Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji bab 1&2 eko

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

2.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

3.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

4.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

5.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

6.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

7.

Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia mengurus....

a)

sumber ekonomi yang terhad dengan kehendak yang terhad

b)

sumber ekonomi yang tidak terhad dan kehendak yang terhad

c)

sumber rekonomi yang terhad dengan kehendak yang tidak terhad

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad dengan kehendak yang tidak terhad

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kos lepas bagi individu?

a)

bayaran untuk membeli sesuatu barang

b)

pilihan barang untuk memaksimumkan kepuasan

c)

perbelanjaan yang ditanggung untuk mendapatkan suatu barang

d)

barang yang tidak dipilih bagi mendapatkan barang yang terbaik

9.

Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan isi rumah...

a)

mengalami masalah kekurangan barang

b)

terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas

c)

mempunyai keupayaan membeli yang semakin tinggi

d)

dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggnaan sesuatu barang

10.

Manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah ialah sumber yang diekstrak dari bumi atau lautan

b)

Modal mempunyai penawaran yang terhad

c)

Buruh ialah individu yang menggabungkan input pengeluaran untuk menghasilkan output

d)

Usahawan merupakan individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif

11.

Apakah tujuan individu membuat pilihan?

a)

mengutamakan kehendak

b)

mengutamakan keselesaan

c)

memaksimumkan kepuasan

d)

meminimumkan perbelanjaan

12.

Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan?

a)

memaksimumkan output

b)

meminimumkan keuntungan

c)

meminimumkan pembaziran sumber

d)

memaksimumkan kebajikan masyarakat

13.

Pernyataan manakah yang menerangkan kos lepas?

a)

perbelanjaan kerajaan keatas projek pembangunan

b)

penggunaan yang perlu diadakan walaupun pendapatan sifar

c)

input yang perlu dikorbankan untuk mengurangkan kos pengeluaran

d)

barang pengganti terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barang terbaik

14.

Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk

kemungkinan pengeluaran?

I Tingkat harga tetap

II Tingkat teknologi tetap

III Terdapat tiga jenis barang

IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

titik kecekapan

b)

titik ketidakcekapan

c)

titik yang tidak akan tercapai

d)

kombinasi output maksimum

16.

Rajah di atas menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Apakah ganjaran bagi faktor pengeluaran X?

a)

Untung

b)

Sewa

c)

Upah

d)

Faedah

17.

berikut merupakan masalah asas ekonomi.

Apa? --> Berapa?--> Z --> Siapa?

antara yang berikut, yang manakah dapat menerangkan Z?

a)

meminimumkan keuntungan

b)

peruntukan sumber ekonomi

c)

agihan barang dan pendapatan

d)

meminumumkan kos pengeluaran

18.

Syarikat Desa Puteri bercadang untuk mengeluarkan 5000 unit kek cawan untuk pelajar di SJK (T), SK, dan SJK (C) di Kuala Ketil, Kedah.

apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Desa Puteri dalam proses pengeluaran kek cawan?

a)

untuk siapa dikeluarkan

b)

apa yang hendak dikeluarkan

c)

bagaimana hendak dikeluarkan

d)

berapa yang hendak dikeluarkan

19.

Titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan..

a)

titik kecekapan

b)

titik ketidakcekapan

c)

titik yang tidak akan tercapai

d)

kombinasi output maksimum

20.

Pilih pasangan yang betul

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.
  1. Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
a)

a. Peningkatan harga barang itu

b)

b. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

c. Pertambahan cit rasa barang itu

d)

d. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

22.

Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan. " Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta". Apakah yang akan berlaku?

a)

a. Kekurangan barang

b)

b. Permintaan berkurang

c)

c. Harga cenderung naik

d)

d. Harga cenderung turun

23.

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika Dp ialah keluk permintaan pasaran?

a)

5 unit

b)

7 unit

c)

10 unit

d)

15 unit

24.

Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?

a)

Hubungan antara harga dan kuantiti

b)

Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan

c)

Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

d)

Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga

25.

Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara?


