NEW
Font size
WorksheetsPengenalan Kepada Kejuruteraan Awam dan Bahan Binaan
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Apakah antara tanggungjawab utama seorang jurutera awam?
Menyediakan pelan perniagaan untuk syarikat pembinaan
Menyelia sistem pengurusan akaun projek
Merancang, mereka bentuk dan menyelia pembinaan infrastruktur
Menjual bahan binaan kepada pelanggan
Yang manakah berikut merupakan cabang utama dalam kejuruteraan awam?
Kejuruteraan elektrik dan komputer
Kejuruteraan geoteknik, struktur dan persekitaran
Kejuruteraan mekanikal dan mekatronik
Kejuruteraan automotif dan bioperubatan
Apakah peranan kajian geoteknik dalam projek kejuruteraan awam?
Mengkaji reka bentuk struktur konkrit
Mengkaji aliran trafik dan pengangkutan
Menganalisis sifat tanah untuk tujuan pembinaan
Merancang penggunaan sistem tenaga boleh diperbaharui
Apakah komponen utama yang dinilai dalam reka bentuk struktur?
Kecantikan dan estetika semata-mata
Kos dan tempoh pembinaan sahaja
Kekuatan, kestabilan dan keselamatan struktur
Warna dan reka bentuk luaran
Mengapakah penting untuk mempertimbangkan faktor persekitaran dalam projek kejuruteraan awam?
Untuk meningkatkan keuntungan pelabur
Untuk memenuhi keperluan pelanggan sahaja
Untuk memastikan projek tidak mencemari alam sekitar
Supaya boleh dibina lebih cepat
Manakah antara berikut BUKAN peringkat dalam proses pembinaan projek kejuruteraan awam?
Perancangan dan reka bentuk
Pembinaan dan penyeliaan
Penggunaan semula tenaga
Pemeriksaan dan penyelenggaraan
Nyatakan kecacatan kayu tersebut
Pecah Hujung
Lekuk
Ira Penjuru
Sisian Wen/Weni
Nyatakan kecacatan kayu tersebut
Pecah hujung
Berongga
Rekah Hati
Rekah cincin
Nyatakan kecacatan kayu tersebut
Menggeleding
Melengkung
Menggeletek
Piuh
Apakah yang dimaksudkan dengan beban mati dalam struktur binaan?
Beban yang berubah-ubah mengikut masa
Beban akibat pergerakan manusia dan kenderaan
Beban tetap seperti berat struktur itu sendiri
Beban daripada faktor semula jadi seperti gempa bumi
Apakah kepentingan Analisis Struktur dalam kejuruteraan awam?
Untuk menentukan kos projek pembinaan
Untuk memastikan struktur mampu menahan beban dengan selamat
Untuk mengira jumlah pekerja tapak binaan
Untuk menentukan warna cat yang sesuai
Apakah maksud LESTARI dalam konteks kejuruteraan awam?
Pembinaan semula struktur yang rosak
Reka bentuk yang menekankan keuntungan
Kecantikan sesebuah bangunan
Pembinaan yang mesra alam dan cekap tenaga
Antara berikut, yang manakah bukan jenis agregat halus yang biasa digunakan dalam campuran konkrit?
Pasir lombong
Pasir sungai
Pasir laut
Batu baur
Apakah tujuan utama penggunaan simen dalam konkrit?
Mengurangkan berat konkrit
Sebagai bahan pengisi antara batu baur
Memberikan kekuatan ikatan antara bahan
Menghasilkan warna kelabu pada konkrit
Apakah kandungan utama dalam simen Portland biasa?
Kalsium sulfat dan aluminium
Silika, oksida besi dan kalsium karbonat
Plaster of Paris dan batu kapur
Aluminium oksida dan magnesium
Apakah fungsi utama air dalam campuran konkrit?
Memberi warna pada konkrit
Melambatkan tindak balas simen
Menyebabkan tindak balas kimia (hidrasi) berlaku
Mengurangkan haba dalam campuran
Antara berikut, yang manakah bahan tambah dalam konkrit yang digunakan untuk mempercepatkan proses pengerasan?
Superplastisizer
Retarder
Accelerator
Plasticizer
Apakah kelemahan utama kayu sebagai bahan binaan dalam struktur kekal?
Mudah dipotong dan dibentuk
Tahan lama dalam keadaan lembap
Mudah reput dan diserang serangga
Mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi
Apakah ciri konkrit yang telah melalui proses pengawetan dengan baik?
Cepat retak apabila kering
Mempunyai kekuatan dan ketahanan optimum
Warna tidak sekata dan permukaan mengelupas
Tidak memerlukan air semasa proses pengerasan
Nyatakan runtuhan tersebut
Penurunan Sebenar
Penurunan Ricih
Penurunan Habis
Penurunan Runtuh
Nyatakan nama titik E
Had kadaran
Titik alah atas
Beban Maksimum
Titik Putus
