wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH KITA, KEJAYAAN KITA

Total questions: 100

Worksheet time: 56mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipenuhi

b)

Menjamin keutuhan pemerintahan

c)

Mempertahan sistem perundangan

d)

Memastikan sistem warisan terpelihara

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Mengetuai rombongan diplomatik

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan

3.

Berikut adalah tokoh nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

  • - Ibrahim Haji Yaakob

  • - Ishak Haji Muhammad

  • - Ahmad Boestamam

  • Bagaimanakah British bertindak untuk melemahkan perjuangan mereka?

a)

Mengenakan hukuman penjara

b)

Menyekat sumber kewangan yang diperolehi

c)

Menjalin kerjasama dengan golongan radikal

d)

Menggunakan perintah sultan untuk bertindak

4.

Gerakan nasionalisme di Thailand disasarkan terhadap pemerintahan raja mereka sendiri.

Apakah tindakan raja Thailand yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku?

a)

Melaksanakan sistem percukaian yang membebankan

b)

Menghapuskan sistem perundangan tradisional

c)

Meletakkan kerabat diraja dalam urusan politik

d)

Menyerahkan pentadbiran kepada kuasa Barat

5.

Bagaimanakah Jerman melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919?

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Mengeksport senjata ke negara luar

d)

Menjalin kerjasama dengan komunis

6.

Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.

1895 - Menewaskan China

1905 - Menewaskan Rusia

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Pengukuhan sistem petahanan

b)

Perluasan kawasan pemerintahan

c)

Kemunculan semangat nasionalisme

d)

Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

7.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu?

a)

Menyokong gerakan Islah

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Melibatkan diri dalam persatuan

d)

Memberi kerjasama dengan British

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan unit politik yang telah disatukan di Tanah Melayu.

  • - Negeri-Negeri Selat

  • - Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

  • - Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

  • Mengapakah British bertindak sedemikian?

a)

Kos pengurusan dapat dikurangkan

b)

Melemahkan golongan penentang

c)

Hak kaum peribumi terpelihara

d)

Sistem monarki diperkukuh

9.

Akhabr Suara Rakyat diterbitkan oleh golongan Melayu radikal pada tahun 1940-an.

Mengapakah akhbar tersebut diterbitkan?

a)

Menyekat penularan pengaruh media asing

b)

Memperluas idea kemerdekaan daripada penjajah

c)

Meningkatkan mutu hasil kesusasteraan tempatan

d)

Menyokong pemodenan sistem pentadbiran kerajaan

10.

Petikan berikut berkaitan golongan nasionalism Melayu Radikal sebelum merdeka.

'Sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga memberi sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan.'

-Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1970-1977)

Bagaimanakah golongan tersebut memainkan peranan mereka untuk menyatukan semua kaum?

a)

Membentuk kerajaan yang kuat dan adil

b)

Menekankan kebebasan bersuara

c)

Berkompromi dengan penjajah

d)

Berhimpun secara aman

11.

Maklumat berikut berkaitan perkembangan di Tanah Melayu sebelum merdeka.

1948 - Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut kepada orang Melayu?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

b)

Berkuasa mengawal pentadbiran

c)

Parti-parti politik digabungkan

d)

Syarat kerakyatan dipermudah

12.

Rundingan Baling diadakan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Disember 1955.

Mengapakah rundingan tersebut gagal mendesak PKM meletakkan senjata?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

PKM tidak diiktiraf oleh kerajaan

c)

PKM enggan menamatkan keganasan

d)

Pengampunan oleh kerajaan gagal diperolehi

13.

Pada tahun 1946, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan penubuhan parti tersebut?

a)

Mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum

d)

Menghalang pelaksanaan Malayan Union

14.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Tenaga pengajar kurang

c)

Kurikulum pelajaran bebrbeza

d)

Peruntukan kewangan dikurangkan

15.

Mengapakah tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya penting?

a)

Memilih ketua parti

b)

Mengekalkan tradisi bangsa

c)

Memperkukuh sistem beraja

d)

membentuk sebuah kerajaan

16.