I. Kejatuhan pendapatan individu

II. Ketibaan cuti persekolahan

III. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

IV. Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan?

a)

kehendak yang tidak terhad

b)

minat terhadap sesuatu barang

c)

keperluan yang perlu dipenuhi

d)

kemampuan memiliki barang

27.

Permintaan berkesan dalam ekonomi merujuk...

a)

kehendak individu untuk memaksimumkan kepuasan

b)

keinginan individu yang disokong oleh kuasa beli

c)

keperluan asas individu untuk meneruskan hidup

d)

kehendak individu yang pelbagai dan tidak terhad

28.

Apakah hukum permintaan?

a)

Harga naik, kuantiti turun

b)

Harga naik, kuantiti naik

c)

Harga sama dengan kuantiti

d)

Kuantiti sama dengan harga

29.

Antara berikut, manakah menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan?

a)

Rasa jus delima yang tidak digemari ramai.

b)

Pendapatan Shah yang semakin menurun.

c)

Tibanya musim perayaan.

d)

Harga kereta dijangka turun pada tahun hadapan.

30.

Keluk

permintaan bagi kereta Perodua Bezza akan beralih ke kanan jika

a)

Harga kereta import naik

b)

Harga cat meningkat

c)

Kerajaan menarik balik subsidi petrol

d)

teknik

pengeluaran yang lebih cekap digunakan

31.

Pasaran kereta Perodua Alza dikatakan mencapai keseimbangan apabila

a)

Kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran

b)

Harga cenderung untuk menurun secara berterusan

c)

Kuantiti permintaan melebihi kuantiti

penawaran

d)

Pembeli bersetuju dengan harga pasaran yang sedia ada

32.

Kenaikan harga barang K telah menyebabkan permintaan barang Y berkurang. Barang K ialah

a)

Barang penggenap

b)

Barang pengganti

c)

Barang bersaing

d)

Barang biasa

33.

Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.

*Harga barang Z dijangka menurun pada masa depan*

*Kadar cukai pendapatan individu ditingkatkan*

Keluk manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?

a)
b)
c)
d)
34.

Apakah faktor yang menyebabkan lebihan permintaan dalam pasaran ?

a)

A Harga pasaran yang melebihi harga keseimbangan pasaran

b)

B Harga pasaran yang sama dengan harga keseimbangan pasaran

c)

C Harga pasaran lebih rendah daripada harga keseimbangan

d)

D Kuantiti yang ditawarkan adalah lebih banyak daripada kuantiti diminta

35.

a)

A 30

b)

B 95

c)

C 85

d)

D 105

36.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan bagi barang W. Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM13?

a)

pasaran adalah tidak seimbang

b)

Wujudnya kurangan permintaan

c)

Harga keseimbangan lebih rendah daripada RM13

d)

Harga cenderung naik sehingga mencapai keseimbangan

37.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan bagi suatu barang. Jika harga berada di P1, apakah yang akan berlaku terhadap pasaran?

a)

Lebihan penawaran dan harga akan naik

b)

Lebihan permintaan dan harga akan naik

c)

Lebihan permintaan sebanyak Q0Q2 unit

d)

Lebihan penawaran sebanyak Q1Q0 unit

38.

Rajah menunjukkan keluk permintaan terhadap sesuatu barang. Faktor yang manakah akan menyebabkan peralihan keluk permintaan dari DoDo ke D1D1?

a)

A Harga barang pengganti turun

b)

B Pendapatan individu meningkat

c)

C Kadar cukai pendapatan meningkat

d)

D Harga barang itu dijangka turun pada masa hadapan

39.

Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara dua jenis barang.


'Apabila harga barang X meningkat, kuantiti barang Y diminta akan berkurangan'


Apakah kemungkinan barang X dan barang Y?

a)

Teh dan kopi

b)

Gula dan garam

c)

Kereta dan petrol

d)

Komputer peribadi dan televisyen

40.

Rajah di bawah menunjukkan keadaan ketidakseimbangan dalam pasaran barangan.


Pilih pernyataan yang dapat menerangkan situasi GH.

a)

Harga cenderung untuk naik

b)

wujud lebihan penawaran dalam pasaran

c)

Wujud lebihan permintaan dalam pasaran

d)

Kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawarkan.