sama ada secara individu atau menggunakan wakil merujuk kepada tindakan beretika hak moral iaitu;
a)
Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
b)
Hak Untuk Membuat Pilihan
c)
Hak Untuk Mendapat Maklumat
d)
Hak Untuk Mendapat Keselamatan
28.
Manakah antara berikut yang BUKAN merupakan kategori aduan awam?
a)
Penyalahgunaan kuasa
b)
Salah laku anggota awam
c)
Kekurangan kemudahan awam
d)
Kegagalan menepati piawaian
29.
Berikut adalah tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan KECUALI;
a)
Pekerja
b)
Pengguna
c)
Global
d)
Komuniti
30.
Menerima tanggungjawab sosial sebagai salah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan.
Pernyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab sosial korporat:
a)
Proaktif
b)
Pemudahcara
c)
Defensif
d)
Hak moral
31.
Di antara berikut yang manakah merupakan takrif pengeluaran yang TEPAT.
a)
Pengeluaran adalah proses membuat barang siap dari bahan mentah.
b)
Pengeluaran adalah pelaksanaan aktiviti sesuatu operasi perkhidmatan.
c)
Pengeluaran adalah penghasilan barangan atau perkhidmatan.
d)
Pengeluaran adalah proses yang melibatkan semua pihak dalam organisasi.
32.
Manakah diantara berikut BUKAN kepentingan pengurusan pengeluaran?
a)
Mengurangkan kesan yang tidak baik kepada persekitaran.
b)
Mewujudkan permintaan dan mendapatkan maklumbalas produk.
c)
Menjamin kelancaran perancangan pengeluaran.
d)
Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima.
33.
Apakah tanggungjawab Jabatan Pemasaran dalam membantu Jabatan Pengeluaran?
a)
Membekalkan modal dan menyediakan belanjawan untuk membeli input pengeluaran dan menanggung kos pengeluaran.
b)
Mendapatkan maklumbalas keperluan pekerja Jabatan Pengeluaran supaya boleh menyediakan pekerja yang sesuai dan mengurus latihan yang bersesuaian.
c)
Merekabentuk dan mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
d)
Mewujudkan permintaan terhadap produk dan mendapatkan maklumbalas mengenai keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran.
34.
Rekabentuk pengeluaran yang diwujudkan daripada tindakan mengurangkan kepelbagaian dalam proses pengeluaran yang lebih ringkas dan mudah . Pernyataan ini merujuk kepada:-
a)
Rekabentuk modular
b)
Rekabentuk Standardization
c)
Rekabentuk Simplification
d)
Rekabentuk Pengeluaran
35.
Susun atur pengeluaran terdiri daripada yang berikut KECUALI
a)
Susun Atur Tetap
b)
Susun Atur Modular
c)
Susun Atur Produk
d)
Susun Atur Proses
36.
Berikut merupakan objektif pemilihan lokasi tapak yang betul KECUALI
a)
Mengembangkan potensi pengeluaran
b)
Meminimunkan kos
c)
Memilih kriteria yang relevan
d)
Mengenalpasti rekabentuk pengeluaran
37.
Salah satu kepentingan kawalan inventori ialah
a)
Memastikan inventori berada pada tahap minimum
b)
Memastikan inventori berada pada tahap maksimum
c)
Memastikan inventori berada pada tahap optimum
d)
Memastikan inventori berada pada tahap memuaskan pengguna
38.
Yang manakah benar mengenai formula Kos Pegangan Tahunan
a)
Q/2 X h
b)
D/Q X S
c)
EOQ/2
d)
D/EOQ
39.
Konsep yang terdapat dalam Sistem Tepat Pada Waktu (JIT) adalah :-
i. Inventori sifar atau seminimum mungkin
ii. Bekalan inventori berada pada tempat ia diperlukan
iii. Bekalan inventori diperolehi tepat pada masanya.
iv. Mengetahui kos pegangan dan kos pesanan dengan tepat.
a)
i, ii dan iii
b)
i, iii dan iv
c)
i, ii dan iv
d)
Semua yang diatas.
40.
Mengukur pencapaian dengan membandingkan kedudukan sebelum dan selepas cadangan dilaksanakan merupakan elemen proses kawalan kualiti iaitu
a)
Rancang (Plan)
b)
Buat (Do)
c)
Semak (Check)
d)
Tindakan
41.
'Kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran bagi menentukan strategi pemasaran yg akan digunakan oleh sebuah organisasi.'
Penyataan ini merujuk kepada :
a)
Strategi Pemasaran
b)
Paduan Pemasaran
c)
Ketekalan Pemasaran
d)
Gabungan Pemasaran
42.
Produk ini dibeli bertujuan untuk digunakan dalam operasi perniagaan, pengeluaran barangan lain atau untuk dijual semula.
Penerangan di atas merujuk kepada :
a)
Produk Industri
b)
Produk Pengguna
c)
Item - Item Modal
d)
Kelengkapan
43.
Produk yang jarang dibeli di mana pembelian dibuat sama ada sebulan atau setahun sekali. Pengguna akan membuat perbandingan dari segi harga, spesifikasi dan kualiti produk sebelum pembelian dibuat.
a)
Produk Mudah Beli
b)
Produk Istimewa
c)
Produk Beli Belah
d)
Produk Tidak Dicari
44.
Jenis jenama ini merupakan jenama yang diberikan oleh pengedar yang menjual produk di pasaran.
a)
Jenama Primer
b)
Jenama Pengeluar
c)
Jenama Generik
d)
Jenama Pengedar
45.
"Item yang lemah digugurkan dari barisannya." Strategi pemasaran produk ini dilaksanakan bagi mencapai objektif pada tahap __________ dalam kitaran hayat produk.
a)
Tahap Pertumbuhan
b)
Tahap Kemerosotan
c)
Tahap Kematangan
d)
Tahap Pengenalan
46.
Pengusaha kantin sekolah meletakkan harga menu makanan yang murah kerana beroperasi di sekolah di mana sasaran penjualan adalah kepada murid - murid. Faktor yang mempengaruhi penentuan harga bagi pengusaha kantin ini ialah :
a)
Pengguna
b)
Kos
c)
Dasar Kerajaan
d)
Persaingan
47.
"Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah margin keuntungan yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran produk tersebut."
Penyataan ini merujuk kepada Strategi Penentuan Harga :
a)
Berasaskan Kos
b)
Berasaskan Nilai
c)
Berasaskan Persaingan
d)
Berasaskan Psikologi
48.
Pengeluar jam tangan jenama ROLEX meletakkan harga yang tinggi bagi model terbaru dikeluarkan bagi menonjolkan prestij produk. Pengeluar ini bolehlah dikatakan menggunakan Strategi Penentuan Harga :
a)
Produk Baharu ( Penembusan )
b)
Produk Baharu ( Tarahan )
c)
Produk Baharu ( Tokokan Kos )
d)
Produk Baharu ( Titik Pulang Modal )
49.
Sempena pembukaan cawangan kedai baru. tudung jenama Elegant menawarkan harga diskaun kepada pembelinya. Diskaun yang ditawarkan merupakan :
a)
Diskaun Fungsi
b)
Diskaun Kuantiti
c)
Diskaun Tunai
d)
Diskaun Musim
50.
Kosmetik jenama Nurayysa mempromosikan produk mereka di radio di mana promosi tersebut dapat didengari oleh 30 juta pendengar radio. Kaedah promosi yang digunakan ialah :
a)
Perhubungan Awam
b)
Jualan Peribadi
c)
Pemasaran Digital
d)
Pengiklanan
51.
Sekiranya pemasar ingin meningkatkan jualan produk mereka dengan mendadak, kaedah promosi seperti _______________ bolehlah digunakan.
a)
Pengiklanan
b)
Promosi Jualan
c)
Jualan Peribadi
d)
Hadiah
52.
Kelemahan kaedah promosi ini hanya memfokuskan kepada kumpulan tertentu sahaja dengan pasaran yang terhad. Kaedah promosi yang dimaksudkan ialah :
a)
Pengiklanan
b)
Promosi Jualan
c)
Jualan Peribadi
d)
Hadiah
53.
Dengan setiap pembelian sekotak bijirin sarapan, pembeli akan mendapat bekas makanan secara percuma. Alat promosi jualan yang digunakan pemasar ini ialah :
a)
Rebat
b)
Mata Ganjaran
c)
Hadiah
d)
Peraduan
54.
Tahap saluran pengedaran manakah yang sesuai bagi produk mudah rosak ?
a)
Pengedaran Ejen
b)
Pengedaran Langsung
c)
Pengedaran Peruncitan
d)
Pengedaran Pemborongan
55.
“Menghadkan pengedaran produk kepada beberapa perantara pemasaran di sesuatu lokasi atau kawasan".
Penyataan di atas merujuk kepada strategi pengedaran :
a)
Intensif
b)
Peruncitan
c)
Ekslusif
d)
Selektif
100 %