Rundingan London telah berlangsung bermula 18 Januari sehingga 8 Februari 1956.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya untuk merangka perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

b)

Kepentingan sah kaum lain dikurangkan

c)

Kewangan negara masih dikawal oleh British

d)

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

18.

Apakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permohonan sebagai rakyat

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Persetujuan Dewan Undangan Negeri

19.

Mengapakah peristiwa kemerdekaan negara kita dianggap unik dan dikagumi oleh pemimpin dunia?

a)

Perkembangan ekonomi berasaskan kerohanian

b)

Pemuafakatan dan rundingan dilaksanakan

c)

Pertumpahan darah tidak berlaku

d)

Penamatan dasar konfrontasi

20.

Bagaimanakah kedaulatan dapat memelihara hak rakyat?

a)

Mengamalkan sistem satu parti

b)

Mengutamakan keadilan individu

c)

Membenarkan kebebasan bersuara

d)

Menggalakkan semangat kenegerian

21.

Apakah kepentingan konsep Daulat dalam politik Melayu tradisional?

a)

Memperkukuh kedudukan raja

b)

Memperluas peranan pembesar

c)

Menyekat pengaruh kuasa asing

d)

Mengikat taat setia rakyat terhadap raja

22.

Apakah peranan rakyat dalam memastikan perpaduan tercapai?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik

c)

Menggunakan bahasa kebangsaan

d)

Menghormati agama lain

23.

Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

Meningkatkan kuasa mutlak raja-raja

b)

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

d)

Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

24.

Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat.

  • - Charter of Justice I

  • - Charter of Justice II

  • - Charter of Justice III

  • Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Mengehadkan kuasa raja

b)

Menentang penyebaran agama

c)

Menghalang berlaku penindasan

d)

Mengurangkan peranan pembesar

25.

Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak merdeka.

Apakah perkara yang berkaitan dengan sistem tersebut?

a)

Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran

b)

Badan kehakiman meluluskan undang-undang

c)

Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan ketua utama Negara dan Negeri.

Negara : Yang di-Pertuan Agong

Negeri : X

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

EXCO Kerajaan

27.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan wilayah berikut digabungkan dalam satu persekutuan.

  • - Tanah Melayu

  • - Sabah

  • - X

  • - Y

  • Apakah X dan Y?

a)

Indonesia

b)

Singapura

c)

Brunei

d)

Filipina

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

  • - Hal Ehwal Luar Negeri

  • - Keselamatan Dalam Negeri

  • - X

  • Apakah X?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)

Hiburan awam

d)

Perancangan bandar

29.

Persekutuan Malaysia telah dibentuk pada 16 Septeber 1963.

Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?

a)

Tekanan antarabangsa berkurangan

b)

Bahan mentah dikongsi bersama

c)

Kemerdekaan wilayah terlibat

d)

Pengaruh British meningkat

30.

Singapura menunjukkan minat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi.

Mengapakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut?

a)

Memberikan kerakyatan kepada orang dagang

b)

Mengurangkan perasaan perkauman

c)

Mempercepatkan proses kemerdekaan

d)

Mempertahankan sistem monarki

31.

Mengapakah British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia?

a)

Dapat menghalang kemasukan imigran

b)

Mampu membendung pengaruh komunis

c)

Berupaya memperkukuh sistem pertahanan

d)

Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja

32.

Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Memohon naungan British

b)

Enggan mematuhi dasar kerajaan

c)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

d)

Menurut kehendak kaum bumiputra di negeri lain

33.

Berikut merupakan prinsip keempat Rukun Negara.

Kedaulatan Undang-undang

Apakah sikap warganegara Malaysia yang menepati prinsip tersebut?

a)

Menghormati lagu Negaraku

b)

Mematuhi peraturan jalan raya

c)

Menghormati sesama jiran

d)

Mematuhi ajaran agama yang dianuti

34.

Gambar berikut menunjukkan logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuhkan perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

35.

Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.

Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Memiliknegarakan industri

b)

Mengurangkan hak milik asing

c)

Sistem kewangan disusun semula

d)

Kekayaan negara dikongsi bersama

36.

Mengapakah Dasar Penswastaan dilaksanakan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Memperluas pembukaan tanah baharu

c)

Menambah modal pemilikan kaum bumiputera

d)

Memperbanyak syarikat milik pengusaha asing

37.

Kesultanan Melayu Melaka terkenal kerana :

a)

dinaungi kerajaan berhampiran

b)

pemerintahan mempunyai wawasan

c)

berada di laluan strategik

d)

mendapat bantuan dari luar

38.

Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menguruskan kewangan

c)

Menjaga keselamatan kota

d)

Mengutip cukai perdagangan

39.

Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

a)

Gagal menghalang kemasukan Barat

b)

Rakyat dibebani cukai yang tinggi

c)

Menentang golongan Mandarin

d)

Fahaman komunis berkembang

40.

Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di negara kita?

a)

Kemunculan golongan intelek

b)

Kegiatan ekonomi pelbagai

c)

Galakan dari kerajaan

d)

Bantuan negara luar

41.

Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789.

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Perancis?

a)

Kedudukan bangsawan kukuh

b)

Sistem republik dilaksanakan

c)

Kuasa parlimen tergugat

d)

Wilayah kecil merdeka

42.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah perkara yang terkadung dalam deklarasi tersebut?

a)

Sempadan negara berasaskan bangsa

b)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

c)

Amalan realpolitik diharamkan

d)

Sistem monarki dipulihkan

43.

Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan :

a)

Jawatankuasa Penyelidikan Bahan

b)

Rancangan Pengeluaran Lima Tahun

c)

Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda

d)

Rancangan Kesemakmuran Bersama Asia Timur

44.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah Sistem Persekutuan di Malaysia.

  • - Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896

  • - Malayan Union 1946

  • - Persekutuan Tanah Melayu 1948

Apakah persamaan yang terkandung dalam sistem tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Penyatuan beberapa negeri

c)

Pengukuhan undang-undang adat

d)

Majlis Perundingan Persekutuan dibubarkan

45.

Apakah kesan Perjanjian Persekuruan Tanah Melayu 1948 terhadap Tanah Melayu?

a)

Komposisi kaum seimbang

b)

Kuasa kerajaan negeri kurang

c)

Berpeluang berkerajaan sendiri

d)

Undang-undang tradisional mansuh

46.

Perkara yang manakah terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Syarat kewarganegaraan

b)

Kemerdekaan tanah air

c)

Pendidikan vernakular

d)

Pilihan raya umum

47.

Di bawah Undang-Undang Darurat yang dikuatkuasakan pada tahun 1848, kerajaan berkuasa

a)

menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan pergerakan komunis

b)

menghantar pulang kaum imigran bagi mengelakkan sifat perkauman

c)

mempelbagaikan tanaman makanan untuk menjamin makanan mencukupi

d)

mengenakan hukuman mati terhadap sesiapa yang membawa senjata api

48.

Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Apakah matlamat perjuangan komunis di Tanah Melayu?

a)

Mengusir semua penjajah

b)

Menyatukan pelbagai kaum

c)

Menentang konsep Melayu Raya

d)

Menubuhkan sebuah negara republik

49.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?

a)

Pemerintah bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerjaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

50.

Maklumat berikut berkaitan tugas Ahli dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.

  • - Memegang satu portfolio

  • - Mencadangkan undang-undang

Mengapakah tugas tersebut ditetapkan pada setiap ahli

a)

Menggalakkan kemasukan pelabut

b)

Menjimatkan perbelanjaan kerajaan

c)

Menyediakan langkah berkerajaan sendiri

d)

Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

51.

Mengapakah pilihan raya dilaksanakan?

a)

Menggalakkan penubuhan parti politik

b)

Membentuk kerajaan yang mantap

c)

Menjimatkan perbelanjaan negara

d)

Meneruskan warisan bangsa

52.

Pilihan Raya Umum pertama di Tanah Melayu diadakan pada tahun 1955 bertujuan untuk

a)

mengawal pemberian kerakyatan kepada orang asing

b)

memperkukuh kerjasama rakyat dalam politik

c)

mempercepat proses kemerdekaan tanah air

d)

menghalang kemasukan kaum imigran

53.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan

c)

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Pesekutuan

54.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

- Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri

  • - Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

  • - X

Apakah X?

a)

Mennetukan sempadan negeri

b)

Menggubal syarat kerakyatan

c)

Merangka perlembagaan negara

d)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

55.

Konsep kedaulatan tradisional merujuk kepada

a)

raja memiliki kuasa tertinggi dalam pentadbiran

b)

pengiktirafan badan antarabangsa terhadap negara

c)

perkongsian kuasa antara badan-badan pemerintah

d)

rakyat berhak menentukan hala tuju pentadbiran negara

56.

Apakah ciri negara yang berdaulat?

a)

Kerajaan yang bersistematik

b)

Sempadan yang jelas

c)

Rakyat berbilang kaum

d)

Mendapat naungan kerajaan asing

57.

Mengapakah Perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

b)

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

d)

Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

58.

Mengapakah pindaan perlembagaan negara dilakukan pada tahun 1965?

a)

Singapura berpisah dari Malaysia

b)

Hak autonomi Sarawak dan Sabah

c)

Pengisytiharan bahasa kebangsaan

d)

Pengasingan kuasa pemerintahan

59.

Berikut merupakan komponen Parlimen Malaysia.

  • - Yang di-Pertuan Agong

  • - X

  • - Dewan Rakyat

Apakah X?

a)

Dewan Negara

b)

Jemaah Menteri

c)

Raja-Raja Melayu

d)

Badan Kehakiman

60.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

a)

Melantik Yang di-Pertuan Agong

b)

Mengamalkan gaya hidup bebas

c)

Memiliki dua kewarganegaraan

d)

Memilih pemimpin negara

61.

Berikut adalah kerajaan tempatan di negara kita.

  • - Majlis Bandaraya

  • - Majlis Daerah

  • - Majlis Perbandaran

Fungsi kerajaan tempatan tersebut ialah

a)

memberi bantuan kewangan

b)

membina kemudahan awam

c)

mengawal sempadan negeri

d)

membina rumah ibadat

62.

Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa dalam Senarai Bersama?

a)

Kewangan

b)

Kerakyatan

c)

Kebajikan awam

d)

Kerajaan tempatan

63.

Berikut adalah tokoh Melayu yang mencadangkan idea penggabungan wilayah sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

  • - Dr. Burhanuddin al-Helmi

  • - Ibrahim Haji Yaakob

  • - Ahmad Boestamam

Mereka mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Indonesia

d)

Thailand

64.

Pengawai British berikut mencadangkan idea pembentukan Malaysia.

  • - Lord Brassey

  • - Malcolm MacDonald

  • - Geoffrey Tory

Mengapakah mereka mencadangkan pembentukan Malaysia?

a)

Meredakan tekanan

b)

Memperkukuhkan kuasa

c)

Memanfaatkan potensi ekonomi

d)

Memperkasa keselamatan wilayah

65.

Dasar pecah dan perintah yang digunakan British telah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, wilayah dan kawasan di negara kita.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tersebut?

a)

Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

b)

Membentuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar

c)

Memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama

d)

Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

66.

Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

- Kegiatan persatuan

  • - Unit beruniform

  • - Sukan dan permainan

Mengapakah aktiviti kokurikulum diberikan tumpuan?

a)

Memupuk perpaduan kaum

b)

Melahirkan atlet bertaraf dunia

c)

Mempelbagaikan aliran sekolah

d)

Meningkatkan kemahiran teknologi

67.

Mengapakah perkhidmatan feri ini diperkenalkan?

a)

Memperkasa aktiviti perdagangan

b)

Meningkatkan keselamatan negara

c)

Menggiatkan penerokaan sumber asli

d)

Meningkatkan integrasi antara wilayah

68.

Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?

a)

Membuka kampung-kampung baharu

b)

Melaksanakan pembangunan wilayah

c)

Mengurangkan kemasukan imigran

d)

Mengurangkan saham milik asing

69.

Antara berikut, siapakah yang tergolong sebagai golongan pemerintah?

a)

Kerabat diraja

b)

Hamba raja

c)

Tentera

d)

Ulama

70.

Rakyat Kesultanan Melayu Melaka hendaklah mematuhi segala perintah raja dan tidak akan menderhaka kerana

a)

takut ditimpa tulah

b)

bimbang dihukum bunuh

c)

takut dijadkan hamba raja

d)

bimbang dikenakan kerahan tenaga

71.

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.

Apakah perkara yang terkandung dalam fasal-fasal tersebut?

a)

Peranan Sultan

b)

Kekeluargaan

c)

Percukaian

d)

Pelayaran

72.

Dalam Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang berkuasa penuh dalam pelayaran

a)

Malim

b)

Jurumudi

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

73.

Bagaimanakah Jose Rizal menggerakkan nasionalisme di Filipina?

a)

Melancarkan revolusi

b)

Melaksanakan pemulihan agama

c)

Mempelopori gerakan propaganda

d)

Membentuk permuafakatan parti politik

74.

Mengapakah Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)?

a)

Membantah sistem Penasihat British

b)

Mendapatkan kembali Pulau Pinang

c)

Menguasai perdagangan di Selat Melaka

d)

Menuntut semula takhta Kesultanan Kedah

75.

Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal?M

a)

Mempelopori gerakan Islah

b)

Keberanian mengangkat senjata menentang British

c)

Memperjuangkan idea nasionalisme melalui penulisan

d)

Keberanian menyuarakan penentangan terhadap penjajah

76.

Mengapakah Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) ditubuhkan?

a)

Melindungi kepentingan kaum Cina seberang laut

b)

Menjaga kebajikan masyarakat Cina di NNS

c)

Menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di China

d)

Memelihara kepentingan pedagang di NNMB

77.

Apakah tindakan yang membuktikan Adolf Hitler mengetepikan Perjanjian Versailles 1919?

a)

Menguasai Albania

b)

Menyerang Habsyah

c)

Menakluki Manchuria

d)

Menduduki Rhineland

78.

Apakah kesan apabila mata wang berikut dicetak tanpa kawalan semasa Pendudukan Jepun?

a)

Berlakunya inflasi

b)

Nilai mata wang meningkat

c)

Menjadi pesaing mata wang British

d)

Perdagangan antarabangsa berkembang

79.

Apakah kepentingan Operasi D-Day?

a)

Mengagalkan rancangan Jerman menguasai Rusia

b)

Membebaskan Eropah Barat daripada penaklukan

c)

Membuktikan kesungguhan ketenteraanr

d)

Mempertahankan kawasan perindustrian

80.

Maklumat berikut berkaitan Gerakan Fi-Sabilillah di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

  • - Tentera Selempang Merah di Johor

  • - Khalifah Parang Panjang di Perak

Mengapakah gerakan tersebut ditubuhkan?

a)

Membantah Malayan Union

b)

Mempertahan ancaman Bintang Tiga

c)

Menentang kekejaman tentera Jepun

d)

Memprotes Pentadbiran Tentera Jeun

81.

Apakah prinsip asas kewarganegaraan dalam Malayan Union?

a)

Jus soli

b)

Naturalisasi

c)

Permohonan

d)

Perpindahan

82.

Raja Melayu paling akhir ditemui wakil British untuk mendapatkan tandatangan persetujuan Malayan Union ialah

a)

Raja Perlis

b)

Sultan Johor

c)

Sultan Terengganu

d)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

83.

Apakah sasaran Kumpulan Rukun 13 dalam gerakan antipenyerahan Sarawak?

a)

Mengadakan persidangan

b)

Menganjurkan demokrasi

c)

Menghapuskan pegawai British

d)

Memulaukan pelantikan Gabenor

84.

Penyerahkan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan daripada rakyat tempatan di Sabah.

Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?

a)

Ketiadaan golongan intelektual

b)

Pemindahan pemimpin ke luar kawasan

c)

British mengharamkan pertubuhan politik

d)

Amaran keras melalui pekeliling kerajaan

85.

Golongan bukan Melayu telah menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

Siapakah pengerusi bagi organisasi tersebut?

a)

Tan Cheng Lock

b)

John Thivy

c)

Chan Loo

d)

John Eber

86.

Apakah yang dicadangkan dalam Perlembagaan Rakyat?

a)

Pelaksanaan pilihan raya bagi memilih kerajaan Persekutuan

b)

Keselamatan negara menjadi tanggungjawab British

c)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura

d)

Pelaksanaan Raja Berpelembagaan

87.

Apakah yang dicadangkan oleh Sir Ralph Hone dalam proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Mengadakan pilihan raya umum

b)

Melibatkan raja dalam pentadbiran

c)

Menggabungkan semua negeri-negeri Melayu

d)

Mengetatkan syarat kewarganegaraan

88.

Mengapakah Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan?

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

Memupuk persefahaman kaum

c)

Membangkitkan kesedaran politik

d)

Merangka perlembagaan negara

89.

Siapakah pengasas idelogi komunisme?

a)

Plato

b)

Karl Marx

c)

Sun Yat Sen

d)

Niccolo Machiavelli

90.

Parti Komunis Malaya bertindak mengancam masyarakat dan anggota pasukan keselamatan.

Mengapakah mereka bertindak sedemikian?

a)

Meningkatkan penguasaan ekonomi

b)

Mendapatkan sokongan rakyat

c)

Melindungi pemimpin tempatan

d)

Membuktikan kegagalan kerajaan

91.

Apakah strategi yang dilaksanakan bagi mengekang keganasan komunis di Tanah Melayu melalui rancangan Perang Saraf?

a)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

b)

Menawarkan ganjaran wang tunai

c)

Menawarkan pengampunan

d)

Memperkenalkan kad pengenalan

92.

Zaman darurat meninggalkan kesan kepada penduduk negara kita.

Apakah kesan tersebut?

a)

Peningkatan warganegara

b)

Mempercepatkan kemerdekaan

c)

Penerimaan fahaman komunisme

d)

Memantapkan pentadbiran negara

93.

Independence of Malaya Party (IMP) ditubuhkan atas dasar untuk melaksanakan idea 'Tanah Melayu untuk Malayan'.

Siapakah pengasas parti tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak Hussein

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

94.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah dihasilkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein.

Apakah cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut?

a)

Sistem persekolahan yang sama

b)

Kandungan kurikulum yang seragam

c)

Pendidikan sekolah Cina diteruskan

d)

Pengukuhan Bahasa Inggeris

95.

Konvensyen Kebangsaan anjuran UMNO diadakan pada Ogos 1954 dan dihadiri oleh pelbagai parti politik tanah air.

Apakah resolusi yang diputuskan melalui konvensyen tersebut?

a)

Pengukuhan kuasa raja

b)

Pembentukan kabinet kerajaan

c)

Penggabungan parti politik

d)

Pelaksanaan pilihan raya

96.

Perkataan Daulah berasal dari bahasa?

a)

Bahasa Arab

b)

Bahasa Melayu

c)

Bahasa Latin

d)

Bahasa Sanskrit

97.

Apakah matlamat penubuhannya?

a)

Meningkatkan kadar celik huruf

b)

Menggalakkan kemasukan pelajar asing

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

98.

Apakah fokus UDA?

a)

Membangunkan bandar baru

b)

Menggalakkan penghijrahan ke bandar

c)

Membasmi kemiskinan di kawasan bandar

d)

Mengenalpasti potensi bandar utama

99.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold?

a)

Menamatkan konfrontasi Indonesia

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan

c)

Menyelesaikan bantahan negara Filipina

d)

Meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah

100.

Apakah tujuan operasi Rajang Area Security Command (RASCOM)?

a)

Melicinkan pentadbiran negeri

b)

Meningkatkan keselamatan sempadan

c)

Menghapuskan ancaman komunis

d)

Memindahkan penduduk setempat